
Aku tahu husband ni mew4risi sifat – sifat kedekut dari arw4h mak dia Apa yang aku tahu setiap bulan adik dia hantar pesanan ringkas minta duit. RM300 sebulan. Dengan adik beradik, dengan anak-anak dia tak kedekut. Dengan bini je..
#Foto sekadar hiasan / AI. Hi all! Setelah sekian lama aku asyik baca je post u all, hari ni baru berpeluang aku nak hantar luahan aku. Straight to the point la ye: Aku selalu memikirkan ada tak orang yang senasib dengan aku bila kahwin dengan lelaki yang berkira bab – bab duit ringgit dengan aku dan keluarga aku.
Tapi kalau untuk anak – anak dan kaum keluarga dia tak berkira pulak. Sebab apa aku kata dia kedekut, berikut adalah simptom – simptomny, balik kampung aku pergi dan balik dari KL ke utara, duit tol, minyak, makan dan buah tangan semua aku tanggung.
Makan kadang – kadang je dia bayar tapi selalunya aku keluar duit. Selama 13 tahun kahwin, baju raya baru sekali dia beli untuk aku masa mula – mula kahwin dulu. Kalau pergi oversea adalah sekali dia belikan baju. Kalau aku ajak makan kat luar, aku kena bayar.
Hari jadi dan ulang tahun kahwin, tak ada nak belikan aku apa – apa. Paling koman beli kek. Hadiah dah 3 tahun aku tuntut tak dapat – dapat. Nanti aku tambah lagi. Kenapa aku jealous tengok suami orang yang : Boleh support wife belajar.
Boleh beli hadiah mahal – mahal untuk wife. Boleh sediakan maid untuk kesenangan anak isteri. Bawa kereta wife pergi servis. Tak berkira dengan famili wife. Aku bukan nak compare husband dengan orang lain dan cari kelemahan dia tapi aku selalu fikir kenapa dia layan aku macam ni.
Tengok kawan – kawan aku tak adalah hebat mana tapi suami dorang tunjukkan kasih sayang dan tak berkira bab – bab duit ni. Yang aku peliknya dengan aku je macam tu… cuba dengan adik – adik dia, mesej je terus bank in duit.
Dengan anak – anak pun macam tu. Kadang – kadang benda yang dia beli tu budak – budak tu tak guna pun, padahal dia beli dengan harga yang mahal. Macam baru – baru ni, dia nak hantar anak sulung aku belajar berenang.
Bila aku menyampuk nak belajar berenang juga, dia kata mahal la bla… bla. Mahal sebab aku join sekali, kalau aku tak join tak ada pun dia merungut mahal ke apa. Sebenarnya aku bukan nak sangat belajar berenang tu, saja nak uji dia nak dengar jawapan standard keluar dari mulut dia.
Aku tahu husband ni mew4risi sifat – sifat kedekut dari arw4h mak dia tapi tak baik la ngumpat orang dah m4ti kan. Aku pun malu gak dengan kawan – kawan. Kadang – kadang keluar ramai – ramai dengan kawan. Makan ramai – ramai, masa nak bayar biasalah share – share kan.
Aku tengok yang bangun nak bayar tu semuanya lelaki cuma aku sorang je perempuan. Husband aku boleh duduk je melekat kat kerusi tu. Takkan kita nak buat derrkkk je kan, tak dapat tidak kenalah ambil bahagian. Aku belum pernah lagi terus terang pasal tak puas hati aku ni tapi kalau sindir – sindir, perli – perli tu selalulah.
Dia tak bagi reaksi apa – apa, hanya buat derrrrkkk je. Macam baju raya aku tiap – tiap tahun tanya tahun ni tak ada baju raya untuk aku ke? Tengok dia tak beli baju, masa salam raya tu ada juga minta duit raya, dia jawab senang je ‘balik rumah abang bagi’ tapi masa balik rumah memang dia bagi duit tapi duit belanja bulan – bulan tu lah.
Macam hadiah besday aku ada hint – hint dengan dia aku nak jam tangan, 2 tahun lepas aku request. Kadang – kadang pergi shopping aku buat – buat berhenti tempat jam, belek – belek. Besday baru – baru ni bagitahu dia yang aku tak nak kek.. memang betul – betul masa besday tu dia tak beli apa – apa langsung, just wish je.
Satu lagi nak bagitahu u all, ofis aku dengan dia dekat sangat. Nak panggil pun dengar. Tapi boleh kira dengan jari time rehat tengah hari dia nak ajak aku keluar makan bersama. Dia lebih suka bawa bos dan kawan – kawan dia dari bawa aku.
Yelah bawa bos boleh makan free, bawa bini kena keluar duit. Ayat power ni selalu aku ucap kat dia, sengih je. Macam tak ada apa – apa makna bagi dia. Aku tahu bezakan keperluan dan kehendak. Keperluan aku cuma yang asas saja yang termaktub dalam Al-Quran iaitu suami perlu bagi isteri makanan, tempat tinggal dan pakaian.
Sekarang ni dia dah bagi aku makanan. Tempat tinggal dan pakaian aku sediakan sendiri. Ok cakap pasal kehendak pulak, macam hadiah besday, anniversary, kelas renang dan sebagainya ikut kemampuan dia. Dia sebenarnya seorang yang mampu, kerja sebagai manager aka CIO kat international company.
Kalau dia tak mampu sudah tentu dengan semua orang dia tak akan mampu contohnya: support adik – adik tiap – tiap bulan, buat modal bisnes, entertain subordinates. Aku percaya husband aku tak ada perempuan lain. Kalau ada yang kata dia kumpul duit nak kahwin lagi satu tu mengarut.
Setahu aku dia tak ada duit simpanan. Duit dia banyak habis untuk buat modal bisnes yang satu pun tak menjadi. Apa yang aku tahu setiap bulan adik dia hantar pesanan ringkas minta duit. RM300 sebulan. Aku pernah kata RM300 itu banyak sebab apa adik dia dapat juga biasiswa dan juga duit dari abang – abang dan kakak – kakak yang lain.
Suami kata RM300 itu sikit. Aku sebenarnya nak tahu sahaja nilai RM300 itu bagi dia banyak ke sikit, rupa – rupanya RM300 itu sikit bagi dia. Harga jam yang aku minta pun dalam RM300 juga, dia kata mahal.
Walaubagaimanapun husband aku ada baiknya, duit belanja dapur dia memang bagi tiap – tiap bulan. Duit nafkah aku tahun ni baru start bagi RM100 sebulan (terlalu sedikit kalau compare dengan gaji dia sebagai manager tu). Ada ke orang senasib dengan aku? Apa perlu aku buat supaya dia berubah?
Komen Netizen :
Mis Ika : At least ok lah tu dia layan anak – anak ko elok, beli barang mahal – mahal, minta apa pun dapat. Dia tidak lebihkan ko mungkin sebab dia tahu mama anak dia mampu nak beli. Dia lebihkan anak – anak tu bagus juga. Sekurangnya budak – budak tu kalau nak barang – barang yang mahal – mahal minta bapak dia… hehehe
Duit kau pakai sahaja lah untuk kau je. Jangan bandingkan dengan kawan – kawan nanti makan hati. Itu rezeki orang lain dapat suami macam tu. Rezeki kau pula suami lebihkan anak – anak, kira ok lah tu. Mereka dapat suami macam tu mungkin duit gaji mereka dapat sendiri tak banyak macam kau dapat atau mereka tak kerja pun. Suami kau sudah mula beri duit dapur… ok lah tu.. Banyak kot dia simpan untuk waktu kesempitan… Ikhlas pendapatku ini… adios
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.