Aku kenal suami dekat aplikasi cari jodoh. Dia duda ada anak. Awal – awal kahwin aku dah rasa suami tak cintakan aku sangat. Sampailah satu saat aku rasa dipergunakan..
#Foto sekadar hiasan. Sekadar kesed4ran kot untuk para wanita yang sedang mencari jodoh di luar sana. Kisah ni berlaku realiti pada diri aku. Aku seorang janda ada anak, sebelum ni aku pernah jatuh cinta dengan seorang lelaki duda ada anak di platform aplikasi cari jodoh.
Aku pun kahwin dengan dia. Awal – awal perkahwinan aku dapat rasa dia tak cintakan aku sangat. Sampailah satu saat aku rasa dipergunakan. Dipendekkan cerita aku dapat tahu dia tak bagi nafkah kat anak – anak dia dah lama.
Alasan dia tak mampu dan dia ada petik macam kata – kata ustaz mana aku tak ingat, dia cakap wajib utamakan diri sendiri dulu baru bagi pada anak – anak. Tapi aku rasa dia sebenarnya masih boleh je bagi sekurangnya dalam 50 – 100 ringgit dulu tiap – tiap bulan untuk anak – anak dia. Sekurangnya nampak la usaha dia. Ini takk..
Aku cari kerja untuk bantu kewangan dia. Aku pun dah ada anak dengan dia. Jadi total anak dia sem4kin bertambah. Aku banyak g4duh dengan dia isu kewangan. Aku dapat tau bekas isteri dia m4ki hamun dia sampai block dia sebab dia tak bagi nafkah anak walau satu sen.
Dah 5 tahun sekarang ni dia tak bagi nafkah anak – anak dia. Semua yuran sekolah anak – anak dia keluarga bekas isteri dia la tanggung. Macam aku ni, yuran taska anak aku yang tanggung sendiri. Dia tak mampu bagi banyak, aku dah letih g4duh dengan dia bab duit.
Baik aku usaha sendiri je bayar yuran taska dan sekolah anak aku. Dah lama kahwin dengan dia banyak sangat isu kami kerap g4duh. Aku rasa tak boleh hadap dah. Kami cerai cara baik. Aku bawak diri ke negeri asal aku. Dia masih di takuk lama.
Aku pun dah ada sedikit kemajuan dalam hidup. Tapi dia aku dapat tahu dia memburu perempuan lain. Mungkin untuk mencari m4ngsa baru. Firasat aku ternyata betul bila ada seorang perempuan DM aku di IG. Dia beritahu aku ingin menyelidik latar belakang bekas suami aku untuk kawan baiknya.
Perempuan ni musykil jumpa lelaki ni di fb bersama dua orang perempuan yang berbeza imej dan personaliti. Rupanya lelaki ni pernah cerai dua kali dan dia tidak jujur dengan kawan baik perempuan yang mesej aku tu. Aku namakan perempuan tu Linda.
Kawan baik Linda ni mesej aku untuk selidik pasal bekas suami aku tu sebab katanya Linda dah mula sayang pada bekas suami aku. Aku tanyakan apa bekas suami aku cakap punca penceraian dia. Rupanya bekas suami aku cakap dia cerai dengan aku sebab kewangan dan juga sebab aku ada s4kit mental.
Aku tanya kawan Linda tu ada ke bukti surat dari doktor yang aku ada s4kit mental? Kawan tu cakap takde sebab tu lah dia nak tanya aku sendiri. Okay aku tanya kawan Linda ni, ada tak bekas suami aku bagitau yang dia ada dua bekas isteri?
Kawan Linda cakap tak ada pun bagitau. Dia dapat tau pun sebab cari kat fb. So aku cakap kat kawan Linda, “nampak tak, ni pun dia tak jujur, so nak expect apa lagi?” Terus kawan Linda tu luahkan la, dia cakap dia taknak kawan baik dia terjebak dengan lelaki macam ni.
Yang nampak baik tapi penipu. Aku tanya Linda tu keje apa, dan macam mana rupa dia. Rupanya Linda ni kerja bagus. Rupa pun lawa, badan masih cantik. Dan aku dapat tahu bekas suami aku sebenarnya ramai lagi perempuan lain yang dia tengah kenal dan kawan.
Tapi aku hairan macam mana perempuan ni cepat jatuh cinta. Adakah sama cara dan teknik macam aku kena dulu? Aku cite hal sebenar pada dia. Paling aku takleh brain, nafkah anak – anak dia tak mampu nak bagi, ada hati nak kahwin lagi?
Ke dia memang dah plan nak ambik duit bini je dengan menggunakan kehebatan dan kemahiran manis mulut dia macam aku kena dulu? Entahlah, aku dah bagitau hal sebenar. Aku cakap kat kawan Linda tu kalau Linda tu masih nak kahwin dengan bekas laki aku, terserah lah pada dia.
Aku pun dah takde hati langsung kat dia walaupun baru je bekas laki aku tu pujuk rayu nak kahwin balik dengan aku. Nampak tak, kalau aku ni giIa kenapa nak get back balik? Situ pun dah tak masuk akal. Cuma aku ada pesan kat kawan Linda tu untuk bagitau kat Linda kalau jadi kahwin, please remind husband to be dia untuk bayar nafkah semua anak – anak dia dan hutang bekas isteri dan anak – anak dia.
Kalau nak hidup tu berkat. Kalau tak sampai m4ti pun takkan berkat hidup tak pulangkan semula hak bekas – bekas isteri dan anak – anak dia. Aku terfikir adakah ini teknik marriage sc4m yang terbaru? Aku ni pun dah tr4uma nak kahwin lagi.
Memang sekarang aku fokus pada kehidupan aku, anak – anak aku, kerjaya aku, pelajaran aku dan ibadah je buat masa ni. Semoga wanita di luar sana berhati – hati dengan lelaki. Aku pun ada kisah tentang perempuan yang terkena minyak pengasih / dagu dari seorang lelaki duda.
Moral of the story, nampak baik belum tentu baik dari semua sudut. Selidik dulu. Jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan manusia. Nafkah anak, hutang ex wife tu semua hak dan hubungan sesama manusia. Yang benar, Wanita Yang Mahu Jadi Seperti Rabiatul Adawiyah. – Rabiatul Adawiyah (Bukan nama sebenar)
Sambungann… Disebabkan aku tengok dan teliti satu persatu komen, rupanya taktik ni memang wujud. Aku nak sambung sikit cite pasal ni memandangkan kawan Linda tu ada mesej aku lagi semalam pada malam 9 Ramadhan.
Aku rasa kecewa dengan jawapan baIas dari Linda, dia abaikan nasihat kawan baik dia ni untuk tidak teruskan perhubungan dengan bekas suami aku yang kaki culas nafkah anak tu. Sebab apa korang nak tau? Sebab Linda dah terlalu sayangkan bekas laki aku.
Ya robbi kasihan aku katakan. Dan paling aku takleh brain, bekas laki aku tu belum tentu sayang kat dia pun. Sebab aku kenal la dia. Dia hanya pernah sayangkan dan cintakan ex wife dia yang pertama je. Tapi disebabkan cerai dia dah tak boleh nak sayangkan perempuan lain lebih – lebih dah.
Next marriage dia selepas itu hanyalah sekadar nafsu semata – mata. Berbalik pada kisah kawan Linda mesej aku tu, aku cakap kat kawan Linda ni biarlah dorang kahwin, kalau dah tengah angau memang camtu. Aku cakap pada bff Linda ni, nanti dah kahwin boleh la tolong jantan tu bayar hutang nafkah anak – anak dia naa dah sebab angau sangat kan, dah sayang bantulah laki kau nanti tau, jadilah ATM bergerak dia ye,
Sebab ikut pengalaman aku, memang aku akan rasa kesian je kat dia dan akan mudah bagi dia duit disebabkan manis mulutnya itu. So, lepasni turn kau la pulak Linda. Aku ada plan untuk bagi bekas laki aku ni dapat pengajaran setimpal.
Aku akan failkan Tuntutan nafkah yang tertunggak plus hutang – hutang aku yang dia janji nak bayar semua tu. Walaupun aku masih blur nak mula dari mana sebab semalam fikiran aku bercelaru, dengan aku letih kerja lagi, uruskan anak – anak lagi. (Kalau korang ada pandangan dan idea atau pengalaman boleh tulis kat komen tau, TQ sangat korang!)
Yuran taska anak aku setakat ni dia langsung tak cover. Sedangkan aku tanya peguam, peguam cakap pendidikan anak semua tu sepatutnya bapak yang tanggung. So, dia dah kalah 1 part ni nanti kat mahkamah. Dan paling lawak birthday anak dia baru – baru ni pun dia tak heran.
Takde tanya khabar langsung pasal anak dia. Bila aku ingat balik padanlah tengah bercinta memang lupa anak punya. Dasar jantan tak guna! Aku harap satu hari nanti Allah akan baIas balik apa yang dia buat kezaIiman dia terhadap bekas – bekas isteri dia dan anak – anak dia.
Aku paling risau bila dia kahwin lagi, ada anak lain lagi dengan bini lain, pastu anak – anak dia sedia ada sekarang semua tak kenal dia siapa dan tak pernah kenal siapa adik beradik sebapa dorang. Aku risau dah besar nanti kot terkahwin kan naya pak karim.
Memang jahat sungguh la kalau dia biar camtu dan tak pernah fikir hal – hal sebegini. Aku tengok abang – abang aku yang takde la kaya mana tapi aku tengok dorang rajin kerja cari duit bayar nafkah anak – anak, rumah semua duit abang – abang aku walaupun bini bini dorang kerja hebat – hebat, gaji berkali ganda dari abang aku.
Tapi bekas laki aku ni haprak, pemalas, asyik duk ratib la trading yang dia sebut – sebut sejak 4 – 5 tahun lepas.. sampai la ni aku tengok tak kaya kaya pun. Malah menyusahkan hidup aku pulak sekarang disebabkan hutang yang dia sendiri deal dengan orang tu atas nama aku.
Pastu habis la nama aku ni depa cari mintak hutang. Dia? Boleh cakap tunggu ada duit baru bayar kat aku. Memang aku rasa nak carut je kat muka dia. Dasar jantan tak guna pastu gatal telo cari betina lain. Aku memang dah panas hati sangat dengan mamat ni.
Gunakan pakaian alim kau tu untuk ngorat perempuan? MemaIukan agama la orang macam ni. Disebabkan nila setitik rosak susu sekolam…! Aku mintak maaf la terguna bahasa kasar bulan bulan puasa ni, yelah aku dah lama simpan.
Bab dia suka beralasan tu aku memang takleh brain dah.. aku akan g4duh je dengan dia bila cite hal ni. Aku stop sampai sini dulu. Sebab dah nak berbuka. Aku balik kerja tadi pukuI 5.45 sampai rumah, ambik anak – anak apa semua.
Urus anak – anak aku setitik pun dia tak pernah tanya dan ambil tahu. Dasar kan bapak tak guna. Korang doakan aku kuat sebagai ibu tunggal yang sudah tawar hati dengan manusia bernama LELAKI! Yang benar, Wanita Yang Mahu Jadi Seperti Rabiatul Adawiyah.
Komen W4rganet :
Salina Gunawi : Teringat zaman bujang saya masa naik teksi ke Gombak. Driver teksi tu seorang lelaki Melayu dengan bangganya bercerita dia ada tiga isteri yang semua kerja bagus bagus. Katanya setiap tahun dia holiday ke luar negara dan berbelanja mahal mahal walaupun hanya taxi driver.
Waktu itu katanya dia dalam proses hendak berkahwin dengan bakal isteri yang ke empat. Saya hanya mendengar dan sewaktu sampai ketempat yang saya hendak pergi saya kata padanya. Maksudnya tuan tidak mampu tapi berg4ntung hidup dengan isteri isteri sahaja.
Tuan tidak berkahwin dengan orang yang susah tapi mencari yang ada good income. Tuan tak malu ke? Saya sebenarnya nak melawat boy friend saya yang eksiden. Tuan bercerita seolah bangga bila semua perempuan pilih tuan tapi pada masa yang sama tuan aibkan diri tuan sendiri. Saya terus keluar dari teksi itu. Sedih bila tahu ramai perempuan yang senang diperb0dohkan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.