Aku belek page belakang ada nasi goreng chicken chop. Harga RM20.. Takpe aku makan share dengan anak – anak. Masa aku order, suami tinggi suara dekat aku depan budak ambil order. Sampai je makanan, aku rasa kelat je.. Aku malu..
#Foto sekadar hiasan. Aku perempuan. Perempuan dengan makanan kan biasalah tak boleh dipisahkan. Aku dah kahwin, ada suami dan ada anak 2 orang. Suami, bab nafkah memang tak pernah culas. Setiap bulan. Masuk je gaji, segala bil, nafkah bini, bahagian anak, duit dapur semua dia settlekan dulu. Tak pernah lambat.
Aku fully housewife. Ada la buat affiliate kat tiktok dan shopee, alhamdulillah ada lah hasil. Tapi suami aku tak pernah tahu pun. Sebab aku malas nak argue sebab selalu kata aku main fon je, cubalah buat duit sikit. Aku jadi malas nak cerita yang aku buat affiliate sebab berapa sangat lah yang aku dapat.
Pada aku alhamdulillah banyak dah hasil affiliate aku, ada la hasil lepas gigih beli barang, buat content, edit bagai. Tapi nilai tu mungkin tak seberapa pada suami aku yang bekerja ada income tetap bulan – bulan. Plus kalau hasil tu tak sama macam hasil KA so tak payahlah nak bagitau dia. Sebab tu aku buat diam – diam je.
Kenapa tajuk nasi goreng chicken chop? Aku minta maaf la sebab meluah dekat sini. Tak tahu nak cerita kat mana. Sebab aku betul – betul kecil hati. Aku surirumah kan. Bulan – bulan laki dah bagi duit dapur. Jadi, mestilah waktu aku ni memang banyak dekat dapur. Even masak menu simple – simple je pun, aku tetap masak.
Kitorang jarang makan kat kedai makan. Kecuali kalau jalan – jalan jauh barulah merasa makan makanan kedai. Kalau setakat dalam daerah ni, memang jaranglah sangat. Boleh kira dengan jari berapa kali je makan dekat kedai dalam daerah ni sepanjang 10 tahun kahwin ni.
Aku ni dah lama teringin sangat nak makan nasi goreng chicken chop. Aku pun tak tahu kenapa. Biasanya aku craving makanan yang pedas je. Lama jugaklah aku simpan rasa teringin nak makan nasi goreng chicken chop ni.
Ada sekali tu keluar waktu malam, dalam kereta laki aku dah cakap lepas siap – siap beli barang jom makan. Aku ni rasa seronok dah sebab dalam hati, “boleh order nasi goreng chicken chop”. Tapi siap – siap beli barang, dia kata tak jadi pulak.
Nak kena balik awal sebab ada kerja, so beli burger jelah. Ok lah aku pun ok jelah dapat jugak makan daging double special cheese. Orang kata lelaki ni senang je kan? Kita nak apa – apa, kita cakap jelah sebab dorang bukan boleh baca fikiran kita.
Aku bukan tak pernah bagitahu. Pernah je tapi nanti dia cakap baik masak sendiri, lagi sedap. Masalahnya nasi goreng aku tak pernah sedap, tak pernah nak dapat rasa sebiji macam kat kedai makan tu. Sampailah 2 minggu lepas, kitorang keluar malam, dah siap – siap beli barang tu laki aku terus bawak pergi kedai makan.
Kedai makan biasa je yang ada jual masakan panas semua tu tapi ni pun seronok sangat dah untuk surirumah yang kena selalu masak macam aku ni. Laki aku belek buku menu. Ada la talam western. Dia tanya nak tak. Aku kata, “ok je tak kisah, pilih la set mana”.
Tapi lepas tu dia pass buku menu kat aku. Dia kata, “pilihlah sendiri nak makan apa”. Jadi masani aku fikir dia tak nak lah talam western tu, jadi suruh aku pilih aku nak makan apa. Ke aku yang salah faham? Aku belek page belakang ada nasi goreng chicken chop. Harga RM20.
Harga mahal jugak tapi aku tak makan sorang. Satu menu tu untuk aku share dengan anak – anak aku. Aku tanya dia dulu boleh tak nak order ni. Dia kata boleh. So lepas order aku pass lah buku tu dekat dia untuk dia pulak pilih nak makan apa.
Dia macam “kenapa tak ambil talam tadi kan dah suruh pilih talam tadi”. Aku pulak “lah ingatkan tak nak talam tu sebab kan dah suruh pilih je mana – mana tadi”. Masa ni aku malu la dengan budak yang ambil order tu. Sebab laki aku sampai angkat tangan (bukan pukuI).
Dia macam angkat tangan dengan dialog ‘apalahhh”. Korang boleh imagine tak maksud aku macam mana? Aku rasa malu lah. Macam nak marah boleh, tapi tunggulah dalam kereta ke kat rumah ke. Bukan depan – depan orang macam tu. Lepas tu, aku nak minum air pun aku rasa macam kelat je air tu.
Bila menu sampai, aku rasa macam worth it la harga RM20 sebab pinggan besar amat. Ayam dia pun besar. So aku kongsi lah dengan anak – anak aku. Jadinya anggaran untuk aku dengan anak – anak aku cost tak sampai RM30 pun.
Nasi goreng chicken chop 1, air sorang satu jenis. Air bukan air mahal pun, air standard yang orang Malaysia selalu order je. Tapi masa makan tu, aku tak tahu la menu tu memang dimasak tak sedap ke, atau aku yang dah rasa tak sedap sebab dah kecil hati dengan laki aku.
Aku tak rasa nikmat nasi goreng chicken chop malam tu. Aku tak tahu rasa apa yang aku makan. Bila dah siap makan tu aku ingat kan laki aku dah lupa la pasal hal order tadi. Tup – tup, baru nak masuk kereta ni, laki aku terus kata “sekali makan je dah 70 lebih. Kalau order talam tadi baru berapa ringgit”.
Aku ni terus terdiam. Aku ni menyusahkan ke. Bukan selalu dapat makan dekat kedai. Bila dapat makan dekat kedai kena sound pulak macam tu. Costing aku dengan anak tak sampai pun RM30. Sebab kami kongsi. Laki aku order 3 jenis menu, air sejenis pastu nak expect apa.
Entahlah ke aku yang sensitif ? Cuma aku kalau bab makanan aku memang tak boleh kalau orang bersungut. Sebab aku sendiri jenis tak berkira dengan orang lagi – lagi bab makan. Even hasil affiliate yang aku dapat tu jugaklah yang kadang – kadang aku topup duit dapur yang dia bagi sebab tak pernah cukup.
Harga barang m4kin naik, duit dapur sebanyak itu aje lah dari dulu. Aku tak pernah ungkit tak pernah sebut pun. Aku bukan tak bersyukur. Dengan sejumlah itu yang dia bagi, cukup sangat kalau makan ikut bajet sendiri. Banyakkan minum air kosong.
Tapi kalau nak air manis je, kordial nak, air chocolate nak. Bila aku ambil ikan biasa2, dia komplen jugak “asyik ikan sama je”. Bukan tak boleh ambil lauk mahal . Kalau aku ambil lauk mahal, lari lah bajet duit dapur tu nanti.
Kang belum setengah bulan dah habis nanti aku juga yang tak reti berjimat. Padahal sebelum membeli tu aku list out dah apa nak kena beli. Back to nasi goreng chicken chop, sampai harini aku masih kecil hati dengan suami aku.
Sebab ni bukan pertama kali lepas dah bayar, dia komplen. Sebelum ni pun pernah dah. Sampai tiap kali makan luar, aku pilih menu yang paling murah untuk aku dengan anak – anak. Walaupun dia cakap ambillah yang mahal sikit.
Aku tetap pilih yang paling murah sebab tak nak orang sebut – sebut dah lepas makan. Cuma kalini jelah aku pun tak tahu kenapa teringin sangat nak makan nasi goreng chicken chop. Selagi tu tak dapat tu dia macam termimpi – mimpi.
Plus sebelum order pun aku dah tanya dulu boleh ke tak. Kalau tak boleh cakap je tak boleh. Aku teringin sangat bukan sebab aku mengandung. Aku tak mengandung pun sebab aku memang taknak mengandung sekarang.
Memang aku rancang. Kadang – kadang aku tido awal sebab malas nak layan. Cukuplah aku fokus dekat anak – anak yang ada sekarang. Kang kalau mengandung, ngidam macam – macam orang sebut – sebut pulak. Walaupun beli pakai duit sendiri pun nanti dik4takan membazir, benda boleh masak sendiri.
Kesimpulannya sampai harini aku masih lagi teringin nasi goreng chicken chop sebab yang aku makan malam tu tak rasa apa – apa ditekak. Mungkin kalau laki aku react macam tu lepas dah siap makan or dah masuk kereta ke mungkin aku boleh rasa rasa yang sebenar – benarnya nasi goreng chicken chop tu macam mana.
Yang sudi baca sampai habis tu thank you lah. Takde apa yang penting pun. Sekadar luahan nasi goreng chicken chop. Kalau korang ada resepi nasi goreng yang rasa dia sebiji sama macam dekat kedai makan tu, share la resepi dekat komen.
Boleh jugak aku try masak nasi goreng sendiri nanti. Bukan tak reti masak, menu – menu lain aku boleh, nasi goreng je selalu gagal. Doakan aku tak berkecil hati lama – lama dengan suami aku cuma disebabkan order sepinggan nasi goreng chicken chop. – Zura (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Intan Nasuha : Ntahlaa. Aku kalau laki bersungut komplen banyak macamtu. Memang cari nahas. Aku ungkit habis semua yang aku k0rban kat dia biaq dia sedaq diri skit. Apa mentang – mentang suri rumah senang dia nak pijak – pijak maruah wife dia. Sorry skit ehh. Kadang – kadang speak out yang terbuku dalam hti bukan nak kurang hajar dengan suami. Tapi untuk bagi suami sedaq diri sikit .
Milly Hafizah Mohd Kanafia : Bagitau kat husband yang sis marah, sedih, kecil hati sebab nasi goreng tu. Biarla g4duh pun. Sebab time g4duh je semua benda keluar. Benda ni nampak kecik dan simple tapi kalau da pendam bertahun – tahun, boleh jadi b4rah dalam rumah tangga.
Barang dapur tak cukup, cakap kat husband. Biar dia tau duit dia kasi tak cukup. Better kalau bawak dia skali belanja tu. Tak pun lepas belanja, letak resit kat meja makan. The key is communication. Bincang, g4duh, luah. Buat la apa pun yang penting jangan simpan sorang – sorang.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.