
Satu hari pakcik luahkan rasa tak puas hati pada ibu. Pakcik cakap menyesal kahwin dengan ibu sebab ibu tak dapat berikan kepuasan nafsu pada dia. Sedangkan pakcik ada k3ncing manis sampai kena p0tong jari, m4ti pucuk! Hari – hari maki ibu depan orang dalam hospital.
#Foto sekadar hiasan. Assalam w4rga fb. Ibu aku berumur 50an dan seorang ibu tunggal. Tahun lepas ibu bertemu jodoh dengan seorang pakcik berumur 70an. Pakcik ni duda, mempunyai anak – anak dan cucu. Alasan pakcik ni nak peristerikan ibu kerana nak dijadikan teman sehidup sem4ti. Anak – anak pakcik ni semua sibuk bekerja dan pakcik ni tinggal bersendirian di rumahnya.
Ibu aku punyai rumah sendiri dan tinggal bersama adik bongsu aku. Sebelum ibu dan pakcik ni kahwin, pakcik janji akan bawa ibu tinggal bersama pakcik di rumahnya dan soal kerja kerja rumah tak perlu buat. Sebab pakcik dah upah orang datang bersihkan rumah 3 kali seminggu.
Mula – mula ibu macam berat hati nak terima lamaran pakcik sebab ibu tak kenal pakcik. Tapi disebabkan adik beradik ibu cakap kenal sangat dengan pakcik dan pakcik seorang yang baik, ibu pun terbuka hati nak terima lamaran tu.
Permulaan perkahwinan ibu, pakcik memang baik sangat. Cakap lembut – lembut, nak apa saja pakcik belikan. Tapi semua tu sekejap saja. Selepas 2, 3 bulan berkahwin, ibu ceritakan hal yang tak patut diceritakan pada aku. Ibu dah pendam lama sampai ibu rasa betul – betul sedih, ibu luahkan pada aku.
Kata ibu, pakcik seorang yang punyai s4kit k3ncing manis dan hari – hari kena cucuk ubat ikut masa. Mungkin disebabkan ni, pakcik jadi m4ti pucuk. Bukan tujuan ibu nak buka aib suaminya, tapi ibu rasa tertekan bila tiap kali nak bersama, pakcik akan salahkan ibu.
Katanya ibu penyebab pakcik tak ada nafsu nak bersama. Kata ibu lagi, pakcik marah – marah ibu tiap kali tak berjaya nak bersama. Ini buatkan ibu tertekan sampai ibu menangis – nangis luahkan pada aku. Bulan berganti bulan sehingga satu hari pakcik luahkan rasa tak puas hati pada ibu.
Pakcik cakap menyesal kahwin dengan ibu sebab ibu tak dapat berikan kepuasan nafsu pada dia. Ibu sedih sangat tapi ibu diam saja. Tak pernah ibu sangka suami yang lembut berkata – kata jadi baran disebabkan tak puas nafsu. Ibu sabar saja layan karenah pakcik yang semakin tak tahu nak jaga hati ibu.
Sampai satu hari pakcik jatuh s4kit. Ibu lah yang jaga pakcik di hospital siang dan malam. Anak – anak pakcik langsung tak tolong bergilir jaga. Pakcik pula sejak s4kit, hari – hari maki ibu depan orang di dalam hospital. Ibu sedih, pakcik langsung tak hargai ibu.
Pakcik dah tak boleh jalan sebab jari kaki pakcik kena p0tong bahagian hujungnya disebabkan k3ncing manis yang teruk. Ibu jaga pakcik, jaga makan minum, bagi kurang gula dalam kandungan makanan dan minuman. Tapi pakcik marah marah ibu, katanya ibu tak pandai masak dan tak pandai jaga makan.
Sekarang patutnya pakcik kena pakai pampers, tapi tiap kali ibu nak pakaikan pampers, mesti kena maki hamun. Kesian ibu, disebabkan pakcik tak nak pakai pampers, ibu terp4ksa bersihkan n4jis pakcik merata – rata dengan kain yang penuh n4jis.
Adik bongsu aku ada datang tolong ringankan beban ibu, tapi pakcik ungkit kata adik habiskan lauk pauk di rumah dia. Adik aku yang kecil hati belikan lauk pauk guna duit sendiri, tapi tetap pakcik ungkit. Sekarang adik dah jarang datang bantu ibu sebab tak tahan dengan per4ngai pakcik.
Ibu seorang yang lembut. Tiap kali kena marah dengan pakcik, ibu akan menangis dan bagitahu kami anak – anak. Hari raya lepas, ibu bertungkus lumus siapkan persiapan raya sendiri sambil jaga pakcik. Tapi anak – anak pakcik balik petang waktu hari raya.
Anak – anak pakcik tinggal berdekatan tapi tak pernah nak datang tolong ibu masak atau uruskan pakcik. Sebelum mereka balik, anak – anak pakcik marah ibu. Katanya rumah pakcik berhabuk dan tandas kotor, tu sebab mereka tak nak tidur beraya di situ.
Ibu telefon bagitahu, sedih aku dengar. Bukan nak bersyukur ibu jaga pakcik, malah nak marah ibu sebab tak bersihkan rumah. Apa yang pakcik janjikan, upah orang datang bersihkan rumah 3 kali seminggu, semuanya tipu. Sekarang ibu sedang s4kit mungkin sebab penat menjaga pakcik.
Ibu ada mengadu pada anak – anak pakcik supaya datang tolong ringankan beban, tapi mereka bagi macam – macam alasan tak nak jaga pakcik. Tahun ni giliran aku beraya di rumah mertua. Memang aku tak sangka jadi begini, sebab tahun lepas aku beraya di rumah pakcik dengan ibu dan tak nampak pun pakcik tunjukkan masalah. Aku sebenarnya serba salah.
Kesian ibu, sangat dilema. Apa perlu aku bantu ibu aku. Aku pernah suruh ibu minta cerai sebab ibu kahwin tak bahagia, tapi anak anak pakcik pujuk ibu supaya bersabar. Aku rasa anak – anak pakcik nak jadikan ibu aku h4mba untuk jaga bapa dorang, bukan sebagai isteri. Tolong kawan – kawan, apa patut aku buat.
Ulasan pembaca :
Rizal Rodzuan : Maaf cakap, sebenarnya apa expectation ibu yang berumur 50an bila kahwin dengan lelaki umur 70an. Teman bicara, nak jaga diri masing – masing atau lebih kepada nak ada orang jaga diri dia. Rasanya jelas lelaki tu nak orang jaga dirinya saja.
Ni dah dapat, siap dah dijaga, nak maki hamun lagi. Yang mak pun, bila anak tiri tak nak jaga ayah sendiri siap kutuk mak tiri, terasa hati. Tapi bila dipujuk sebab takut mak tiri tak nak jaga, lembut pula. Memang diperh4mbakan dan satu benda pun tak dapat. Kalau suami meninggaI, mesti anak tiri ambil semua.
Benda yang boleh fikir sebelum kahwin, tapi dah kahwin jadi macam ni. Cadangkan mak teruskan macam biasa, kumpul pahala saja. Nak buat macam mana. Fasakh sebab suami tak mampu tunaikan nafkah zahir. Kahwin umur 70. Pasal dimaki hamun, tak cukup alasan.
Gee Sakuragi : Pengajaran untuk kita, bila umur dah meningkat, jangan cari pasal kahwin lagi dan terima lamaran lelaki yang dah tua. Selalunya lebih kepada nak ambil kesempatan dari memberi kelebihan. Mak mertua kawan ibu aku sanggup tak nak kahwin lagi sebab dia tahu.
Ramai lelaki berminat sebab nak harta dia. Dia bijak. Sepatutnya hidup tenang dengan anak – anak dan masa yang ada. Kalau kahwin lagi, satu hal nak jaga suami baru. Lepas tu, harta yang patut dikongsi dengan anak lama, nanti anak tiri pun nak juga.
Sepatutnya dah boleh rehat dan beramal ibadah, tapi kena jaga lelaki tua pula. Dari awal lagi dah boleh bayangkan masa depan macam mana. Tapi anak – anak kena berk0rban jaga ibu bapa kalau tak nak mereka kahwin lain. Apa pun, tujuan hidup kena kembali pada agama. InsyaAllah ada jalan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.