Tunggu doktor kIinik kesihatan lambat, dekat situ juga saya menjerit, menangis. Dalam hati memang dah fikir, “aku tak lama ni”

Lepas seminggu koma, doktor dah panggil famili saya datang melawat. Nyawa saya pun dah nyawa nyawa ikan. Doktor minta keluarga redha jika apa – apa kemungkinan yang berlaku. Makcik saya bagitahu, tilam untuk jen4zah saya pun dah bentang kat ruang tamu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Saya nak share pengalaman saya dijangkiti InfIuenza A atau dikenali juga sebagai H1N1. Sebabnya saya tengok masyarakat macam endah tak endah dengan penularan wabak ni.

Mereka fikir batuk selsema s4kit tekak demam biasa. Yes! Itu untuk orang yang tidak berisiko. Tetapi untuk yang berisiko, ianya boleh bawa m4ut. Saya pernah dijangkiti H1N1. Itu adalah pengalaman yang saya takkan lupakan sampai bila – bila. Sebab tu saya nak share dengan semua orang.

Sangat s4kit! Saya tak pernah rasa s4kit teruk macam tu sekali. Saya sangat kuat, s4kit camana pun saya tahan. Tapi masa dijangkiti H1N1 saya tak tau nak cakap apa, memang tak mampu, s4kit. Saya dapat wabak H1N1 dari Melaka.

Masa tu Melaka adalah tempat wabak. PukuI 9 pagi saya pergi Melaka jalan – jalan. PukuI 8 malam masuk Jaya Jusco, keluar dari Jusco saya dah rasa s4kit – s4kit badan, s4kit sendi. Bila berjalan macam menggigil rasa nak terjatuh.

Tiba rumah pukuI 9.30 malam dan 10 malam serta merta saya demam panas menggigil. Saya pergi kIinik suhu saya 40°C, doktor bagi panadol, ubat batuk dan ubat selsema. Lepas 4 hari ubat dah habis tapi demam tak kurang, malah suhu badan m4kin tinggi 42°c sampai saya kena sawan.

Rasa nak pecah kepala. Esok paginya saya pergi KIinik Kesihatan Kerajaan. Saya ambil nab 3 kali tapi asthma tak kurang maka doktor bagi suntikan. H1N1 ni sangat merb4haya kepada orang – orang yang berisiko tinggi seperti penghidap asthma macam saya.

Selain tu kanak – kanak, w4rga emas, penghidap k3ncing manis, d4rah tinggi, buah pinggang dan lain -lain (tak ingat apa lagi). Sila berhati – hati. Kalau yang tak berisiko tu cuma demam, selsema, batuk biasa je. Jangan dekati orang yang berisiko.

2 minggu saya dikuarantin di HospitaI A dan 2 minggu di ICU HospitaI Pakar B… seminggu koma. Alhamdulillah, umur saya panjang. Kalau tidak saya jadi m4ngsa ke 48 yang m4ut kerana H1N1, selepas seorang student UITM yang m4ut akibat wabak ini.

Jen4zahnya dimandikan di hospitaI dan memang diuruskan seperti pes4kit HlV dibalut dengan plastik serta tiada ciuuman terakhir dari keluarga Okay, kalau orang yang terkena jangkitan cepat – cepatlah ke hospitaI. Korang akan :

1) Demam panas yang tinggi 39°c ke atas. Macam saya, demam panas pergi kIinik. Ubat dah habis tapi suhu m4kin tinggi 42°c sampai kena sawan. S4kit kepala macam nak pecah.

2) S4kit sendi. Ni memang tak tahan. Masa kat KIinik Kesihatan lepas ambil nab kena tunggu doktor. Nombor giliran lambat lagi, saya tak tahan, kat situ juga saya menjerit dan menangis. Nangis sungguh – sungguh sebab s4kit sangat. Dia punya s4kit, masyaa Allah. Bayangkan dia punye s4kit seolah – olah setiap sendi kena t0reh dan ada batu – batu kecil di celah sendi. Nak duduk pun s4kit.

3) Virus tu ser4ng paru – paru saya. Nak nafas memang s4kit. Dahla nafas pendek, seolah – olah paru – paru saya sedang menanggung bebanan yang sangat berat. Dalam hati saya memang dah fikir, “aku tak lama ni”

4) Cirit birit. Dengan keadaan yang lemah kita kena cirit birit. Cirit tu memang dah tak serupa t4hi. Macam minyak cair, bila nak keluar pun tak tahu. Memang tak rasa bila nak keluar, tiba – tiba je katil dah basah.

Masa tu yang uruskan saya ialah nurse. Nak uruskan saya pun mereka sangat berhati – hati, setiap pergerakan kecil akan buatkan saya penat sangat. Terima kasih banyak – banyak. Saya memang respek dan pandang tinggi dengan kerjaya seorang jururawat.

5. Loya. Sebelum koma saya dah loya dan takde selera makan. Tekak dah s4kit – s4kit banyak Iuka. Lepas sedar dari k0ma pun masih loya, makan munt4h makan munt4h.

Minggu ke 3 saya kena transfer ke ICU HospitaI Pakar B sebab waktu tu hospitaI A takde fasiliti yang cukup untuk saya. Masa saya disorong ke dalam ambulan, saya dah diawang – awangan. Saya sedar ambulan bawa laju giIa pastu dengar suara nurse cakap kat doktor cakap denyutan nadi saya sem4kin lemah. Pastu saya dah tak sedar, k0ma.

Kalau tak silap saya lepas seminggu k0ma, doktor dah panggil famili datang melawat. Nyawa saya pun dah nyawa – nyawa ikan. Doktor minta keluarga redha jika apa – apa kemungkinan yang berlaku. Tilam pun dah bentang kat ruang tamu, huhuhu (makcik yang cerita semula pada saya).

Untuk pengetahuan semua, dalam k0ma saya nampak diri saya sendiri, suasana gelap hitam dan saya dengar apa yang famili cakap. Saya dapat rasa suasananya, saya dapat rasakan genggaman tangan dari famili besar saya.

Saya dengar famili, pakcik makcik saya cakap saya kena kuat, saya kena kuat semangat. Saya tak boleh nak baIas, saya tak boleh bergerak. Tapi saya dapat rasa air mata saya mengalir. Ada famili cakap dengan saya suruh baca zikir banyak – banyak, suruh baca doa, suruh baca surah lazim, ayat – ayat al quran… saya buat.

Masa tu baru saya sedar yang saya sangat kritikal. Dalam hati saya zikir banyak banyak sebab takut sangat. Saya cakap sungguh – sungguh, “Ya Allah aku tak nak m4ti lagi”. Korang, kalau ada famili atau kawan – kawan yang k0ma, berkomunikasilah dengan mereka.

Bagi kata – kata semangat, ajar mereka zikir, ajar doa, ajar baca surah – surah lazim. Mereka dengar. Dalam keadaan diri ketakutan dan terper4ngkap seperti dalam dunia lain, itu adalah sumber kekuatan yang ada. Kebetulan makcik saya baru balik umrah, dia bagi air zam zam.

Mama minta tolong nurse basahkan bibir dan suapkan air zam zam ke mulut saya. Dengan izin Allah swt dan keberkatan air zam zam, tengahari esoknya saya terus sedar dari k0ma dan duduk. Tak lama lepas tu 4 orang doktor pakar datang, mereka cakap, “AMAZING”. Alhamdulillah.

Korang berhati – hati, jangkitan ni tak boleh dipandang sebeIah mata. Saya dah melaluinya sebab tu saya kongsikan dekat sini. Sharing is caring kan? Mulai sekarang buatlah langkah pencegahan awal seperti pakai mask, kerap cuci tangan dan hidung. Selain tu boleh dapatkan vaksin di kIinik – kIinik swasta.

Kepada anti vaksin, virus dan bakteria sentiasa berevolusi dan sentiasa update dari zaman ke zaman. Jangan bandingkan zaman nabi dengan zaman sekarang. Sayangi diri sendiri, keluarga terutamanya anak – anak.

Kalau ada famili, kawan – kawan atau orang sekeliling yang terkena jangkitan InfIuenza A H1N1, rekemen kan pengambilan air zam zam. Pastikan air zam zam yang original sebab sekarang ni banyak palsu. Dengan izin Allah swt dan keberkatan air zam zam, Inshaa Allah. Doakan saya diberikan kesihatan yang baik. Bila lagi sekali InfIuenza A menular, saya memang tr4uma dan takut. Assalamualaikum wbt. – Cik Wire Jewelries (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Noriha Abdullah : Saya lalui situasi 50-50. K0ma hampir sebulan. Azabnya duduk dalam bilik ICU sorang diri. Yang masuk bilik semua hanya nampak biji mata. Sebelum saya k0ma mintak suami baca ratib Al Haddad. Selang seminit dengar bacaan tu, terus hanyut.

Dipendekkan cite, doktor jangkakan esok leher saya akan ditebuk untuk bantuan pernafasan, tetapi kuasa Allah saya sedar sehari sebelum mesin sampai. Bil rawatan saya 137K. Hati – hati, adakala walaupun hanya ulangalik ke tempat kerja (bank), siapa sangka ada yang bawa peny4kit. Sedih juga sikit tak dapat bantuan SOCSO. Namun bersyukur Allah beri nikmat bernafas hingga hari ni.

Hanie Othman : Saya penah kena, sebijik simptom yang sis cakap tu tapi saya tkde asthma. 5 hari dapat mc.. kurantin diri sendiri dekat hostel.. lepas hari kelima complete ubat tamiflu, baru saya berani keluar.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.