Yong haIau kami dari rumah, dia kata seandainya sesiapa dalam keluarga kami m4ti, jangan beritahu dia waIaupun emak!

Ketika Yong tinggalkan kami, emak sedih sebab tak sempat nak bagi baju melayu buat cucunya. Malam sebelum emak meninggaI dunia, dia ada sebut nama Yong lagi. Emak berpesan, jika jumpa cucu sulungnya Adam, serahkan baju yang emak beli ketika Adam masih bayi dulu.

#Foto sekadar hiasan. Saya lahir dalam keluarga sederhana. Ayah anggota pasukan keseIamatan, emak suri rumah sepenuh masa. Kami ada lapan beradik, tiga lelaki, lima perempuan. Yang sulung biasalah dalam keluarga Melayu, kami adik – beradik panggil Yong.

Pendek cerita, sebagai anak yang tua, pada Yonglah kami berharap untuk meringankan beban emak setelah ayah meninggaI dunia. Yong bekerja ketika kami semua masih bersekolah lagi. Maklumlah dia anak yang paling tua.

Pada awalnya semuanya berjalan lancar. Kami bangga dapat kakak sulung yang sangat bertanggungjawab terhadap keluarga. Bagaimana pun emak tidak melepaskan semua atas bahu Yong untuk membantunya, kerana emak masih kuat dan emak bekerja keras menjual kuih – muih dan nasi lemak untuk membesarkan kami adik beradik. Namun Yong tetap kami sayang setiap bulan Yong akan berusaha mengirim duit walaupun tak banyak.

Kami adik beradik sangat bahagia ketika itu sebab walaupun abah tak ada, kami masih ada Yong tempat untuk berg4ntung selain emak yang tak pernah jemu membuat kuih – muih dan nasi lemak setiap hari untuk kami adik – beradik jualkan di seluruh kampung.

MaIangnya, kebahagiaan kami hanya sementara. Tak sampai setahun Yong berubah. Kepulangan Yong ke kampung hari itu mer3ntap dan merubah kebahagiaan keluarga kami. Entah siapa menghasut, entah apa yang tak kena pada Yong, emak jadi sas4ran kemarahan. Bermacam – macam soalan Yong ajukan yang langsung tak pernah kami fikirkan.

Bayangkan siapa tak terk3jut bila Yong secara mendad4k bertanya emak siapa ibunya yang sebenar, bila emak mengatakan yang sebenar Yong tak mahu menerima kenyataan, bertvbi – tvbi soalan ditanya, akhirnya kerana tidak mendapat jawapan yang dikehendakinya, Yong lantas tidak mengaku emak sebagai ibu kandungnya yang sebenar.

Emak terus menangis bila Yong mendesak meminta kepastian. Apa emak boleh katakan selain mengatakan bahawa emaklah yang mengandung dan melahirkan Yong! Malah kata emak kalau Yong masih tak percaya Yong boleh tanya bidan yang sambut Yong ketika Yong dilahirkan. Bidan itu pun masih hidup lagi kalau Yong masih tak percaya.

Tapi Yong bagai sudah nekad, kata – kata emak tidak sedikit pun memberi kesan padanya. Malah Yong ugvt akan tinggalkan kami jika emak tidak memberitahu siapa ibu kandung Yong yang sebenarnya, kerana Yong yakin emak bukan ibu kandungnya.

Saya masih ingat waktu itu, kami peIuk emak, air mata emak deras mengalir macam emp4ngan pecah. Saat itu, emak hanya mampu berkata, terserahlah pada Yong hendak percaya emak ibu Yong ataupun tidak. Terserah!

Kerana tidak mendapat jawapan seperti yang dikehendaki Yong terus pergi meninggaIkan kami yang masih dalam keraguan, emak yang tak berhenti – hendak menangis dan kampung halaman tempat tanah tump4h Yong. Sejak peristiwa itu emak sentiasa hidup berendam air mata. Mulutnya sentiasa menyebut nama Yong. Sayangnya Yong memilih haluan sendiri.

Dua tahun selepas peristiwa menyayat itu tiba – tiba Yong balik ke kampung semula berjumpa emak yang dia tidak mengaku ibu kandungnya. Yong balik bersama suami dan anak lelakinya.

Walaupun hati emak tergur1s, tetapi dia tetap menerima Yong dengan hati terbuka dan sedia memaafkan Yong. Hubungan anak beranak itu dan kami adik – beradik kembali pulih seperti biasa. Kami mengharapkan biarlah langit cerah hingga ke petang, tetapi sayangnya sekali lagi mendung datang dengan hujan dan haIiIintar membeIah bumi.

Di saat emak baru hendak menyayangi cucu sulungnya Adam, Yong bagaikan tidak puas hati terus bertanya soalan yang sama. Yong buat hal lagi. Emak menangis lagi. Seperti ada rasa tidak senang di hatinya. Kali ini tindakan Yong lebih kej4m Yong buang kami sekeluarga.

Waktu itu, emak benar – benar sedih. Namun nama Yong sentiasa di bibir emak. Baju Melayu Adam yang tidak sempat diberikan, dicivm setiap malam! Begitulah keadaan emak. Tapi emak pasrah terus buat kuih dan nasi lemak untuk menyara hidup kami adik – beradik.

Tahun demi tahun berlalu, setiap kali menyambut Hari Raya, emak akan mer4ung, menangis teringatkan Yong. Emak sering bertanya kepada kami, apakah kesalahan besar yang sudah emak lakukan hingga Yong tidak mengaku emak sebagai emak kandungnya sendiri. Setiap kali emak menangis maka setiap kali itulah juga kami adik – beradik turut sama menangis.

Namun dalam kerisuan dan kekesalan itu kami membesar dengan titik peluh emak sendiri dalam penuh kasih sayang. Kami cuba bahagiakan emak seadanya tetapi Yong tetap dalam ingatan emak yang tidak mungkin mudah untuk dilupakannya.

Bagaimana pun hati emak tidak pernah kesampaian, setelah 10 tahun berlalu, emak nekad minta saya temankan pergi rumah Yong yang kami dapat tahu tinggal di Kuala Lumpur. Puas kami pujuk emak supaya lupakan Yong tapi emak tetap sayangkan Yong. Kata emak, biarlah kita cuba kali terakhir. Mana tahu hati Yong berubah dan mahu terima emak kembali. Dan kalau kali terakhir ini Yong tetap menolak emak, emak redha.

Saya pergi dengan kak Yang, kebetulan dulu saya dan kak Yang memang rapat dengan Yong. Rumah Yong kami temui. Tapi emak kami minta tunggu dalam kereta. Masih segar dalam ingatan saya, sewaktu pintu rumah Yong kami ketuk, keluar seorang budak, kami tahu itu anak Yong. Bila Yong keluar dia terus menghalau kami. Katanya kami tidak ada kena mengena dengannya lagi termasuk emak. Antara dia dan kami sudah putvs hubungan.

Yong minta kami jangan ganggu hidup dan kebahagiaan dia. Seandainya sesiapa dalam keluarga kami m4ti, jangan beritahu dia waima emak sekalipun. Pendek kata, Yong tidak mengaku kami dar4h dagingnya! Itulah yang Yong katakan berulang kali .

Kami keluar dengan rasa sedih yang teramat, kami beritahu emak, emak cuma menangis. Tapi kata emak dia puas. Apa yang Yong minta, dia terima dan mulai hari itu, sesiapa bertanyakan Yong, emak tidak menjawab. Kepada yang baru kenal, emak beritahu anaknya cuma enam orang. Sejak hari itu Yong sudah tidak ada lagi dalam hidup emak. Emak gigih besarkan kami adik – beradik dengan penuh kasih sayang hingga seorang demi seorang anak emak berjaya ke menara g4ding. Ada yang lulus universiti luar negara.

Hidup emak sem4kin senang apabila kami mula bekerja. Emak dapat segalanya hasil p3rit – jerih emak selama ini menghidupkan kami. Kami belikan apa sahaja untuk hiasan emak, kami hantar emak ke Mekah tunaikan haji, malah kami bawa melancong hingga ke Amerika.

Tidak ada ceIanya perasaan emak sehinggalah emak disahkan menghidap peny4kit dar4h tinggi, k3ncing manis dan jantung. Kami usahakan untuk mendapatkan rawatan pakar di Kuala Lumpur. Kami tidur di sisi emak sepanjang emak di hospitaI.

Malam sebelum emak meninggaI, dia sebut nama Yong lagi. Emak berpesan, jika jumpa cucu sulungnya Adam, serahkan baju yang emak beli ketika Adam masih bayi dulu.

Emak meninggaI di rumah saya membawa bersamanya kebahagiaan yang kami berikan dan d3rita yang Yong ukirkan dalam hatinya. Kami kebvmikan emak di KL kerana kami semua tinggal di KL, lagi mudah untuk menziarahi kubvr emak nanti.

Walaupun kini dua tahun emak pergi doa kami untuk emak tidak pernah putvs. Malah rumah emak di kampung tetap kami kunjungi walaupun tiada penghuninya. Kami bersihkan setiap kali balik. Hubungan kami adik – beradik tetap terjaIin baik sama seperti ketika emak masih hidup.

Kini setelah tiga tahun berlalu, kami dik3jutkan berita Adam pulang ke kampung mencari neneknya. Jiran berikan nombor telefon kak Yang pada Adam. Hari yang sama, kak Yang dapat mesej dari Yong setelah lebih 20 tahun menghilang dan tidak mengaku kami bersaud4ra.

Kak Yang hubungi kami adik – beradik untuk berbincang. Walaupun ada antara kami tersentuh hati rindukan Yong, namun kedukaan dan pend3ritaan emak terhadap Yong membuatkan hati kami tawar. Bukan kami tidak dapat terima Yong tetapi ada baiknya Yong teruskan kehidupan tanpa kami. Lagipun kami bukan adik beradik Yong.

Peristiwa kami dihaIau tetap segar diingatan. Bukan kami tidak pernah cuba berbaik dengan Yong tetapi Yong tidak mengaku kami dar4h daging Yong. Malah mengingatkan kami supaya tidak memberitahu Yong jika ada ahli keluarga kami yang m4ti termasuk emak.

Kini segalanya sudah ber4khir. Emak dah tiada. Tak perlu jumpa kami, bukankah lebih baik Yong jumpa emak sebelum dia meninggaI dunia? Kami tidak pernah benci Yong tetapi kami tidak sanggup jumpa Yong, namun Adam tetap anak saud4ra kami.

Selama ini, Yong bahagia dengan kehidupan Yong, kami juga bahagia dengan hidup kami. Kami tidak akan ganggu hidup Yong. Yong tak perlu jumpa kami. Kalau masih ingatkan emak kami segeralah bertaubat. Sedekahlah Al-Fatihah pada emak kami.

Yong tahu, ketika emak gembira semasa hayatnya bersama kami, sebenarnya hati emak mend3rita kerana perbuatan Yong terhadapnya, perasaan Iukanya itu dibawa hingga emak menghembuskan nafas yang terakhir. Sebagai adik ingin sangat nak tanya, apakah d0sa besar yang emak lakukan hingga Yong tergamak buang emak?

Kalau pun Yong tak mengaku dia emak kandung, lupakah Yong siapa membesarkan Yong hingga Yong berusia 20 tahun? Nauzubillah… air mata emak tidak pernah putvs setiap kali teringatkan Yong dan sentiasa memikirkan apa d0sa dan salahnya.

Apakah Yong fikir wajah dan rupa kulit Yong yang lebih cantik, putih bersih dan berbeza dari kami semua itu menyebabkan Yong rasa bangga dan tidak mengaku kami adik – beradik Yong hingga tergamak mendakwa Yong bukan anak emak.

Anak angkat pun sayangkan orang yang memelihara dan membesarkannya. Tetapi Yong berbeza, Yong membenci orang yang pernah membersihkan n4jis dan menyuapkan nasi ke mulut Yong hinggalah Yong dah besar dan mampu berdikari.

Saya juga ingin tahu apakah yang membuatkan Yong tergamak membuang emak dan kami dalam hidup Yong? Dan mengapa baru sekarang mencari emak. Emak sudah pergi membawa bersamanya d3rita di hati hingga ke akhir hayatnya tidak pernah padam.