Saya sabar bila isteri kena buIi dgn keluarga mertua. Sehinggalah ibu mertua ‘fitnah’ kami depan mata

Sedih bila dengar jawapan mertua, seolah kami tak ambil tahu dan tak kisah langsung, padahal kami sangatlah risau. Saya hilang sabar dengan jawapan dan alasan yang tak munasabah. Hari itu juga, saya terus keluar bawa isteri saya balik, sebelum saya mula hilang kew4rasan.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, mohon hide profile saya ya. Maaf jika kisah saya panjang. Tetapi perlu saya luahkan untuk dapat pendapat dari warga FB. Saya dengan isteri dah berkahwin sejak dua tahun lepas.

Isteri saya ada abang yang dah berkahwin dan adik yang masih belajar. Sebelum kami berkahwin, untuk beberapa tahun, isteri saya yang tanggung family, tinggal bersama ibu ayah dan adik. Ibu dan ayah tiada pendapatan dan hanya berg4ntung sepenuhnya dengan isteri saya.

Abangnya telah berkahwin dan tinggal berasingan. Apa yang saya perasan, isteri saya seorang sahaja yang berhabis dari segi kewangan untuk tanggung keluarga beliau. Pada awal perkahwinan, saya buat keputvsan untuk tinggal bersama di rumah kami kerana keadaan ayah mertua saya uzur.

Namun lama kelamaan, saya mula rasa tidak selesa. Kerana ibu mertua saya seolah – olah mengawal pergerakan saya dan isteri. Kami berdua bekerja isnin hingga jumaat, so sabtu atau ahad hanya waktu yang tinggal untuk kami berdua meluangkan masa bersama.

Sampaikan ibu mertua saya tetapkan hari sabtu dan ahad kami perlu stay di rumah untuk giliran memasak. Saya pernah tanya isteri saya, kenapa abang beliau tidak bantu untuk tanggung family. Yang saya diberitahu tahu, abangnya hanya beri 100 sebulan kepada ibu mertua.

Selebihnya ditanggung oleh isteri saya. Total yang dibelanjakan kadangkala mencecah 1.5k sebulan. Selepas berkahwin, kurang sedikit beban sebab saya dapat bantu. Selepas beberapa bulan berkahwin, saya ada bersuara kepada abang ipar dan ibu mertua, berkenaan kewangan keluarga terutamanya isteri saya.

Kerana saya kasihan melihat isteri saya tidak dapat berbelanja langsung untuk diri sendiri setelah penat bekerja. Segala nafkah telah saya tunaikan, tapi saya tetap kasihan melihat isteri saya terus menerus menanggung family walaupun sudah berkahwin.

Saya ada beri cadangan kepada abang ipar untuk bergilir – gilir menjaga ayah dan ibu mertua, kerana sepatutnya ayah dan ibu mertua adalah tanggungjawab abang ipar saya. Saya dan isteri pula masih jaga mereka atas dasar ihsan.

Awalnya ikhlas, tetapi lama kelamaan kami berdua sangat tak selesa sebab tiada privasi sejak berkahwin, dan juga saya tidak setuju melihat isteri saya berhabis setiap bukan berk0rban wang ringgit untuk family beliau, bukan untuk diri sendiri.

Kalau dihargai, saya tak kisah, tetapi isteri saya tak dihargai langsung. Yang diraikan, hanyalah abang ipar saya setiap kali beliau datang melawat. Segala masakan kegemaran akan disediakan oleh ibu mertua saya untuk abang ipar.

Semua kos ditanggung isteri saya. Sepanjang saya bersama mereka, tak pernah saya dengar ibu mertua saya tanya isteri saya nak makan apa – apa ke, or masakkan apa – apa yang special. Sedih dan kesian. Sebab macam tak dihargai, macam diambil kesempatan.

Setelah saya bersuara, abang ipar saya diam dan buat tak tahu, pernah saya dengar dia bersuara kepada isteri saya, “dulu kata boleh jaga”. Manakala ibu mertua saya, mula tarik muka dengan saya bila saya seolah – olah mempertikaikan tentang anak sulungnya.

Setelah beberapa bulan kami tinggal bersama, saya buat keputvsan untuk bawa isteri keluar tinggal berasingan kerana ibu ayah mertua dan adik ipar seolah – olah tak kisah tentang issue privasi yang kami pernah bangkitkan.

Tetapi mendapat tentangan dari ibu mertua, katanya siapa nak jaga mereka, apa mereka nak makan nanti. Telah saya beritahu, kami akan bantu sedikit sebanyak, tapi beliau tetap bagi alasan sedih – sedih. Pada ketika ini, abang ipar saya masih berdiam diri dan tak pernah muncul.

Mereka ada mengatakan bahawa mereka kecewa dengan abang ipar kerana tak mahu bertanggungjawab, tetapi bila saya bersuara bab tanggungjawab, ibu mertua tarik muka dengan saya. Akhirnya, mereka buat keputvsan untuk balik ke rumah lama mereka.

Pada waktu tu, ibu mertua saya beritahu yang kawan beliau nasihat supaya beri privacy, so beliau nak beri privacy. Saya sebak, bersyukur, happy dan juga kasihan. Namun saya perlu beri ruang kepada saya dan isteri untuk belajar berdikari di alam perkahwinan.

Jadi, saya dan isteri terus bantu mereka dalam proses mereka pindah, tanggung kos untuk pindah barang dan cuci rumah lama mereka. Pada waktu ini abang ipar masih hilang dan diam, mungkin di alam sebalik mata. Namun saya tetap ikhlas bantu mereka pindah, tanpa mengira penat lelah tenaga dan wang ringgit, asalkan saya dan isteri dapat tinggal bersama berdua.

Pada hari mereka dah pindah, setelah saya dan isteri pulang, dapat tahu tiba – tiba abang ipar muncul melawat ibu dan ayah mertua, santai seolah – olah tiada apa yang berlaku. Setelah mereka pindah, saya dan isteri kerap ke rumah mereka untuk ziarah dan ambil tahu keadaan mereka, tapi setiap kali kami datang, ibu mertua saya tarik muka, berdiam diri, cuba untuk av0id dari bersembang.

Kalau bersembang pun, topik yang beliau akan ulang cakap mereka tiada orang yang nak tanggung, padahal kami masih bantu mereka. Kami dapat tahu beliau canang kepada sanak saud4ra tentang mereka yang pindah, tiada orang tanggung.

Ada satu hari, kami datang dari pagi, beliau tak layan kami untuk beberapa jam, tiba – tiba anak sulung a.k.a abang ipar datang, terus beliau berubah menjadi riang gembira dan mula menghidangkan masakan – masakan kegemaran anak sulung.

Saya dan isteri datang tak mengharapkan dijamu makanan, tapi tak pernah ibu mertua saya layan kami seperti beliau layan anak sulung yang beliau sendiri canang tak bertanggungjawab. Kadang – kadang saya tak faham, apa sebenarnya yang beliau nak.

Walaupun setiap kali kami datang seperti tak disukai, kami tetap datang, saya tetap ikhlas datang untuk ziarah. Sebab nak sembang dengan ayah mertua, beliau uzur dan perIukan orang untuk bersembang. Nak sembang dengan ibu mertua, jauh sekali lah, kena ignore.

Beberapa bulan berlalu, saya perasan yang ibu mertua saya sebenarnya block saya di Whatsapp. Saya diamkan dahulu sebab malas nak besarkan issue, kami terus pergi ziarah macam selalu walaupun orang tak suka, pergi atas dasar tanggungjawab anak ziarah ibu bapa.

Isteri saya pernah tanya ibunya, kenapa block saya, tak dijawab. Walaupun di block, tetap saya bantu mereka, drive mereka ke sana sini, pergi v4ksin, pergi bawa kucing ke vet, bawa mereka ke family day, bawa pergi kenduri, sedikit pun saya tak rasa terbeban, saya happy dapat bantu mereka.

Sebab saya tahu mereka tak ada orang bantu, dengan anak sulung mereka tak harapkan langsung walaupun diraikan selalu. Menantu yang diblock yang diignore ini lah yang bantu. Its okay, saya ikhlas. Walaupun mereka tak minta tolong secara direct dengan saya.

Semuanya mereka minta isteri saya bantu, tapi isteri saya sibuk dengan kerja, so saya yang bantu. Namun kesabaran manusia ada batasnya, peristiwa yang terkahir ni adalah kemuncak kesabaran saya dan isteri. Ayah mertua jatuh s4kit, mereka langsung tak inform kami walaupun kami tinggal paling dekat.

Padahal berulang kali saya beritahu, jika ada apa – apa, terus call or mesej saya. Mereka pergi sendiri dengan grab dan call saud4ra mara untuk beritahu ayah mertua saya s4kit dan mereka pergi naik grab. Kami dapat tahu pun dari adik ipar yang hanya hantar sekeping gambar tisu berd4rah tanpa sebarang text.

Itu pun setelah kami tanya berkenaan gambar. Susah sangat kah untuk tulis yang ayah s4kit or perIukan bantuan. Tak faham betul. Tapi kami tetap okay, husnuzon dan terus inform ayah mertua hari – hari, jika dah discharge, inform supaya kami dapat ambil, tak perlu naik grab.

Ada satu hari kami call, tanya keadaan beliau di hospitaI, beliau bercakap dengan kami dalam keadaan tergesa – gesa dan terus end call. Kami terus keluar dan beli makanan untuk dikirimkan kepada ibu mertua dan adik ipar.

Sewaktu kirim di gate, mereka ada bertanya tak mahu singgah ke, kami beritahu esok kami singgah lepas ayah discharge, lagipun kami baru pulang dari tempat kerja dan belum mandi lagi, risau jangkitan c0v1id. Esoknya isteri saya call ayahnya dan dapat tahu rupanya ayahnya dah balik since semalam.

Sewaktu kami singgah kirim makanan, rupanya ayahnya ada di rumah. Tapi kami tak diberitahu, kami pun tak bertanya sebab bila call ayah, tiada inform dah discharge, masih di hospitaI. Kami terus ke rumah mereka untuk ziarah dan tanya mengapa tak beritahu, jawapan mereka, memang taknak beritahu.

Padahal kami dapat tahu dari sanak saud4ra, mereka ada call minta bantu ambil dari hospitaI namun tiada yang dapat bantu, so mereka ambil guna grab. Sedih bila dengar jawapan mereka, seolah – olah kami ni tak ambil tahu dan tak kisah langsung, padahal kami sangatlah risau.

Saya hilang sabar dengan jawapan dan alasan yang tak munasabah, so saya terus bertanya kepada ibu mertua, kenapa block saya, kenapa buat kami begini, beliau tak jawab langsung tapi menunjukkan muka yang sangat masam mencuka seolah – olah benci.

Saya terus luahkan dan luahkan apa yang terbuku dalam hati, tentang segala layanan yang kami terima, kami luahkan semua. Last beliau cakap kepada isteri saya setelah didesak, “sebab korang buang kami”. Kami terk3jut, kerana kami pernah mendengar sendiri dari mulut beliau bersembang dengan kawan, kata nak beri privacy, dan pindah dengan cara yang baik.

Kami tanggung dikala yang sulung berdiam diri, kami datang melawat tanpa culas, drive mereka ke sana sini, datang dengan senyuman walaupun dibaIas dengan muka masam mencuka. Di mana yang kami buang mereka?

Yang nampaknya, anak sulung mereka lepas tangan sejak beberapa tahun lalu, biar adik perempuan a.k.a isteri saya tanggung sepenuhnya makan minum bil belanja rumah. Terus kami juga yang disalahkan buang mereka.

Patutlah layanan pun berbeza. Anak lelaki sulung yang jelas tak bertanggungjawab, dilayan elok. Anak perempuan yang berhabis dan menantu yang bantu, dilayan seperti tak berguna. Hari itu juga, saya terus keluar bawa isteri saya balik, sebelum saya mula dir4suk sy4itan.

Kami ambil keputvsan untuk balik sebelum jadi kurang ajar. Kerana bila kami persoalkan, langsung tak dijawab. Saya bukanlah orang yang baik, tetapi setelah akad, saya cuba untuk menjadi yang terbaik. Namun ibu mertua dan keluarganya saya sangat menguji kesabaran.

Sehingga hari ini, hari raya, saya masih di block, ayah mertua ada call isteri saya tapi isteri saya tak boleh bercakap lama kerana terIampau kecewa. Dan sehingga hari ini, saya tak dapat langsung call dari sesiapa ahli keluarga isteri saya.

Seolah – olah saya ini tak wujud. Ada juga saya berniat nak call, tetapi saya masih kecewa dan sedih kerana di ignore atas sebab dituduh buang mereka. Doakan saya terus kuat, untuk jaga isteri saya, keluarga kecil saya. Sampai sini sahaja penulisan saya, maaf mengambil masa para pembaca.

Jika kalian punya pendapat, lontarkanlah. Semoga Allah beri kekuatan kepada kita semua untuk terus hidup dan beribadah kepadaNya. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sekian.

Komen Warganet :

Mohd Saiful Nizam Jamil : Padu bang, lagi teruk dari family aku, kuat dan sabar giIa ko ni. Pendapat aku la, take time. Nanti dah sejuk hati tu, berkhidmat la seperti biasa untuk ayah mertua. Lepas tu takyah pun mengharap kan layanan yang baik, pujuk isteri abang tu supaya terus bersabar dalam masa yang sama juga hubungan dengan saud4ra beIah isteri.

In shaa Allah saud4ra – saud4ra akan faham keadaan sebenar. Macam aku, aku senyumkan je, tak jawab pun jika depa cerita bukan – bukan tentang aku. Malah isteri aku lebih selesa dengan family aku. Besar pahala bang. Terus je berkhidmat sekadarnya. Awak pujuk hati dan isteri tu, bahagiakan hubungan awak dulu.

Azri Husain : Alhamdulillah, hati kau keras bro, memang Allah tengah uji kesabaran tt. Kalau aku, lama dah aku buat macam mana yang mertua tt cakap, mereka kata dibuang, walaupun macam – macam tt dah buat, aku buang terus diorang. Biar diorang sedar kesilapan dia. Bersabar lah selagi mampu.

Seri Rumini : Terus lah berbuat baik. Abaikan segala yang meny4kitkan hati. Semoga segala kebaikan yang bro lakukan dan atas segala kesabaran. Hanya Allah yang memberi ganjaran. Sabar itu indah. Ujian dan dugaan itu akan menjadikan bro lebih mengenal kaca dan permata.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.