Umur aku baru 40-an, kerja engineer level senior. Aku paling benci bila budak baru masuk panggil aku ‘kak’. Aku dah buat banyak rawatan muka

Setiap dua minggu aku pergi buat facial, filler pun aku dah buat untuk hidung dan pipi. Tu baru rawatan. Belum lagi segala krim muka yang aku ada. Krim malam, krim siang. Krim mata aku saja dah RM300. Sebab tu lah, aku marah bila orang panggil ‘kak’

#Foto sekadar hiasan. Hmm, betul. Aku takut tua. Aku awal 40-an. Cuma kawan – kawan sekolah, universiti atau orang yang pegang data dekat HR lah kot tahu umur aku. Sebab aku takkan beritahu orang umur aku berapa. Aku benci betul orang panggil aku “kak”. Kau kenapa? Bila masa mak aku beranakkan kau? Panggil aku Puan atau Miss.

Tapi tak boleh nak elak sebab dekat tempat kerja, aku dah memang level senior. Budak – budak dah mesra dengan aku, jadi diorang panggil aku kak. Meluat aku! Tapi aku pura – pura tak kisah walaupun hati aku terbakar! Aku ni tak adalah nampak tua pun.

Tambah pula dengan nature kerja aku. Aku engineer. Kalau aku kerja kerajaan duduk dekat meja tu, ya lah kot gaya aku macam makcik. Aku tak, okey! Aku memang sentiasa ke sana ke mari dengan overall, bump cap dan safety boots.

Berbalik pada tajuk, ya aku takut tua. Especially dekat muka. Walaupun muka aku tak adalah nampak tua, tapi entahlah. Laki aku pula baby face, jadi aku lagi lah insecure nak m4mpus. Aku dah kahwin tapi tak ada anak. Aku okey dengan tu. Tak payah nak simpati dekat aku sebab tu pilihan aku sendiri.

Sebelum aku kahwin pun, aku memang sejenis taksub dengan rawatan muka ni. Aku ingat lagi 15 tahun lepas aku buat treatment pipi tirus. Habis RM3 ribu sebab aku ambil pakej. Tirus lah kejap, lepas tu tak ada maknanya. Lepas tu aku terbaca CLEO pasal fractional CO2 laser. S4kit giIa, meleleh air mata, tapi nak kulit lawa punya hal, aku hadap saja.

Dua minggu juga lah aku menyorok dekat tempat kerja sebab downtime. Lepas tu kulit muka aku cantik bak telur dikupas sebab kulit tua, kusam dan berkeladak semua dah bertukar kulit baru. Lepas tu aku dengar pula pasal PRP. Cara dia, dia akan ambil d4rah kita dekat lengan dalam 10 ml.

Lepas tu diproses untuk asingkan platelet d4rah. Platelet tu doktor akan cucuk balik dekat muka. PRP ni kegemaran aku. Aku masih buat sampai sekarang. Chef Wan pun rajin buat PRP tau. Tapi kena rajin maintain lah. Bukan buat setahun sekali.

Masa aku kerja dekat kepulauan Borneo, memang kos agak mahal. Tapi lepas kahwin, aku minta balik ke Semenanjung dan kos rawatan muka lebih murah serta berlambak – lambak. Bab facial biasa tu memang aku pergi setiap dua minggu. Ni aku memang buat sejak sebelum kahwin ya.

Bukan sebab aku tr1ggered dengan laki aku yang awet muda tu. Cuma alhamdulillah aku tak ada masalah kulit. Tak ada jeragat, tak ada parut, tak ada segala whitehead, acne dan sebagainya. Seriously aku memang banyak berhabis untuk pastikan aku sama macam umur aku 20 an dulu.

Aku ni lawa juga lah dulu. Sekarang pun masih lagi lawa kot. Tapi itulah, perasaan insecure ni buat aku macam tak boleh berhenti. Aku ada eye bag. Jadi aku buat pembedahan buang lemak bawah mata. Aku cucuk HA filler untuk buang smile line yang dulu tak ada.

Aku buat thread lift untuk contour muka aku yang sagging. Ni kena buat awal ya. Jangan dah melayut baru nak buat. Kalau tak nanti jadilah muka macam artis artis yang bengkak – bengkak tu. Diorang ni overdo. Sebab tu dah tak nampak natural.

Yang HA filler tu, kalau korang nak buat treatment ni, tolong pastikan ia betul – betul HA, hyaluronic acid. Sebab kalau jadi apa – apa, boleh terus larutkan. Walaupun kau tak larutkan pun, ia akan hilang sendiri dalam masa empat hingga enam bulan ikut cara penjagaan.

Kalau korang pakai permanent filler atau semi permanent filler, ni jenis yang letak dekat d4da tu, letak dekat bibir konon – konon nak acah – acah Angelina Jolie versi Jawa, tu tak boleh buang ya. Korang m4ti lah dengan filler tu dalam badan. Cara nak buang kena dengan pembedahan saja.

Filler ni bukan boleh betulkan eyebag saja. Ia boleh buat macam – macam. Kalau kawan kau yang muka bulat tiba – tiba jadi tirus berdagu runcing, lepas tu dia kata dia diiet. Hahahaha. Semalam hidung pesek, tiba – tiba mancung. Ni semua kerja filler atau thread lift.

Thread lift ni sejenis benang HA juga. Tapi benang ni jenis keras macam tali umpan. Dekat benang tu ada duri  -duri untuk tarik isi muka. Benang thread lift ni pun tak tahan lama. Enam hingga dua belas bulan h4ncur. Kena buat baru.

Segala rawatan ni kalau korang nak tahu, dekat Semenanjung ni ramai giIa beautician yang tak berlesen buat. Barang beli Shopee, entah ori entah tiruan. Nasihat aku, tak payah lah. Kalau nak buat, pastikan buat dengan pakar aesthetic. Bayar lebih tak apa, janji result bagus.

Bayangkan muka korang senget sebelah sebab beautician tak bertauliah silap cucuk saraf dekat muka kau. Seram wei! Untuk melawa punya hal, pain tolerance aku memang tinggi. Masa PKP kan kita tak boleh pergi salun, jadi aku buat sendiri saja dekat rumah.

Setakat dermabrasion, golek – golek jarum halus atas muka untuk rangsang kolagen, aku boleh selamba saja buat. Tu baru rawatan. Belum lagi segala bagai krim muka yang aku ada. Krim malam, krim siang, segala mak nenek. Krim mata aku saja dah RM300.

By the way, aku tak ubah apa – apa dekat muka aku. Muka aku tetap muka aku. Cuma aku rawat supaya maintain saja. Aku rasa orang jongang pakai braces tu lagi lah ubah ciptaan Allah. Aku tak ubah. Cuma aku nak muka aku elok tanpa wear and tear atas faktor biologi, graviti atau radikal bebas. Sama macam kita gosok gigi lah kan. Kita gosok gigi sebab lama – lama gigi kita akan berkarat dan ada plak.

Aku rasa orang yang pakai mekap tebal, bulu mata palsu semua tu lagi lah fake. Aku tak pakai make up. Aku tak pernah pakai make up. Mana ada engineer pergi kerja pakai make up. Aku cuma pakai pelembap dengan UV protection saja. Lipstick w4rna – w4rna pun aku tak pernah pakai.

Dan aku tak pernah cabut atau lukis kening aku. Aku make up pun masa aku kahwin dulu saja. Aku cuma nak muka aku nampak macam aku masa muda – muda dulu. Tu saja. Semoga Allah ampunkan d0sa aku. By the way, aku buat semua ni, suami aku tak tahu tau.

Dia tahu aku selalu pergi spa, tapi aku tak cakap pun lah aku buat benda apa. Kalau dia tahu aku buat thread lift, filler dan sebagainya, nanti dia membebel pula. Padahal bukan guna duit dia pun kan. Lagipun hobi kami berdua ni banyak outdoor dan lasak. Lagi lah hangit muka aku ni.

Oh, by the way, yang cucuk – cucuk vitamin bagi putih kulit dan sebagainya tu, aku tak main lah. Aku okey saja dengan kulit aku yang belang – belang dan tak berapa cerah ni. Jadi, itulah. Kau panggil aku “kak”, aku t4mpar! Kau tanya umur aku, lagi lah aku t4mpar! Walaupun aku t4mpar dalam fikiran aku saja. Tapi tak kisahlah. Aku t4mpar!

Ulasan pembaca :

**Norliza Ihwan** : Dah hampir usia menopaus pun takkan nak orang panggil baby pula. Kadang – kadang orang panggil kakak ni sebagai panggiIan hormat. Tak payah nak sentap sangat.

**Umi Mithali** : Aku tak kisah tua, tak jadi hal pun. Yang aku takut m4ti. Tak kira usia. Bekal pun tak sebanyak mana. Tak usahlah beria sangat dengan dunia. Akhirat tempat yang abadi.

**Azhani Ismail** : Tak kira, aku nak panggil juga “kak”. Kak, h4ng pernah dengar tak orang kata, “The key to aging gracefully is to enjoy it.” Jadi rileks saja lalui fitrah semula jadi sebagai manusia. Belajar bersyukur dengan apa yang Allah bagi dan jadilah matang. Tapi tu lah, kesian pula aku dengan hidup h4ng. Erm.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tangg4ngjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :