Tersuka dekat budak intern, aku nekad sih1r guna b0moh. Lepas seminggu, rasa ada rambut dekat tekak, kena kacau. Tak lalu makan

Selepas sebulan lebih ada orang meninggaI, perempuan umur baru 21 belum kahwin. Aku pun senyap – senyap gunting hujung kapan dalam 5 CM. Terus pergi jumpa b0moh tu. Dia suruh tunggu seminggu…

#Foto sekadar hiasan. Salam semua apa yang aku tulis ni harapnya jadi pengajaran dan jangan sesekali ikut nafsu serakah. Aku dan 3 orang kawan lain ni rapat. Kami berempat ni duduk dekat flat sama, sekolah rendah sama, sekolah menengah sama, ambil tingkatan 6 sama dan apply ipta belajar course yang sama. Senang cerita sama. Mak ayah kami ni semua pun memang rapat.

Lepas intern, graduate waktu ni lah baru semua macam berpisah. Semua merata ke negeri lain walaupun membesar sama tapi taste kerja lain – lain. Selepas hampir setahun setengah kerja mak aku call dia cakap suruh balik sebab kawan aku ni sorang nama dia Aiman tapi kami panggil Man, dia s4kit.

Kita orang dalam group pun semua dapat info sama. Semua end up ambil keputusan hujung minggu balik. Bila balik tu tengok kawan aku Man terlantar dekat hospitaI badan kurus. Bayangkan berat badan Man ni last jumpa beberapa bulan lepas dalam 80 – 90KG. Bila aku lawat tu tengok dah bawah 50KG.

Bila tanya mak ayah dia berat dia 45KG. Padahal last jumpa rasanya tak sambil 2 bulan lepas. Kami ni pun anggap Anorexia sebab eating disorder ni memang akan buat badan susut teruk. Kita orang pun cakap dengan mak ayah dia takpe balik lah biar kami yang jaga lagipun lusa dia dah boleh discharge. Aku pun dengan yang lain diam tak ada tanya dia apa – apa.

Bila dia keluar tu pakai wheel chair. Flat pula tingkat 3 kami dukung. Bila letak dia dalam bilik mak ayah dia dengan adik beradik dia tak ada. Tiba – tiba dia menangis cakap “weyh tolong aku, tolong aku. Tolonglah” tiba – tiba dia merayu kita orang ni terk3jut lah tanya dia kenapa kasi full story baru boleh faham.

Lama juga si Man ni diam. Dah lama sikit baru dia buka cerita. Beberapa bulan lepas ada budak intern, jadi Man ni dapat lah tugas kena jaga 3 orang budak intern sebulan je tunjuk ajar mana perlu. Di antara 3 orang budak intern ni Man ni berkenan dekat sorang ni.

Adalah juga dia cerita dekat kami ni tapi iyalah setakat dengar macam tu sahaja lah dia cakap lawa, manis dan perfect orangnya. Dia pun nak try, ajak keluar makan, tengok wayang ajak itu ajak ini. Tapi, gadis ni pun tolak dia cakap kalau boleh nak stay professional dan tak nak fikir pasal relationship apa lagi dengan orang yang sama tempat kerja.

Man ni try banyak kali tak dapat dia baran. Akhirnya, Man ni entah macam mana dia buat keputusan nak guna sih1r. Dia pun curi barang budak intern ni atau nama dia Sofia (bukan nama sebenar) bila dah survey merata dia pun jumpa sorang b0moh.

Straight to the point cakap “saya nak perempuan ni suka saya ni ada gambar dan barang dia yang lain” tapi b0moh tu cakap tak cukup dia cakap ini bukan dalam drama pakai gambar dah jadi. B0moh tu pun cakap kalau dia nak, dia kena ambil kain kapan wanita yang belum berkahwin meninggaI.

Kena pastikan m4yat tu dah di kapankan rapi baru ambil kain kapan tersebut serta tanah kubvr jen4zah tu ditanamkan. Man ni bila dengar dia pun give up dan cakap giIa betul nak kena buat semua tu. Tapi tak sampai beberapa hari dia asyik berangan perempuan tu jadi isteri dia, kahwin dan dapat anak.

Dia pun setuju, apa si Man ni buat dia jadi aktif dekat masjid kawasan perumahan dia. Selepas sebulan lebih ada orang meninggaI perempuan umur baru 21 belum kahwin. Dia pun senyap – senyap gunting hujung kapan dalam 5CM.

Volunteer untuk kebvmikan sekali dan dia ambil masuk dalam poket dia tanah kubvr tu senyap – senyap. Pergi jumpa b0moh tu, dia suruh tunggu seminggu. Lepas seminggu tiba – tiba si Man ni kena ganggu. Nak telan dia rasa macam rambut tersangkut dekat tekak, bila dia tengok macam cermin asyik nampak ada bayangan perempuan.

Nak makan tak boleh telan tekak dia ni rasa macam kena cekik, s4kit jadi dia nak makan tu jadi takut. Tak sampai seminggu dia jumpa balik b0moh tu. Tapi, b0moh tu tak ada rumah yang dia pergi tu rumah sewa bila tanya tuan rumah dia cakap dah pindah.

Nak minta bantuan ustaz / ustazah dia takut kantoi. Dia pun hampir setiap hari kena ganggu itu yang susut badan laju. Bila dengar cerita dia semua macam “kau ni b0doh benda sy4itan macamtu kau buat” Man ni cuma mampu cakap tolong aku weyh, aku takut.

Kami end up bawa dia jumpa imam masjid tapi tak cerita full cuma cakap dia kena ganggu. Imam ni cuba memang waktu tu meraung Man ni pun cakap s4kit – s4kit lepas hampir sejam lebih. Imam tu cakap “InshaAllah kalau tak ada halangan benda tu dah keluar” kami pun semua tarik nafas lega.

Tapi malam tu ayah Man ni datang rumah kami pukuI 3 pagi cakap Man meracau. Dengar lah dia menjerit “tolong jangan kacau aku” bila dia dah bangun mak si Man ni tanya dia “kenapa ni siapa ganggu kau ni Man ya Allah kenapa ni Man”.

Man pun baru buka cerita dekat keluarga bila dengar tu memang menangis mak dia cakap kenapa tergamak. Ayah dia memang marah siap tengking “KALAU KAU TAK S4KIT AKU PELANGKUNG KEPALA KAU TAHU TAK!”

Lusa tu ayah dengan mak dia datang rumah ajak teman. Ayah dia ni cakap pakcik dia ni boleh dik4takan kerjaya dia mengubat orang tapi duduk jauh dekat Kelantan. Kami berlima termasuk Man dengan ayah dia drive pergi Kelantan.

10 jam juga baru sampai, rumah pakcik ayah Man dia ni memang betul dalam hutan. Kami masuk simpang tu lepas tu dalam hampir 30 minit keliling kawasan hutan tak ada rumah langsung. Hujung jalan akhirnya nampak rumah kayu besar itulah rumah dia.

Ayah Man pun bagi salam borak sedikit sebanyak sambil dia kasitahu masalah si Man ni. Kita orang papah dia bila pakcik Man atau nama dia Tok Sal (bukan nama sebenar ) check dia pun cakap “engkau dah kena ni” tapi loghat kelantan lah dia cakap. Ayah Man ni pun tanya “kena apa ni Tok Sal”.

Dia pun kasitahu yang Man ni mungkin jadi macam dia ‘third party’ sih1r. Kata dia macam ni. B0moh ni nak jampi si A tapi dia tahu mesti akan kena macam tempias atau b4di gitulah jadi nak elakkan kena b4di dan tempias sih1r ni.

Bomoh ni guna si MAN ni macam orang tengah. Jadi badi dan tempias tu tak kena dekat B0moh ni tapi kena dekat si Man. Kiranya b0moh ni bukan nak tolong Man pun dia nak tolong diri dia dan si Man ni pula bukan tahu.

Tok Sal ni cakap kemungkinan besar b0moh ni juga yang buat Man ni tergiIa – giIakan perempuan tu. Tapi Man ni cakap dia waktu first time jumpa b0moh ni tak pernah jumpa tahu pun sebab orang kasitahu. Tok Sal ni pun tanya si Man ni dari mana dia dapat nombor dan tahu rumah b0moh ni.

Bila fikir balik Man ni pun cakap dia tak ingat. Dia fikir punya fikir tak ingat. Yang dia ingat, dia jumpa sorang ni sembang – sembang dan orang tu sendiri dia ada kenal b0moh power. Lama dia fikir dan tak ingat. Tok Sal ni pun rawat dia cakap paling kurang 3 hari.

3 hari tu lah kami semua duduk situ hari keempat nampak perubahan dan balik minta cuti berapa hari je dan dah nak habis. Bila on the way balik Man ni masih tak ingat siapa yang kasi dia nombor telefon dan alamat b0moh tu.

Dia cakap nama dia tu hujung lidah tapi hairan kenapa tak dapat sebut. Sekarang Man ni dah kerja kembali intern tu pun dah full time dekat situ kita orang sendiri kasitahu Man ni janganlah fikir lagi benda benda sih1r ni.

Sampai sekarang juga si Man ni tak boleh ingat siapa yang kasi dia contact b0moh tu. Nama tak ingat dan jumpa dekat mana pun dia tak tahu. – Kawan Man (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nurul Asyikin : Baca posting ni teringat cerita sijjin. Jalan cerita ni hampir sama macam cerita sijjin tu.. Cuma sijjin ni yang jumpa b0moh tu orang perempuan. Perempuan tu suka dekat lelaki (nama watak tu galang) tapi lelaki ni dah berkahwin.

Perempuan ni sampai sanggup jumpa b0moh nak bagi galang jatuh cinta dan mintak b0moh tu buat isteri galang ni sampai m4ti. Akhirnya perempuan yang jumpa b0moh tu pulak mend3rita sebab kesan ilmu hitam yang dia hantar.. Pengajaran untuk kita semua.. Tq share

Ainul Sakinah Jumain : Ramai yang salahkan man sebab perempuan jumpa b0moh tu. Tapi rasanya dalam cerita ni man yang kena ani4ya. B0moh tu dah buat man tergiIakan perempuan tu, supaya man sendiri datang jumpa dia. Apapun betul, kena kuat pendinding diri, untuk elak perkara – perkara syirik ni.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.