Saya tidak salah memilih wanita beranak 3 menjadi isteri saya

Pertama kali saya nampak isteri yang ketika itu dia masih isteri orang. Dia datang bersama bekas suami yang ingin menceraikan sebab dah ada kekasih baru. Dengan bangganya si suami bagitahu, isterinya tak mampu bagi apa yang dia mampu kerana isteri sibuk dengan anak – anak jadi nafsunya tak dipenuhi. Hinggalah satu hari saya terjumpa semula dengan wanita tersebut yang nampak berbeza..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca, admin tolong hide ye profile saya. Terlebih dahulu saya perkenalkan, nama saya K seorang petugas pejabat agama, semasa di awal pembabitan dalam bidang ini, saya ada mengendalikan satu kes seorang suami yang hendak menceraikan isteri kerana ada kekasih baru.

Sewaktu mereka hadir kerana urusan perpisahan, saya lihat wajah isteri, orangnya biasa saja, kulit sedang – sedang, wajah manis dan saya sebagai lelaki merasa sejuk mata dan hati saat memandang, terus terdetik dalam hati Allah berd0sanya saya kerana memandang wanita yang masih bergelar isteri. Sewaktu sahabat saya bertanya isterinya, puan rela dimadukan? Dia diam. Lama baru dijawab, “beginilah ustaz, saya tidak mampu berkongsi, saya tidak kuat untuk bersabar kelak, jadi saya pilih dilepaskan agar suami bahagia seperti yang dia kehendaki.”

Saya pula bertanya suami, adakah Encik tidak mahu perbaiki hubungan ini, encik punya anak – anak yang comel, anak bongsu encik baru saja melihat dunia, isteri yang setia, apa lagi yang encik mahukan. Dengan bangganya suami menjawab, dia tidak mampu lagi memberi apa yang saya mahu, sibuk dengan anak – anak, sibuk nak berniaga, layanan juga hamb4r, saya lelaki, saya masih punya nafsu, dan dia tak mampu penuhi. Setelah melalui beberapa proses, mereka berpisah secara baik, 3 orang anak di bawah jagaan isteri dan bekas suami perlu memberi nafkah RM600 sebulan kepada anak – anak.

Beberapa bulan berlalu, saya terjumpa wanita itu semula di salah sebuah sekolah agama bersama anak sulongnya. Saya menegur wanita itu, saya kagum melihat dia yang begitu tenang, wajah yang lebih ceria, dan saya akui saya suka dengan wanita itu. Pada awalnya, saya mendapat tahu wanita itu menjual makanan dan kuih muih, dalam masa yang sama menerima tempahan makanan. Saya mengambil peluang menempah makanan untuk majlis di office dan keramaian.

Bermula dari itu kami sering berhubung. Setelah 6 bulan kami mengenali, saya menyuarakan hasrat untuk menjadikan surihati saya. Wanita itu menolak dengan baik dengan alasan dia janda dan berusia dari saya. Saya yakinkan dia bahawa Allah sudah menetapkan jod0h saya dengan wanita berusia malah diberi hadiah anak – anak segera. Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan. Keluarga saya menerima isteri dan anak – anak tiri saya dengan baik.

Sepanjang tempoh kami berumah tangga, jujur saya akui, saya tidak salah memilih wanita beranak 3 menjadi isteri saya. Sentiasa menenangkan saya dalam segala hal, seorang yang mat4ng dan berfikiran terbuka. Perkara yang paling saya kagum, bila anak – anak bertanya tentang ayah mereka, isteri tetap menceritakan yang baik – baik. Walaupun anak – anak tinggal bersama saya dan isteri, anak – anak cukup menghorm4ti saya, malah anak yang kecil berusia setahun lebih sangat manja dengan saya. Anak sulong yang berusia 7 tahun selalu berkongsi cerita dengan saya. Di sini saya merasakan kasih sayang mereka dan menjadikan saya sebahagian penting dalam kehidupan mereka.

Mengenai bekas suami, ya dia bernikah dengan wanita idaman tapi perkahwinan mereka tidak bertahan lama. Masih berhubung dengan isteri saya untuk bertanyakan hal anak – anak dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Setiap bulan bapa mereka datang mengambil anak – anak untuk bermalam dan berjalan – jalan.

Di sini ingin saya kongsi dari hati seorang lelaki dan suami, hargailah wanita dalam kehidupan anda, saat hatinya dah berpaling maka tiada lagi peluang untuk anda. Buat isteri tercinta, terima kasih kerana sudi beri peluang pada saya untuk menjadi imam kepada keluarga kita, terima kasih kerana sudi menerima ‘budak’ ini menjadi suami awak. Buat anak – anak abah, terima kasih kerana sudi menyayangi abah dan menjadikan abah orang penting dalam kehidupan kamu semua. Terima kasih ya Allah kerana menjod0hkan wanita hebat ini dengan h4mbamu yang serba kekurangan ini. Semoga ik4tan kami berkekalan di bawah rahmatMu dan sentiasa berkasih sayang hingga ke akhir hayat.

Perkongsian yang di luahkan oleh lelaki ini benar – benar berjaya menyentuh hari ramai pembaca. Di sebalik kisah sedih wanita tersebut yang ditinggalkan bersama anak – anak yang masih kecil, datang penyeIamat yang boleh menjadi tempat berpaut kepada soerang wanita. Ramai juga yang mengucapkan terima kasih atas perkongsian kisah ‘bahagia’ ini dan semoga kebahagian milik mereka sekeluarga selamanya.

Komen Warganet :

Norazlina Sweetie : Alhamdullilah, ustaz melihat bukan kepada tittle tetapi kecantikan jiwa seorang insan bergelar wanita dan isteri. Jod0h di tangan Allah. Betul, begitulah jika beriman sepenuhnya kepada Allah. Allah sudah menjanjikan kebahagiaan. Semoga kebahagiaan yang ustaz kecapi bersama isteri serta anak – anak tiri bahagia hingga jannah. Lelaki yang baik pastinya dijod0hkan dengan pasangan yang baik, wallahualam..

Sitti Zaharah Haji Musa : Sebak sangat, semoga awak terus berbahagia di samping keluarga tersayang. Orang yang bersyukur hatinya akan sentiasa tenang. Kecil atau besar masalah tiada penghaIangnya jika hatinya serta jiwanya diserahkan pada Allah semata – mata. Jadi setiap apa pun ujian yang datang terasa ringan sahaja..

Nor Salleh : Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih ada h4mbaNya yang berhati mulia dan ikhlas seperti awak. Bertuah sungguh isteri awak. Memang betul janji Allah, Dia ambil sesuatu yang kita sayang kerana nak gantikan dengan yang lebih baik. Semoga Allah membaIas dengan baIasan yang setimpal, Aaminn..

Susilawatie Sapie : Alhamdulillah.. Semoga perkahwinan tuan dan isteri tuan hingga ke jannah Allah SWT. Terima kasih juga kepada isteri tuan kerana menjadi janda yang terhormat di mata saya atas cerita yang tuan sampaikan. Moga tuan dan isteri serta anak – anak sentiasa dirahm4ti oleh Allah SWT. Terima kasih tuan kerna menghargai apa yang tertulis untuk tuan dalam perjalanan tuan semoga hati tuan selamanya begini, Aamiin.  Kami tidak mengenali tuan tapi perkongsian tuan cukup menyentuh ramai pembaca

Elin Rohaidah : Alhamdulillah, sebak baca. Terima kasih kerana menghargai seorang wanita yang pernah bergelar janda. Situasi agak dekat dengan sis, sis juga pernah janda anak 2 dan bernikah semula dengan lelaki bujang. Jod0h di tangan Allah. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah dengan zuriat – zuriat yang soleh dan solehah. Aamiinn.

Siti Nurhayati : Saya tak pernah nak komen tapi bila terbaca kisah ni, terus berhabuk mata. Alhamdulillah anda suami yang hebat. Semoga sentiasa istiqomah menjadi suami dan abah yang terbaik untuk anak – anak tiri. Sebak baca kisah ni. Moga encik dan isteri sentiasa dalam Iindungan Nya. Allah telah menghadiahkan sesuatu yang berharga.. Semoga bahagia hingga ke syurga.