
Ayah kantoi bagi duit kat orang perempuan. Katanya perempuan tu hidup susah takde duit, ayah bagi duit. Dan ada nak duit sebab ada saud4ra nak operate takde duit, ayah bagi duit. Ayah kerja kampung je, gaji 1000
#Foto sekadar hiasan / AI. Ada ke yang alami macam ni? Saya F, awal 30-an. Saya nak meluah, salah ke apa yang saya rasa? Tolong doakan ayah saya berubah. Ayah saya, sejak saya dan adik lelaki habis belajar 10 tahun lepas, dia banyak lepas tanggungjawab.
Kalau beli pun barang dapur macam beras, minyak, telur (dari zaman kanak – kanak), yang lain mak saya beli. Dah la waktu belajar saya ik4t perut dengan adik sebab tak nak susahkan mak ayah. Saya nak cerita, salah ke saya sedih dengan ayah saya?
Adik – adik saya belajar, kami adik beradik yang bekerja akan tolong bagi duit belanja kat tiga orang adik yang masih belajar. Kalau bil tertunggak pun kami share duit untuk bayar. Benda tu kami buat dah 10 tahun. Tapi tulah, lepas beberapa tahun saya habis belajar, ayah kantoi bagi duit kat orang perempuan.
Lepas tu ayah bagi duit kat Baim Wong (tak tahu sc4mmer yang berlakon sebagai Baim ke tak), konon nak sedekah sebab orang tu buat program sedekah – sedekah. Ayah saya bukan kaya, orang kampung yang kerja kampung. Gaji pun tak tetap, bawah RM1,000. Kalau kerja ada duit, tak kerja takde duit.
Saya duduk jauh, jadi tak tahu sangat hal rumah… kalau teruk baru tahu. Yang saya tahu, saya bagi duit dekat adik – adik guna duit simpanan sebab saya suri rumah dan beli barang untuk adik dan mak ayah. Pasal saya tak kerja sebab urusan anak – anak A-Z saya urus sendiri, dari pergi pakar ke check-up, dan banyak appointment pakar. Suami fokus kerja dan susah dapat cuti.
Tengah tahun lepas saya dapat tahu ayah meminjam dengan orang kampung hampir RM7,000 sebab bagi orang sc4mmer Indo nak duit (dah bertahun). Ada yang cerita perempuan hidup susah takde duit, ayah bagi duit. Dan ada nak duit sebab ada saud4ra nak operate takde duit, ayah bagi duit… RM2,000.
Adik cerita sampai ayah nampak str3ss kalau tak dapat tolong orang tu. Nak kata kena ilmu, ustaz cakap ayah takde masalah pun. Bila kami dah tunjuk bukti yang dia kena sc4mmer, dia tak percaya. Dia siap gadaikan tanah usaha dia RM10,000 bagi orang.
Kami cadangkan dia jual tanah tu supaya hutang selesai. Kami dah takde duit nak hulur dekat dia. Dia dah la burukkan kami adik beradik. Cakap anak yang kerja tak nak tolong. Yang adik belajar tu, duit yang kerja dua orang tu pun gaji RM2K dan RM3K.
Sedangkan tiap bulan kami bagi kat tiga orang adik belajar sebab tak nak adik kena herdik dengan ayah sebab minta duit belajar walaupun RM100. Tu pun nasib baik ada pakcik yang bagi tahu adik saya yang belajar, betul ke ayah meminjam duit sebab nak bagi adik belajar dan kata yang adik – adik yang dah kerja tak tolong. Dan adik saya sampaikan dekat adik beradik yang lain.
Sebelum Raya, abang saya bagi RM1,000 minta ayah bayar hutang lepas tahu dia ada hutang dengan orang. Tapi dia tak buat, dia bagi sc4mmer duit tu. Abang saya dah tak percaya ayah saya. Paling saya sedih, beberapa kali kami bagi peluang, jangan bagi kat orang duit. Settlekan hutang sikit – sikit. Tu je kami minta.
Nak nampak effort je. Kalau ada usaha tak bagi duit kat sc4mmer dan cuba bayar hutang, adik – adik akan kumpul duit tolong bayar. Tiap kali kami bayar hutang dia, dia buat hutang baru, bagi dekat sc4mmer. Kalau dia bagi duit sikit dekat mak, maybe takde la terasa. Ni mak kerja ladang yang bagi ayah, tu pun sambil bebel la.
Saya kalau boleh tak nak suami saya tahu hal ayah saya. Ayah saya selalu minta duit kat suami saya. Saya dah pesan dekat suami, takde duit jangan bagi. Tapi ayah saya akan mem4ksa. Suami saya pun ada komitmen dia jadi saya tak nak p4ksa dia terlibat.
Suami saya sampai serba salah nak angkat call sebab tahu ayah saya nak pinjam duit yang entah bila nak bayar… sekali pinjam RM300. Sekarang saya malu dengan suami saya. Tadi ayah saya call minta duit, kata orang tuntut hutang. Suami saya pun tak cukup duit bulan ni.
Suami suruh guna duit anak dulu, sebab saya pujuk suami cakap ayah cakap nak bayar Raya Haji nanti. Kalau dia tak bayar, memang saya la ganti sikit – sikit. Saya sedih sangat sebab duit cucu dia pinjam dulu pun tak bayar. Dia bagi sc4mmer.
Tiap kali ayah call saya akan berdebar sebab saya tahu dia akan minta duit. Saya jadi takut sebab saya suri rumah, tak mampu bagi duit. Kalau tanya kenapa bagi adik yang lain belajar sebab kami semua adik beradik tak nak adik yang lain tak dapat sambung belajar sedangkan saya dan bawah saya dapat. Takut adik rasa tak adil. Dan adik – adik pun kerja part time, bukan berg4ntung 100% duit kami sangat.
Pasal keluar duit untuk adik-adik belajar, masing – masing tak kisah keluar duit. Tapi kami kisah kalau nak bagi ayah. Sebab boleh berbelas kali dia minta duit nak bayar hutang, sekali bagi sc4mmer. Adik – adik lima orang semua tak nak dah bagi duit.
Just bagi duit kalau bayar bil api air tertunggak berbulan – bulan je. Just bagi duit yang ayah saya tak jalankan tanggungjawab macam beli barang dapur. Salah ke kami buat macam tu? Tiap kali ayah minta duit, saya akan rasa bersalah giler – giler.
Saya dah hilang kepercayaan dekat dia sebab banyak kali dia tipu saya dan adik – adik… Lebih 10 tahun dia bagi duit kat orang. Sekali bagi RM200 – 300… sampai orang kampung tanya ayah saya bagi duit kat siapa. Ayah saya guna akaun kedai runcit transfer dekat orang tu. Ayah tak reti transfer duit.
Kalau betul duit kali ni yang dia minta tadi kantoi lagi ayah saya bagi orang, bukan bayar hutang… salah ke saya tak nak hulur tolong dia next time? Saya sendiri ada masalah sendiri. Saya kecewa, sepupu dan saud4ra saya susah, ayah tak nak tolong.
Kalau tolong, dia marah – marah dulu. Kadang – kadang marah tapi tak tolong pun. Orang yang dia kenal online, dia bagi tanpa banyak soal. Salah ke saya dan adik beradik rasa kecewa? Masing – masing cari duit sendiri dari zaman kanak – kanak sebab tahu ayah susah. Tapi ayah senang – senang berhutang bagi orang luar duit, dan hutang tu kami yang bayar.
Salah ke kami adik beradik terasa hati? Kami takde duit, minta RM100 untuk belajar kena herdik. Tapi orang luar dia bagi je… Siapa yang baca ni tolong doakan ayah saya stop berhutang dan bagi orang duit tu. Saya tak sanggup tengok adik saya jadi kurang ajar dengan ayah saya tiap kali kantoi dia bagi duit kat orang luar. Saya rindu bila saya balik kampung boleh makan sama – sama… borak – borak… gelak – gelak. Ayah saya tak habis dengan handphone. – Anak Kecewa (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Kakak Big : Kesiannya adik diletakkan dalam situasi tersebut oleh ayah sendiri. Adik kena pindah rumah dan tukar no hp, supaya suami dan adik tidak pening. Adik beradik dan ibu puan juga kena tukar no talipon supaya tidak mengganggu hidup masing – masing.
Jika ayah sibuk meminjam duit untuk sc4mmer tu dah jadi kes polis. Puan boleh buat laporan polis pasal sc4mmer tu. Saya rasa macam ayah puan sudah terkena ilmu hitam orang indonesia tu.. sepatutnya duit ayah hanya untuk menampung keperluan isteri dan anak – anaknya sahaja.
Duit lebih baru boleh disedekahkan kepada orang lain. Kes ayah puan adalah kes besar. Jika tidak ia akan membin4sakan sebuah keluarga.Puan, cuba baca banyak kali surah Ghafir, ayat 44 setiap hari. Ayat itu adalah ayat alQuran yang sangat bagus untuk seseorang yang mengalami ujian yang sukar, yang macam tiada jalan keluar.
Bila puan dah baca banyak kali, puan akan nampak masalah puan berkaitan ayah puan terselesai dengan sangat cantik melalui perancangan dari ALLAH. Hanya orang – orang yang disayangi oleh Allah sahaja yang menerima ujian yang sukar dan berat. Setiap ujian tersebut insyaallah ada jalan keluar dengan syarat puan kena percaya ALLAH itu wujud dan akan menolong h4mbanya yang sentiasa ingat kepada Allah di kala senang atau susah.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.