Terpedaya dengan karekter ‘baik’ suami sebelum kahwin

layansudahdotcom , stop kopipes.. report copyright dah dibuat
seleksimediadotcom , warning
keluargabahagiadotfun , warning

Semua episod c4ci m4ki, baling barang dan naik tangan itu, sentiasa berakhir dengan tangisan suami yang meminta maaf, mengatakan dia tidak sedar, dia insaf dan tidak akan mengulanginya lagi. Dia berkali – kali meminta aku jangan pergi tinggalkan dia…

#Foto sekadar hiasan

Aku X. Sudah berkahwin beberapa tahun dengan seorang suami ‘bertopeng’. Yang mana aku sendiri terpedaya hingga aku menerima lamaran suami untuk memperisterikan aku tanpa banyak soal.

Semua kerana terpesona dengan karekternya. Orangnya bekerja di sebalik tabir dunia hiburan yang menjanjikan indahnya hidup, dia peramah, mudah mesra. Dikelilingi perempuan cantik, vip, model – model.

Oh, tapi dia ‘bertopeng’.

Tapi siapa sangka perkahwinan menjadi gelanggang untuk suami menunjukkan kuasanya.

Dan… pesona yang kulihat pada suamiku itu kini lenyap. Hilang.

EPISOD C4CI M4KI

Seawal pernikahan, aku telah mula dic4ci m4ki dengan panggilan kesat seperti puk1mak, bod0h, siaI, b4bi.

Kesalahan aku?

Sebab aku tanya siapa perempuan itu, siapa perempuan ini.

Kerana aku singkap apa sahaja yang aku jumpa di ruangan media sosiaI suami aku.

Kant0i.

Aku bukan cemburu buta. Sebab itu aku bertanya.

Aku bertanya dalam keadaan waras. Kerana aku punya hak. Bukan secara menempeIak. Aku punya hak untuk bertanya kerana aku tidak kenal siapa mereka dan kenapa mereka berhubung dengan suami aku dalam keadaan yang membuatkan aku curiga.

Tetapi reaksi suami aku?

C4ci m4ki.

EPISOD BALING BARANG

Slowly selepas episod c4ci m4ki, dia mula baling barang, campak apa sahaja yang berada dalam genggaman atau berada di hadapan dia. Barang – barang dia sendiri seperti handphone, komputer riba pun sanggup dia pecahkan atau rosakkan kerana nafsu amarah.

Boleh kata semuanya pecah berderai, retak, termasuk hati aku, berkecai.

Kesalahan aku?

Kerana bertanya, kerana mempersoalkan hubungan suami dengan perempuan – perempuan itu. Aku ingin bertanya kepada pembaca yang bergelar isteri, adakah kamu boleh berdiam diri apabila timbul keraguan serta bukti?

EPISOD HITAM : NAIK TANGAN

Dari c4ci m4ki, baling barang terus berlarutan menjadi naik tangan.

Aku ibarat ‘pvnching bag’ suami aku. Sep4k ter4jang, tvmbuk, tamp4r, semua aku dah rasa. Walau aku minta beIas kasihan, suami terus memukuI tanpa simpati. Malah lebih kuat. Malah lebih rancak pukuIan demi pukuIan.

Aku takut.

Aku lari.

Akhirnya aku lari ke dalam bilik, tapi aku tak dapat menguncinya. Aku duduk di penjuru bilik dalam keadaan kes4kitan, aku berpeIuk tubuh menangis kerana menahan s4kit. Lebam bengkak semua menjadi ‘hiasan’ tubuh badan aku yang kecil ni.

Dan episod – episod hitam itu berterusan. Seperti menjadi satu ‘hiburan’ buat suami.

Aku tidak boleh bertanya, tak punya hak untuk persoal. Apa sekalipun, baik soal perempuan, baik soal keluarga suami yang sememangnya sangat membenci aku kerana mereka tidak menerima kehadiran aku dalam keluarga mereka.

BOD0HKAH AKU?

Semua episod c4ci m4ki, baling barang dan naik tangan itu, sentiasa berakhir dengan tangisan suami yang meminta maaf, mengatakan dia tidak sedar, dia insaf dan tidak akan mengulanginya lagi. Dia berkali – kali meminta aku jangan pergi tinggalkan dia.

Aku?

Bod0hkah aku memaafkan suami demi pengharapan agar suami berubah? Aku berpegang prinsip biar kesilapan berlaku sekarang dan bukan di kemudian hari. Aku berpegang pada prinsip setiap manusia buat kesilapan, dan aku memaafkan suami.

Memang aku nampak perubahan suami sedikit demi sedikit, tetapi tidak bertahan lama.

Dan keadaan berulang – ulang.

Suami masih sama keadaannya hingga ke hari ini. Malah, hampir bertitik noktah. Suami masih tidak insaf.

Masih eg0. Masih b0ngkak.

Tiada siapa akan percaya bila aku katakan aku adalah ‘pvnching bag’ suami. Kerana karekter suami yang mesra, baik dengan keluarga, rakan – rakan dan orang lain.

Memang ada manusia yang bertukar topeng apabila dengan pasangannya. Walau mereka kelihatan normal baik pada pandangan mata masyarakat dan keluarga mereka.

Pinjamkanlah telinga anda, bahu untuk bersandar pada orang seperti aku. Kami tidak mereka – reka cerita. Kami hanya cuba menjadi pasangan yang punya hak untuk bertanya jika ada keraguan. Layakkah kami dipukuI dim4ki? Layakkah kami diadili sebagai punca kenapa mereka berkelakuan sebegitu kerana bandingkan bagaimana mereka melayan orang lain?

Jangan dinilai lelaki hanya kerana layanannya pada ibubapa dan adik – beradiknya.

“Pilih suami, tengok bagaimana dia layan ibunya dan keluarganya”

Relevan lagikah ayat ini?

Belum tentu dia tak c4ci m4ki pukuI ibubapa dan adik beradiknya, sudah cukup menggambarkan dia tidak akan bertukar menjadi sy4itan apabila dengan isterinya.

Aku berharap agar suatu hari nanti ‘topeng’ suamiku akan tersingkap. Atau… aku sendiri akan singkapkan ‘topeng’mu itu.

Suamiku… Semoga Allah swt memberi petunjuk buatmu.

Kau minta aku pergi, dan aku akan pergi. Jauh.

Aku pergi dulu.

Jaga diri.

– X (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Debunga Chenta

Adoi menyirap plak dengan confessor ni, nak tunggu m4ti ke baru terbuka topeng laki awak tu. Adik, dah Iebam – Iebam tu pergi la balai polis buat report. Lepas tu diorang akan bagi surat la kot ke hospitaI untuk di check oleh doc. Lepas tu maybe dia kena tahan Iokap la untuk siasatan. Jangan tunggu lama – lama dik. Sampai bila nak jadi pvnching bag ni, ke sebab masih sayang cinta kasih lagi sampai tak sanggup buat report kat suami tu? Kalau macam tu, akak tak boleh buat apa la..nasihat pun tak guna jugak kan.

Nurha Muhammad

Peny4kit ni. Macam cite andai itu takdirnye lakonan Syukri Yahya & Nina Iskandar. Lepas pukuI pujuk rayu.

Endingnye memang dia move on, cerai. Sampai bila nak jadi pvnching bag. Sebelum ada anak baik lah angkat kaki.

Diana Nabila

Saya rasa agak bod0h sebab berulang kali Iunyai masih lagi nak kasi chance, masih nak percaya dia akan berubah. Nak tunggu jadi may4t baru sedar itu hanya janji kosong ke sis? Sekali mungkin terrr… Berkali2 itu dah habit.

Tolong jangan lemah sangat boleh tak? Dia duk brainwash awak tu supaya takkan bising bertanya, akan butakan mata tuIikan telinga biarkan dia berbuat sebebasnya.

Awak tak payahlah nak drama lari ke penjuru bilik menangis mintak simpati. Pintu mana yang tak boleh dikunci kalau dah tahu nyawa ter4ncam, masa dia x ada tak boleh pasang selak? Bilik air ada kunci kot sekurangnya. Atau kalau dah betul2 pukuI teruk, kenapa lari ke bilik yang tak boleh kunci, tak boleh ke lari ke luar jerit je minta tolong jiran2 biar topeng dia terburai, dak pun straight ke balai?

Ceritanya awak ni mereIakan diri jadi m4ngsa, awak rasa macam heroin filem Melayu. Maaflah saya marah sangat tengok wanita reIa jadi m4ngsa ni.

Norita Ahmad

Jangan harap suami berubah. Kita kena berubah dlu.. Berubah macam mana.. Berubah menjadi lebih kuat untuk keluar dari ner4ka perkahwinan itu. Kita berkahwin bukan untuk jadi pvnching bag suami...

Nor Isna

Mesti ade sebab tertentu yang buat awak masih sayang dan tak nak bercerai dengan suami. Sama ada dia mewahkan awak dengan duit walaupun suami selalu pukuI awak atau tenaga. Dia ada power yang buat awak tak nak keluar dari perkahwinan yang meny4kitkan ni. Tolonglah sayang diri sendiri, tak kan nak tunggu jadi may4t hidup baru nak berpisah.

Apa kata anda?