11 hari k0ma, kakak tiri tua ni lah yg jaga, siap bayarkan private nurse utk cuci ber4k. Bila dah sihat terus dih1na

Nak berjalan dalam rumah pus4ka itu pun aku terjengket – jengket tengok kiri kanan takut terIanggar alas kusyen nanti kusut kena tegur pulak. Takut tertarik langsir ropol – ropol nanti senget kena sound jugak. Pagi raya dah kena perli depan suami dan anak – anak. Terasa maru4h dipijak – pijak..

#Foto sekadar hiasan. Salam Aidil Fitri kepada semua pembaca. Semoga luahan aku menjadi iktibar kepada mereka di luar sana yang punyai adik beradik sama ada seibu sebapa mahupun lain ibu atau lain bapa. Aku ada 4 orang adik yang sama ibu.

Kami membesar bersama sementelah ayah aku meninggaI sewaktu aku kecil dan ibu berkahwin dengan ayah tiri (dan dapatlah 4 orang adik – adik aku). Aku sayang mereka demi Allah dan telah banyak berk0rban untuk mereka mengikut kemampuan aku.

Ibu dan ayah tiri telah meninggaI dunia tetapi kami cuba untuk berkumpul bersama sewaktu cuti perayaan khasnya hari raya. Selalunya aku ambik tugas memasak dan adik perempuan bawah aku, Timah pakar mengemas rumah akan jadi mandur mengerah yang lain – lain untuk tolong kemas rumah (ganti langsir, cadar, sarung bantal, tukar sarung kusyen, lap segala tok-nenek barang – barang hiasan peninggalan orang tua kami dan lain – lain).

Sejak dua menjak ini, per4ngai bossy si Timah sem4kin menjadi – jadi. Dulu – dulu aku ada saja terasa hati dengan cara dia menegur kalau kami ni tidak ikut cara dia atau salah faham arahan dia, tapi aku tepis buang demi nak jaga hati semua orang.

Namun setiap tahun umur aku m4kin bertambah. Hati aku sem4kin tipis umpama tisu dan mudah k0yak bila kena perli, kena sindir, apatah lagi si Timah bercakap dalam nada “gurau” kononnya sehingga anak – anak aku pun boleh gelak ketawa tanpa menyedari ibu mereka sudah menitik airmata kerana terasa hati.

Raya baru ini, 5 hari di kampung hati aku memang tersangat – sangat Iuka dek perkataan yang keluar dari mulut Timah. Aku guna piring untuk lapik senduk sewaktu masak kuah kacang di dapur pun kena tegur sebab aku pakai piring “cantik”.

Aku patutnya cari piring buruk saja. Semua orang panik sebab tiba – tiba raya hari Isnin kan? Memang kelam kabut nak siapkan segala macam juadah raya. Bukannya nak berterima kasih aku ni tolong dia siapkan makanan raya.

Aku memang awal – awal cakap biarlah dia yang masak sebab aku dah tahu kalau aku masak nanti ada sahaja yang tak kena. Dia nak control semua silakan. Tapi dah tiba – tiba esok raya, ayam untuk rendang pun masih di kedai.

Makanya semua orang berganding bahu nak siapkan semuanya. Itupun kelongsong ketupat aku dah anyam awal – awal dari KL. Tinggal dia isi beras dan rebus saja. Bila selesai kuah kacang aku, aku jalan balik ke homestay.

Dah diperlinya pula aku “mengelat dari buat kerja” depan – depan anak – anak aku yang mereka pun gelak – gelakkan ibu mereka sendiri. Aku memang sengaja duduk homestay kali ini sebab dah banyak kali kena perli kalau duduk rumah pus4ka tu; aku tolong susun kuih pun salah.

Silap besar kalau mangkuk kuih raya tak letak dulu kertas doily paper tu. Cara susun bantal dalam bilik lepas bangun tidur pun kena tegur walaupun tetamu yang datang bukan masuk ke bilik pun. Semua kena ikut cara dia.

Mana nak letak mangkuk kuih pun kena dapat approval bos besar si Timah. Nak pakai set pinggan apa, warna apa, gelas minum yang mana, semua kena dapat approval dia dulu. Aku sebagai kakak sulung sudah tidak ada apa – apa fungsi di rumah itu.

Lebih baik aku duduk homestay, telinga tak berdesing, hati tak panas. Dah dik4tanya pulak kita lari nak elak dari kena buat kerja di rumah pus4ka itu. Pagi – pagi raya pun kena tegur lagi hanya kerana lauk – pauk yang siap dibungkus untuk hantar ke rumah saud4ra mara diletak di luar rumah.

Memang plan nak hantar cepat – cepat tapi biasalah drebar asyik sembang sambil makan kuih raya. Tak salah nak tegur tapi cakaplah dengan nada yang berhemah. Memang silap aku terlupa nak masuk dulu bungkusan makanan dalam peti ais.

Kena sedas amarah dia depan anak – anaknya tanpa memikirkan perasaan dan maru4h aku sebagai kakak sulung. Seolah – olah aku ni babu dia yang boleh diherdik sesuka hati dia. Oh by the way, kuah kacang aku pun akhirnya dia modify sebab rasa tak ikut standard piawaian dia.

Rupa tak cukup merahlah, tak naik minyaklah. Cakap pula depan – cakap suami dan anak – anak aku. Terasa maru4h aku dipijak – pijak dan ditong sampahkan. Sia – sia saja aku tolong masak. Dah tentu penat berdiri berejam mengacau kacang tumbvk nak bagi empuk depan dapur gas yang bahang panas.

Kalau memang nak ikut tekak dia, kenapa tak awal – awal cakap biar dia masak semua juadah sendiri kan? Itupun aku suruh dia rasa dulu sebelum aku tutup api gas. Dia jugak yang cakap dah okay. Eh! Tiba esok pagi cakap lain pula.

Kuah kacang aku tiba – tiba jadi tak sedap! Punyalah aku bimbang menaikkan kemarahan dia, nak berjalan dalam rumah pus4ka itu pun aku terjengket – jengket tengok kiri kanan takut terIanggar alas kusyen nanti kusut kena tegur pulak.

Takut tertarik langsir ropol – ropol nanti senget kena sound jugak. Nak ambik makanan pun teragak – agak nak guna pinggan ke mangkuk ke sebab dah pernah kena herdik sebelum ini. Nak defrost makanan beku dalam microwave pun kena tegur sebab salah guna bekas.

Pendekata, semua yang aku buat sentiasa salah di mata Timah. Adik lelaki bongsu pun sangat kurang ajar. Panas baran tak bertempat. Tak sedar sewaktu dia eksiden motor 6 tahun dulu sampai k0ma 11 hari kakak tua ni lah yang jaga di hospitaI.

10 bulan lepas tu pun kakak tua ni lah yang bawak dia ke appointment hospitaI setiap bulan angkut bakul susu sebab dia cuma minum susu diab3tik ikut tiub masuk terus ke hidung. 2 lagi kakak betul dia termasuk si Timah tu sibuk bekerja takde masa nak layan.

Kakak tiri tua ni lah jugak yang bayar gaji private nurse lelaki untuk mandikan dan cuci ber4k sewaktu dia baru bangun dari k0ma. Tapi bila kita tanya kenapa tak periksa dulu kemudahan yang ada di homestay (sebab kipas meja tak berfungsi. Aircond pula tak sejuk) dia terus melenting sambil jerit “Ah! Banyak cekadaklah kau ni. Macam ni balik tidur hotel lah. Tak payah balik pun aku tak kisah!”

Begitu sekali pengh1naan seorang adik kepada kakak tuanya. Aku duduk homestay sebab anak – anak dah dewasa. Dah tak boleh tidur lambak bercampur gaul lelaki perempuan. Aku pun baru dapat menantu perempuan.

Tentu tak selesa kalau dia pun dip4ksa tidur lambak sebab rumah pus4ka tak cukup bilik untuk semua orang. Salahkah tindakan aku untuk aku sekeluarga duduk homestay yang cuma selang sebuah rumah dari rumah pus4ka orang tuaku?

Serba tak kena aku sepanjang 5 hari di kampung. Kita beraya nak happy dan bersukaria sementelah dah 2 tahun tak boleh jumpa saud4ra mara di kampung. Tapi aku berendam airmata dek hati tisu yang koyak rabak dengan kata nista yang lebih t4jam dari pis4u yang mengh1ris jiwa ragaku.

Suami aku pun sedar aku berkecil hati sebab memang tak boleh nak sorok rasa sedih aku. Berhamburan airmata sewaktu dalam kereta nak pergi beraya. Aku tekad mulai tahun hadapan, aku akan beraya di rumah sendiri.

Mungkin aku dapat cucu tahun hadapan, maka biarlah anak menantu merasa “balik kampung” ke rumah aku pula dan kami beraya lah anak beranak di samping jiran tetangga yang jauh lebih tahu menghargai kebaikan orang lain terhadap mereka.

Kepada pembaca semua, jadikan kisah aku sebagai pengajaran. Kehidupan serba material tidak bermakna sekiranya kita sanggup berg4duh dan s4kitkan hati sesama adik beradik hanya disebabkan perkara remeh temeh. Silaturrahim itu lebih penting.

Apa guna rumah cantik berhias dan juadah terhidang penuh meja tetapi tiada ahli keluarga yang balik beraya bersama kerana mereka berkecil hati / takut jadi penyebab kemarahan??? Do not focus on superficial things.

Sem4kin berumur, aku sudah tidak peduli perkara remeh temeh. Nak hidang kuih raya terus dari balang plastik pun bukanlah suatu kesalahan yang perlu masuk penjara. Tetamu datang nak makan kuih raya, bukan nak tengok mangkuk kuih kita plastik ke, kaca biasa ke atau kaca swavroski ke.

Masuk kubvr nanti pun semua pakai kain kafan yang sama. Tiada yang pakai sutera China atau Itali! Kalau kira taraf hidup, kehidupan aku jauh lebih mewah dari si Timah. Tapi aku memilih untuk bersederhana. Mana – mana yang kurang tutup sebeIah mata.

Nak jadi perfectionist sangat sampai hidup dalam str3ss tak tentu pasal, buat apa? Mulai hari ini aku perlu sentiasa ingatkan diri yang aku ini hanyalah kakak TIRI. Pandangan aku dan cara aku sudah outdated. Sudah tidak ada standard di mata mereka. Maka, kena sedar diri dan tahu bila patut undur diri. Assalamualaikum! – Nora (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.