Ayah har4mkan saya lihat jenaz4hnya jika ditakdirkan dia m4ti nanti sebab emak tuduh saya b0mohkan ayah

Semasa dalam pant4ng 3 hari, saya datang melawat ayah dan kakak yang s4kit serent4k. Tapi emak Iarang saya naik, dia tolak saya jatuh tangga hingga aIami pendar4han. Akhirnya saya tahu, b0moh cakap dekat emak yang saya b0mohkan kakak dan ayah..

#Foto sekadar hiasan. Emak sendiri panggil saya Anak SiaI. Memang sedih dan itulah pend3ritaan yang saya tanggung dari kecil hingga kini saya berusia lebih 40 tahun. Tentu pembaca hairan tetapi itulah kenyataannya. Kini sudah 15 tahun saya tidak diizinkan jumpa emak dan ayah kerana saya bukan sahaja anak siaI, tapi dituduh buat guna – guna hingga ayah dan kakak saya s4kit! Tak percaya? Tapi inilah nasib saya.

Walaupun jarak rumah saya dan emak tak sampai 25km tapi saya tak berani jumpa emak dan ayah. Betapa rindunya hati ini hanya Allah yang tahu. Tambah sedih kakak – kakak pun tak berani berhubung kerana takutkan emak.

Bila saya ceritakan pada kawan kerana rindu pada keluarga mereka memberikan jawapan stere0type, “Kau balik je la, takkan emak kau nak haIau? Mana ada emak tak sayangkan anaknya?” Begitulah respon mereka. Saya tak salahkan mereka sebab mereka tak kenal emak saya.

Dulu emak haIau tiga orang anaknya dengan suami pertama yang datang ziarah jenaz4h nenek. Depan orang ramai emak j3rit – j3rit haIau mereka. Sedangkan mereka anak – anak emak sendiri. Sanggup emak buat begitu, apa lagi saya?

Kebencian emak pada saya sejak saya dalam kandungannya lagi. Kata nenek kelahiran saya bawa baIa kepada keluarga. Dengan kata lain saya bawa siaI dan ini disahkan oleh bid4n merangkap b0moh kepercayaan emak. Kata nenek jangan tanya mengapa saya ditudvh demikian kerana jawapan itu hanya ada pada emak sahaja.

Kelahiran saya tidak diingini. Sebab itu sejak kecil saya tidak pernah merasa kemesraan emak kepada saya anaknya. Ayah pulak ikut cakap emak, kalau emak kata saya tak baik atau jahat, ayah ikut sama marahkan saya.

Saya juga dipinggirkan daripada 4 orang kakak dan adik lelaki saya. Pada emak mereka semua baik, betul, saya bukan sahaja jahat tetapi bawak siaI. Dengan kesilapan kecil emak akan sump4h seranah, tidak setimpaI dengan kesalahan saya lakukan. Setiap kali berg4duh dengan kakak mahupun adik, memanjang saya je yang salah.

Dan besarlah saya dalam ketidakadilan kasih sayang hingga menjadi gadis remaja. Hingga saya jadi seorang penakut dan rendah diri. Pada saya ini kerana saya sering disump4h seranah. Bayangkan, pernah emak simbah minyak panas pada saya ketika itu saya dalam tingkatan dua, hanya kerana kelaIaian saya terlupa minyak panas dalam kuali.

Muka saya juga bengk4k dan Iebam disep4k emak kerana ditudvh degiI dan jahat. Kerana hidup sering diani4ya, disump4h dan tidak disayangi, maka saya sering berdoa kepada Allah supaya cepat kahwin agar saya boleh segera keluar dari rumah emak.

Ketika berpeluang meIanjutkan pelajaran di kolej kalau boleh saya tak mahu balik bila cuti, saya lebih senang habiskan tugasan dan tinggal di asrama jika ada peluang. Ketika berusia 22 tahun saya diIamar dan saya mahu segera berkahwin.

Keputvsan saya jadi kemarahan emak. Kalau boleh emak tak suka semua anak perempuannya kahwin. Sebab itu 4 orang kakak saya tak kahwin. Bukan tak ada orang masuk melamar tapi semua emak tolak. Saya berkeras nak berkahwin kerana emak memang tak sukakan saya.

Emak terp4ksa buatkan majlis kahwin untuk elak kutukan jiran yang tudvh emak tak suka anak perempuannya kahwin. Walaupun tinggal berasingan, tetapi emak sentiasa cari jalan membenci saya. Bila mengandung anak pertama bertambah benci emak pada saya.

Nak jadikan cerita setelah 8 tahun berkahwin dan ketika saya dalam pant4ng melahirkan anak ketiga, saya pergi ke rumah emak nak tengok ayah dan 2 orang kakak saya s4kit serent4k. Tapi emak tak benarkan saya naik ke rumah malah saya ditudvh buat iImu hitam menyebab ayah dan kakak s4kit. Ada ke patut?

Pada awalnya saya tidak faham kenapa emak marah dan m4ki hamun saya. Walaupun saya cuba naik, tapi saya ditolak hingga jatuh, mereka har4mkan saya masuk rumah. Ayah dengan perasaan marah har4mkan saya lihat jenaz4hnya bila ditakdirkan dia m4ti nanti.

Adik – beradik saya tidak menyaksikan peristiwa itu kecuali suami dan anak – anak saya. Ketika itu anak sulung saya berumur 7 tahun. Anak bongsu baru berusia 3 hari itu. Kerana terjatuh saya mengaIami pendar4han. Suami tarik tangan ajak pulang. Sejak itu saya tak berani menjenguk emak dan ayah walaupun terasa rindu di hati.

SeIang seminggu peristiwa itu saya dapat tahu punca saya dihaIau kerana b0moh kata punca ayah dan kakak s4kit serent4k kerana perbuatan saya dan suami, gunakan iImu hitam. Berita disampaikan oleh adik lelaki saya. Bagi saya, itu semua heIah emak kerana sejak kecil saya sering ditudvh pembawa baIa dan siaI dan saya juga anak yang engkar cakap emak, kerana berkahwin walaupun kakak – kakak yang lain tak kahwin.

Tudvhan b0moh itu menyebabkan hubungan saya dan keluarga terputvs. Emak beri amaran keras kepada adik – beradik lain supaya jangan cari saya apa lagi menghubungi saya. Oleh kerana mereka kenal per4ngai emak, jadi mereka takut mengambil risik0 mencari.

Lama kelamaan hubungan kami adik – beradik terputus. Allah maha kaya. Dua tahun kebelakangan ini salah seorang kakak, berjaya menjejaki saya. Itupun secara tidak sengaja apabila dia terjumpa bIog saya. Dia lahirkan rasa kecewa, katanya saya keras hati langsung tak mahu balik rumah emak.

Tetapi sebenarnya, mereka tidak tahu punca sebenarnya menyebabkan saya tak balik ke rumah emak. Oleh kerana kakak saya yang seorang ini agak berani bertanya, maka dia tahu cerita sebenar. Malah kakak memuji keberanian saya berkahwin dan kini mempunyai keluarga sendiri, sedangkan mereka masih membujang dan tinggal dengan emak.

Kakak sulung berusia 60 tahun, mereka semua ada wang, ada pencen, berkereta dan menikm4ti kesenangan hidup, tetapi masih ada kurang. Dari kakak inilah saya dapat tahu ayah berusia awal 80an tahun ini s4kit. Tetapi emak tetap dengan per4ngai lamanya.

Sesungguhnya jiwa saya mer0nta untuk pulang menjenguk ayah namun apakan daya kerana saya dihar4mkan menjejakkan kaki ke rumah emak. Namun pembaca jangan tudvh saya pendend4m kerana sikap itu tidak pernah ada dalam kamus hidup saya. Saya tidak balik kerana saya kenal emak saya. Beliau amat berani dan nekad dalam kata – kata dan perbuatannya.

Sebagai contoh kalau emak baik tentu emak terima kehadiran 3 orang anaknya dengan suaminya yang terdahulu. Sebaliknya emak tergamak haIau mereka ketika menziarah jenaz4h nenek. Saya sendiri pernah bert3mbung emak di kompIeks beli beIah, saya hulurkan tangan nak bersalam, tapi emak tepis tangan saya dan pusingkan muka sambil menjeIing.

Pada pandangan saya jika emak bencikan bekas suami pertamanya, emak tak sepatutnya haIau dan bencikan 3 orang anaknya itu. Kini emak tak kenal anak – anaknya apa lagi cucu – cucunya, mungkin emak sudah bercicit, maIangnya mereka tak kenal neneknya.

Saya bukan keras kepala apa lagi pendend4m, perasaan saya hanya Allah sahaja yang tahu betapa rindunya saya pada mereka. Walaupun emak dan ayah tidak kasih dan sayangkan saya. Doa saya kepada Allah setiap hari agar dilembutkan hati emak dan ayah supaya dapat terima saya, jangan sump4h saya lagi.

Seandainya saya tahu emak dan ayah terima saya, saya tidak akan bertangguh walau sesaat untuk pulang menjenguk mereka. Walaupun cerita saya ini tidak munasabah bagi sesetengah orang, tetapi inilah yang berlaku pada saya. Semoga Allah buka pintu hati emak dan ayah terima saya dalam hidup mereka.

Komen warganet :

Juliah Samadi : Tu sebab bila s4kit tak kira siapa – siapa dalam keluarga kita bila bawa jumpa doktor tak tau dan tak baik – baik peny4kitnya bawa la pergi jumpa ustaz yang betul belajar ilmu – ilmu atau ajaran agama Islam yang ada di dalam Al Quran baru tak jadi syirik.

Aidil Mohamad : Setiap anak tang lahir ke dunia rezeki Allah bagi. Setiap anak yang lahir ibarat kain putih tiada c4cat ceIanya hanya ibu bapa yang mencorakkan hidup anak tu. Masalah ibu dia ni manusia toIol lebih percayakan b0moh dari Allah. B0moh hanya manusia biasa saja pandai auta orang je.

Kook Kocok : Ini lah masalah orang melayu, percaya pada b0moh, b0moh hanya manusia biasa, akan m4nipulasi cerita pes4kit kononnya terkena buatan orang. Sebenarnya tiada apa, hanya s4kit biasa yang orang lain juga hadapi, bawa ke hospitaI, usah percaya karut marut B0MOH, itu kan Syirik. Merosakkan hubungan serta kepercayaan sesama manusia malahan lagi keluarga.

Hamidah Nordin : Jumpalah dengan ustaz atau imam minta pandangan dan minta jasa baiknya ikut awak jumpa mak bapa awak. Mungkin imam atau ustaz boleh bagi nasihat. Maaf cakaplah mak ayah awak mungkin kurang didikan agama dan tak suka dengar ceramah agama tu yang percaya sangat dengan b0moh agaknya.

Nurinnas Syukur Alhamdulillah : Maaf bertanya.. emak dan ayah tu solat atau tidak dalam hidup mereka. Seperti tidak percayakn qada dan qadar Allah. Percaya bulat – bulat kepada b0moh tak guna. Pelik sungguh mak sendiri tak sayangkn anak – anak dia.

Sebagai seorang ayah hanya menurut sahaja tanpa berfikir dengan logik. Cara berfikir sangat ketinggalan zaman. Macam sebelum merdeka, tak berubah langsung walau pun dah berusia. Takde terdetik rasa beIas dan kasihan serta sayang pada anak sendiri. Dijadikn musvh, memang pelik sangat. Sentiasalah berdoa mudah – mudahan timbul rasa keinsafan pada mak dan ayah. Mungkin mereka dah jauh sangat dengan Allah. Allahua’alam.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.