Umur 30, kerja doktor. Ramai yang nak jadikan aku isteri sebab banyak duit. Ada makcik masuk meminang, anak dia biawak hidup, anak mak

Bila dapat tahu aku masuk universiti, ambil perubatan. Makcik tu cakap kat mak aku, “baguslah kalau kita berbesan. Boleh lah anak awak jaga anak saya.” Berani ya suruh jaga anak dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Moga dipermudahkan urusan bagi semua yang membaca, dibukakan jalan, dihantarkan bantuan, dimakbulkan hajat tidak kira lah apa situasi kita semua. Aku awal 30-an. Dah kahwin. Dengan kawan baik sendiri.

Orang yang kenal kami berdua akan cakap untungnya korang jumpa satu sama lain. Bestnya kau kahwin dengan kawan baik sendiri. Sebelum kahwin aku selalu kena kecam. Memilih lah. Eksyen lah. Daging dah keras lah (yang ni biadab nak GIL4 ya).

Kenal lepas nikah je lah, perempuan alpha lah. Sombong lah. Andartu lah. Yada yada. Yang lelaki pula dok kata aku tak laku. Ya guys. Jangan ingat bawangan hampa tu tak kantoi yaaaaa. Tapi yang mereka tak tahu adalah apa yang kami lalui untuk dapat apa yang ramai orang sebut – sebut ni ‘keuntungan’ ni. Jadi biar aku kongsi bahagian aku, mana tahu untuk yang masih menanti tu boleh dapat kekuatan.

Seawal umur 19 macam tu dah ada orang nak masuk meminang. Pasalnya? Aku berkulit cerah. (Penafian: aku cerah je, tapi yang lain – lain aku tak ada. Tapi dah standard lah kan cerah hidung penyek pun lawa kalau kat Malaysia ni). Aku terus tak boleh hadam alasan makcik tu. Terus aku buat tidak tahu sama dia.

Tahun sama, ada makcik lain berkenan. Lagi – lagi bila dapat tahu aku dapat masuk universiti, ambil kursus yang perubatan. Dia kata kat mak aku “baguslah kalau kita berbesan. Boleh lah anak awak jaga anak saya.” Aku terus cakap kat mak aku, tolak! Tidak perlu tanya pendapat aku.

Pergh. Berani ya suruh jaga anak dia. Aku kenal anak dia. Dia tak kerja. Duduk dengan mak. Sis tak mahuuuu. Masuk universiti ingat dah habis lah makcik – makcik ni. Tidak. Datang jejaka beruniform. “Kita suka perempuan kerja doktor boleh lah buat isteri trofi. Gaji pun banyak… kita kahwin nak?” Aku tukar nombor telefon esok tu juga, marah kawan aku yang bagi nombor aku kat dia. Nauzubillah.

Semester 2, datang h4mba Allah sepupu kepada rakan sebilik aku. Bakal cikgu. Nak kenal – kenal sebab nak ajak kahwin. Kenapa? “Doktor banyak duit nanti boleh tumpang sekali.” Allahu. Apa ni. Terus sis buat – buat sibuk cakap nak mesej lepas final, sampai sambung belajar balik tak mesej. (Tapi pelik ya macam mana mereka boleh berterus terang macam tu…)

Masuk praktikal. “Kita nak kenalkan awak kat mak kita. winks Kalau dah kahwin nanti senang lah sikit boleh kongsi sewa rumah duit belanja rumah.” Trivia: dia duduk rumah bujang ramai – ramai. Bukan ke kalau dah kahwin kos sewa tu jadi lagi tinggi dari duduk bujang ramai – ramai? Aku terus keliru. Tak mengapa, yang ni terus cakap tidak mahu sebab nak enjoy hidup.

Dah kerja, “kita ni macam mana?” Sejujurnya aku pun macam suka kat dia. Solat cukup, romantik, tapi hati kata macam tak sedap. Sebab dia kata nanti kena duduk rumah dan jaga mak bapak dia. Aku tak boleh bayangkan diri aku dalam situasi tu. Jadi kami bawa diri. Aku pun move on.

Lewat 20-an bos mak aku tanya. “Bila kakak nak kahwin? Keras dah tu dagingnya.” Aku terk3jut sangat. Tapi mak aku, sebab tahu pendirian aku pasal kahwin, cakap kat dia “Sebab tak ada lagi lelaki yang lepas soalan ‘Apa halatuju perkahwinan kau?’ dia.”

Terus pakcik tu terinspirasi lalu buka cerita mengenai perkahwinan anak – anak buahnya dan berhajat menasihati mereka agar bertanya soalan yang sama pada bakal pasangan masing – masing. Dear pakcik, kifarah tu ada tau? Jagalah mulut masing – masing yaaaa.

Sekitar masa tu juga aku jumpa seorang h4mba Allah yang aku rasa macam soulmate (aku yang rasa) tapi kami terpisah juga. Yang ni sedih sikit laaaa. Satu – satunya yang aku sedih tapi lamaaaa lama aku terinspirasi akan hikmah dia. Masa aku betul – betul dah move on dan minda aku tenang, baru aku faham yang kami tak sekufu dari sudut intelektual.

Dia pula asyik ungkit dia tak setaraf dengan doktor walau berapa kali aku cakap Allah tak pandang semua tu. Lagi satu, dia sangat cerewet pasal rupa dia, pakai semua jenama terkenal tapi hakik4tnya tak ada keyakinan diri. Sesuatu yang bagi aku, dalam jangka masa panjang, aku tak boleh hidup dengan dia. Jadi Allah pun, sebab Dia Maha Mengetahui, pisahkan kami. Alhamdulillah.

Lepas dia, aku move on sehabis – habisnya dan masa tu aku rasa itulah fasa paling tenang hidup aku. Doa tu masih doa tapi aku dah fasa redha. Aku rasa semua yang Allah hantar tu adalah didikan Dia untuk aku kenal siapa diri kita. Bahkan ada atau tidak, aku rasa hati aku berbunga – bunga. Bila mana bila kau berdoa tu hati kau berbunga – bunga tu mungkinlah itu saat kau betul – betul redha. Baru aku tahu redha tu dengan hati bukan dengan fikiran. Masa tu aku betul – betul bahagia.

Dan tiba – tiba dalam masa setahun, kawan baik aku mesej “Aku nak kahwin dengan kau”. Aku ingat dia main – main jadi aku pass dia kat mak aku sebab aku menyampah takut dia bergurau. Rupa – rupanya dia dah plan awal dengan mak aku dan mak aku memang dah siap – siap setuju. Masa aku c4bar dia hantar rombongan, betul – betul dia buat sebulan lepas tu. Omg pening aku aaaaaaa. Macam ribut!

Tapi this bro is my bestfriend. Akulah tukang usha ‘jodoh – jodoh’ dia dulu. Akulah tempat dia bising, “aku dah jumpa jodoh aku” dulu – dulu. Akulah tempat dia mengomel dan dialah tempat aku dok membebel dulu. Akulah saksi percintaan dia yang dulu – dulu. Aku la wingman dia. Sibuk jadi wingman dia, aku rupanya jodoh dia.

Sekarang dah kahwin, baru aku perasan dia ada sifat yang sama macam yang konon – konon aku anggap soulmate aku tu (ampunkan aku ya Allah. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui) dan tanpa halangan intelektual tu. Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah tahu yang terbaik.

Sejujurnya aku dah tahap tak apalah memang berserah habis haha. Tapi ya. Dia Maha Mengasihani dan Pemurah. Maka hiduplah aku dengan dia sampai sekarang. Aku hormat dia, dia hormat aku, dan aku boleh tegur dia dan kami boleh bertolak ansur. Alhamdulillah.

Ada yang tahu kisah kami ni cakap macam dalam novel, tapi ni kisah sebenar. Yang nak kahwin tu memang ramai. Tapi doa, minta Allah temukan yang benar, lorongkan hati kita pada yang benar dan jauhkan dari musibah. Kadang – kadang walaupun terjadi juga ‘perkahwinan tidak bahagia’ walaupun kita dah usaha macam – macam, ingatlah:

Allah takkan uji kalau kita tak mampu. Doa, usaha, tawakkal. Perkahwinan bagi aku macam satu bentuk tawakkal juga. Kita dah usaha dan doa nak yang terbaik untuk kita, selebihnya serah kat Dia. Hati itu milik Allah walau hati kita sendiri. Minta pada Sang Pemilik.

Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum tu melainkan kaum tu sendiri mengubahnya. Apa yang kita nak dalam hidup ini, kita yang kena cipta dan jalankan dulu. Bahagia itu kita yang cipta. Ya aku tahu bahagia tu subjektif dan terpulang pada individu. Jadi mintalah Allah tunjuk mana satu bahagia kita. Mak aku selalu pesan tapi aku tak faham sampai lah baru – baru ni.

Allah tak pernah k3jam kat kita. Kita yang k3jam kat diri sendiri. Sama – sama lah kita semak balik diri sendiri kalau kita rasa sekitar kita k3jam kat kita. Allah itu Ar-Rahman Ar-Rahim. Pergi cari kuliah Ustaz Muhammad Al Amin pasal asma’ Allah. Aku dapat banyak kekuatan melalui perkongsian Ustaz Muhammad Al Amin. Moga korang juga begitu.

Bersyukur. Bila mana hati kita berbunga – bunga sakura waktu berdoa, baik dapat atau tak dapat apa yang kita hajati, insya-Allah. Sebab Allah dah janji, ‘bersyukur, Aku akan tambah’. Hari ni kita bersyukur sebab single lagi, sampai satu tahap mana tahu Allah redha, tiba – tiba Dia hantar pasangan hidup kita atau kabulkan hajat kita.

Tips berdoa cara aku; doa macam biasa, tapi bayangkan kau dah dapat atau tengah alami benda tu sampai tahap kau rasa ‘hati’ kau macam ‘kembung’ dan ‘panas’ (aku tak tahu macam mana nak jelaskan. Ni qalbu ye bukan hati secara fizikal).

Guna untuk benda – benda baik je ok. Waktu paling best ialah tengah malam sunyi sepi. Tak ada bos nak mesej suruh buat kerja atau klien minta dokumen pukuI 7 pagi nanti. Sentiasa ada cahaya di hujung terowong, mana boleh ada pelangi kalau tak ada ribut petir? Tenang – tenang. Allah itu ada dengan kita. Dia takkan tinggalkan kita selagi kita berpaut pada Dia.

Jadi begitulah pengalaman aku… aku alami cara yang perit sebenarnya nak sedar kebaikan Allah dan maksud “Usaha, doa, tawakkal dan sabar tu”, jadi aku kongsikan kat sini, moga – moga dapat bantu yang sedang struggle. Nampak je macam santai tapi ada je satu dua tahun tu aku macam murung dengan hidup. Tapi itu cerita lain lah.

P/s: Zaman kena soal dengan makcik bawang dan kena label andartu tu memang str3ss. Tapi aku tersedar yang itu adalah str3ss pilihan. Aku faham tak semua mampu hadap tapi bertahanlah sampai akhir. Silakan menangis dan lepaskan tekanan tapi pastikan kau lepaskan kat Allah lah.

Jangan pergi kejar makcik pakcik atok nenek bawang atau bekas teman lelaki kau dengan par4ng semata – mata nak lepas str3ss. Tak nak macam tu. Lepaskan cara ‘halal’. Aku kalau str3ss tahap maksimum aku pernah je pergi swipe kad bank sampai hampir kosong beli alat solek, tapi Allah tu Maha Mengasihani.

Dia yang hantar str3ss tu, Dia juga yang cukupkan kewangan aku akhirnya. Dia tak k3jam. Rezeki tetap Dia datangkan dalam bentuk lain (tapi aku minta ampun lah sebab tak tahan dengan str3ss tu sampai shopping macam tu). Jadi pergi hidupkan hidup kau dan marilah sama – sama cari redha Allah.

Ingat, Dia sentiasa ada dengan kita. Jadi wahai wanita – wanita hebat di luar sana, jangan tangkap muat ya. Kalau ada orang ajak kahwin, tanya Allah (istikharah) jangan tanya b0moh atau nenek kebayan pula ya. Aku doakan agar Allah redha akan kita semua, dipermudahkan usaha, disusun hidup yang terbaik dan direalisasikan impian, harapan, cita – cita dan doa. Love you guys. Wassalam. – Kakak yang memakmurkan

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :