Makcik merayu tumpangkan anak dia di rumah kami. Baru bulan kedua, kami terhidu bau busuk dari bilik

Aku dari awal rasa tak sedap hati bila sepupu aku nak tumpang dekat rumah ibu. Tapi ibu kesian sebab makcik dah merayu minta tolong tumpangkan anak dia, sementara cari kerja dekat KL. Satu hari, masa aku balik rumah, ibu tanya aku ada bau busuk tak? Memang busuk sangat2..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Chempaka, berumur 33 tahun, bujang, bekerja tetap swasta. Aku cuma nak kongsi sebuah kisah (juga nak luahkan apa yang terpendam di dalam hati) untuk pengajaran kita semua.

Kisah ini berkaitan dengan saud4ra terdekat aku, namanya Shah. Shah ni lelaki, umur 32 tahun, dah berkahwin dan anak dua, tiada pekerjaan tetap. Anak ketiga daripada lima beradik. Shah adalah sepupu aku (anak makcik aku).

Shah dan isteri duduk asing kerana isteri Shah bekerja di negeri Johor, dan Shah menumpang di rumah makciknya iaitu ibu aku, di Kuala Lumpur. Ibu aku ni adalah ibu tunggal, abah meninggaI dunia semasa umur aku 20 tahun.

Dan sekarang ibu dah bersara. Memandangkan ibu aku duduk seorang, jadi makcik meminta izin ibu untuk tumpangkan Shah sementara dia cari kerja di KL. Ibu aku setuju sebab sekurang – kurangnya ada teman. Shah pun berjanji akan hulur duit bil – bil dan barang dapur setiap bulan.

Maka Shah pun berpindah masuk. Jujurnya aku kurang setuju, tidak sedap hati, aku suarakan pada ibu. Tapi ibu baik hati, katanya apa salahnya dia tolong Shah, bukan orang lain, anak saud4ranya juga. Ibu sediakan satu bilik untuk Shah.

Aku tinggal di negeri Selangor, setiap hujung minggu akan balik ke rumah ibu untuk tolong kemaskan rumah, belikan barang dapur, dan sebagainya. Bulan pertama, ibu aku tunggu bila Shah nak hulur duit bil elektrik dan air.

Akhirnya dah lama tunggu, ibu minta sendiri. Tak banyak, dalam RM30 sahaja. Ibu kira dengan jujur, jumlahkan kedua – dua bil dan bahagi dua. Itupun lepas seminggu baru Shah transfer duit itu. Bulan kedua, ibu ada terbau benda busuk.

Jenuh cari seluruh rumah. Bila aku balik ke rumah ibu, ibu tanya sama ada aku ada bau tak busuk tu. Aku cakap ya, kuat sangat, sampai ke ruang tamu. Kami pusing sekeliling rumah, rupa – rupanya dari bilik Shah. Bila Shah keluar, kami masuk buka pintu bilik itu dan terus nak termunt4h.

Busuk yang amat. Ibu pelik, apa benda yang busuk sangat ni. Kami cari punya cari, rupa – rupanya ada selonggok baju kotor Shah yang sangat busuk. Busuknya tu melekat kat langsir dan katil jugak. Ibu pun cakap, padanlah tak pernah tengok Shah basuh baju atau guna washing machine.

Dalan bilik pula, punyalah kotor, dengan tisu kotor merata – rata, katil tak terurus, suis tak off, cadar berbelak. Aku rasa nak sembur clorox seluruh bilik tu. Ibu pernah tegur Shah, Shah kata nanti dia bersihkan tapi hakik4tnya langsung takde buat apa.

Selain tu, bau busuk juga melekat di sofa tempat Shah suka lepak. Maka, sebenarnya Shah memang busuk. Setiap bulan Shah akan pulang ke rumah isterinya selama seminggu. Ibu pelik Shah ni cari kerja ke tidak. Ibu cerita pada aku, setiap hari Shah bangun tidur lambat.

Bila bangun, terus tengok TV atau main mobile game. Kadang – kadang sampai ke petang tak mandi. Kadang – kadang bangun tido, main game, lunch, lepas tu tidur balik. Solat pun tak terjaga. Ibu pernah tanya, ada minta kerja mana – mana ke.

Shah jawab, ada dapat interview tapi dia tak suka company tu sebab bagi gaji kecil. Oh ya, Shah sebelum ni bekerja sebagai pegawai akaun tapi berhenti sebab ada masalah dengan isteri. Entah apa masalahnya, taknak ambil tahulah.

Sejak berhenti tu, dia langsung tak bekerja. Katanya dia ada pengalaman bertahun – tahun, dia layak dapat gaji lagi besar daripada sebelum ni. Ibu aku geleng kepala, sebab sepatutnya kerja dulu apa yang ada, asalkan ada pendapatan.

Shah kata dia dah apply kerja kat banyak tempat, siap bercita – cita nak buat business. Tapi, takde nampak usaha nak buat business pun. Business apa pun tak tahulah. Ibu pernah suarakan kepada makcik tapi makcik back up anak dia ni katanya Shah ni perlu bimbingan.

Makcik minta ibu aku tolong bimbing Shah. Ibu aku dah rasa lain macam. Aku pulak menyirap dengar. Dah tua bangka, beranak pinak, nak kena bimbing apa lagi. Selepas setahun lebih ibu tahan sabar, akhirnya ibu suarakan kepada aku untuk minta Shah keluar dari rumah.

Ibu nak cakap pada Shah masa aku dan seorang abang aku ada sekali. Jadi, masa satu weekend, aku dan abang balik ke rumah ibu, kebetulan pula kakak aku juga datang ke rumah ibu, kami duduk sekali dan panggil Shah.

Ibu cakap pada Shah elok – elok, ibu nak dia pindah, usaha sendiri, hidup berdikari. Shah diam dan angguk – angguk saja. Seminggu kemudian Shah keluar begitu sahaja, tanpa terima kasih pada ibu aku, tanpa bersihkan bilik dulu.

Segala bau busuk ditinggalkan untuk ibu cuci. Langsung takde hulur duit bil ke apa ke, keluar macam tu saja. Aku balik ke rumah ibu untuk tolong cuci bilik busuk itu. Ibu cakap dia bersyukur, macam ada satu batu besar dialihkan daripada kepala dia.

Dia dah tua, tak larat dah nak tanggung beban yang tak sepatutnya. Niat asal nak tolong ikhlas tapi akhirnya jadi str3ss, s4kit hati dan marah. Kami cuci cadar dan langsir. Berkali – kali kami sembur Febreeze pada tilam, bantal, dan segala fabrik yang ada di dalam bilik itu.

Makcik langsung takde contact ibu aku bertanya pasal itu. Marah agaknya sebab dah tak mahu tolong anak dia. Pasti kalian tertanya – tanya macam mana Shah boleh hidup tanpa kerja tetap sepanjang menumpang di rumah ibu aku?

Rupa – rupanya makcik bagi duit belanja kepada Shah setiap bulan. Dalam RM2000 – 3000 juga makcik hulur. Shah belanja beli makanan mahal tapi satu sen pun tak bagi duit bil. Ini bermakna, ibu aku tanggung separuh kehidupan S iaitu tempat tinggal dan utilities.

Jadi maid dia juga, tolong cuci cadar, kemas bilik, mop lantai. Dah cakap pada dia pun dia buat tak endah. Mana tahan tengok tempat busuk macam tu. Apa perasaan isteri Shah bersuamikan biawak macam tu? Entahlah. Ibu ada cerita, ada masa Shah berg4duh dalam phone dengan isterinya.

Kuat sangat sampai ibu aku boleh dengar. Ibu pula yang str3ss jadinya. Sampai sekarang pun, setelah 6 bulan Shah keluar dari rumah ibu, dengarnya dia masih menganggur. Kami dah tak peduli pasal dia lagi. Ibu aku cakap, dah cukup tr4uma la tolong orang macam tu.

Lepas ni, nak tolong orang kena berpada – pada lah. Baiklah, sampai di sini saja ceritanya. Rasa lega jugak dah luahkan walaupun menaip saja. Walaupun ibu aku yang tanggung d3rita itu, aku pun terasa sekali sebab aku pun tolong cuci bilik itu, jadi pendengar setia ibu.

Sedikit sebanyak aku dapat faham perasaan orang lain yang bersuamikan atau berkeluargakan biawak hidup ni. Mend3rita mentaI dan em0si kita, tapi biawak hidup ni langsung takde perasaan. Semoga biawak hidup semua dikurniakan hidayah oleh Allah untuk jadi manusia yang berguna dan bertanggungjawab. Kalau tak nak ubah juga diri sendiri tu, lebih baik kau pupus sajalah. Yang benar, – Chempaka

Komen Pembaca :

Peah Peah : Cerita macam nilah buatkan aku tr4uma nak tolong orang terutama yang ada pertalian sed4ra mara, sepupu sepipit, anak sed4ra mak pak sed4ra ke. Bila masa kita setuju bagi tumpang elok je masuk, bila buat masalah punyalah liat nak keluar.

Alih – alih kita pula dia buat musvh. Kita pula disalahkan, kita pula yang macam menumpang dia. Niat kita menolong tapi dia ambil kesempatan pula atas pertolongan dan kebaikan kita. Seram.

Nazira Mylisa : Mak terlalu manjakan anak dari kecil sampai besar. Tapi itulah seorang mak. Sampai 2 – 3k sebulan sanggup bagi walaupun anak tu tak reti nak hargai. Adehhhh. Sampai tahap anak tak reti nak berdikari dan berfikir.

Nu Ha : Ada pengalaman tumpangkan orang. Serik dah. Cukuplah. Nak tolong, tolong kat luar, jangan bawa balik rumah. Pastu kita juga kalau boleh elak tumpang rumah orang terutama tempoh yang lama. Bimbang jadi isu mengungkit. Even adik beradik.

Daripada elok jadi tak elok. Kakak saya offer stay dengan dia lepas mak meninggaI, saya tolak. Abang ipar baik tapi saya tak mau susahkn sesiapa. Prefer cari rumah sendiri. Bebas nak buat ape. Bebas pasal aur4t. Setiap adik beradik ada pr1vasi masing – masing.

Najwa Mhsmdn : Lepas ni walaupun anak sed4ra sekalipun, jangan terlalu baik hati nak menumpang. Dah besar panjang dewasa, bukannya anak remaja kena bimbingan. Dah kahwin beranak pinak, kena ajar dia hidup settle sendiri.

Mak dia tu sebenarnya yang tak didik anak lelaki betul – betul jadi bertanggungjawab. Siapa tahan kena hidup dengan biawak, package si busuk. Benda ni jadi habit, kalau di rumah orang lain buat, di rumah emaknya sendiri pun dia buat camtu. Emak dia bagi rm2k – 3k sebulan? Di situ pun dah salah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.