Kali pertama jejak kaki rumah mertua aku terkejut. Aku tak lalu nak makan bila terbayang cara makanan dimasak..

Bila mak mertua datang rumah aku, memang nauzubillah. Habis bilik berbau kepam padahal 3 hari je. Lepas dia balik ne, aku akan salin dan menukar cadar dan sarung bantal. Bilik akan di sanitasi untuk hilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kisah ku lebih kurang sama dengan kisah 2 suami pengotor sebelum ini. Tapi versi aku lebih kepada emak mertua aku. Kami sudah berkahwin lebih daripada sedekad dan mempunyai cahaya mata.

Kami berkahwin di usia yang sangat muda. Aku berasal daripada keluarga yang agak susah. Ibu bekerja untuk tolong ayah menampung keluarga kami. Walaupun sibuk bekerja, ibuku tetap menjalankan semua tugas – tugas dan kerja rumah dengan penuh sempurna.

Baju kotor dan bersih tak pernah berlonggok, masak setiap hari walaupun hanya nasi dengan ikan atau telur goreng. Rumah sentiasa kemas. Laman rumah sentiasa disapu dan dibersihkan. Bilik air sentiasa dicuci walaupun bilik air rumah kami agak uzur.

Ibu didik aku dan adik beradik untuk sama – sama membantu dalam kerja rumah. Pakaian dibahagi untuk dilipat. Tugas harian diatur sama rata. Baju digosok atau dirapi kemas sebelum dipakai. Bagi aku, ibu seorang yang sangat – sangat rajin. Sebelum tinggal bekerja semuanya sudah disiapkan.

Alhamdulillah kami semua amat menitik beratkan kebersihan dan kekemasan dalam kehidupan harian dan rumah tangga kami hasil didikan dan ajaran dari kecil. Berbalik kepada keluarga mertua ku, untuk pertama kali memijak ke rumah mertua aku agak terkejut dan terkilan.

Rumah besar tapi tidak dijaga dengan baik. Ruang dapur dipenuhi dengan barang – barang yang tidak perlu. Pinggan dirak berhabuk, tempat masak berminyak, dapur dah hitam legam kesan masakan, sinki berlumut, lantai melekit.

Baju dan pakaian usah dicerita. Berlonggok dah setinggi gunung. Sampai tak tahu nak beza yang bersih atau kotor. Rumah bersawang penuh. Pinggan dan cawan atas meja nak dipakai baru dibasuh. Sampai aku sendiri tak boleh fikir macam mana diorang boleh hidup dalam keadaan begitu.

Adik beradik ramai, ada lelaki dan perempuan. jika dibahagi kerja rumah memang senang kehidupan harian. Tapi bila dah bertahun hidup dengan mereka baru aku faham, keadaan ini terjadi bermula dengan sikap mak mertua.

Dia sendiri agak malas dalam hal ehwal rumah tangga. Walau dirumah aku sekalipun, lepas masak dibiarkan dapur berminyak. Segala kesan – kesan masakan tidak dilap. Tuala disepok begitu sahaja tanpa digantung. Bilik yang digunakan nauzubillah berbau kepam.

Dalam fikiranku, diri sendiri pun tak buat manakan dia menyuruh / mendidik anak – anak dia. Namun memikirkan dia ibu mertua aku diamkan sahaja dan membersihkan semua. Selepas dia pulang ke rumahnya, aku akan menyalin dan menukar cadar dan sarung bantal.

Bilik akan disanitasi untuk hilangkan bau – bau yang tidak menyenangkan. Jauh disudut hati, aku sedih mengenangkan keadaan suamiku membesar. Punyai rumah yang sempurna berbanding aku tapi membesar dengan persekitaran yang kotor.

Sampaikan apabila ingin pulang ke kampung mertua menjadi salah satu mimpi ngeri untuk aku sebab aku rasa tersangat tidak selesa. Jika 3 hari di kampung, 3 hari la makan dan tidur aku tidak sempurna. Manakan boleh makan makanan dimasak di rumah kalau terbayang keadaan dapur yang tidak terurus. Demi Allah, aku tidak mereka – reka cerita.

Ini adalah kisah benar yang terjadi dalam hidup aku yang aku simpan rapi tanpa bercerita kepada sesiapa keadaan dan sikap keluarga mertua ku. Ingin menjemput keluarga aku menziarahi keluarga mertua pun aku malu.

Setiap kali perjumpaan keluarga akan dilakukan di rumahku sendiri atau rumah keluargaku. Namun, aku sangat bernasib baik kerana suami bersikap terbuka mengenai sikap mak dan adik beradik dia. Berkali minta maaf dengan aku dan anak – anak tentang keadaan rumah mak dia.

Dia tau aku tak selesa. Aku paran0id selepas kejadian badan aku berkudis seluruh badan selepas tidur ditilam yang disediakan di rumah maknya angkara digigit pepijat. Di awal perkahwinan pun dia berusaha untuk berubah dan melakukan kerja – kerja rumah yang dia tidak pernah diajar sebelum ini.

Selepas kahwin dia belajar basuh tandas, cuci sinki selepas digunakan, susun baju yang dilipat, asingkan pakaian rumah dan pakaian bekerja atau keluar, susun pinggan mangkuk, kemas sisa – sisa makanan. 3 bulan pertama adalah tahap yang paling menc4bar untuk aku, seperti mengajar anak kecil tentang hal – hal kekemasan dan kebersihan.

Dicakap benda sama berulang kali, disuruh setiap hari, diingatkan berkali – kali. Alhamdulillah Allah membantu. Dia berubah dan mula mengikut dan biasakan diri dengan cara kehidupan aku. Sekarang, dia yang banyak buat kerja rumah dan dia sendiri yang memarahi adik – adiknya jika pulang ke kampung untuk menjaga kebersihan dan mengemas rumah walaupun ibarat mencurah air ke daun keladi.

Untuk makluman, adik – adik suami adalah semuanya perempuan. Jadi, sebagai pengajaran didiklah anak – anak dengan kerja asas rumahtangga dan sentiasa menjaga kebersihan diri dan keadaan sekeliling untuk keharmonian rumah tangga di masa akan datang.

Terapkan dalam diri anak – anak bahawa menjaga kebersihan adalah sebahagian daripada iman dan asbab kelancaran rezeki Allah. Sedikit sebanyak sikap ibu bapa akan mempengaruhi anak – anak. Jika tidak diajar dan dibendung akan menjadi racun kepada orang lain. Sekian. – Manja (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Adra Safieya : Tak bukan salah mak mertua you 100%. Salah didikan dan kegagalan pemilihan cara hidup oleh “king” dalam rumah. Ada family saya kenal ni, mak tak boleh bersuara langsung. Bapak kuasa veto. Anak – anak ramai, semua disuruh belajar, yang lain tal payah buat, tak payah sentuh, itu kerja mak kau, kata si bapak.

Dari kecik sampai ke besar. Anak – anal high achiever tapi very em0tionally fragiIe, mentaIIy weak, baran and low self-esteem. Dari dulu mak dih4mbakan, sorang – sorang mak buat itu ini. Sampai sekarang anak – anak dah besar pun, selepas makan dan minum tinggal je atas meja sebab dah terbiasa.

Bawak tangan semata basuh di sinki. Kalau pergi rumah dia memang boleh tengok rumah macam orang tak duduk. Macam duduk dalam tong sampah. Mak dah penat, dah malas nak kisah agaknya, dah sem4kin tua. Itu la hasilnya didikan king. Anak – anak semua hebat belajar, tapi tak ke mana.

Nazlee Yahaya : Dalam hidup kena ada banyak perasaan belas kasihan. Manusia ni ada macam – macam jenis, macam – macam pengalaman, macam – macam perbezaan walaupun dari luar nampak sama. Ibu ayah kita waktu muda sibuk bekerja membesarkan kita.

Biasalah kalau ada perkara yg terlepas pandang. Tu tak termasuk lagi mereka yang ada kelainan upaya. Ada yang nampak jelas, ada yang sampai ke sudah tak tahu. Contohnya ADHD. Nampak normal tapi dia ada kesukaran besar untuk laksanakan tugas -tugas mudah seperti orang lain.

Jadi, empati dan baik sangka tu biar lebih, jangan kurang. Tambah pula pada usia ibu ayah yang sudah lanjut, ada hamb4tan fizikaI yang sem4kin melemah pula. Bantulah apa yang termampu, selebihnya pejamkan mata sebab MIL itulah yang melahir dan membesarkan suami TT yang akhirnya menjadi suami yang baik kepada TT. Itu saja sudah terlalu besar jasanya kepada TT. Jadi, berlapang d4dalah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.