Tugas saya jadi babu layan suami. Nak makan semeja pun tak boleh. Suami kata tugas isteri layan suami, cedokkan nasi lauk

Satu hari saya meIecur terkena pressure cooker dari pusat smpai lutut. Kulit peha dah mula terk0pek. Saya k3jut suami minta hantar ke kIinik tapi kena jerkah. Saya masuk bilik susukan anak sampai tertidur. Saat itu saya sedar, nak jadi isteri kena cerdik..

#Foto sekadar hiasan. Salam, admin hide kan saya ya. Saya berkahwin dengan orang yang alim, zikir tasbih tak pernah tinggal, perwatakan suami menarik, kerja kerajaan. 11 tahun kahwin, saya bersalin anak rapat – rapat, anak 4 orang.

Saya dah takde orang tua, saya anak tunggal, mertua pun dah takde, ipar duai jauh. Saya takde tempat nak mengadu. Sepanjang membesarkan anak saya sering dijerkah, dimarah depan orang itu biasa. Level bini dengan anak sama sahaja, bila suami nak marah anak, saya pon akan babit sama.

Biasa sangat nak marah anak tapi tuju kat saya dulu, selalu kata, “tak pandai ajar anak.” Kalau anak nangis dia tak boleh dengar, serabut dan akan membebel sambil anak nangis sambil dengar dia mmbebel pr0vok mental saya.

Nak makan semeja tak bagi isteri hanya kena layan anak dan dia sahaja. Duit nafkah 11 tahun tak pernah bagi bila mintak dia akan buat tak tahu je. Kalau mintak jugak, dia tarik muka, hubungan akan tegang. Kalau takde duit saya faham tapi duit sememangnya ada tapi oleh sebab takut jatuh eg0, jadi berat nak hulur bini.

Urus diri sendiri tak pandai satu pon, contoh lauk kena hidang siap – siap, nasi kalau tak sempat cedok alamatnya tak makanlah. Kalau makan pon cedok dalam keadaan marah, air manis tak putus. Kalau habis tak pandai nak kacau sendiri, alasan nak bagi pahala banyak kat saya.

Padahal malas. Hujung minggu tidur sepanjang hari, bila lapar baru bangun nak makan. Kalau tak k3jut tak bangunnya, tak pandai bangun dengan sendiri. Biasa sembahyang pastu akan sambung tidur, suami pernah warning saya dulu, “awak jangan pandai – pandai nak arah saya buat itu ini. Ingat! saya tak akan sesekali buat!”

Sadiskan?? Jauh sekali nak bawa anak pergi jalan, baik dia tidur alasan katanya dah akhir zaman nabi suruh ik4t anak bini kat rumah. Saya selalu diugut isteri derh4ka dan mulut tak berhenti cakap, apa susah – susah, tengoklah nanti dia nak kahwin satu lagi.

Dulu – duIukan bila dengar ayat ni saya jadi menggigil takut sangat oleh kerana sayang, sampai sanggup saya b0dohkan diri jadi h4mba dia agar dia tak sumpah saya isteri derh4ka dan niat kahwin lain. Satu hari saya meIecur terkena pressure cooker dari pusat sampai lutut.

Kulit peha dah mula terk0pek, saya jalan terhenjut – henjut. Nak k3jutkan dia kebetulan dia cuti, minta tolong bawa pergi kIinik. Tapi dia jerkah saya sebab ganggu dia tidur. Saya sangat sedih lihat keadaan diri saya masa itu.

Akhirnya saya masuk bilik mnyusu anak dan saya tidur dalam keadaan menahan s4kit. Dah petang baru nak hantar dalam keadaan marah dan terp4ksa. Dia hantar saya ke kIinik dan dia tunggu di luar. Selepas dari pada itu, saya baru sedar dia telah menzaIimi saya, langsung tiada kebajikan atas diri saya setelah apa yang saya k0rbankan dalam rumahtngga.

Saya mngabdikan diri saya sepenuhnya sepanjang 11 tahun. Saya jadi dungu sedungunnya. Dulunya saya gempal 70kg, perwatakan saya tak terurus sebab membesarkan anak sorang diri. Lepas dari itu saya mula bangkit mencari titik kekuatan saya.

Saat ini baru saya sedar nak jadi isteri kena cerdik, kena ada ilmu, kena ada pendirian ketegasan. Bukan nak derh4ka tapi nak melindungi hak saya sebagi isteri. Dulu saya serah diri bulat – bulat pada suami, saya jadi m4ngsa h4mba dia akan menggunakan agama untuk bina hujah – hujah dan alasan dia mengerah keringat saya.

Saya dihenyak tanpa belas kasihan, tak lain tak bukan untuk kepentingan dia sahaja. Kini anak saya dah besar – besar dan boleh jadi teman saya gelak sama – sama pergi jalan keluar makan sama – sama, buat kerja dapur sama – sama.

Suami saya? Memang dah tak boleh ubah, saya biarkan dengan kehidupan dia. Kadang – kadang dia masih ugut nak kahwin lain, saya boleh cakap, “silakan”, saya tak takut lagi ugutan dia. Saya bersyukur anak saya lebih tegas dan boleh protect saya kalau suami cuba pr0vok dan marah – marah saya tak tentu pasal.

Saya yang dulu berisi kini dah slim dari berat 70kg ke 44kg. Perwatakan lebih terurus dari dulu, dulu kulit gelap sekarang cerah. Kalau dulu macam mak – mak orang, tapi sekarang kalau saya jalan sorang – orang akan ingat saya anak d4ra lagi.

Sekarang saya perasan suami selalu nak datang dekat seringkali berdamping nak bersama dengan saya. Alhmdulilah saya kini lebih berpendirian, saya bertegas bab nafkah bulan – bulan, saya tak kompromi, itu hak saya. Kalau tak dapat saya pergi mengadu pada ahli kelurga dia.

Sekarang suami dah tak berani buat mudah pada saya. Tentu sahaja dia akan malu muka, kakak dia akan tegur kelakuan dia yang tak kena. Syukur 11 tahun yang dulunya penuh pancaroba, anak menjadi saksi perit jerih saya, begitu menguji mental saya. Betullah rumahtangga ini 1 ujian.

Tahun depan saya dah nak mula keluar bekerja. Saya tak plan nak beranak lagi. Suami bagi ke saya bekerja??? Alasan sayang sangatlah konon tapi saya tak putus asa. Saya mengadu pada kakak dia yang saya nak kerja sebab anak dah besar dan saya nak bayar ptptn saya dah lama tertunggak, akhirnya suami saya akur sahaja.

Isteri lebih – lebih lagi surirumah, insan yang paling mulia sanggup mengenepikan kepentingan diri tidak lain tidak bukan untuk suami, bangkitlah jangan jadi isteri macam saya yang dulu. Ia memakan diri fizikal dan mental, mujur umur panjang. Banyak lagi pend3ritaan saya tanggung tapi tak terluah. Ini sahaja buat kali ini. Sekian

Komen W4rganet :

Danial Mikail : Bangun dari lena, terus kuat dan berusaha untuk diri dan anak – anak. Bukan nak meIawan dan derh4ka suami tapi puan pun ada hak, jika dia alim dengan zikir tasbih dia patut melayani puan dengan baik bukan main herdik.

Orang gitu nak orang nampak dia baik tapi hakik4tnya puan lebih kenal. Apapun puan kerja dan saving dalam diam sikit – diam. Jangan sampai dia pulak nak hasilnya atau terus abaikan tanggungjawab memberi nafkah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.