Taksub dengan ustaz FB, isteri aku langsung tak masak, tak kemas rumah, tak nak kerja. Katanya itu tugas suami. Sepanjang kahwin tak pernah isteri hidang

Setiap kali aku makan makanan kegemaran yang dibeli di kedai, air mata aku menitis tanpa aku sedar. Lebih dua puluh tahun aku minta isteri aku masakkan untuk aku. Macam – macam alasan dia beri. Bila kawan bercerita isteri mereka masakkan makanan kegemaran mereka, hati aku macam disi4t – si4t.

#Foto sekadar hiasan. Aku sekadar meluah perasaan. Aku seorang suami dan seorang ayah. Isteri aku bukanlah wanita yang tak baik. Dia seorang yang baik pada pandangan orang luar, menjaga aurat, menjaga tutur kata dan rajin berkongsi perkara berkaitan agama di media sosiaI.

Cuma satu perkara yang buatkan aku semakin lama semakin penat secara emosi. Dia terlalu taksub dengan ajaran ajaran ustaz di Facebook yang selalu tekankan wanita tak wajib bekerja, wanita tak wajib memasak dan kononnya semua itu tanggungjawab mutlak suami.

Dengan kos sara hidup yang makin tinggi sekarang, hampir lapan puluh peratus perbelanjaan rumah dan keperluan anak – anak aku tanggung sepenuhnya. Dari sewa rumah, bil utiliti, yuran sekolah, makan minum harian, pakaian anak – anak, semuanya aku yang uruskan.

Isteri aku ada juga membantu sikit – sikit, tetapi setiap kali dia hulurkan duit, pasti akan ada ayat yang buat aku rasa kecil hati. Dia akan kata lepas ni dia nak ambil balik jumlah yang hampir sama. Lepas itu dia akan kongsi pelbagai kandungan di media sosial yang menjurus kepada isu nafkah seolah – olah aku ni suami yang culas dan tak bertanggungjawab.

Perkara yang paling buat aku sedih adalah sepanjang kami berkahwin, aku tak pernah rasa dihargai sebagai seorang suami seperti mana suami suami lain. Aku tak pernah ditanya aku nak makan apa, aku suka masakan apa, atau aku teringin makan apa hari ini.

Kalau dia masak sekali pun, semuanya ikut selera dia sendiri. Yang lebih menyedihkan, dalam setahun dia hanya masak sekali sahaja, itu pun ketika bulan puasa untuk berbuka. Itupun bukan kerana nak menggembirakan keluarga, tetapi kerana dia tak yakin dengan kebersihan makanan di bazar Ramadan.

Waktu bulan puasa pula, bersahur aku hanya minum air kosong sebab dia kata dia tak lalu makan makanan berat. Anak – anak pun ikut apa yang ada. Kadang – kadang aku tengok anak aku bersahur dengan wajah mengantuk dan perut kosong, hati aku jadi sayu.

Kalau hari cuti, aku pernah minta dengan cara yang sangat baik supaya dia masak di rumah. Aku minta, bukan mengarah. Tapi reaksi dia buat aku terdiam. Dia kata dia tak suka aku minta macam itu dan dia rasa teruk bila aku bersuara tentang perkara tersebut.

Yang peliknya, kalau aku tak tanya langsung, memang dia tak akan ambil sebarang inisiatif. Akhirnya kami sekeluarga makan makanan kedai lagi. Sejujurnya, setiap kali makan, aku akan rasa sedih. Nikmat makan bersama keluarga dah hilang.

Aku bosan dengan masakan masakan kedai yang itu itu sahaja. Rasa makanan mungkin sedap, tapi kosong dari segi emosi. Tak ada sentuhan kasih sayang, tak ada rasa dihargai. Sepanjang berkahwin, aku juga tak pernah merasa ada sarapan yang terhidang di atas meja.

Setiap pagi aku yang kena tanya dia nak makan apa dan aku juga yang keluar membeli makanan. Lebih menyedihkan bila aku tengok jam satu tengah hari, waktu kebanyakan ibu sibuk menyediakan makanan tengah hari untuk keluarga, masa itu dia selalunya sama ada tidur depan televisyen atau duduk menonton rancangan kegemaran dia.

Anak – anak pula menunggu aku balik kerja atau menunggu aku pesan makanan secara dalam talian. Aku bukan jenis suami yang lepas tangan. Semua urusan anak anak aku uruskan. Kalau anak sakit di sekolah, aku yang akan keluar dari pejabat dan pergi ambil mereka.

Urusan klinik, urusan sekolah, mesyuarat guru, kebanyakannya aku yang hadir. Sampai satu tahap, ramai orang ingat aku ni bapa tunggal. Setiap kali aku dengar suami lain bercerita isteri mereka masakkan makanan kegemaran mereka, hati aku rasa macam disi4t – si4t.

Untuk tenangkan diri, aku selalu pujuk hati dengan anggapan semua ini adalah ujian daripada Allah. Bayangkan aku balik kerja dalam keadaan penat, badan letih, fikiran kusut, tetapi masih kena singgah kedai untuk beli makanan untuk isteri aku walaupun hakikatnya dia ada masa dan kemampuan untuk sediakan sendiri.

Kalau aku luar kawasan sekalipun, aku tetap yang kena pesan makanan secara dalam talian supaya dia dan anak – anak boleh makan. Aku benar – benar penat dengan keadaan ini. Kadang – kadang aku terfikir lebih baik aku bercerai sahaja sebab aku sampai ke tahap bosan yang melampau.

Baru sekarang aku faham, kenapa ada wanita yang sanggup memikat dan melayan suami dengan masakan dan perhatian bila mereka takut kehilangan suami. Aku pula setia, balik rumah lepas waktu kerja, tak pernah keluar merata, urus semua perbelanjaan rumah, tetapi langsung tak dihargai.

Setiap kali aku makan makanan kegemaran aku yang dibeli di kedai, air mata aku menitis tanpa aku sedar. Lebih dua puluh tahun aku minta isteri aku masakkan untuk aku. Macam macam alasan dia beri, kata makanan berangin, kata susah, kata tak sihat.

Tapi bila aku beli dan bungkus makanan yang sama, dia boleh pula makan tanpa sebarang masalah. Entahlah. Aku sampai satu tahap berfikir, kalau isteri aku yang pergi dulu, aku tak akan berkahwin lagi. Pada aku, kebanyakan wanita zaman sekarang terlalu bangga dengan hak sendiri sampai lupa tanggungjawab dalam rumah tangga. Aku cuma mahu rasa dihargai sebagai seorang suami, itu sahaja.

Komen netizen :

Fahmi Anwar : Suami ditindasi. Aku doakan abang bahagia dunia akhirat. Aku doakan abang dipermudahkan urusan. Aku doakan isteri abang pandang tinggi dan hormat abang. Bang, Allah uji h4mbaNya. Isteri juga ujian. Aku doakan abang kuat. Apa yang abang rasa sama macam aku, kalau isteri meninggaI, aku tak akan kahwin lagi, aku tak percaya lagi perempuan akhir zaman ni Angkuh, tak hormat suami, tak kisahkan suami.

Anonymous participant 152 : Perkahwinan ni nampak tak seimbang. Kurang timbang rasa dan tolak ansur, sebab tu tak wujud sakinah mawaddah warahmah, sesuatu yang semua orang nak capai dalam perkahwinan. Cuba abang kongsi luahan hati abang ni dengan isteri.

Salin semua dan hantar melalui WhatsApp. Aku rasa bahasanya dah elok, tak ada kecaman atau perkataan kasar. Memang dia akan terasa sebab apa yang ditulis adalah kebenaran yang pahit. Tapi ini usaha abang untuk menasihat dan mendidik isteri, dan itu juga tanggungjawab suami.

Kalau dibiarkan, mungkin isteri akan terus berd0sa sebab meIukakan hati suami. Ini usaha untuk baiki hubungan. Abang juga boleh nasihatkan isteri supaya tak dengar ceramah dari satu sudut sahaja. Dengar juga ceramah lain yang banyak beri panduan untuk jadi isteri yang baik dan capai kebahagiaan dalam rumah tangga. Semoga urusan abang dipermudahkan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :