Waktu tu abah duduk depan pintu bilik air main dengan anak aku. Aku ambik anak masuk bilik, tiba-tiba nampak abah terbaring, kaki terjuntai

Aku baring atas sofa sebelah katil abah. Antara sedar dengan tidak, aku rasa aku berpindah alam. Aku nampak aku baring sebelah abah, suasana cerah, abah bangun dari katil, duduk juntaikan kaki, pandang aku dan senyum…

#Foto sekadar hiasan. Aku Hana, 28 tahun, dah berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia 11 bulan. Anak bongsu dari 4 beradik, semua tinggal dekat kecuali kakak aku yang sulung nun di kota metropolitan. Dah beberapa kali aku buat coretan di page ini.

Aku ada benda nak luah tapi bukan kisah rumahtangga. Aku rindu, rindu suasana dulu. Aku berkahwin dengan suami masa umur 26 tahun. Lepas kahwin aku pjj dengan suami sebab suami kerja di pulau, aku di d4rat. Jadi aku tinggal dengan ibu abah aku sampailah aku dah bersalin dan anak aku umur 6 bulan. Keadaan berubah masa ni.

Dari awal kahwin, abah aku pujuk kami laki bini tinggal dengan dia. Dari dulu ibu abah aku menyewa di Kedah. Dah cukup umur nak pencen, abah aku ajak kami tinggal di Perlis. Rumah yang abah bina hasil titik peluh yang dia simpan. Rumah cantik, idea yang bernas, aku lah arkitek abah masa abah plan nak buat rumah.

Dia upah aku laksa, sebab lukis plan ikut idea dia. Tengah malam pukuI 12 pon dia k3jut aku bangun sebab dia dapat idea dan nak aku lukis time tu jugak. Aku lukis ikut skala yang sesuai nak bagi dia tengok kesesuaian ruang semua. Dah bincang dengan kontraktor semua, abah pon setuju. Proses bermula 12/12/2024.

Abah ibu excited betul masa ni. Aku antara anak yang kuat berlaga idea dengan abah. Abah nak cat w4rna ni, aku cakap “eh tak sesuai laa abah, kena cat w4rna tu”. Berlagalah pendapat kami dua. Tapi benda tu sweet moment. Ibu cakap aku dengan abah memang kepala deko bab rumah sebabtu masing – masing nak tegakkan idea masing – masing.

Last – last aku cakap “iyelah abah, asalkan tak buruk sudah” kemain sengih abah aku sebab aku mengalah. Hmmmm… 12/01/2025 keadaan berubah semuanya. Masa ni suami aku dah balik kerja dekat dengan rumah ibu abah. Pagi tu aku hantar suami aku kat pintu nak pi kerja, abah aku pon hantar sekali.

Dia hulur tangan, “hati – hati ya pi kerja”. Lepastu ibu abah nak bersiap nak balik Perlis. Excited nak tengok progress rumah. Masa ni rumah abah dah naik bata tinggi. Memang tiap – tiap minggu kami akan balik Perlis tengok progress rumah. Tapi minggu ni aku tak ikut sebab aku ada hal.

Lepas suami aku pergi kerja, aku mandikan anak aku, abah tunggu depan pintu bilik air main dengan anak aku. Bergelak tawa kami 3 beranak. Ibu dalam bilik tengah bersiap. Lepas aku siap mandikan anak aku, nak keluar bilik air abah aku cakap “meh ben nak cium cucu ben wangi tak”. Abah aku pon cium anak aku.

Aku bawak anak aku masuk bilik lap – lap badan pakaikan pampers aku rasa tak tenteram, aku rasa kelam kabut. Aku keluar bilik, bawak anak aku. Aku pandang sofa, nampak abah tengah baring atas sofa, kaki juntai ke bawah. Aku panggil “abah”. Tak jawab. “Bennn ooo ben”. Tak jawab.

Aku pergi dekat abah. Muka abah biru, badan abah sejuk, aku cek nadi tak ada. Allah, dalam hati aku secepat ni ke Allah nak ambil abah. Aku jerit panggil ibu. Aku t4mpar pipi dan badan abah kuat – kuat. Alhamdulillah abah sedar. Abah kena ser4ngan jantung.

Aku suruh ibu ajar abah mengucap. Aku call ambulans. Ambulans sampai cepat. Terus bawa ke hospital. Abah disahkan kena ser4ngan jantung tahap 4, yang paling kronik. Rezeki abah pagi tu pakar jantung ada di Kedah. Terus masuk OT pasang stent. Alhamdulillah abah stabil.

Aku masuk jumpa abah petang tu, abah cakap abah s4kit perut, minta ubat gastrik kat doktor, abah lapar, tapi tak lalu makan, abah pahit mulut. Aku belikan bubur kosong kat abah sebab dari pagi kejadian tu abah belum makan apa – apa. Last abah makan dengan aku malam sebelum kejadian. Ikan bakar dengan air asam.

Oh ya malam sebelum kejadian aku pandang abah, aku nampak telinga abah lain, orang kata ada masa kita nampak petanda orang nak meninggaI. Aku in denial, eh tak kot, bukan petanda, must4hil. Abah sihat, abah jaga makan, abah bersenam, abah tak ada peny4kit. Menyesalnya aku deny hidayah yang aku dapat.

13/01/2025.. Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah jalan. Abah kena ser4ngan jantung kali kedua, collapsed, tak dapat nadi, terus ditidurkan 6 hari untuk rehatkan organ abah. Doktor cakap ada pend4rahan yang block otak abah. Punca d4rah tak sampai ke otak beberapa minit masa ser4ngan jantung jadi.

41 hari abah di CCU dan 2 hari di CRW. Keadaan abah sekarang terlantar di atas katil tak bergerak, ada masa abah bagi eye contact, ada masa abah hanya buka mata bagi pandangan kosong, bernafas melalui tiub tracheostomy yang tebuk di leher, makan guna tiub yang masuk melalui hidung, pakai tiub k3ncing dan tiub untuk keluarkan tinja. Semuanya dibantu.

Kami adik beradik dan ibu uruskan abah sama – sama. Rumah dah macam hospital, semua kelengkapan abah ada. Lepas 3 bulan jaga abah, aku ditakdirkan kena ikut suami balik bekerja. Suami lapor diri kat tempat baru. Hari ke 107 selepas abah kena sera4ngan, aku masih berharap sangat dapat tengok abah bangun balik, at least boleh duduk dan senyum.

Aku ada satu hari ja lagi peluang untuk jaga abah sepenuhnya sebelum aku pindah balik rumah yang suami sediakan. 30 April lebih kurang 1255AM aku ambil turn jaga abah, aku suruh ibu tidur temankan anak aku. Aku gelapkan rumah, buka lampu tidur, baring atas sofa sebelah katil abah.

Aku cuba lelapkan mata, antara sedar dengan tidak, aku rasa aku berpindah alam. Aku tau tu bukan mimpi, dia satu perasaan dan situasi yang aku nampak. Aku nampak aku baring sebelah abah, suasana cerah, abah bangun dari katil, duduk juntaikan kaki, pandang aku dan senyum. Aku rasa macam alhamdulillah abah dah sihat.

Tapi benda tu sekejap ja. Aku terjaga sebab abah batuk, aku kembali sedar, tengok sekeliling dalam suasana lampu malap, abah tengah terbaring, terlantar, terhinjut batuk untuk keluarkan kahak. Aku bangun. On suction machine, sedut kahak abah supaya abah boleh bernafas elok.

Ya Allah, kenapa apa yang aku tengok tadi tu semua mimpi. Kembalikan realiti abah yang sihat. Lepas ni dah tak boleh jaga abah sepenuhnya, hujung minggu ja boleh balik. Sedihnya kena tinggalkan keluarga dalam keadaan macam ni, but i know i will heal by time. In shaa Allah.

Satu benda yang menjadi persoalan aku sehingga sekarang, ada ke peluang untuk pes4kit yang mengalami kerosakan otak, strok-iskemia untuk sembuh? Sekurang – kurangnya boleh berkomunikasi dan duduk di kerusi roda. Aku sampai cakap dekat abah, “abah nak cat rumah w4rna apa pon cat lah, adik setuju kali ni asalkan abah bangun, jangan asyik baring macam ni”.

Satu benda yang kuatkan aku sehingga sekarang, masa aku terlalu sedih dengan apa yang jadi satu ayat abang aku yang aku pegang sampai hari ni “ABAH KITA ADA LAGI TAU, ABAH CUMA S4KIT JA”. Tuhan, sembuhkanlah abah.. – Hana (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Amirah Anuar : InshaAllah tt kena yakin dengan Allah setiap yang DIA bagi ujian untuk kita tempuh mengikut kemampuan kita. Sebagai pernah lalui jaga ayah s4kit dan  lumpuh keced3raan kepala teruk serta lupa ingatan sebab eksiden keadaan sama macam ayah tt kena ditidurkn, suction kahak, terbaring dengan operation beberapa kali jugak.

Alhamdulillah sekarang ayah boleh urus diri sendiri malahan Allah jemput jadi tetamu Allah mengerjakn haji tahun ni even ingatan dan percakapan tak bertutur dengan baik dan ada perubahan sikap sebelum ni bukan pemarah sekarang kepada mudah marah. Betul apa yang abg tt kata tu, ayah kita hanya s4kit saja inshaAllah dengan izin Allah ayah tt boleh sembuh.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :