
Ayah pantang nampak perempuan, matanya akan melirik sehingga perempuan tu hilang. Ibu aku pulak seorang yang naif, beratus kali kena tipu hanya mampu menangis. Sekarang aku jadi m4ngsa..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua. Tak tahu macam mana nak luah. Sekarang pukuI 8am tapi aku masih tak tidur dari malam tadi. Aku betul – betul perIukan bantuan. Aku dah luah semua dekat suami. Aku faham apa yang suami rasa tapi dalam masa yang saya aku perIukan bantuan dari dia tapi aku gagal.
Aku nak minta pendapat dari semua. Aku buntu. Aku sayangkan perkahwinan ni. Aku terlalu sayangkan suami dan anak – anak aku. Kami dah berkahwin hampir 10 tahun. Sejak akhir – akhir ni aku rasakan perkahwinan kami sudah di hujung tanduk.
Bukan masalah curang. Tapi masalah dari diri aku sendiri yang mempunyai tr4uma masa kecil. Tr4uma aku menganggu seluruh kehidupan kami. Ya seluruh kehidupan. Bila ada perkara yang tr1ggered tr4uma aku, aku tak mampu buat kerja, tak mampu fokus jaga anak – anak, aku akan takut berlebihan, aku tak tenang, aku risau yang melampau dan paling teruk aku akan ganggu suami sampai kami akan berg4duh besar.
Tr4uma aku bermula dari aku kecil. Aku kerap lalui masa kecil dengan melihat ayah aku curang dengan ibu aku. Curang yang berkali – kali dan curang yang meny4kitkan. Ayah aku memang seorang yang pantang nampak perempuan, matanya akan melirik sehingga perempuan tu hilang.
Ayah aku banyak menipu ibu. Ibu aku seorang yang sangat naif. Selalu percaya walaupun kerap ditipu dan diduakan. Ayah aku berkahwin dengan mana – mana perempuan berkali – kali tanpa pengetahuan ibu. Setiap kali kantoi perg4duhan yang sangat besar akan berlaku dan aku betul – betul ingat macam mana sedih tangis ibu bila terIuka setiap kali dicurangi.
Ayah seperti biasa rasa tidak bersalah sampai dah tua pun tetap curang dan berkahwin dalam diam. Dan banyak lagi benda yang ayah buat yang tak perlu aku cerita dekat sini. Aku pernah menangis seharian mengenangkan s4kit yang ibu lalui sehingga aku tak boleh bekerja.
Lvka ni bukan sahaja berd4rah pada ibu. Tr4uma ni timbulkan n4nah dan Iuka yang sangat dalam pada hati dan fikiran aku. Selepas aku berkahwin aku sangat takut perkara ni jadi pada aku. Tak dinafikan suami aku bukan lah seperti ayah.
Suami aku tak pernah kantoi curang, password phone, semua media sosiaI dia bagi pada aku. Dia jujur dan tak pernah pun lakukan apa – apa perkara buruk belakang aku. Tapi bila ada perkara yang tr1ggered tr4uma aku, aku mula jadi tak keruan.
Aku mula tak fokus dan overthinking benda bukan – bukan. Contohnya ada kawan ofis yang wasap tentang kerja. Aku tahu dan secara sedar dan w4rasnya aku tahu suami aku takkan curang dan semua wasap tu atas urusan kerja tapi aku tak mampu control perasaan dan tindakan aku.
Aku akan tanya dan soal bermacam soalan pada suami dan aku mula fikir perkara bukan – bukan. Aku takut. Bukan takut biasa aku sangat takut suami aku buat macam ayah buat pada ibu. Suami aku seorang yang bertanggungjawab dalam nafkah dan tak pernah culas.
Suami selalu bekerja luar kawasan dan suami aku sangat sibuk dengan urusan kerja kadang – kadang aku rasa berIawan dengan perasaan sendiri. Kadang – kadang aku tak mampu control perasaan, aku akan menangis satu hari bila fikir suami aku bekerja dengan perempuan. S4kitkan aku?
Aku terlampau takut. Aku takut apa yang ibu lalui, aku akan lalui. Aku dah luahkan semua yang aku rasa pada suami dari awal kahwin sampai sekarang. Tapi maIangnya suami aku tak faham. Suami aku hanya cakap aku cemburu buta, aku pelik, aku tak betul.
Setiap kali aku luahkan, suami akan marah dan melenting sehingga berlaku perg4duhan besar. Ya aku tahu suami aku takkan buat benda – benda buruk belakang aku. Tapi perasaan ni aku tak mampu control.  Bila ada yang tr1ggered aku hanya nak tanya sebab benda ni bermain dalam fikiran.
Aku cuma nak dijawab secara hormat dan lembut untuk tenangkan hati aku yang tak keruan tapi respon yang aku dapat selalu meIukakan hati. Setiap kali bercakap pasal benda ni kami akan berg4duh besar. Aku takut. Aku rasa tak dilindungi. Aku rasa tak selamat. Aku rasa tak dibantu. Aku rasa aku giIa. Aku rasa aku sorang – sorang nak Iawan semua ni.
Aku perIukan bantuan. Aku tak minta jadi macam ni. Aku dah cuba sibukkan diri dengan anak – anak tapi aku tetap akan fikir juga. Benda ni berlarutan dan sem4kin teruk. Sekarang apa je suami buat, aku rasa tak kena. Ada je benda aku nak marah nak nangis nak sedih.
Puncanya aku rasa salah aku tak selesai. Aku rasa tak didengari aku rasa aku sorang – sorang. Suami aku sibuk dengan kerja. Aku pula hanya berper4ng dengan emosi sendiri sambil menguruskan anak – anak dalam keadaan emosi yang sangat meluap – luap.
Aku hanya nak dipeIuk, nak ditenangkan setiap kali benda ni tr1ggered tr4uma aku dan benda ni aku dah cakap dekat suami, pernah sekali dua dia buat lepastu dia dah marah – marah semula. Ya aku tahu dia penat nak layan tr4uma aku. Aku tak minta jadi macam ni.
Benda ni tr4uma bukan aku saja saja buat. Aku sendiri pun penat. Tapi apa pilihan dan cara yang aku boleh buat. Aku minta dibantu secara lembut. Aku nak dia tolong aku pulihkan tr4uma aku ni. Itu je.. Perkahwinan kami sekarang terlalu t0ksik.
Suami tak boleh control marah dan tengking tengking aku depan anak – anak. Kadang – kadang sehingga jiran – jiran dengar. Kadang – kadang perg4duhan kami melibatkan sentuhan fizikal yang buatkan aku rasa betul – betul kecewa. Aku fikir kenapa aku macam ni? Aku tak boleh tenang. Aku selalu takut. Aku terlalu sayangkan suami aku.
Doa aku sekarang selain minta Allah pulihkan tr4uma aku, aku minta Allah buangkan rasa sayang pada suami supaya dia tak rasa rimas dengan aku lagi. Aku sedih. Aku rasa aku macam orang giIa. Tolong lah aku. Ada ke cara untuk aku pulihkan tr4uma aku?
Atau aku memang kena akhiri perkahwinan ni? Ada sesiapa yang ada pengalaman tr4uma macam aku? Macam mana nak pulihkan tanpa bantuan orang sekeliling. Aku buntu. Aku sayangkan suami aku. Tapi nampaknya hubungan kami dah terlalu jauh.
Aku dah sem4kin patah. Terima kasih yang sudi baca. Maaf penulisan aku banyak kekurangan. Aku terlalu buntu. Hanya meluah isi hati dan mengharapkan ada jalan penyelesaian. – Tisu basah (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Jaa Sham : Ptsd. Mulakan dengan betulkan pemakanan. Perut seperti otak kedua. Probiotik dan magnesium untuk lebih bertenang dan elak anxiety. Jumpa pakar. Dia boleh jadi pendengar yang setia dan bantu tangani. Maaf kalau tegas, awak terlalu berg4ntung harap dengan manusia sedangkan hati mereka berbolak balik. Berg4ntung dengan Allah. Kuat. Biar bermaruah tapi jangan dipij4k.
Salina Gunawi : TT terlalu overthinking buat husband you rimas. PergiIah jumpa pakar mungkin sudah kena ambil ubat penenang. Saya pun selalu overthinking tapi my husband kata jangan fikir tentang kemungkinan sebelum sesuatu perkara itu terjadi.
Alhamdulillah… sebab beza antara lelaki dan perempuan… lelaki lebih praktikal tapi perempuan suka berfikir. Cuba luangkan masa berdua seperti pergi makan berdua. Saya dulu ambil cuti dan ajak my husband balik makan tengahari sedangkan anak ada di sekolah. Perkahwinan perIukan kerjasama dan persefahaman untuk berjaya.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.