Tr4uma kena baIing buku dekat muka, sampai sekarang umur 24 tahun aku hanya hafal sifir asas je

Cikgu pulaukan aku buat macam tak wujud dalam kelas. Nama aku pun disebut di khalayak ramai dan jawatan sebagai pengawas pun dilucutkan. Aku terp4ksa lalui beberapa bulan yang memeritkan kerana di pulau kawan – kawan, guru dan dipandang serong. Aku boleh nak baIas d3ndam..

#Foto sekadar hiasan. Salam, oleh kerana hangat diperkatakan tentang cikgu dan murid yang kena hempuk dengan buku dekat muka kalau tak silap, ada yang setuju dan ada yang tak setuju, aku tergerak hati pula nak kongsi pengalaman aku dengan guru – guru ni.

Aku menyokong jika ada yang kata murid sekarang memang manja sebab aku anak cikgu, dan keluarga aku pun banyak berkerjaya sebagai cikgu. Aku nak cakap diri aku ni baik takdela baik mana, nakal jugak, ponteng sekolah, lompat pagar pergi CC, tak siap kerja sekolah tu benda biasa.

Jadi kalau kena rotan, denda tu perkara biasa, tapi aku sikit pun tak d3ndam dengan cikgu – cikgu aku sebab aku tahu aku salah, cuma ada pengalaman buruk aku dengan cikgu – cikgu aku. Di sini aku nak berkongsi pengalaman pertama di sekolah rendah.

Masa tu aku budak baru masuk ke sekolah rendah islam baru, masa tu darjah 4. Aku akui aku memang nakal, tapi sekadar nakal tak siap kerja sekolah dan tak bawak buku, yang paling aku tak boleh lupa sampai sekarang aku pernah di pulaukan oleh guru – guru aku, hanya sebab satu guru math aku.

Dia cikgu perempuan, entah kenapa, aku memang tak faham dia ajar math. Ada suatu hari tu, dia suruh aku bangun dan jawab soalan, dan aku tak dapat nak jawab, terus dia amik buku nota aku dan campak buku tu kat muka aku.

Sambil tu dia m4ki hamun dan tengking aku, aku hanya mampu diam, tak berani meIawan. Yelakan, budak – budak, lepas dari peristiwa tu dia langsung tak endahkan aku, hatta aku dah siap kerja sekolah pun dia ambik buku aku dan Iempar luar kelas.

Bila aku tak faham dan tanya dia buat – buat tak nampak, seolah – olah aku ni tak wujud. Aku tak tahu kenapa dia d3ndam sangat kat aku, dan benda ni aku tak cerita pun kat mak ayah aku. Cubit dan kena r0tan dengan cikgu masa sekolah rendah memang dah biasa sangat aku kena, dan sikit pun aku tak rasa tr4uma.

Cuma peristiwa kena Iempar buku kat muka tu je yang sampai sekarang aku tak boleh lupa, dan lepas tu aku desak mak ayah aku untuk tukar sekolah ke sekolah rendah biasa. Tapi sejak daripada tu memang aku tr4uma, dan langsung tak minat math sampai la sekarang umur aku dah 24 tahun, sifir pun hafal sifir mudah je.

Aku  dah cuba untuk belajar math, untuk minat tapi memang tak lepas. Pengalaman kedua masa aku di tingkatan 6, aku tak dapat mana – mana tawaran lanjutkan pelajaran walaupun aku punya result spm aku okay. Semuanya disebabkan Math aku tak kredit, aku tak dapat diterima di mana – mana Universiti.

Jadi untuk jimatkan kos, aku masuk tingkatan 6 di sebuah SMKA. Dekat sini aku bertemulah dengan satu teacher ni, pertama kali memang aku anggap dia ni sebagai ibu, sebab dia sangat open dan peramah, tapi lama kelamaan aku dapat perasan satu per4ngai dia.

Bila dia tak sukakan seseorang tu, dia akan cari dan usaha sepenuhnya untuk jatuhkan orang tu. Dia akan burukkan individu tu dan hasut orang lain supaya benci dan pulaukan dia, kawan – kawan seangkatan tingkatan 6 dengan aku ramai yang kena, tapi yang aneh, bila dia dah puas hati budak tu dah kena teruk, baru dia akan buat – buat baik, memang dasar talam dua muka.

Namun aku tak sangka aku pulak jadi m4ngsa seterusnya, aku pun tak pasti apa salah aku yang aku buat smpai dia begitu membenci aku. Ada satu hujung minggu ni, ramai yang balik rumah tapi aku dengan kawan malas nak balik rumah masing – masing.

Lepas solat Jumaat kami lepak Cyber Cafe. Entah macam mana ada orang yang lapor dekat cikgu tu. Oklah, aku terima sebab memang salah kami pun dan kes ni dibawa sampai ke bilik disiplin, kami diberikan amaran pertama, sebab ni kesalahn pertama kami.

Tapi bila cikgu tu dapat tahu aku lepas, dia tak puas hati, kemudian terus dia k0rek – k0rek cari kesalahan aku melalui budak – budak perempuan satu form. Ada satu hari tu, aku tidur dalam kelas sampai asar, nak dekat maghrib baru balik.

Jadi aku tak pergi surau, hanya solat kat dalam kelas, lalu dia fitnah kata aku tak solat asar dan bawak kes ni kat guru disiplin. Aku hanya berdiam diri dan tak pert4hankan diri aku pun sebab aku memang tak pandai nak meIawan kata orang yang lebih tua dari aku apatah lagi guru.

Jadi aku iyakan jela, aku memang dari kecik diajar supaya jangan menjawab bila guru – guru aku marah. Akhirnya aku kena r0tan, tak cukup dari tu, aku di pulaukan oleh kawan – kawan aku, hasil hasutan cikgu tu dekat kawan – kawan sekelas aku.

Cikgu perempuan pun pulaukan aku buat aku macam tak wujud dalam kelas. Kemudian, benda ni tak habis lagi, dia cerita pasal tu kat satu sekolah, dan jawatan aku dilucutkan, then dia cari lagi kesalahan aku yang sering balik lambat ke asrama dan boleh kata aku kerap balik rumah (aku akui memang aku suka balik).

Nama aku pun disebut di khalayak ramai dan jawatan sebagai pengawas pun dilucutkan, tapi aku terp4ksa lalui beberapa bulan yang memeritkan kerana di pulau kawan – kawan, guru dan dipandang serong. Kalau ikutkan, aku boleh je nak baIas d3ndam kat cikgu tu, tapi aku tak buat macam tu sebab aku ada hormat lagi pada insan yang bergelar guru.

Sebenarnya banyak lagi yang dia ani4yai aku, cuma aku tak cerita kat sini sebab panjang sangat. Terpulang kepada pembaca untuk judge macam mana, tapi aku tahu jenis guru yang memang beri hukvman denda untuk mendidik atau sekadar untuk memenuhi nafsu amarah dia.

Aku tak kisah aku dit4mpar, disep4k ter4jang kalau untuk mendidik aku, tapi kalau sekadar hanya untuk menjatuhkan maru4h aku, memang aku boleh beza. Nak lagi kalau memang terang lagi suluh, niat dia nak jatuhkan seseorang.

Point aku kat sini, bukan semua cikgu tu beri hukvman sebab nak mendidik, sesetengah hanya untuk baIas d3ndam kat anak murid, dan aku tahu ramai yang ada pengalaman yang sama macam aku dan setuju apa yang sampaikan ni.

Aku menyokong tindakan cikgu – cikgu yang memberi hukvman untuk pengajaran. Untuk kes aku sampai sekarang aku masih berd3ndam tak akan memaafkan cikgu tu sebab dah memaIukan dan mengaibkan aku di khalayak ramai.

Lvka kena t4mpar boleh baik, tapi bila dah kena public sh4ming, sampai bila – bila boleh ingat. Lvka dan malu dia lebih teruk dari kena t4mpar. Betul dia nak didik aku tapi tak perlu dia memperbesarkan cerita macam aku ni r0goI anak d4ra orang je, fitnah dan mengaibkn aku depan kawan – kawan aku dan guru yang lain.

Korang nilailah sendiri, aku tahu guru tu manusia biasa yang buat salah dan silap, tapi andai kata betul niat untuk dia mendidik, aku tak kesah tapi kalau sekadar untuk melepaskan d3ndam dia, jumpa lah di padang maakuar kelak.

Aku tahu sedangkan nabi maafkan umat, tapi aku bukan nabi, dan maru4h aku yang tercaIar tak akan dapat dit3bus sampai bila – bila. Sekian nukilan dari aku. – Etak Form 6

Komen Warganet :

Fatehah Mohd Naser : Tak tahu dekat mana silapnya, sebab dulu kalau cikgu r0tan, hukvm pelajar aku rasa memang teruk juga tapi takde la jadi kes macam sekarang. Ibubapa ada hak nak pert4hankan anak – anak bila kena hukvm tapi berg4ntung la apa kesalahan anak tu, apa hukvman yang diterima.

Kalau setakat r0tan atau denda yang ringan – ringan tu kira pejam mata lah, untuk mengajar. Kita yang kat rumah jaga 3 – 4 orang anak pun boleh naik singa, inikan pula cikgu kena jaga 40 orang pelajar. Nak plak dapat pelajar kurang ajar, tak dengar cakap, suka bagi alasan dan sebagainya.

Iman Jual Kek : Aku pun dulu ada cikgu yang tak berapa nak suka. Mungkin sebab aku ni dulu boleh kata ada rupa dan rapat la dengan cikgu – cikgu lain. Ada jawatan kan, selalu la tak masuk kelas busy. Hahah. Jadi memang kena la selalu dengan dia. Tapi aku ok je, tak d3ndam pun.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?