10 tahun aku bercinta dengan suami orang. Satu hari, isteri dia dapat tahu, dia ser4ng aku, ugvt nak viralkan aku. Aku mula plan dalam diam..

Isterinya meraung – raung dalam panggiIan telefon dan marahkan aku. Dia ugvt untuk viralkan mesej – mesej kami dan gambar aku. Ugvt untuk bawa lari anak – anak tak bagi jumpa bapak dorang. Aku plan dengan kekasih..
#Foto sekadar hiasan. Hai, aku cuma nak cerita dan luah di sini. Kalau nak nasihat ke, kecam ke, terserah. Aku seorang ibu tunggal anak tiga, hampir dua tahun. Suami aku dulu pilihan dan kehendak keluarga. Namun hati aku tetap pada seorang lelaki yang hadir lebih awal, dulu aku gelar Faizal.

Selama menjadi isteri, aku akur, jalankan tanggungjawab dan menjadi ibu pada tiga anak kami. Tentang anak aku, tidak jadi masalah bagi aku sebab mereka sudah remaja. Lagipun, sudah biasa aku uruskan bergilir dengan ayah mereka sejak berpisah.

Sebenarnya, 10 tahun lalu, beberapa hari sebelum Faizal kahwin, kami bertemu semula. Faizal ajak aku lari dan ikut dia tinggalkan semua. Dia sendiri akan batalkan pernikahan jika aku setuju. Awalnya aku mahu, tapi bila tiba harinya aku takut.

Aku pujuk diri dan Faizal untuk teruskan nikah dan lupakan hal kami. Walau hati aku sendiri cukup sayangkan Faizal. Seminggu selepas nikah, Faizal WhatsApp aku untuk bertemu. Ya, kami jumpa senyap – senyap. Aku menangis dalam peIukan dia.

Sungguh, aku sangat sayangkan dia dan berharap dialah teman hidup aku, tapi kami terpisah oleh keluarga aku yang memaksa aku ikut kehendak mereka. Kami berjanji akan tetap ada untuk satu sama lain walau dari jauh dan tidak akan terputus hubungan.

Hiduplah kami ikut haluan masing – masing, namun tetap berhubung melalui WhatsApp dan kerap juga bergayut untuk bersembang. Naluri isteri kan… Ada satu hari, isteri Faizal dapat tahu dan marah aku. Aku tersedar ini tidak patut, aku cuba jauhkan diri. Senyap walaupun Faizal berkali – kali hubungi.

Tapi aku rindu… aku sayangkan Faizal… tidak mampu aku untuk diam. Kami kembali berhubung dan begitulah hingga hari ini. Tahun lepas, sekali lagi isteri Faizal ser4ng aku dan marah hingga hampir mereka bercerai. Tapi isteri Faizal ugvt yang Faizal tidak akan dapat jumpa lagi anak – anak mereka. Faizal tidak sanggup kalau libatkan anak.

Isterinya meraung – raung dalam panggiIan telefon dan marahkan aku. Dia ungkit juga ini bukanlah kali pertama kami kantoi. Ya, sebenarnya sepanjang perkahwinan mereka, aku ada. Aku hadir lagi beberapa hari mereka akan kahwin dan sejak itu aku ada bersama Faizal.

Dia ugvt untuk viralkan mesej – mesej kami dan gambar aku. Ugvt untuk bawa lari anak – anak dan tidak akan bagi anak jumpa Faizal. Ikutkan hati, kami ini sudah sepakat memang nak bersama dan Faizal akan bekerja di tempat aku. Bila isterinya ugvt itu ini dan keadaan tidak terkawal, kami tukar rancangan. Aku minta Faizal beralah demi anak.

Sebenarnya ini semua hanya pura – pura dan hidup yang Faizal lalui bersama isterinya adalah rancangan kami. Hanya untuk redakan keadaan, biar isterinya tidak terus ser4ng aku. Faizal tukar nombor, block aku di WhatsApp. Isterinya siap klon WhatsApp nombor baru Faizal untuk pastikan kami tidak berhubung.

Macam mana aku tahu? Mestilah aku tahu sebab Faizal masih dengan aku. Nombor barunya juga aku tahu. Aku tidak akan tahu nombor baru itu kalau Faizal tidak hubungi aku. Buanglah semuanya, tapi tidak akan dapat buang ingatan kami.

Satu hal yang isterinya tahu, hanya ingat kami sekadar WhatsApp. Dia tidak ada bukti lebih dan tentulah aku juga teliti untuk Faizal sembunyikan. Hakik4tnya lebih lagi… Aku dan Faizal sudah jauh. Kami sudah banyak kali sangat berjumpa dan terlanjur.

Hingga waktu ini. Aku menaip ini di dalam peIukan Faizal yang sedang lena. Kenapa aku luah di sini, bangga? Tentulah tidak… Aku tahu ini bukan untuk dibangga. Aku tidak tahu macam mana nak keluar dari semua ini. Faizal tidak mampu untuk poligami dan aku pun tidak mahu dimadukan.

Ceraikan isterinya? Sudah pernah Faizal nak buat tapi perempuan itu tidak mahu terima dan rosakkan keadaan dengan acah – acah ugvt segalanya. Faizal hanya lelaki biasa dan aku tidak mengharapkan harta benda darinya. Aku sendiri mampu dan bekerja.

Kami cuma ada rasa cinta yang tidak kesampaian dan dihukvm oleh kenyataan. Kami cuma rancang untuk tidak lagi dihidu dan diketahui, sampailah anak Faizal besar sedikit nanti untuk anak sendiri tahu dan kenal ayahnya. Untuk isteri Faizal,

Kau kawallah semuanya. Padamlah nombor aku, block dan setting lah telefon Faizal supaya tidak berhubung dengan aku. Kau rasa kau sudah kawal semua kan? Kau tidak tahu kami yang rancang untuk pura – pura Faizal akur dikawal oleh kau.

Kau ingat kami tidak akan berhubung ke? Beribu kali pun Faizal tukar nombor baru, aku tetap akan tahu dan Faizal tetap akan jumpa aku. Ya, jumpa… Bukti yang kau tidak akan dapat… sebab melalui telefon Faizal, tidak ada satu bukti pun tertinggal.

Hakik4tnya kau bahagia ke? Atau pura – pura berjaya melalui ugvtan? Ugvtan tentang anak… Tanya diri sendiri, berapa lama sudah Faizal tidak ada post tentang dirimu dan gambar kamu berdua. Sebab dia jaga hati aku di sini. Hidup Faizal dengan kau hanya kerana anak dan sampai bila kau nak gunakan anak untuk berasa menang dan Faizal tetap ada. – Nurul (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

IKON CLUB : Isteri Faizal tidak tahu tapi Allah tahu. Faizal itu bila – bila masa sahaja boleh pergi tidak kembali. Faizal tidak mampu poligami dan awak tidak mahu bermadu dan awak berdua pilih untuk teruskan hidup dan bergelumang dengan maksi4t.

Janganlah macam itu. Awak kata awak dan Faizal rancang kononnya Faizal sudah tiada apa – apa hubungan dengan awak tapi awak lupa satu benda. Awak dan Faizal hanya mampu rancang sahaja tapi Allah yang tentukan. Ya betul rancangan awak dan Faizal berjaya tapi rancangan Allah awak tidak pernah fikir?

Dia begini la… kalau kita buat sesuatu itu pasti ada baIasan. Allah sayang awak berdua sebab itu awak berdua masih hidup. Allah bagi peluang untuk h4mba-Nya bertaubat. Keseronokan yang awak berdua buat ini tidak lama pun sebab bukan dari hubungan yang halal dan awak berdua s4kiti hati orang lain. Ini bukan bahagia sebenar. Berhenti ya.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :