Saya dengan muka tak malu terus beritahu abang Man saya nak tumpang duduk sementara nak dapat kerja. Saya ingat mereka seronoklah, paling tidak saya boleh tolong masak, berkemas dan jaga anak – anak mereka. Bila saya cakap nak tumpang, muka kakak macam ketakutan..
#Foto sekadar hiasan. DALAM melayari alam berumah tangga, boleh saya simpulkan bukan semua orang beroleh kebahagian dan bukan semua menempa kesengsaraan, boleh saya katakan terpulang kepada nasib masing – masing, dan bagaimana kita menguruskan keluarga kita.
#Foto sekadar hiasan. Kita cuma boleh berusaha dan merancang sebaik mungkin untuk masa depan kita, tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Maka kita terimalah dengan penuh kesabaran. Contoh kesabaran kakak saya dalam kehidupannya.
Masa kakak kahwin dulu, semua orang kata kakak bertuah, dapat suami baik, penyabar, sanggup terima kakak anak orang kampung, sedangkan suaminya orang bandar dan berjawatan. Pendek kata kakak bertuah. Baru 2 tahun kahwin dah dapat beli rumah di bandar.
Memang kakak bertuah. Tetapi itu yang kita lihat luaran sahaja. Keadaan berubah setelah 3 tahun berkahwin, kalau dulu suami kakak beraya dengan kami di kampung, tapi setelah 4 tahun kahwin dan ada 2 anak, abang Man balik kampung cuma hantar kakak dan anak – anak, lepas itu terus balik beraya dengan keluarganya di bandar.
Bila kami tanya mana abang? kakak jawab suaminya sibuk, emaknya buat kenduri. Kami tanya kenapa kakak ikut sama, tapi kata kakak suami tak bagi sebab ada anak kecil tentu mereka tak selesa bila ramai orang. Alasan kakak memang munasabah, kami terima dan semua kata abang Man amat prihatin.
Demikianlah masa berlalu hingga usia perkahwinan kakak mencapai 6 tahun dan saya berjaya dapat diploma, dengan tak malu, tanpa minta izin saya datang rumah kakak hajat hendak menumpang sementara mencari kerja.
Saya datang meng3jut, saya kira tentulah mereka suka. Paling tidak saya boleh tolong masak, berkemas dan jaga anak – anak mereka. Tetapi tanpa saya duga, rupanya kakak terk3jut, abang Man lagi terk3jut, berubah mukanya.
Tapi saya dengan muka tak malu saya terus sapa dan beritahu abang Man saya nak tumpang duduk sementara kerana nak cari kerja. Dan kalau tempat kerja abang Man perIukan pekerja, saya sedia bekerja walaupun jadi kerani sahaja.
Sebab nak sangat kerja. Duduk kampung susah dapat peluang cari kerja. Bang Man tak jawab dia diam. Kakak saya tengok berubah air muka, macam ketakutan. Pelik jugak. Tapi saya diam aja, sebab saya dah dapat tempat tinggal dan mungkin makan minum saya dapat percuma. Saya cukup lega.
Walaupun kakak diam, tetapi kak sediakan tempat tidur untuk saya, sebilik dengan anak – anaknya. Kata kakak bilik satu lagi untuk tetamu datang meng3jut terutama adik beradiknya datang dari luar daerah. Lepas dua minggu saya mula nampak perubahan pada gerak geri, air muka dan percakapan abang Man dan kakak.
Saya lihat abang Man suka cakap kasar, menengking dan mengarah, sementara kakak diam. Mereka tak berbual, kakak hanya jawab pertanyaan abang Man, saya tak nampak mereka duduk di sofa berbual ke, berbincang ke, malah abang Man langsung tak bermesra dengan anak – anak, sebaliknya budak – budak itu banyak di dapur bersama kakak.
Walaupun saya belum kahwin tetapi saya rasa ada kelainan dalam hubungan mereka. Saya rasa macam ada yang tak kena, sebab mereka langsung tak mesra atau berbual, misalnya, masing – masing menyebokkan diri sendiri.
Kakak dengan anak – anak dan abang Man dengan paper. Lama kelamaan saya mula rasa tak sedap hati, sebab nak berbual denga siapa? Kakak sibuk kalau tanya pun dia jawab ala kadar aja. Setelah beberapa minggu menumpang saya dapat rasakan mereka mungkin tak suka saya duduk di rumah mereka.
Sebab saya lihat kakak pergi kerja sendiri sebelum itu dia hantar anak – anak ke rumah pengasuh. Abang Man keluar agak lewat sikit, tanpa sarapan. Pada awal duduk rumah kakak memang saya rasa bengong, perut lapar nak makan apa? Mereka tak sarapan.
Tak macam di kampung emak sediakan nasi goreng lah, mi goreng, paling tidak kuih kodok dan lempeng untuk sarapan. Tapi rumah kakak kosong. Akhirnya kerana terdesak saya makan nasi sejuk berlaukkan kicap dan telor.
Saya tanya kakak mereka tak sarapan ke? Kakak bagi saya duit kalau nak beli roti atau apa sahaja. Mereka cuma makan malam. Itupun bukan selalu sebab abang Man selalu balik lewat. Tak kira mereka suka atau tidak, saya terp4ksa tebalkan muka duduk rumah mereka.
Doa saya supaya segera dapat kerja. Dan saya terima apa juga jenis kerja sebab dah tak selesa menumpang rumah orang yang tak ‘mesra alam’ dan bermasalah ini. Satu kehairan saya pada abang Man, mana perginya senyum manis, muka baik abang Man sebelum ini.
Sejak menumpang di rumahnya, tak ada 10 perkataan dia tegur saya. Kadang kala saya rasa saya tak wujud dalam rumah mereka. Kecuali kakak bila abang Man balik lewat, dia ada juga tanya tentang lamaran kerja yang saya buat.
Agaknya dia pun suruh saya cepat keluar dari rumahnya. Itu perasaan saya. Lepas 3 bulan anak jiran yang kerja di sebuah kilang tanya saya nak kerja kilang tak sebab tempat kerja dia perIukan pekerja. Tanpa banyak cerita saya terima saja.
Kakak pulak kata saya ada diploma takkan nak kerja kilang. Saya jawab cuma sementara apa salahnya. Saya bernasib baik. Kebetulan kilang sediakan rumah, saya terima. Terlepas saya dari duduk rumah kakak yang ‘panas’ tu.
Gaji kecil pun tak apa. Dipendekkan cerita lepas 6 bulan kerja, ada kerja kosong di pejabat kilang itu, saya mohon dan dapat. Niat saya lepas ini saya akan sambung belajar, manalah tahu saya ada rezeki lebih baik lagi. Tak sempat sambung belajar, dapat pulak kerja kerajaan. Syukur.
Tetapi saya tak lupakan kakak, sesekali saya telefon tanya khabar dan kami berjumpa pada setiap Hari Raya. Bertahun – tahun abang Man tak pernah beraya di kampung kami lagi. Satu hari pada satu kesempatan saya ajak kakak masuk bilik dan saya tanya terus terang apa sebenarnya berlaku dalam keluarga kakak.
Awalnya payah kakak nak jawab. Mulutnya terkunci. Namun akhirnya bocor juga, saya berjaya korek rahsianya yang ditutup selama ini. Kakak tak boleh mengelak, terburai rahsianya selama 8 tahun berumahtangga. Kata kakak masalahnya terlalu berat.
Dia langsung tak menduga Man sanggup menipunya, dia beli rumah duit muka kongsi duit kakak dan kakak disuruh bayar ansuran rumah, tetapi rumah atas nama Man seorang, urusan makan minum, duit pengasuh, susu dan lampin anak semasa kecil atas kakak.
Gaji kakak tak cukup kakak terp4ksa pinjam kawan. Abang Man cuma urus diri sendiri. Untung dia tak sarapan dan jarang makan malam. Kalau tidak lagi parah. Alasannya masakan kakak tak sedap. Nak sedap macam mana nak beli bahan makan pun duit tak cukup, cerita kakak.
Kerana tekanan ekonomi, hidup kakak jadi tak mesra. “Semasa kau duduk rumah kakak dulu, kakak rasa amat perit, Man memang tak suka tetapi takkan kak nak halau kau. Masalah kak tak cukup duit. Kau di rumah tentu nak makan, kak nak masak apa? Nak beli ikan, ayam dan sayor kak tak berduit. Memang kak susah. Nak cakap pada kau memang kak malu, kak bersimpati dengan nasib kau, tapi kak tak boleh tolong.
Setiap hari kak berdoa supaya kau segera dapat kerja. Kak bersyukur dan kau berjaya sekarang. Tetapi hati – hati kalau cari suami, jangan jadi macam kakak, luar orang nampak baik, tetapi dalam hati penuh kesombongan, tamak, dan ada niat jahat. Setiap hari hidup kak sentiasa tertekan.
Dengar cerita abang Man ada kekasih mereka merancang nak kahwin. Ditakdirkan kak diceraikan ke mana kak nak pergi, rumah tak ada, simpanan kosong, kalau orang lain ada simpanan TH, ASB kak habis bulan habis gaji, emak pun jarang – jarang kak kirim duit, kak memang susah.”
Cerita kak dalam lenangan air mata. Tak sedar kami sama – sama menangis dan berpeIukan. Untung dalam rumah tak ada orang, mereka semua keluar berjalan. Kak beritahu dia tak berani bertanya dengan suaminya. Sebab abang Man bercakap dengan suara kuat dan menengking.
Jadi kerana malu, kak diamkan diri. Kak terp4ksa bersabar walaupun dia selalu balik lambat dan pernah tak balik rumah langsung. Di mana dia tidur kalau bukan di rumah kekasihnya. Bila kak tanya dia jawab jangan sibuk.
Saya pun hairan mana dia tidur? Kalau dah kahwin beritahu lah. Jangan siksa hidup isteri. Dipendekkan cerita, sebelum bulan puasa tahun lepas, kak dapat khabar keluarga perempuan tu tangkap Man sebab tidur di rumah perempuan tu.
Mereka p4ksa Man kahwin. Man mengaku akan kahwin. Tetapi wanita itu p4ksa Man buat pilihan dia tak mahu bermadu. Agaknya Man mengaku nak ceraikan kak. Seminggu Man tak balik rumah. Kak sabar waktu itu kak dah nekad nak minta cerai.
Nak g4duh – g4duhlah. Akhirnya bila balik Man mengaku dia akan nikah dan akan ceraikan kak. Apa kakak boleh buat selain menangis. Kak tak merayu apa pun sebab tak guna kalau orang dah tak sukakan kita lagi. Tetapi kak minta tolong beri nafkah anak – anak, dan kak minta benarkan kak duduk di rumah itu. Sebab kak tak berduit.
Walaupun Man tak halau, tetapi isteri barunya hari – hari telefon suruh kak pindah. Siap m4ki hamun lagi. Inilah yang merunsingkan, ke mana kak nak pergi, nak sewa rumah murah bukan senang dapat, kena bayar advance lagi mana kak nak cari duit.
Kalau tak keluar kena m4ki. Nak pinjam kawan malu, hutang lama tak terbayar lagi. Inilah yang memeningkan kak. Namun saya berjanji akan cari rumah sewa untuk kami sama – sama tinggal. Apa yang saya ceritakan ini hanyalah sebagai ingatan.
Jangan cepat percaya jika kita dapat suami baik, kadang kala luar nampak baik, dalamnya bersarang hati yang busuk dan berniat jahat semata – mata untuk kesenangan dirinya sendiri. Sedihnya dah setahun bercerai nafkah anak – anak kak tak pernah dapat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.