Umur bapa 75 tahun tapi nak kahwin dengan janda anak 4 umur 34 tahun

Lepas 2 minggu mak meninggaI, bapa cakap nak kahwin lagi. Pada mulanya kami tak kisah sekurang – kurangnya ada orang nak jaga makan pakai dia. Dia cakap si Zura dah isi borang nikah. Jadi bapa nak jual tanah sebab abang Zura yang tinggal KL minta hantaran RM 10k. 

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, saya ingin berkongsi cerita tentang bapa saya yang harta dan duit habis dikikis oleh satu keluarga perempuan yang anaknya janda anak 4. Bapa saya umur 75, tinggal di pekan kecil dalam Daerah J, yang terkenal dengan Pizza Hipster.

Beliau pencen kerajaan dan duit pencen cukupla untuk dia, campur duit anak – anak bagi tiap bulan boleh kata mewahla. Anak – anak dah besar semua tinggal di KL sebab bekerja, hanya adik seorang yang tinggal di sana.

Kisah bermula 2 minggu lepas mak kami meninggaI. Arw4h ada AIzheimer dan pergi lepas 3 tahun diagn0se. Lepas 2 minggu tu bapa kami cakap nak kahwin lagi. Kami memang tak kisah sekurang – kurangnya ada orang nak jaga makan pakai dia.

Tapi yang menjadi masalah bila perempuan yang dia nak kahwin tu janda anak 4, umur 34 tahun maka terp3ranjatlah kami adik beradik. Saya namakan perempuan ni Zura, badan gempal – gempal kulit hitam manis.

Masa tu keadaan jadi pelik sebab bapa tak pernah call anak – anak tanya pasal duit sebab anak – anak memang akan bank in lepas dapat gaji. Tapi dia desak – desak suruh masuk duit. Dia pun cakap dia dah janji nak kahwin dengan janda ni. Jadi 2 adik kami pergi jumpa perempuan ni dekat kedai akak dia. Kakak si Zura bukak gerai goreng pisang depan kem askar. Masa arw4h mak ada, bapa selalula mengeteh kat situ. Masa tu la Zura ni mula cucvk jarum.

Zura ni depan adik kami siap cakap kesian bapak, janganlah tak bagi dia duit nanti saya nasihatkan dia. Tak mengaku ada hubungan dengan bapa kami.

Tapi lepas adik dah jumpa tu m4kin menjadi – jadi pulak duit bapak kene paw. Kakak sulung pun balik kampung nak nasihat bapak. Memang macam bercakap dengan dinding, dia tetap nak jugak kahwin dengan si Zura ni. Abang ipar masa temankan bapa ke Tabung Haji ambik kesempatan screensh0t buku akaun.

Lagi sekali terp3ranjat betul kami duit RM 13k yang anak – anak kumpul untuk pergi haji habis. Duit keluar dalam masa 2 3 bulan ja, dalam seminggu 3 4 ratus bapa withdraw. Paling banyak RM 5k. Memangla sedih kami adik beradik sebab duit tu untuk dia pergi tunaikan haji tapi habis dikikis si Zura ni.

So kami pun cadang nak pergi ke kedai goreng pisang tu nak tanya. Tapi dia tak ade, dan kakaknya tak mengaku cakap tu bukan adik dia. Dia cakap bapa kami memang selalu makan dekat kedai dia, lepas tu tu tiba – tiba si kakak ni keluarkan geran moto bapa kami. Aik, apasal pulak geran moto ade dengan si kakak ni.

Sebabkan dia tak mengaku maka kami pun pergi ke rumah Zura. Ayah dengan mak dia cakap tak ada, jadi kami pun cakapla anak pakcik ni kawan dengan ayah saya. Habis duit pencen, duit tabung haji.

Tolonglah nasihat anak pakcik bapa saya tu dah tua, nak tau apa bapa si Zura cakap. Dia tak kisah, sebab ada anak dia umur 20-an kahwin dengan polis pencen jadi isteri no 2. Bila kami cerita, bapak dengan mak dia muka tak bersalah pun.

Cakap nak nasihat tapi memang takdela sebab bapa kami dah jadi sumber kewangan untuk keluarga ni. Famili diorang ni orang Pantai Timur yang stail makan kat rumah. Anak cucu ramai jadi bayangkan berapa banyak perbelanjaan untuk tampung rumah tu.

Kami memang selidik si Zura ni siapa, memang hebat orangnya suka berkaraoke sampai ke Bandar T sana. Bapak kami bukan orang pertama tapi sebelum tu dia dah berkawan dengan laki orang. Habis dah duit kena tinggal lelaki tu.

Lepas dah jumpa famili Zura ni kami singgah kedai goreng pisang tu. Adik ipar saya pun cakap, “oo tipu ya cakap tak kenal.” Nak tau kakak dia cakap apa. “Padan muka korang. Aku memang saja je.”

Lepas tu lakinya yang kurus kering macam batang mop tu siap sindir lagi, “lain kali datangla bawak satu kampung sebab kami datang 2 kereta.” Si kakak tu cakap bod0h dekat kami adik beradik.

Pembaca budiman bayangkanlah betapa terbakarnya hati saya bila dengar memang saya j3rit balik. Korang tu yang bod0h ani4ya orang tua, satu keluarga sama je.

Kami memang ada pergi jumpa ustaz lepas bapak nampak dah berubah sangat. Dia jadi benci dengan anak – anak. Bayangkanlah lepas arw4h mak pergi, 2 kali je bapak datang lawat kubvr. Ni dah 2 tahun mak pergi memang bapa tak melawat kubvr mak pun.

Bapak selalunya memang makan sedap – sedap, sebab dulu susah anak ramai. Jadi kalau balik kampung, freezer dia memang penuh. Tapi lepas kenal si Zura bapak makan ikan masin je dengan nasi kosong. Sedih hati anak – anak.

Orang kampung siap cerita nampak bapak ni bershopping sakan dengan si Zura ni dengan troli barang – barang penuh. Maklumla kaum kerabat ramai nak jamu. Jadi tak payah pikir, duit orang tua yang uban penuh ni la jadi bank. Petik je bapak pun datanglah hantar duit. Bapak saya mana pandai makan KFC, dengan Zura anak – anak dia berjamu KFC.

Kami pernah baca Yassin ramai – ramai di rumah nak tau apa jadi. Lepas habis baca, ada satu bau b4ngkai keluar dari rumah. Masa saya masuk bilik bapak nak baca ayat Quran saya dengar bunyi gelak mengekek macam menyindir kami.

Malam tu saya mimpi ada benda datang c3kik saya dalam mimpi. Adik beradik kami yang ikhtiar untuk ubatkan ayah, baca yassin buat sembahyang hajat memang dia kacau.

Memangla orang cakap dunia moden tapi hakik4tnya ada lagi yang amalkan amalan karut ni untuk kesenangan sendiri. Adik ipar kami pernah nampak orang tua dalam rumah kami, jadi dia sound aku tak kenal engkau jangan ganggu keluarga aku.

Saya kalau duduk rumah tu dalam pukuI 8 pagi akan ada satu bau minyak wangi yang kuat sangat. Takkanla bapak saya dah keluar rumah pukuI 7 pagi minyak wangi dia sejam bertahan.

Jiran atas kawasan rumah kami cerita dengan adik dia selalu bau air kopi pukuI 2 3 pagi. Huhu, bapa saya memang tak pernah bangun malam buang tebiat bancuh kopi. Anak buah yang kecil kalau balik asyik nangis je. Anak saya pun tunjuk – tunjuk dekat dapur cakap dia takut, umur 3 tahun.

Part 2 : Bapa saya ni macam dalam dunia dia sendiri. Dia cakap si Zura dah isi borang nikah. Jadi bapa nak jual tanah sebab abang Zura yang tinggl KL minta hantaran  RM10k. Bayangkan RM10k, saya yang belajar U dulu pun RM7k je hantaran, anak dar4 lagi. Bukanlah saya nak c0ndemn tapi nampak sangat diorang anak beranak ni berpakat nak papakan bapa saya.

Jadi saya dan adik S balik kampung nak urus pasal tanah takut terjual pada orang lain. Balik dari Pejabat Tanah bawaklah bapa pergi Pejabat Agama nak check ada tak borang nikah dah dihantar. Memang takdelakan, alasan dia je nak bagi bapa ni percaya nak kahwin dengan dia.

Dah lebih setahun, keadaan m4kin teruk. Tanah da terjual RM 70k, nak tau apa jadi dengan duit tu. Tinggal 0, duit dalam CIMB yang masuk pencen bulan – bulan zero balance. Si Zura ni dia hantar anak buah dia nama Hawa mintak duit dengan bapa.

Nak jadikan cerita, kakak saya nak balik KL nampak ayah saya naik moto depan satu sekolah menengah ni. Ada budak lelaki bawak moto bawak bapa saya bonceng dekat belakang, mesti bawak pegi bank keluarkan duit. Bapa saya pun ada belikan Zura ni moto cash. Mintak barang kemaslah, iphone dengan bapa. Memang dasar pengikis.

Dan semalam adik saya call cakap si Zura ni dah kahwin dengan orang Terengganu, bawak lori. Memang meriahlah jamuan baju mekap semua hasil duit kikis.

Jadi saya minta tolong untuk minta pendapat apa yang boleh buat. Report polis dah buat tapi biasalah kes macam ni polis pun tak boleh buat apa. Atau ada tindakan dari segi undang – undang yang boleh kami ambil.

Bapa bila tanya cakap biarlah nanti dia cari bapa di akhir4t. Tapi kami anak – anak kesian duit titik peluh dia habis kene kikis. Oh lupa nak bagitau, adik lelaki Zura ni baru beli kereta baru cash. Pembaca rasa duit mana ya kalau kerja guard je beli cash, mungkin main forex kot.

Jadi berhati – hatilah kalau ada kes macam bapa kami ni. Satu keluarga kompIot kikis duit, bukak fb kemain jalan – jalan Melaka, Terengganu duduk resort mahal.

Kami memang tak halalkan satu sen pun yang keluarga si Zura ni makan. Semoga menjadi ulat yang akan memakan jas4d dalam kubvr nanti. – Anak yang bapa diani4ya (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Izzuewana Darias : S4kit pulak hati aku baca sampai habis. Ingatkan masih boleh halang, ni sampai kering koyak dibuatnya, kahwin nak merasa penangan janda anak 4 pun tak sempat. Ala nanti dia menjanda balik la tu, perangai macam tu bukan tahan lama pun, jutawan pun boleh merempat dibuatnya, lepastu cerai, lepastu cari m4ngsa, lepastu cerai. Selagi dia tak mamp0s, memang dia akan ulang – ulang sampai abang jamil mamp0s.

Syafina Zul : Ni ler yang isteri susah hati, kalau dia m4ti dulu, nama harta dihibah kepada suami. Kemaruk perempuan lain akhirnya anak – anak terbiar. Bukan tak percaya suami, takut ada pompuan yang tak takut hukvm. Kalau suami m4ti dulu, kena ada adik beradik yang kemaruk harta, habis isteri dihalau.. Zaman sekarang kena berhati – hati dan kena bijak.

Sohaini Mj : Dari cerita ni, memang adalah spesis yang macam ni, yang hairannya, seronok pulak ramai – ramai makan duit kikisan. Mak ayah pun tumpang sekaki. Dalam ramai – ramai tu tak sorang pun sedar bahawa salah makan duit kikisan. Yang jadi m4ngsa selalunya orang tua, tak kiralah kerep0t mana pun. Janji poket penuh untuk dikikis. Allahu. Adakah perangai begini akan menjadi turun temurun nanti dan akan diwarisi oleh anak – anak pengikis.

Maryam Mawaddah : Zura ni kira sc4mmer la. Cuma sc4mmer lain janji business untung itu ini, dia janji nak kahwin. Sekarang memang ramai sc4mmer yang jenis berkompIot 1 family. Lagi – lagi bila ada anak – anak kecik, memang orang tak percaya dia penipu atau sc4mmer. Mohon family confessor bersabar dan sentiasa amalkan zikir pendinding. Kena tipu ni bukan kira orang bijak ke orang tak bijak ke. Kalau dah pakai ilmu halus ni, bijak macamana pun dengan izin Allah akan kena jugak.

Nadia Humaira : Kesian yer, cuba sedaya upaya la untuk bapak sis tak kahwin dengan si Zura. Sekali dia dah masuk dalam keluarga tu memang tak boleh selamatkan dah.. Anak – anak kena kontroI semua acc bank ayah terus dan bawa terus ayah tinggal dengan anak – anak. Itu yang seeloknya.

Deedee Nas : Memang ramai perempuan bangs4t spesis macam Zura ni. Ada yang masih bergelar isteri orang pun jual maru4h sebab duit. Duit tu la bagi kenyang perut satu keturunan, beli harta, sungguh tidak berkat. Nak hidup senang, tolong cari rezeki halal, berusaha la. Jangan tau minta kikis duit orang, mana la tau lepas dah puas kikis tu, tiba – tiba m4ti kemaIangan ke, m4ti k4nser ke, tak sempat nak taubat. Dekat dunia mewah pun asyik rasa tak cukup sebab tak berkat. Asyik main sih1r ja, tak taubat, tak minta ampun dekat m4ngsa dan keluarga memang tak cium bau syurga la, apatah lagi masuk syurga.

Apa kata anda?