Waktu kemaIangan suami tak tanya pun keadaan saya tapi dia marah saya sebab kereta rosak

Waktu suami s4kit terIantar di lCU, sayalah yang menjaganya, mencuci naj1s, k3ncing dan memandikannya. Tapi bila saya mengaIami kemaIangan jalan raya, Farid tak tolong saya di hospitaI. Sebaliknya mengutuk dan mengh1na saya kerana menyebabkan kereta itu rosak.

#Foto sekadar hiasan. Sebenarnya saya tak tahu bagaimana nak mulakan kisah hidup saya ini. Yang nyata, kerana sayangkan suami dan sanggup berk0rban untuk dia pada mulanya, akhirnya hidup dan masa depan saya h4ncur, bukan saja nama saya telah disenarai hitamkan (blacklisted) oleh pihak bank, malah saya turut dibebani dengan hutang beratus ribu ringgit.

Tak cukup semua itu saya digertak kalau enggan mengikut cakapnya. Cuba fikirkan, apa yang dimahukan oleh pasangan suami isteri dalam sebuah rumah tangga? Tentulah hidup aman bahagia hingga ke anak cucu, saling bantu membantu, percaya mempercayai dan berkasih sayang.

Tapi sayangnya bila saya berada dalam kesusahan dan kes4kitan, suami yang diharap dapat menghulurkan bantuan, meninggaIkan kita, balik ke rumah sesuka hati. Kesenangan yang dikecapinya hanya untuk dirinya sahaja.

Tetapi apabila dia berada dalam kesusahan dia mem4ksa saya membantunya, dan akan dijerkah kalau enggan mendengar atau mengikut apa juga cadangan mahupun nasihatnya. Itulah sikap Farid sejak sepuluh tahun kami berumah tangga.

Setiap kali saya tanya Farid apakah tujuan utama perkahwinan dalam hidupnya adakah untuk sama – sama susah dan senang. Dia akan menjawab ya ketika dia diIanda masalah, tetapi dia akan menjerkah saya kembali ketika dia ada duit.

Sebenarnya saya pun tak tahu macam mana saya boleh berkahwin dengan Farid, ketika itu saya masih di tahun akhir belajar di IPTA, kerana didesak saya setuju untuk berkahwin, lepas menamatkan pengajian saya mula bekerja walaupun dengan gaji yang kecil, namun saya gembira ia menepati bidang yang saya minati.

Menurut cerita Farid dia pun lulusan IPTA tapi suka berniaga kerana susah nak dapat kerja, saya terima dia seadanya. Kekayaan bukan impian saya asalkan kami baik, bertolak ansur, hidup aman damai itu sudah mencukupi.

Duit kita boleh cari. Tetapi setelah bekerja barulah saya nampak dan memahami masalah hidup Farid sebenarnya. Baru saya tahu Farid hanya lulus SPM aja, apa yang diceritakan pada saya selama ini semuanya bohong belaka, dia memang mencari gadis lulusan universiti, apa tujuannya yang sebenar cuma dia saja yang tau.

Kerana taraf pendidikannya yang rendah itulah dia sering kekeringan wang, dan sayalah tempat dia mengharapkan bantuan. Tak cukup itu sayalah juga dijadikan tempat untuk menyelesaikan masalahnya. Sedangkan saya sebagai anak sulung kepada lapan beradik diharapkan oleh emak saya sendiri untuk membantu emak.

Tapi saya lebih pentingkan suami dari emak sendiri. Saya masih ingat dan sedar peng0rbanan emak bekerja keras menyekolahkan saya hingga dapat masuk universiti ini, jadi sewajarnya saya membaIas jasa emak. Bukan untuk kayakan emak, tetapi meringankan bebannya menyekolahkan adik – adik yang lain, yang juga perlu sekolah demi masa depan mereka.

Awal perkahwinan memang nampak baik, kerana saya masih belajar. Bila dah bekerja dan saya masih muda, fresh dan bod0h. Farid mula memasang jeratnya dia meminta saya membuat pinjaman bank. Pelbagai alasan dia beri untuk mem4ksa saya buat pinjaman.

Bermula dengan membeli kereta yang menggunakan nama saya, tak sampai setahun dia suruh pulak beli rumah, nasihatnya takkanlah nak duduk menyewa sepanjang hayat kenalah beli rumah. Mulanya memang saya tak mahu sebab memikirkan kena bayar ansuran kereta, kad kredit jadi mana nak ada duit nak bayar ansuran rumah.

Namun Farid pandai memujuk, katanya semua tu atas nama saya, itu tandanya dia sayangkan saya, tapi mengapa saya seorang yang kena bayar, sedangkan saya nak hantar duit pada emak, katanya kalau tak cukup tak perlu hantar.

Katanya lagi, kalau ada duit dia akan bantu bayar. Tapi dia cuma pandai cakap, bila minta duit banyak sangat soalnya. Kalau saya tak ikutkan kehendaknya dia akan meng4muk, mengh3rdik dan menjerkah saya, kerana masih muda dan mentah saya terp4ksa patuh dengan hati yang penuh dengan penyesalan.

Tiga tahun kemudian dia suruh beli sebuah rumah lagi, saya membantah sebab tak ada duit nak bayar, alasannya rumah pertama tu akan dijual, saya minta dia jualkan rumah itu dulu sebelum beli rumah baru. Alasannya rumah pertama tu jauh sangat dengan tempat kerja saya, sedangkan rumah yang baru ini lebih dekat. Dan mudah saya ke tempat kerja.

Farid terus mem4ksa dan mendesak kalau rumah tu tak terjual sewakan je, tapi katanya saya mesti beli rumah kedua. Walaupun saya berkeras tetapi saya takut dengan Farid, akhirnya saya terp4ksa membeli rumah kedua. Saya sedar perbuatan saya ini samalah seperti meletakkan leher ke tali g4ntung.

Kerana kedudukan rumah pertama tu jauh masuk ke dalam tentulah tak ada penyewa, nak jual pun susah, dan jadilah rumah terbiar, kata Farid itu investment, pada dia mungkin betul, tetapi saya yang pikuI hutang. Setiap bulan fikiran saya sem4kin kusut mana nak bayar ansuran dua buah rumah, kereta dan kad kredit.

Selepas beli rumah kedua, dia tak peduli pasal rumah pertama, sebab bukan dia yang berhutang. Dia suruh saya jualkan, atau cari penyewa, janjinya dulu nak jualkan rumah tu dulu semua tinggal janji saja.

Ketika saya mengaIami kemaIangan jalan raya, Farid tak tolong saya di hospitaI, sebaliknya mengutuk dan mengh1na saya kerana menyebabkan kereta itu rosak. Sedangkan kereta itu kereta saya. Dia tidak bertanya, s4kit ke saya, par4h ke Iuka saya, malah dia menjerkah saya kerana bila kereta rosak menyusahkan dia untuk buat urusan perniagaannya. Dia tetap salahkan saya.

Dalam kes4kitan saya uruskan kereta itu sampai terjual sebelum beli kereta baru. MaIang lagi sekali, kereta baru pulak dipecahkan pencuri, juga dia tidak menolong. Sebulan kereta saya tersadai di workshop, selama itu lah saya ke tempat kerja menumpang kawan – kawan, sedangkan dia nyenyak tidur di rumah, tidak pun bertanya, bagaimana saya pergi kerja.

Yang menyedihkan saya ketika itu dia sudah ada kereta sendiri, maklum bisnes maju sikit. Farid tak peduli betapa susahnya saya mencari wang untuk membaiki kereta. Bas dan komuterlah saya gunakan untuk berurusan.

Sem4kin lama berkahwin sem4kin memat4ngkan saya tentang kerenah hidup, mengenali hati budi suami, dan terkenang betapa peng0rbanan saya selama ini tidak dipedulikan. Ketika dia terlantar s4kit di hospitaI, sayalah yang menjaganya, mencuci naj1s, k3ncing dan memandikannya.

Saya tidak pernah rasa terbeban dengan tanggungjawab ini, malah bangga dapat berbakti kepada suami. Sewaktu perniagaannya merosot saya juga tempat dia berg4ntung, bila kad kredit tak dapat membantu seutas dua barang kemas pemberian emak jadi m4ngsanya.

Kalau tak diberi dia akan curi, jadi saya terp4ksa menyerahkan padanya. Semasa dia belum ada kereta, kereta yang saya beli itulah digunakannya, saya jarang dapat memandu, sebab tak berpeluang, katanya dia lebih memerIukan sebab nak cari rezeki.

Tetapi, maIangnya saya dibebani panggiIan telefon dari bank yang bertanya tentang ansuran yang tidak dijelaskan. Tidak cukup dengan itu, saya juga dibebani dengan saman trafik. Tapi apa yang saya dapat dari peng0rbanan semua itu?

Tetapi Allah Maha Kaya, suatu hari ketika dia lupa diri setelah ada kereta sendiri, dia ditimpa kemaIangan. Keretanya remuk tidak boleh digunakan lagi. Ketika itulah dia merasa teramat malu pada saya. Tapi malunya sekejap saja, dia minta saya bantu dia lagi dan mengaku kesilapannya selama ini mengani4ya saya.

MaIangnya orang macam Farid cakapnya berbeIit – beIit untuk kepentingan diri sendiri, masa susah dia ingatkan kita, ingat Tuhan baru mahu sembahyang, bila senang dia lupa diri dan buat saya macam sampah. Tetapi saya tidak boleh menegurnya.

Kalau tengah senang jika ditegur dia akan menjerit, menjerkah dan meng4muk macam orang giIa, nak maIukan saya pada jiran. Dia memang tak boleh senang, cepat lupa diri. Sekali lagi Allah datangkan ujian, dia jatuh s4kit dan terlantar di lCU dua minggu.

Sayalah menjaga, mencuci n4jis, berbakti sedaya mampu. Saya dapat saksikan sedikit perubahan setelah dia baik dari s4kit. Tetapi tidak lama, cuma 3 bulan. Selepas itu dia kembali kepada per4ngai lamanya. Somb0ng bila dia berduit.

Nafkah zahir dan batin, perlu dit4gih macam peminta sedekah. Tapi biasanya kalau kita minta pun memang susah nak dapat kalau tak disertakan dengan m4ki hamun dan menjerkah memperbod0hkan saya. Kini setelah 10 tahun saya berk0rban hidup untuk suami, saya rasakan hidup saya tidak ada penyudahnya.

Yang sering berlaku kami selalu bertengkar semuanya kerana dia tak ada duit dan hutang saya bertambah. Kini saya yakin kenapa Tuhan masih tidak memberi saya anak, inilah hikmahnya. Dengan hutang keIiling pinggang yang terus dip4ksa oleh Farid membantunya, saya sedar kini bahawa Farid bukan suami tempat saya berg4ntung.

Saya sudah puas menangis, sembahyang dan sujud padaNya. Jalan yang saya nampak adalah bercerai. Salahkah saya jika minta diceraikan? Hati saya sudah tawar padanya, peng0rbanan saya disia – siakan. Adakah saya dikira sudah lupa diri jika saya memilih untuk hidup bersendiri.

Rasanya tak guna ada suami, sedangkan hidup kita sentiasa dibebani dengan hutang, dijerkah dan dih1na. Biarlah saya selesaikan hutang ini sendirian. Rasanya dengan umur awal 30an, tanpa anak, saya boleh bereskan walaupun kena ik4t perut, tapi hati senang tanpa hutang baru.

Saya rasa Allah akan permudahkan usaha saya ini. Saya tidak ada pilihan lain. Tak lama lagi rumah pertama saya akan dilelong kerana 50 bulan tertunggak, rumah kedua juga akan jadi m4ngsa kerana lebih setahun tertungggak.

Apa yang saya kesalkan ketika Farid senang dia tidak mahu bayar hutangnya pada saya, bila susah dia p4ksa saya membantunya. Saya tak mahu susah payah saya mencapai pangkat tinggi dalam pekerjaan sekarang h4ncur kerana seorang lelaki.

Kerana itu saya perlu selesaikan hutang ini untuk mengelakkan pentauliahan saya ditarik balik, jika ini berlaku saya akan hilang pekerjaan, semuanya kerana hutang keIiling pinggang yang dip4ksa oleh Farid untuk saya buat bagi membantunya berniaga. Tetapi peng0rbanan saya semuanya sia – sia.

Saya selalu berdoa minta Allah permudahkan segala usaha saya. Sekiranya saya tersilap membuat keputvsan, saya berdoa semoga ditunjukkan saya jalan yang benar. Kini saya sedar, bahawa sesebuah perkahwinan, kalau tidak berlandaskan keimanan dan tanggungjawab untuk menjaga amanah yang diberikan oleh Allah, maka perkahwinan itu akan sia – sia.

Saya juga sedar, kalaulah saya tak berpelajaran, tidak mempunyai pekerjaan tetap, sudah tentu, sudah lama Farid jadikan saya macam kain buruk pengesat kakinya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.