
Tok s4kit. Sorang pun anak taknak jaga. Abah aku ambik bawak balik rumah tapi mak aku yang kena jaga sebab abah kerja. 5 tahun tok lumpuh. Tok menangis minta maaf dekat mak..
#Foto sekadar hiasan / AI. Hari ni, Allah nak tunjuk dekat aku. Mak aku pun manusia biasa. She was once a little girl, she’s a wife, a daughter to someone too. Mak aku sangat defensive. Suka marah – marah, suka jerit – jerit. Tapi kalau dengan kawan – kawan, happy betul. Beliau seorang yang extrovert. Jadi, mudah nak buat kawan.
Hari ni mak aku tegur aku, tapi terjerit – jerit. Aku tengah urus anak, aku terlepas cakap, kalau payah sangat aku balik la. Mak datang marah – marah lagi sampai aku menangis. Aku minta maaf, aku cakap sorry la, aku str3ss jaga anak.
Lepas tu mak pergi tandas. Aku tahu dia tengah nangis dalam tandas tu. Lepas keluar tandas mak cakap, dia str3ss. Sebab tu dia jadi suka jerit. She needed someone to listen to her. That’s when she told me things she never told me before.
Mak cakap, dia hampir nak tamatkan hidup sendiri. Hampir nak lari rumah dengan anak. Apa je mak mertua dia tak buat dekat dia? Mak aku ni satu – satunya menantu pilihan anak sendiri. Ada saja benda tak kena di mata tok.
Tok h1na mak aku, m4ki mak aku depan family mak aku. Mak tak ada buat salah, balik kampung berubat anak ja. Tok cakap sebab p**i tak basuh tu anak s4kit merata. Depan family mak aku ya. Tok baIing pampers anak penuh t4ik kena muka mak. Apa je yang tok tak pernah buat dekat mak secara fizikal dan mental.
Masa mak aku pregnant 7 bulan dah, suruh giling rempah. Hari – hari mak aku macam dah tak nak hidup. Bagi tidur anak, tok kata mak aku malas. Jaja satu kampung, menantu ni malas la apa. 2 tahun juga bertahan sebelum pindah keluar.
Jangan cakap kenapa tak keluar awal. Zaman dulu memang jenis duduk rumah mertua. Abah bertegas nak keluar, untuk mak dan keluarga kecil abah. Anak – anak tok yang lain pun tak guna sesen. Kecuali abah aku. Abah aku ja yang belajar tinggi sikit.
Bukan nak compare ya, tapi sebab dia keluar belajar kot dia jadi lain sikit. Segala buruk, caca cela family abah, abah la kena menanggung. Sekarang aku dah besar, baru aku nampak. Memang semua la ada per4ngai buruk. Banyak lagi la benda buruk mak kena hadap.
Aku cakap terus terang, kalau mak abah tak ada, they’re no longer family to me. Anak sed4ra eksiden tak boleh jalan setahun, ayah aku tanggung anak bini dia setahun. Sekarang, datang melawat abah pun tidak. Itu satu je. Kebanyakan melibatkan duit, abah aku la tolong.
Kesian, tapi diorang sikit pun tak kenang. Banyak lagi benda yang buat aku rasa kenapa abah baik sangat eh bila orang buat t4ik dekat dia? Kenapa mak sabar sangat eh hadap segala benda ni? Tok s4kit. Sorang pun taknak jaga. Tolak p sana p sini. Abah la jaga.
Tapi ended up, mak yang jaga la sebab abah kerja. 5 tahun tok lumpuh. 5 tahun mak jaga. Tok sampai menangis minta maaf dekat mak. Tapi the damage has been done. Mak maafkan tapi dia tak lupa. Dia str3ss, serabut. Bawak sampai sekarang sebab tak pernah diliuahkan. Tak pernah rawat pun.
Lepas tok tak ada, nenek sebeIah mak pulak s4kit. Lumpuh lagi 2 tahun. Mak juga jaga. Orang pernah jaga orang s4kit je tahu macam mana struggle tu. Alhamdulillah masa ni aku ada dekat rumah, boleh tolong jaga nenek.
Hidup mak, untuk keluarga sahaja. Cerita buruk keluarga ni, aku pun tak tahu kecuali yang aku nampak. Tadi mak cerita semua. Mak nangis, teresak – esak. Like a little girl. Aku pun nangis. Minta ampun dekat mak sebab terlepas cakap.
Sedihnya tengok mak aku yang selalu happy, jenis sempoi. Menangis tak henti cerita duka di hati. Besarnya peng0rbanan mak, sabarnya mak. Zaman dulu mana ada treatment sangat. Tak ada aw4reness pun pasal mental health.
Mak menahan rasa terlalu lama. Terbuku di d4da, mesti sesak menahan rasa. Mak, sekarang mak dah senang. Allah nampak mak peng0rbanan mak. Allah hadirkan orang – orang baik untuk mak. Kami anak – anak pun, cuba bagi yang terbaik untuk mak.
Mak boleh pergi rombongan sana sini, mengaji, kelas itu ini. Pergi la mak. Enjoy la masa mak, yang mak tak dapat masa muda dulu. Sembuhlah mak, rawat lah hati. Kadang – kadang mak cerita, kawan – kawan mak cakap untung anak rapat dengan mak.
Memang kami rapat, sehari 3 – 4 kali kami adik beradik akan call mak. Mak minta apa kami cuba tunaikan. Maafkan anak – anak mak, andai terlepas cakap. It’s not too late to start living her life now. May she is able to live her life to the fullest.
Sembuhlah mak sayang. Jangan biar duka bersarang di hati. Kami ada untuk mak. Kami sentiasa kenang jasa dan peng0rbanan mak. Kami saksi, susahnya mak menghadap segala ujian hidup. Semoga Allah melimpahkan damai di hatimu. Menenangkan segala resah yang berlalu. – Anak Mak (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Zueha Razak : Alhamdulillah baIasan mak awak yang bersabar, dikurniakan anak – anak yang baik akhlak. Semoga makcik terus sihat dan mendapat husnol khatimah. Doakan mak ayah saya jugak yag banyak berk0rban untuk keluarga. Semoga semua mendapat husnol khatimah. InsyaAllah.
Syida Anuar : Allahu.. sebaknya rasa, dapat bayang betapa depr3ssednya hidup yang mak lalui.. moga mak sentiasa dalam afiah.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.