
Bekas suami ambik anak – anak aku dekat rumah mak aku pun, suami jeles. Suami mula psiko aku. Dia akan m4ki h1na aku dalam whatsapp. Tapi bila dia sampai rumah, dia akan layan aku baik – baik…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca… Aku kenalkan diri aku sebagai MJ berumur dalam 30an, anak dah 3 orang plus one dalam perut dan bekerja dalam sektor awam. Rasanya kalau tengok pada tajuk, korang mesti dah boleh teka kan masalah aku ni?
Yer. Aku tak bahagia dengan PERKAHWINAN kedua ni walaupun baru nak masuk setahun perkahwinan kami. Ceritanya begini… Aku pernah berkahwin sebelum ni. Dan perkahwinan pertama aku bertahan hampir 10 tahun. Dan perkahwinan pertama, aku dikurniakan 3 orang anak.
Yang sulong dah masuk 11 tahun dan bongsu berusia 6 tahun. Perkahwinan atas dasar suka sama suka dan merupakan cinta pertama aku. Tapi jodoh kami tak panjang kerana banyak faktor luaran yang mengganggu sehingga menggugat perkahwinan kami.
Selama hampir 4 tahun lebih aku bergelar single mom. Anak – anak di bawah jagaan aku. kecuali yang sulong bekas suami ambil kerana itu syaratnya jika tidak mahu kes berpanjangan. Tipulah jika aku kata aku tak terkesan dengan perceraian ini.
Hampir 4 tahun aku tewas dengan perasaan. Dan dalam masa 4 tahun tu bermacam cara dah kami berusaha untuk berbaik semula. Dalam erti kata lain rujuk semula. Tapi gagal kerana keegoaan masing – masing. Dan punca utamanya bekas suami tidak mahu berpindah mengikut aku ke kampung halaman.
Maka akhirnya kami membawa haluan sendiri. Tetapi kebajikan anak – anak tetap kami uruskan. Aku tidak menyekat hak dia untuk mengambil anak dan bermalam di rumahnya ketika cuti sekolah. Atau dia menghantar anak yang sulong kepada aku bila tiba giliran aku.
Dan hubungan antara kami masih berbaik atas dasar anak sehinggakan anak – anak tidak merasa sedikit pun kekurangan kasih sayang antara kami. Jadi selepas 4 tahun, bila kami tidak mampu memcapai kata sepakat untuk merujuk kembali, akhirnya aku belajar untuk terima orang lain. Aku gelarkan dia Encik Z.
Aku kenal dengan encik Z ni pun sebab incharge kat tempat keje kenalkan. Kononnya kesian melihat aku kesedihan dan struggle nak membesarkan anak – anak yang masih kecil. Sedikit latar belakang encik Z ni, beliau tidak lah berjawatan. Hanya kerja sebagai tukang kebun di tempat aku bekerja dahulu.
Dan gaji beliau sangat jauh bezanya dengan aku. Tapi itu bukan menjadi persoalannya. Kerana aku bukan jenis yang memandang harta. Dipendekkan cerita, aku diperkenalkan dengan encik Z. Itupun incharge yang bagi no hp aku pada dia. Jadi aku sekadar melayan atas dasar taknak hampakan harapan kawan.
Tapi sejujurnya hati aku belum bersedia untuk terima mana – mana lelaki masa itu. Jadi aku berterus – terang sahaja pada Z dan menolak dia secara baik. Tapi Z tak berputus asa, dia tetap memujuk aku dan berusaha untuk t4wan hati aku. Dan dia melamar aku untuk menjadi isterinya tapi aku tetap menolak ketika itu.
Sehinggalah aku dapat bertukar ke kampung, hubungan kami putus sampai di situ. Namun selepas beberapa bulan menghilang, suatu hari pada raya tahun lepas Z menghubungi aku semula dan bertanya jika aku sudah menikah. Aku jujur je bagitahu yang aku belum lagi bernikah. Jadi selepas dari itu dia terus mesej macam dulu.
Aku melihat kesungguhan dia untuk jadikan aku sebagai isteri. Berkali – kali Z menyatakan hasrat dan ajak berkahwin walaupun dulu aku pernah menolak. Dan akhirnya pada bulan Oktober 2024 aku terima dan kami sah menjadi suami isteri.
Itupun aku terima dia selepas aku bagitau dia mengenai hubungan anak – anak dan bekas suami masih baik. Tentang kekurangan aku, tentang pekerjaan aku yang tak mudah untuk bertukar. Jadi Z lah yang kene berpindah ke tempat aku dan mengenai komitmen aku yang banyak hutang sehingga gaji aku hanya tinggal cukup – cukup makan sahaja.
Z memahami dan berjanji untuk terima keadaan aku dan selepas kahwin dia betul – betul berpindah mengikut aku dan kami bahagia pada mulanya. Namun keadaan berubah apabila suatu hari bekas suami mengirim hadiah Hp untuk anak lelaki kami untuk memudahkan beliau berhubung dengan anak – anaknya tanpa perlu lagi melalui aku.
Dan jujur aku katakan selepas aku berkahwin, aku dan bekas suami memang tak pernah berwasap atau berhubung lagi hatta mengenai anak – anak. Tapi Z jadi cemburu dan menuduh bekas suami cuba untuk pik4t hati aku semula. Aku hanya mampu meminta maaf dan nasihat dekat anak supaya jangan meminta ayahnya untuk menghantar apa – apa hadiah ke rumah aku. Aku sangkakan isu tu selesai di situ.
Rupanya isu bekas suami datang ke rumah mak aku untuk mengambil anak – anak juga menjadi isu. Sedangkan rumah mak dan rumah aku hampir 3km jaraknya dan aku langsung tak pernah berjumpa bekas suami. Tetapi Z marah – marah dan cakap bekas suami saja nak datang amik anak padahal ada niat lain. Sumpah aku tak sangka begitu sekali pemikiran Z.
Sehinggalah kemuncaknya baru – baru ni Z mengungkit semuanya. Katanya aku masih ada hubungan sulit dengan bekas suami. Menuduh aku berhubung dengan bekas suami secara senyap dan mengatakan bahawa aku masih menyimpan perasaan terhadap bekas suami.
Lebih kecewa apabila Z menuduh mak dan ayah aku melebihkan bekas suami kerana bekas suami lebih kaya dan berjawatan berbanding dia. Aku sangat kecewa kerana sekarang aku sedang mengandung dan aku alami alahan yang teruk. Sehingga berat turun, berlaku pend4rahan, aku langsung tak boleh makan nasi. Hanya berg4ntung dengan roti atau biskut.
Tetapi Z mengatakan aku kurang melayaninya kerana masih ada perasaan dengan bekas suami. Sehingga Z mengugvt akan keluar rumah dan meminta anak dalam perut ni untuk dibawa balik ke kampungnya. Sekarang ni aku sangat tertekan kerana kecewa dengan tuduhan Z yang terus – terusan tanpa memikirkan aku yang sedang mengandung.
Katanya selepas anak ni lahir dia akan ambil bawak balik ke kampungnya. Dan aku keliru samada itu lafaz taklik atau tidak. Kerana aku katakan padanya itu dah macam taklik. Dan dia kata dia tak kisah daripada dia rasa seperti tak dihargai jika dalam hati aku ada orang lain.
Sehinggalah aku hilang sabar dan aku katakan bahawa aku tak kisah dengan semua ugvtan dia. Sekiranya Z nak bercerai aku setuju dan anak dalam kandungan ni mahkamah yang akan tentukan hak jagaan. Terus Z terdiam. Dan mula memujuk aku dan mengatakan bahawa dia hanya bergurau.
Dan sekarang dia mula psik0 aku, dalam wasap mengh1na aku tapi bila di rumah dia cuba nak buat baik. Tapi hati aku betul – betul dah rasa taw4r dan hilang perasaan terhadap Z. Rasanya samada berkahwin atau tak, takde perbezaaan bagi aku.
Malah m4kin rumit bila Z pernah mengungkit tentang gajinya yang sedikit sehingga dia menuduh aku mengh1na dia sedangkan demi Allah aku tak pernah mengh1na dia. Kerana itu aku berkahwin dengan dia. Kerana aku sudah sedia maklum tentang gajinya yang sedikit.
Dan aku langsung tak bebankan dia dengan segala hutang piutang aku. Semuanya aku bayar sendiri dan dia hanya perlu memberi nafkah sebulan RM300 sahaja mengikut kemampuannya. Tetapi aku dituduh dan difitnah sehingga sedemikian rupa.
Dan sekarang aku hanya cuba untuk teruskan hidup aku walau Z kerap meny4kitkan hati aku kemudian cuba berbaik semula. Aku dah hilang rasa hormat dan sayang pada dia. Dan aku buntu ape yang harus aku lakukan. Aku sangkakan perkahwinan kedua menbawa bahagia dan membalut kedukaan aku yang dulu selepas 4 tahun hidup sebagai single mom.
Rupanya perkahwinan kali ke 2 lagi teruk apabila terus – terusan aku dituduh mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Dan aku benar – benar kesal kerana mengakhiri zaman single mom ku dan Akhirnya kekecewaan lebih teruk dari perkahwinan pertama.
Maruah aku dipij4k – pij4k dan aku dituduh isteri yang tak setia. Maaflah kalau cerita ni agak serabut dan panjang. Kerana aku tak tahu bagaimana untuk bercerita. Harap pembaca semua boleh bagi kata semangat dan nasihat yang berguna untuk aku. – MJ (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Zanariah Mahayedin : Suami macam Z takkan berubah sikap dan per4ngai dia yang kuat cemburu. Ini kerana kekurangan yang ada pada dia tu. Inferiority complex. Dia akan banyak menuduh benda yang bukan – bukan. Bila dia akan berubah?
Bila si isteri lebih banyak kekurangan daripada dia sendiri. Sama ada isteri downgrade atau suami upgrade. Rasanya Z akan upgrade tak? Hanya takdir yang menentukan. Tapi high possibility kat sini isteri yang kena downgrade untuk mencapai keharmonian dalam rumahtangga. Tak mungkin isteri nak downgrade kan? So tak nampak jalan lain dah. Jalan yang menyiksakan tapi akan selesaikan semua masalah lepas ni.
WN Azlini : Jangan la anggap penceraian jalan terbaik tapi jalan terakhir selepas cuba dan cuba. Sis baru kahwin dan berilah peluang untuk Z. Laki yang jealous tanda dia betul – betul sayang. Kena pandai la jaga hati Z kalau dah tau dia macam tu.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.