Buat kenduri tapi beza-bezakan tetamu. Tetamu VIP dapat goodiies besar, special. Mesti tetamu lain terasa dapat yang biasa2

Zaman sekarang dah berubah. Beg goodiies pun ada darjat. Geng marhaban goodiies lain, geng berpotensi salam kaut lebih RM50 lain, geng makcik bawang lain, keluarga lain, tetamu biasa lain. Aku terfikir juga. Apa perasaan orang yang dapat goodiies ‘biasa – biasa’ tu. Padahal goodiies besar special sorok bawah meja..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Nama aku Rokiah (bukan nama sebenar). Aku baru balik dari kenduri dan sedang belek – belek buah tangan yang aku baru dapat ni ha. Lepas tu terfikir nak menyumbang artikel di sini untuk kesed4ran masyarakat.

goodiies yang aku dapat kenduri kali ini adalah set sudu garfu. Dalam kotak dihias indah siap reben bagai. Bukan itu saja tau. Aku dapat surah yaasin, tasbih dan gula – gula 4 biji. Dalam banyak – banyak barang dalam beg tu, gula – gula jela yang aku ambik.

Yang lain tu aku letak tepi dulu sebab surah Yaasin dah penuh rak dalam rumah aku ni. Kenapa sebenarnya tuan rumah bagi goodiies? Penghargaan sudi datang ke majlis barangkali? Kalau dulu kenduri kawen je yang ada goodiies ni tapi sekarang tak kira kenduri dah ada goodiies.

Kadang – kadang tu jamuan akhir tahun pun ada beg goodiies. Belum lagi majlis hari jadi. Kalau dulu goodiies ni simple je telur rebus sebiji balut dengan pembalut kilat – kilat tu. Kalau kanak – kanak pulak dapat gula – gula dalam bungkusan.

Kalau AJK yang tolong di dapur tu dapat lebih la sikit telur. Boleh bawak balik masak kari tak pun anak – anak berebut sorang sebiji telur rebus. Lepas tu masing – masing tak mengaku kentut bau telur adik beradik. Rupanya bapak yang kentut. Nak marah bapak tak berani.

Kalau yang menepung tawar pengantin pulak dapat bunga telur. Telur rebus jugak tapi up sikit la sekali bunga. Mak balik susun elok – elok dalam pasu buat koleksi. Kalau tak dapat telur rebus pun dapat pulut manis atau wajik yang dibungkus dalam kertas berwarna. Manis betul masa tu.

Zaman sekarang dah berubah. Beg goodiies pun ada darjat. Geng marhaban goodiies lain, geng berpotensi salam kaut lebih RM50 lain, geng makcik bawang lain, keluarga lain, geng taman dan persatuan lain, kawan – kawan lain, tetamu biasa lain.

Kadang – kadang aku terfikir juga. Apa perasaan orang yang dapat goodiies ‘biasa – biasa’ tu bila tengok ada beg goodiies besar bawah meja sambutan tetamu. Yela tetamu kan selalu balik kenduri lenggang – lenggang jalannya.

Bila selisih dengan tetamu yang baru nak pegi kenduri tu, mesti nampak. Ada jugak jenis tetamu yang tak nak ambik beg goodiies ni kalau tengok isinya biasa – biasa. Berkali – kali la flower girl tu hulur tapi ditolak. Kalau aku sebagai tuan rumah, kecil hati lah jugak kan.

Kalau bukan standard pun ambil jelah dulu lepas tu sedekah pada yang nak. Ada pulak tetamu yang mintak lebih – lebih beg goodiies untuk anak dan suami kat rumah la, untuk jiran seblah yang demam la. Pada aku, goodiies ni sepatutnya satu keluarga satu dah cukup.

Takdela membebankan tuan rumah nak order sampai beribu goodiies. goodiies paling rare aku dapat sepanjang aku hidup ni ialah anak pokok orkid. Pasu kecik je. Comel dan bermanfaat jangka panjang. Sampai sekarang hidup.

Lepastu ada jugak la yang dalam kumpulan berguna bagi aku macam roti, mi kuning, fridge magnet, lilin wangi, rempah kari, calendar, kicap dan sos, sejadah travel, jam dinding, botol kaca Ikea, dan tipuware. Kumpulan goodiies yang aku rasa tak berapa nak berguna atau pun dah banyak sangat kat rumah biasalah macam,

Bunga telur, hiasan – hiasan kaca yang kadang – kadang tu aku tak tahu pun nak guna macamana, sudu garfu yang cucuk ayam sikit dah bengkok, tasbih dan surah yaasin (mak aku sampai sedekah kat masjid sebab dah banyak sangat).

Selain tu pernah dapat juga kipas kain yang sekali kipas je dah koyak, sabun ukiran tapi takde bau langsung, dan segala mak nenek junk food termasuk air mineral dan air kotak. Korang nak tahu, pernah jugak aku dapat goodiies mewah macam tudung dan pin tudung, set make up, dan coklat mahal.

Pada aku, tuan rumah tak perlu berhabis duit untuk goodiies yang mahal sampai penuh beg. Cukup satu item simple. Pada saud4ra mara yang nak sponsor pulak, tanya dulu goodiies tuan rumah tu macam mana. Ni sponsor popcorn 200 pax, padahal goodiies tetamu 1000 pax.

Tak ke pening tuan rumah nak mendarjatkan goodiies tersebut. Cara paling senang sponsor duit jela, jadi tuan rumah boleh manfaatkan ikut cara dia. Pada aku, goodiies ni hanya memeriahkan majlis. Kita dah jamu makan pun dah sangat okay.

Kenalan kita hanya datang untuk meraikan pengantin dan untuk bersilaturrahim (baca: selfie dengan membe pastu update dalam medsos). Kenduri ni tujuan asalnya nak memaklumkan kepada umum bahawa si polan telah selamat bernikah dengan si polan. Jangan nak sailang.

Tapi adat dan perasaan nak jadi yang paling terbaik mantap berkesan di dalam taman telah menjadikan kos majlis menjadi puluhan ribu. Siapa yang terbeban? Bakal pengantin lelaki lah. Hantaran puluh ribu dengan alasan si d4ra ada ijazah.

Ape kaitan taraf pendidikan dengan perkahwinan? Tak guna ada PHD sekali pun kalau tak pandai layan suami, biadap dengan mertua, masam muka dengan ipar. Kalau orang nak bercerita pasal goodiies kau tak gempak sekali pun dalam sehari dua je.

Tak berbaloi nak berhutang 10 tahun hanya kerana majlis sehari demi memuaskan makcik – makcik bawang rangers. Aku harap lepas post ni, ada orang yang nak buat goodiies rare macam tempoyak, cencaluk, budu, periuk, baldi, dan anak ayam. Hahahaha ok adios! – Rokiah Kriss (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Zulaiha Burhan : Saya setuju dengan tt, tapi adat melayu begitulah kita memuliakan tetamu kan. Tak nak balik melenggang, kena bagi sesuatu, saya suka terima goodiies makanan, barang – barang ni kalau yang selalu orang bagi tu takyah lah, tasbih berapaa banyak nak ada satu rumah kan.

Nak sedekah kat surau masjid pun diorang punya tasbih dan yassin pun nampak macam berhabuk dah tak ada yang nak sentuh. Benda makan okey, hiasan ni, nak buang sayang, nak simpan semak, last sekali ke tong jua.
Tapi tu lah, masalah paling besar saya kat sini, tak ada orang nak menjemput ke kenduri pun.

Fatin Nabila : Seronok tau bagi goodiies kat orang. Kahwin dulu bagi kismis, popcorn handmade, yasin, kuih bepang, chocolate beryls.. akikah anak – anak bagi telur, roti. Sekarang tengah fikir goodiies untuk birthday anak.

Bukannya apa.. seronok bagi kat orang.. mesti orang happy. Tapi tulah pandangan masing – masing kan. Yang penting makanan dan layanan tetamu tu kenalah. Tetamu pun insyaAllah akan doakan yang baik.

Norzihan Izhar : Saya suka goodiies kicap jalen. Telur rebus pun best sebab anak – anak suka telur rebus. Aritu kenduri beIah hasben, dapat telur rebus dia isi dalam bekas ayam kait. Comel sangat seni kait tangan tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.