10 tahun kahwin, satu hari ada orang datang jemput suami siap bergari. Macamana aku kena tipu selama 10tahun

Ya Allah Ya Allah Ya Allah! Selama aku kahwin 10 tahun aku ditipu hidup – hidup. Aku pergi tempat kerjanya jumpa dia punya pengurus bagitau nak minta salinan kedatangan kerja suami aku.

#Foto sekadar hiasan. Aku Suha berumur 36 tahun. Mempunyai anak yang handsome baru berusia 9 bulan. Aku sudah berkahwin selama 10 tahun. Lama juga kami tunggu nak dapatkan zuriat. Alhamdulilah genap 10 tahun Allah bagi rezeki anak.

Dan genap 10 tahunlah aku ditimpa masalah dengan suami aku. Masalah besar. Allahuakbar! Masa ini anak aku baru berusia 5 bulan. Aku terk3jut tiba ada serbuan dari Agensi Antid4dah Kebangsaan (AADK) datang ke rumah untuk tangkap suami aku.

Bila aku soal dengan pegawai yang buat serbuan, suami aku terlibat dengan d4dah. Luluh hati aku dengar. Allah Allah Allah. Pegawai siap tenangkan aku dan bagitahu kena bawa suami puan untuk ujian air k3ncing. Nanti puan tunggu panggiIan dari pihak kami untuk menjamin suami puan nanti. (Jamin tiada bayaran).

Bila aku tengok suami aku dibawa keluar rumah siap digari sambil aku dukung anak aku, aku tanya dengan suami aku apa yang dia sudah buat? Suami aku jawab tak tahu dengan nada yang str3ss. Aku macam tak percaya. Betul ke? Mengucap panjang dah.

Tak lama tu pihak sana telefon aku dan menyatakan suami puan positif d4dah. Suami puan pon mengaku dia ada mengambil 2 minggu lepas. Allahuakbar! Luluh jantung aku rasa macam nak pecah. Ya Allah terduduk masa ni. Tengok anak kenapalah daddy buat macam ni.

Malam tu aku pergi jamin suami aku. Pegawai tu bagitahu nanti puan kena hadir ada sesi perjumpaan dengan pegawai. Anak aku tinggal sekejap dengan mak aku. Sebenarnya panjang lagi aku nak cerita tapi ni aku pendekkan.

Bermulalah jumpa pegawai situ dan pegawai tu bagitahu suami puan sebenarnya dah 12 tahun men4gih d4dah. Suami puan pon mengaku sendiri. Ya Allah Ya Allah Ya Allah! Selama aku kahwin 10 tahun aku ditipu hidup – hidup. Rupanya dari zaman dia bujang lagi dia dah ambil.

Bila pegawai tu pecahkan rahsia pasal suami aku, aku terus teringat patut selamani suami aku panas baran dengan aku. Pernah naik tangan dengan aku. Tengking – tengking aku. Kalau marah habis dilempar dibaling apa – apa sampai kena aku.

Mujur takda pis4u ke gunting kat bilik aku. Kalau tak entahlah aku kat hospitaI mungkin. Bilik dah tak rupa bilik. Berselerak. Haritu sebelum suami aku kena tangkap dia baling kipas kecil baby terkena baby. Dia nak baling ke arah aku tapi terkena baby.

Allahuakbar! Kenapalah buat aku macam ni. Aku dah cuba dah jadi isteri yang terbaik untuk dia. Rumah aku dah sediakan. Dia masuk rumah aku tinggal cuci kaki je. Dia duduk rumah pon macam bos. Makan minum dia semua aku sediakan, aku masak, barang dapur pon dia takda beli sangat.

Tu pon guna mak aku punya barang dapur. Pakaian dia semua aku basuh melipat siap susun, kemas rumah sapu sawang lap habuk mop semua aku buat. Dia kat rumah pergi balik kerja, tengok handphone, main game, makan, tidur lepastu keluar pergi mancing.

Aku tak tau mana silap aku. Bila aku tanya dengan dia apa salah aku selama ini. Kenapa buat aku macam ni. Dia jawab takda pastu diam je. Sejak kejadian yang dia kena tangkap tu sampai sekarang dia macam panas je dengan aku.

Kalau nak bincang pape nanti auto macam nak marah, nak naik angin je dengan aku. Sampai aku tegur bila marah aku tu cakap elok – elok sikit sebab depan baby hormatlah baby sikit. Dia boleh baIas “Dengan kau ni tak boleh cakap baik – baik dah kena cakap kurang ajar.” Allah Allah Allah. Mengucap je aku masa ni.

Sepatutnya lepas kejadian dia kena tangkap tu, dia kena masukkan ke dalam Pusat Pemulihan tapi dia member0ntak dengan aku, dia tak bagi aku masukkan dia kat Pusat Pemulihan. Aku nak dia masuk Pusat Pemulihan tu biar jadi orang, solat tu cukupkan 5 waktu, kawal em0si bila marah.

Aku tetap setia tunggu dia keluar Pusat Pemulihan dengan harapan berubahlah. Lama tu 12 tahun dia jadi pen4gih. Bila dah jadi macam tu aku tukar plan, aku masukkanlah dalam Pengawasan. Jadi setiap bulan dia kena lapor diri.

Sebenarnya banyak je yang dia tipu aku selama aku kahwin tapi aku tetap bertahan. Lagi 1 yang dia tipu pasal kerja. Masa ni sebelum dia kena tangkap. Aku tergerak hati nak selidik suami aku ni pergi kerja ke tak. Aku pergi tempat kerjanya jumpa dia punya pengurus bagitau nak minta salinan kedatangan kerja suami aku.

Ternyata firasat aku selama ini betul. Suami aku banyak ponteng kerja padahal bagitahu aku dia kerja. Yang ada puunch card balik pukuI 8:30 malam tapi mesej aku pukuI 2 pagi baru balik. Suami kerja ada shift. Masa ni shift dia petang masuk pukuI 3 petang balik pukuI 2 pagi. Bila tanya pergi mana semua ni banyak ponteng kerja?

Jawapannya pergi melepak dengan kekawan, pergi mancing. Allahuakbar! M4ti – m4ti aku ingat dia datang kerja, cari rezeki rupanya banyak kelain. Aku tak taulah apa yang suami aku nak sebenarnya. Yang bagusnya dia takda perempuan lain cuma tulah banyak kona banyak penipuan.

Aku pon dah berterus terang dah dengan suami aku yang aku dah tawar hati, perasaan sayang dah takda, kepercayaan dah zero nak minta pisah cara baik tapi suami aku taknak. Fikir pasal anak. Nak dapat anak sorang pon kena tunggu 10 tahun.

Oklah aku cubalah bagi peluang ni yang kali terakhir. Dan aku pon buat perjanjian depan mak dan mak mertua aku kalau suami aku tak berubah masih sentuh lagi d4dah tu terus jatuh taIak 1. Bila aku bagitahu dengan suami aku yang aku ni dah tawar hati dengan dia semua tapi dia takda effort nak ambil hati aku m4kin buat aku s4kit hati. M4kin dengan eg0nya.

Aku nak tanya korang, patut ke aku teruskan dengan suami aku demi anak atau setakat ni saja? Aku perIukan sokongan bukan kecaman. Aku sangat – sangat tertekan sekarang ni. Aku pon tak kerja sekarang ni tapi sedang mencari kerja.

Aku risau bila betul pisah dengan suami aku, hak penjagaan anak jatuh dekat suami sebab suami aku masih bekerja sampai sekarang. Tapi aku takut kalau anak pada suami aku. Takut diapa – apakan dengan sikap suami aku yang panas baran dan pen4gih d4dah.

Kalau ada peguam kat sini boleh bagi pandangan tak macam mana. Terima kasih banyak baca luahan hati seorang mommy yang selalu terIuka dan dis4kiti. – Suha (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Zinnirah Bid4dari : Kak. akak takut anak jatuh penjagaan kat suami? Hakim mana yang akan bagi penjagaan kat suami kalo suami sebulan sekali kene lapor diri kat AADK. Tak fit pun untuk sara dan tanggung anak. Urmm apelah yang buat akak ni sampai kene tanya netizen.

Mak ade mak mertua ada. Tanya la. Bagitau nak berpisah cara baik. Tak mesti berpisah kene bermasam muka. Bincang dapatkan kata noktah. Takkan nak bermain dengan gelora hati je. Take action. Move on. Bai kak

Adzura Sharif : 12 tahunn men4gih.. selama kawin pun dah d0mestic abuuse. Cukup kuat dah reason minta cerai tu tapi nak lagi kuat, memang sis kena ada income sendiri la. Orang add1cted nih memang pakar bab pusing – pusing ayat so tak must4hil kalau sis boleh hilang hak jagaan anak tu pada dia hanya dengan modal dia ada kerja tetap. Plan elok – elok, sis.. rekod semua perkara untuk dibawa ke court nanti. Semoga dipermudahkan urusan

Hayati Abu Hassan : Baran sebab d4dah ni lain macam sis. Maaf cakap, sis mungkin fikir patut bertahan demi anak. Tapi sisi anak, betul ke kita nak besarkan anak dengan ayah pen4gih yang baran dan tak tunjuk kelakuan sebagai bapa?

Kalau betul sis nak tunggu dia, sis report semula pada AADK. Bagi bawa ke pusat pemulihan dan sis tunggu dia berubah. Kalau tak, saya tak fikir bersama sepanjang hayat dengan orang ket4gihan d4dah ni akan bawa bahagia.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.