Aku balik kerja memang goyang kaki je semua suami dah uruskan tapi dia pen0reh getah!

Aku kerja pegawai kerajaan gred 41. Kadang – kadang aku malu kepada staff – staff lain dan cemburu bila tengok mereka pakai baju cantik – cantik walaupun mereka tu hanyalah kerani gred 19. Aku alat solek pun beli dekat kedai ECO, 2 ringgit!

#Foto sekadar hiasan. Kisah 1 : Assalamualaikum Warga FB Confessions sekalian. Pertama sekali aku mengucapkan berbanyak – banyak terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan luahan hati aku ini. Nama aku Zainab, bukan nama sebenar.

Aku adalah seorang pegawai kerajaan gred 41 di mana gaji aku mencecah RM4000 sebulan dan telah pun berkahwin sebelum aku dapat kerja. Untuk makluman semua, suamiku hanyalah bekerja kampung sebagai pen0reh getah dengan anggaran pendapatan RM60 sehari.

Jika hari cuaca hujan, memang langsung tak masuk duit apatah lagi bila tiba musim tengkujuh. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Suamiku bekas pelajar madrasah pondok, tak belajar tinggi macam aku yang ada degree dari universiti tempatan.

Suami aku ni memang baik. Solat tak tinggal. Tak ade skandaI. Kawan – kawan perempuan pun tak ade. Tak pernah naik suara terhadap aku dan anak – anak, jauh sekali nak naik tangan. Dia selalu tolong aku uruskan rumahtangga.

Anak – anak dia yang mandikan, tolong hantar dan ambik dari taska. Kadang – kadang urusan dapur dia yang tolong selesaikan bermula dari urusan beli barang dapur sehinggalah ke memasak dan kemas dapur termasuklah mengemop sisa – sisa tumpahan makanan anak – anak aku.

Pendek kata, semua sempurna lah sebagai seorang suami. Kiranya aku balik rumah goyang kaki je sebab semua urusan rumahtangga dah selesaikan bila aku balik kerja. Cuma kadang – kadang aku rasa kecil hati. Sebab duit gaji aku habis di hari kedua selepas terima gaji.

Aku bayar loan perumahan, loan kereta, yuran taska anak 2 orang, beli stok pampers dan susu untuk sebulan, bayar loan PTPTN, bagi mak aku RM100 sehinggalah yang tersisa dalam akaun aku hanyalah RM50. Dalam masa 1 hari duit gaji aku habis untuk selesaikan benda tu semua sampaikan nak manjakan diri sendiri pun tak dapat.

Nak makan KFC dan MCD jauh sekali. Suami aku hanya keluarkan duit untuk beli barang dapur, minyak kereta dan bil elektrik. Nak beli baju baru jauh sekali. Pakaian dalam aku pun tak pernah dibeli dan tak pernah nak offer untuk beli.

Tiap kali raya aku yang support semua, dari baju raya hinggalah ke duit raya dan kuih raya. Aku pergi kerja hanya pakai baju yang sama hampir setiap minggu. Kadang – kadang aku malu kepada staff – staff lain dan cemburu bila tengok mereka pakai baju cantik – cantik walaupun mereka tu hanyalah kerani gred 19.

Alat solek aku pun aku beli di kedai Eco je (kedai RM2.10) sebab takde duit nak beli kat drvgstore. Aku cuba nak mintak semua tu dari suami tapi aku rasa serba salah sangat bila memikirkan yang dia hanya kerja sebagai pen0reh getah.

Dia pernah minta izin aku untuk buat kerja sampingan, nak cari duit lebih katanya. Tapi aku tak izinkan sebab nanti siapa yang nak uruskan anak – anak. Duit dari hasil men0reh getah itulah dia beli barang dapur dan isi minyak kereta serta bayar bil elektrik.

Duit beli baju anak – anak pun aku guna duit gaji sendiri yang berbekalkan baki RM50 sebulan. Dan aku ik4t perut setiap hari di tempat kerja. Aku hanya mengambil sarapan pagi sahaja sebab nak jimatkan wang sehinggakan aku terkena gastrik.

Aku str3ss. Kadang – kadang aku terfikir seolah – olah aku ni ketua keluarga yang terp4ksa menanggung semuanya. Wahai pembaca sekalian, adakah aku terlalu 0verthingking? Berd0sakah aku berfikiran begini? Derh4ka kah aku terhadap suami? Adakah aku isteri yang tidak bersyukur?

Tolong berikan aku kata – kata semangat. Aku cintakan suami aku sangat – sangat dan sayangkan perkahwinan ini. Sekian. Terima kasih. – Zainab (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Peah Peah : Adakah ini mengungkit, tak puas hati, tak bersyukur atau segala yg diatas. Bisikan sya1ton ni memang halus dan sangat berhemah. Tidak terburu – buru untuk merosakkan hubungan suami isteri.

Ada kerja, ada suami, ada anak – anak cuma kurang dari segi kewangan dan diberikan kesihatan yang baik. Kena belajar bersabar dan bersyukur supaya nanti Allah berikan ganjaran pahala dan rezeki lebih lagi. Peringatan untuk aku juga.

Fauziah Zainal : Puan masih dalam kategori yang bertuah sebenarnya. Sabarlah, tak lama lagi, bila anak – anak Puan dah besar, bolehlah suami Puan buat kerja lain, selain dari men0reh getah. Tiap – tiap tahun gaji Puan naik kan.

Mungkin 3-4-5 tahun ni je sukar sikit, lepas ni insyaAllah m4kin luas lah rezeki Puan sekeluarga. Reda je lah. Zaman sekarang nak jumpa lelaki baik bukannya senang. Ciri – ciri yang ada pada suami Puan tu pun sebenarnya dah 1000 rahmat dari Allah taala dah.

Eita Arif : Suami dah urus rumahtangga Zainab. Bersyukurlah disaat ramai meluahkan kat page ni, lelaki diorang tak pandai basuh b3rak anak pun. Tak pandai nak urus rumahtangga, hanya tahu main game, mengadap kawan – kawan,

lepak sampai pagi isteri entah ke mana.. Silap – silap jadi biawak hidup je. Hidup berumahtangga kena saling melengkapi antara pasangan.. Mohonlah keredhaan Allah, ingat yang tertulis dari Allah tu adalah yang terbaik buat kita.

Biskut Merry : Allah, beruntungnya awak dapat suami yang baik dan bertanggungjawab walaupun gajinya kecil.. Saya rasa suami dah faham keadaan kewangan tapi awak yang kurang yakin nak uruskan hal anak – anak seorang diri, bila suami nak buat kerja part time kan?

Hal macam ni mula – mula memang redha tapi percayalah lama – lama takut jadi b4rah dalam hati. Berbincanglah dengan pasangan tentang urusan kewangan. Sekurang – kurangnya hati tu tak membeku dalam diam.

Puan Zuera : Bersyukurlah puan, suami bukan biawak hidup, cuma dia tak mampu nak bagi lebih. Apa yang dia dapat, dia beli barang dapur dan bayar bil. Kalau dia mampu, mungkin dia nak tanggung semua.

Suami pun jaga anak dan buat kerja rumah. Kalau tengok orang lain, dah la dapat suami biawak hidup, kaki pukuI lagi. Jadi bersyukurlah. Suami nak buat kerja part time, puan yang tak bagi. Jadi nak macam mana lagi?

Saya rasa, kalau suami puan baca ni, mesti dia menangis sebab dia tak mampu nak bagi lebih pada puan..

Lyana Aziz : Suami puan pun pasti baju tak bertukar, makan bercatu sebab duit tak cukup. Sekurang – kurangnya dia bukan biawak. Per4ngai elok, agama elok, siap bantu buat kerja rumah dan urus anak – anak.

Cuba redha dan syukur setiap kali bangun tidur. Nanti Allah bagi rezeki lebih insyaAllah. Kalau nak kurangkan kos, boleh kurangkan dari segi pilihan tadika anak dan jenis kenderaan. Rasanya rumah tu, puan dah memang beli kan, jadi tak apa tahan sikit beberapa tahun. InsyaAllah dipermudahkan. Sentiasa lah bersangka baik. Syukur selalu.

Kisah 2 : Assalamu’alaikum. Moga admin dan pembaca sihat serta selamat hendaknya. Aku Bunga, bunga yang masih hidup tetapi menyedari wangi, seri, segarnya, sem4kin menghilang. Namun bila layu dan gugurku, hanya Allah yang tahu.

Kalau ikut ramalan hidup terkini, berpuluh tahun lagi Bunga Hidup ini akan bersama Biawak Hidup. Atau lebih tepat lagi bekas Biawak Hidup. Itu sahaja maklumat peribadi yang aku boleh hint. Memang seronok baca senarai Confessor baru ni yang membuktikan suaminya bukan Biawak Hidup (aku beri singkatanlah: BIDUP)

Tahniah, Alhamdulillah. Sejujurnya I am happy for her dan aku berharap lebih ramai pasangan yang begitu, walau gaji isteri lebih lumayan, suami tak jadi lemau dan ambik kesempatan. Aku tak semak kamus tapi jika BIDUP bermaksud suami tak menyara keluarga, tanggungjawab nafkah tak dilunas, maka sah suami aku pernah jadi BIDUP sebab beras pun tak dibeli selama berbeIas tahun lamanya.

Aku sebut benda paling asas, makanan ruji rakyat Malaysia. So kalau yang asas untuk hidup tak disediakan, maka pahamlah sendiri bab bumbung, pakaian, pelajaran, peralatan, kenderaan, semuanya sahih isteri yang sediakan. Kawan – kawan aku dan sed4ra yang mengetahui aku hidup dengan BIDUP begitu lama, memang hairan kenapa aku yang bijak atas kertas dan bijak bila bercakap, tang berlaki tak pula bijak.

Jadi berdasarkan pengalaman peribadi, aku nak kongsi kenapa aku manusia yang terus hidup dengan BIDUP. Aku dibesarkan dalam keluarga penuh konfIik, kurang kasih sayang, parents abvsive (seperti kisah wanita yang ok suaminya curang) dengan ps1choIogicaI issues dan adik beradik pakat bawak diri.

Jadi, kahwin dalam usia muda bermakna aku dapat lari daripada rumah ibu bapa lebih cepat. Jadi aku bersyukur suami meminang sedangkan dia pun struggIe, bukannya gaji besar (RM1100 sahaja) dan tanggungan pula besar (kepada keluarga di kampung).

Antara sebab dia memilih untuk beralih kerjaya adalah kerana rumah yang aku beli jauh untuk dia berulang. Ke pejabat aku 30km sehala tapi naik kereta. Untuk dia 130km pergi balik. Sampai dia kerap s4kit kerana naik motor tak Iindungi dia daripada hujan dan pencemaran.

Dalam erti kata lain, keputvsan keluar company tu adalah untuk kebaikan kami sekeluarga. Dia mencari tapak untuk memulakan sesuatu yang baru. Aku mula – mula tu isteri mithali yang jenis sanggup sehidup sem4ti. Tolong carikan kerja, tolong tulis resume, macam – macam lagi.

Tapi sampai satu tahap, fed-up bila suami bukan nak dengar nasihat isteri, lebih percaya orang lain selain bini jadi aku biarkan dia pandai – pandai sendiri cuba buat itu ini,. Aku kira ini fasa peng0rbanan. Jadi, kami teruskan kehidupan dan aku beranak lagi sorang, anak yang bongsu InshaaAllah.

Sikap tak bertanggungjawab menjadi – jadi. Dahlah duit tak beri, masa dan tenaga pun kedekut sekali. Per4ngai pun meny4kitkan hati. Aku m4kin hari m4kin tak boleh pergi. Macam – macam peristiwa rajuk, g4duh, lari, bincang dengan peguam, buat laporan, sesi KaunseIing, curah perasaan sana sini, bersilih ganti.

Siap buat surat sumpah lagi. Dengan saksi daripada kedua – dua beIah pihak. Ini fasa konfrontasi barangkali. Lepas tu aku naik pangkat, kena tukar, m4kin sibuk, m4kin ligat, m4kin tak harap pada laki. Dia pulak berkeras tak nak bercerai, sanggup bersama tak kisah macam mana sekalipun asal kekal laki bini.

Jadi dia setuju aku tak perlu peduli suami sebab aku kata dah tak cinta lagi. Hiduplah aku dengan fokus kepada anak – anak dan kerjaya. Ini fasa pasrah dan tak kuasa. Pejam celik 12 tahun dah rupanya tempoh suami menjadi BIDUP.

Aku tengok macam suami ada duit tapi tetap sesen pun tak nak beri. Aku rasa suami aku jaki dengan bini sendiri. Selagi aku bergaji, selagi tu dia pakai duitnya untuk perkara selain kami. Aku kata cukup toleransi! Aku doa banyak – banyak. Aku mohon petunjuk.

Dan korang nak tahu tak? Aku berhenti!! (ini pun seperti luahan seseorang baru – baru ini). Aku selesaikan hutang piutang dan lepaskan jawatan serta paycheck yang aku rasa diidam ramai warganegara tanpa sebarang kesal hingga hari ini.

Sekarang ni aku berada dalam fasa merawat hati sendiri dan redho hidupku begini, walau hati mer0nta nak bawak haluan sendiri, Allah takdirkan aku masih bergelar isteri. Alhamdulillah suami dah tak jadi BIDUP. Dia terp4ksa bagi sebab dia yang berkeras tak nak lepaskan kami dan aku dah tak ada pendapatan lagi.

Dari luar, rumahtangga kami nampak kukuh tapi sebenarnya masing – masing buat hal sendiri. Di saat ini selepas membaca macam – macam kisah, aku ambik nafas, pikir dengan tenang, aku tahu dalam banyak – banyak kekurangan suami, dia ada juga kebaikannya (contoh: dia minta maaf berkali – kali atas kekhilafan sebelum ini).

Aku juga tahu dalam banyak – banyak kelebihan aku, tetap ada kelemahannya (contoh: aku keras hati dan sarc4stic sekali). Aku juga akur Allah penentu j0doh walaupun selepas aku buat dan cakap macam – macam, perpisahan tetap tidak terjadi.

Jadi aku yakin dan pasti hikmah j0doh kami akan aku mengerti akhirnya. Dan mungkin juga ini tarbiyah KasihNya yang abadi. Akhir sekali, terima kasih Admin dan seluruh pembaca yang sudi beri laluan untukku kali ini. Memang menakjubkan bagaimana confession akhir – akhir ini benar – benar berupa kombinasi kisah hidupku, seolah – olah memanggilku untuk turut confess.

Semoga berbaloi apa yang aku lalui dan harapnya sifat Biawak Hidup itu takkan hidup kembali menghantuiku. Kepada Allah aku berserah. Alhamdulillah Ala Kulli Haal. – BUNGA (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Norsilawati Jaminam : Kisah hidup di sebalik tabir suami isteri tu hanya pasangan tu je yang tau apa yang berlaku. Macam mana wujudnya toleransi dalam diri pasangan yang terima apa je keburukan pasangan masing – masing.

Orang luar sekadar nampak apa yang ditunjukkan kecuali dia cerita hal luar dalam la. Tapi yang faham yang lalui je. Jadi kadang – kadang tak perlu terlalu menghukvm suami orang tu bidup ke isteri orang tu pemalas ke sebab kita tak duduk dalam kain diorang. Semoga puan bahagia sengan family kecil puan..

Hazirah Hj Hamzah : Pendapat saya, kita boleh ubah diri kita. Tapi kita tak mampu ubah pasangan kita. Kalau kita ubah dari bekerja kepada berhenti kerja, pasangan tu belum tentu mampu dan mahu berubah daripada bidup kepada berusaha bekerja demi keluarga. Mungkin pandangan orang tak sama. Cuma saya sanggup pilih kerjaya berbanding pilih biawak hidup yang tak mendatang untung malah menyusahkan.

Nurul Asyikin : Tudia BIDUP punya hal sanggup berhenti kerja. Takpa puan, asalkan hutang piutang tak ada, boleh aje duduk rumah goyang kaki. Laki beli beras masak, laki tak beli kasi hempuk masak bubuq paling cayaq biar reti bahasa sikit.

Lama – lama elok lah dia, m4kin baik dari peny4kit jaki tu kan. Semoga puan dikurniakan ketenangan. 12 tahun usia perkahwinan anak – anak pun kecik lagi tu. Agak nampak tak berubah elok si BIDUP tu, Puan kembalilah bekerjaya..

Nasuha Suherman : Tak setuju. Bina kerjaya, buat duit banyak – banyak, beIa anak sampai selesa hidup senang, kalau suami tak nak berubah, tuntut fasakh. Habis cerita. Kita boleh ubah hidup kita, tapi tak boleh nak ubah orang lain yang tak nak berubah. Tak apalah, nak komen banyak – banyak pun tak manis sebab saya bujang. Semoga dipermudahkan urusan Puan dan anak – anak dan diberkati Allah selalu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.