12 tahun bercinta tetapi perkahwinan hanya mampu bertahan setahun sahaja

Siapa sangka hubungan yang dijalinkan selama 12 tahun dan mendapat restu keluarga hanya mampu bertahan selama setahun bila kami sudah berkahwin. Sehari sebelum kahwin, telefon bimbitnya berdering dan alangkah terk3jut dan terkedu aku seketika apabila tertera nama “Bakal isteriku” pada skrin telefon bimbitnya..

#Foto sekadar hiasan. Dengan lafaz akad nikah aku sah bergelar isteri kepadanya pada 20.04.2019.

Nama aku Rayhana. Aku dan bekas suami telah berkenalan semenjak zaman sekolah menengah lagi.

Dia la “sumber inspirasiku” yang sering aku katakan dahulu semasa jiwa muda hangat dalam percintaan zaman sekolah.

Aku dan dia melanjutkan pelajaran bersama setelah tamat SPM 2008.

Lebih kurang 12 tahun hubungan kami direstui keluarga dan kami merancang akan bernikah dan mempunyai keluarga dan anak – anak kelak.

Diizinkan Allah subhanahu wa taala kami pun bernikah ‘Perhubungan Jarak Jauh’ kerana aku bekerja di Sabah dan dia bertugas di Johor.

Namun hubungan kami didug4 dengan kehadiran seorang perempuan iaitu kekasih kepada suami aku.

Aku dan suami bertunang hampir 2 tahun kerana suami memerlukan kebenaran untuk berkahwin.

Sepanjang tempoh bertunang terlalu banyak ujian yang aku lalui, aku didug4 dengan tanggungjawab kerja yang memerlukan aku untuk outstation ke luar daerah.

Aku berkenalan dengan ramai orang kerana pekerjaanku. Dia yang pada masa itu bergelar tunangku sering menuduh aku yang bukan bukan kerana sifat cemburunya yang keterlaluan.

Pernah suatu ketika dia menghantar satu rakaman video melalui aplikasi whatsapp pada aku.

Rakaman video itu memaparkan aksi yang tidak senonoh dan dia dengan seIamba menuduh perempuan di dalam video itu adalah aku.

Aku mulai merasa diriku tidak dihargai dan berasa malu yang amat.

Namun kerana aku menyayanginya, aku tidak memaklumkan perkara itu kepada kedua orang tua ku yang aku kira akan menyebabkan pertunangan kami terputvs kelak.

Aku mula bIok dia di dalam aplikasi whatsapp dan contact.

Kerana aku ingin memberi ruang kepada diriku sendiri di samping bebanan kerja yang aku tanggung sehari hari. Namun aku masih cinta dan sayangkan dia.

Hubungan pertunangan kami mulai renggang. Dia mendakwa aku tidak menghiraukan dan menjaga haknya sebagai seorang tunang.

Bukan tidak mahu menghiraukan, aku cuma sangat terkilan kerana tuduhannya yang terlalu berat pada diriku.

Namun takdir Allah kami disatukan.

Pada hari sebelum kami bernikah, aku ada bersama – sama dia dan kakaknya untuk membuat persediaan terakhir membeli barangan yang patut untuk pernikahan esok hari.

Telefon bimbitnya dia tinggalkan di dalam kereta yang pada masa itu aku di dalam bersama sama kakaknya. Dia singgah di kedai membeli minuman untuk kami bertiga.

Dengan izin Allah telefon bimbitnya berdering dan alangkah terk3jut dan terkedu aku seketika apabila tertera nama “Bakal isteriku” pada skrin telefon bimbitnya.

Aku menyambut panggiIan telefon tersebut dan suara perempuan itu pun kedengaran dengan berkata “Abang, abang.. abang” berkali kali sebelum mem4tikan panggiIan. Dan itulah bakal isterinya pada masa ini.

Aku sempat bergelar isteri tidak sampai setahun dan aku sempat merasa menjadi ibu kepada anaknya kerana aku mengandung luar rahim left tubal pregnancy.

Sewaktu aku admit selama 2 minggu, dibedah dibuang tube kiri faIIopia sehinggalah aku keluar daripada hospitaI dia jarang sekali menghubungi aku.

Aku boleh menghitung dalam sebulan hanya berapa kali sahaja dia menelefon tapi tidak pernah lebih daripada 5 minit dibandingkan sewaktu zaman bercinta dahulu.

Aku cuba untuk memahami suamiku itu kerana mungkin kesibukannya bertugas sebagai anggota Polis.

Walaupun dia tidak pernah pulang untuk menjenguk ku dan tidak pulang untuk bercuti Hari Raya, aku tetap sabar menanti walaupun dalam hatiku penuh tanda tanya dan rasa kesedihan yang amat dalam.

Sambil menaip posting ini airmataku masih mengalir di pipi.

Namun tidak seperti airmata yang bercucuran ketika aku mendapat tahu dia masih berhubungan dengan perempuan tersebut sehingga aku bertengkar teruk dengan suamiku itu.

Kerana aku baru dapat tahu mereka sudah terIanjur dan suamiku juga mengakui hal itu benar. H4ncur r3muk hatiku seorang isteri yang sah dan direstui kedua orang tua hanya Allah sahaja yang tahu.

Sedangkan dia sudah berjanji padaku dahulu yang dia akan menyelesaikan hal bersama perempuan tersebut.

Dia mengatakan akulah isterinya dunia dan akhir4t sambil memeIuk ku dahulu namun lain yang aku dapat.

Selama beberapa bulan aku tidak berhubung dengannya walaupun kami masih berstatus suami isteri.

Dia tidak pernah memberiku nafkah zahir. Jangankan batin yang aku pun sudah tidak memikirkan perasaan cinta lagi padanya.

Perempuan tersebut pernah menghantar pesanan whatsapp pada aku yang meminta untuk aku melepaskan suamiku kerana mahkotanya telah diambil.

Aku hanya mampu membaIas bukan diambil tapi kamu sendiri yang menyerahkan dengan rela hati.

Mana mungkin aku melepaskan suamiku yang aku sayangi pada waktu itu.

Aku rela memaafkan perlakuan suamiku dengan perempuan tersebut dengan syarat suamiku bertaubat dan kembali ke pangkuanku isterinya yang sah disaksikan dan didoakan para malaik4t ketika akad nikah dulu.

Namun aku juga tidak kuat ya Rabb. Aku mulai rasa rendah diri dan malu pada diriku dan keluargaku yang sudah menghidu masalah rumah tangga yang aku hadapi.

Aku berserah pada takdir Allah yang maha lebih mengetahui buruk baik untuk makhluknya yang DIA cintai.

Walaupun pada zahirnya aku kelihatan kuat mampu tertawa dan senyum di hadapan kawan – kawan dan keluarga, Iuka di dalam hatiku sem4kin hari sem4kin parah dan tidak mampu aku tanggung lagi.

Dengan itu aku mengambil keputvsan yang amat berat dalam hidupku. Aku melepaskan suamiku itu dengan cerai Fasakh di hadapan Hakim Mahkamah Syari4h.

Aku menangis saat aku memberitahu kepada Puan Hakim alasan alasan aku menuntut fasakh terhadap suami.

Aku tidak tatap sedikit pun wajah suamiku itu di dalam bilik bicara. Dia mengiyakan semua alasan – alasan yang aku berikan dan setuju dengan permohonan fasakh tersebut.

Kini aku menjalani iddah yang hampir tamat dan aku merasa tenang seperti ada suatu bebanan yang mer0nta – r0nta ingin keluar daripada benak hati dan fikiranku.

Aku bersyukur kerana masih ada orang tua yang memberi aku kekuatan, adik – beradik yang membuat aku sering tertawa dan kawan – kawan yang sentiasa ada di sisi ku.

Aku pernah sayangkan dia, tetapi mungkin orang lain lagi layak untuk menjaga dan menyayanginya. Aku berterima kasih padanya kerana menghalalkan aku walau hanya sementara.

Tiada perempuan mahupun lelaki yang tidak menginginkan kebahagiaan di dalam mendirikan rumah tangga. Aku positif dan terus cekal menghadapi hidupku yang akan datang.

Mana mungkin aku melupakan seorang lelaki yang masih meninggaIkan parut di luar dan di dalam diriku.

Pesanan terakhir ku padanya,”pastikan kamu berdua berkahwin yaa, jangan pula tidak kahwin selepas ini”..

Terima kasih kepada admin sekiranya sudi untuk berkongsikan cerita ini kepada pembaca – pembaca semua. Sekian. – Rayhana (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Siti Mahida : Bersabar puan, ketentuan Allah, jod0h, kem4tian.. adalah benda yang tidak boleh kita kawal walau sehebat mana pun kita… tapi kita mampu kawal em0si kita, diri kita untuk bersyukur atas nikmat Allah. Percayalah puan… kes4kitan puan hari ini akan diganti dengan kebahagiaan satu hari nanti.”NO REASON TO STAY IS A GOOD REASON TO GO”

Siti Aminah Che Hashim : Awak berhak untuk bahagia dan awak bertindak sangat bijak, meninggaIkn d3rita dan kembali bahagia di samping keluarga tersayang. Insha Allah suatu hari nanti awak akan bertemu jod0h yang baik dan bertanggungjawab. Amin

Olien Noor Azlin : Bagus sis. Tindakan yang bijak. Jangan jadi buta kerana cinta kononnya. Awal – awal lagi dah nampak bermasalahnya bakal suami tu. Jenis yang menuduh – nuduh ni sebenarnya dia yang ins3cure. Dia yang curang, sebab tu dia tuduh – tuduh. Terlepas sudah beban. Tak payah nak sedih – sedih sangat la. Cekalkan hati. Ramai lagi orang boleh hargai Kita, yang nampak kebaikkan Kita.

Rosmawati Ros : Jod0h rahsia Allah yang tak boleh kita rancang sangat – sangat. Moga pengalaman pahit ini menjadi ikhtibar kepada puan dan yang lain. Setiap yang pahit akan kunjung manisnya nanti, InsyaAllah. Cinta manusia tak kekal kerana sifat manusia itu sentiasa berubah – ubah. Sila keluar dari kehidupan orang yang tak mampu mencintai kita seikhlasnya. Tak rugi bilamana kita mengambil keputvsan untuk menjauh dari orang yang kita je yang sayang dia tapi berlaku curang kepada kita dan tidak jujur dengan cinta yang dibina bertahun – tahun. Hidup kita sekejap je, tak perlulah hidup kita dibanjiri dengan rasa sedih, kecewa dan mend3rita kehilangan.

Siti Aishah : Pesanan pada lelaki.

1) Jujur. Kalau betul dah cinta m4ti kepada kekasih hati kenapa masih teruskan pernikahan mu dengan tunang. Jujur itu mudah. Kalau memang tak nak A, cakap terus terang saya dah tiasa hati pada awak. Jangan sampai nikah baru nak cakap. Bila dah nikah, kamu wajib putvskan apa sahaja hubungn Kamu dengan wanita Yang selain daripada isteri kamu. Jika kamu abaikan isteri kamu Yang sah, maka d0salah yang Bakal kamu tanggung.

2) Tekadkan hati. Sudah pilih A, lupa kan B. Kalau pilih B lupa kan A. Kamu ada pilihan. Cuba la hidup dengan keadaan tenang. Jangan ditambah beban kepada isteri kamu.

3) Kalau cinta buktikan. Buat istikharah. Pilih ikut hati dan cinta. Buakn ikut rasa kesian, sebab kemudian hari akan mengundang lagi banyak masalah.