
Aku suruh lagi kerja, katanya dah tua. Suruh mintak security, taknak pulak, takut h4ntu. Nak bawak lori tapi aku yang kena bagi duit buat lesen GDL. Nak lari bawak anak, takut nusyuz, nak bercerai takut hilang hak penjagaan anak…
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku nak meluahkan kat sape, aku pon tak tahu.. Perkahwinan aku dah masuk tahun yang ke- 13. Aku nak tinggalkan semua yang aku ada, tapi aku hanya fikir tentang anak – anak. Masalah sebenar dari ada anak satu, suami aku suka melepak dengan kawan – kawan, sambil berkawan sambil mengayat perempuan.. Selepas itu ok sikit sebab kami dah pindah Kuala Lumpur.
Lahirkan anak ke-3, dia mula lagi lebihkan kawan, sampai masa di rumah sekejap sangat, aku masa tu memang berg4ntung dengan dia je dari segi kewangan. Adalah menjahit sikit – sikit itupon abis cover makan anak – anak sebab gaji dia memang tak dapat cover kos hidup kami dekat KL, tapi dalam pada tu ada hati lagi nak mengayat perempuan. Leka dengan hp mengayat je.
Lepastu kami pindah negeri lain. Sebab dah tak boleh cover gaji bulanannya. Waktu ni dah usia perkahwinan 9 tahun. Masatu aku pulak try kerja untuk mulakan hidup, dia jaga anak tapi kerja tak mengizinkan, aku tak boleh go di tempat orang,
Kemudian Allah beri rezeki aku dapat rezeki menjahit, jadi income lebat juga, dia bantu aku juga. Hidup mula senangla juga.. Tapi taklah kaya, mulalah dia join group kereta, melepak sampai pagi buta. Kemudian aku mengandung anak keempat, dan bermula la sekali lagi.
Perkahwinan masuk ke 11 tahun, aku struggle menjahit, semua mula diletakkan di kepala aku, kereta rosak tak repair, salahkan aku, bila takde r0kok minta aku, bila hal yuran, belanja sekolah sewa semua 100℅ serah dekat aku. Dah macam aku plak suami.
Asal cakap je, dia jawab, duit semua aku pegang, sedangkan bahagian dia tolong jahit tu, tak dapat cover belanja rumah seharian malah bulanan. Lagi – lagi bisnes drop. Dia hanya buat bahagian jahit untuk dia, bila aku perIukan khidmat dia.
Sampai satu tahap aku mula suruh dia kerja semula, macam – macam alasan diberi, lagi dia selalu salahkan aku. Dia selalu kata “dulu tak bagi kerja”, banyak kali dah terangkan bisnes drop, tapi akan jadi bert3ngkar. Sampai masa lahirkan anak ke-4, tahun ke-12 perkahwinan, dalam pantang aku masih menjahit, aku juga kena fikir bil hospitaI walaupon beranak dekat kerajaan je.
Dia selalu ingatkan aku dalam pantang tu suruh menjahit sebab aku janji dengan customer, tapi sebenarnya sebab aku kesian anak aku tak makan masa aku duduk hospitaI. Kemudian aku pindah negeri lagi, balik ke negeri yang kami dah biasa dari bujang.
Bisnes m4kin drop, aku suruh dia kerja, kami sentiasa akan berg4duh, sewa rumah mahal, tapi dia relax buat tak tahu. Dia start la kerja rider, tu pon memekak suruh aku beli bag rider, bila beli, hangat – hangat t4ik ayam. Gaji pon tak setimpal ikutkan.
Aku suruh lagi kerja, katanya dah tua. Suruh mintak security, taknak pulak, takut h4ntu, suruh kerja lain, nak driver lori je.. Nak lesen gdl.. Aduh.. Aku dah serabut pindah rumah sebab tak. Mampu bayar. Dan dia mula jumpa kawan lagi yang baru.
Dia buat keje bengkel yang ada takde je gajinya. Gaji lepas r0kok dia je supaya konon tak bebankan aku. Dari melepak, die keja sikit – sikit tapi lebih kepada melepak. Masih aku kena fikir bayar bulan – bulan, dia siang tido malam jadi burung h4ntu..
Bila nak bincang, dia akan kata aku ni itu ini, kata aku ni bila dia takde apa – apa, aku buat macam ni. Aku salahkan dia konon, sedangkan dah banyak tahun aku struggle sangat. Aku sampai tak nak beranak lagi, takut dalam pantang aku kena kerja, tapi dia jenis manusia yang tak boleh bincang, akan g4duh. Kadang – kadang ade duit tak seberapa, family dia mintak sikit, disuruhnye je aku bank in.. Tak tanya pon aku ada duit tak.
Adik dia mintak RM10, aku taknak bagi, dia kate akan miskin ke bagi RM10. Adiknya pen4gih.. Tapi tak dela jahat, adik dia lagi pandai cari duit. Antara kawan dan family, bagi mata kasar aku, dia pilih kawan, di rumah dah mula takde masa nak melayan anak. Sebelom ni dia rajin tolong bantu hal rumah.
Takdela semua yang jahat je. Dia rajin masak, tapi dia dah kembali semula melepak. Jadi mase balik nak tido je. Aku pernah cakap, sekali lagi dia lebihkan kawan macam first kejadian dulu, aku akan pergi.. Tapi ni aku masih stay. Masih memikir cara.
Sekarang bila hati aku m4kin taw4r, nak bersama kadang – kadang aku jadi takde hati. Nak lari bawak anak, takut nusyuz, nak bercerai takut hilang walaupon satu hak penjagaan anak. Aku nak anak aku semuanya. Tapi kalau kata aku akan dapat hak.
Aku juga takut sebab aku takut jika ada anak aku pilih ayahnye. Aku hanya nak anak aku membesar tanpa str3ss.. Aku nak anak aku hidup dengan aku. Tapi akula terpaling str3ss, aku hanya nak anak aku hidup normal, tapi aku dah tak tahu macamana dengan laki aku ni.. kot nanti aku ada duit tolong dia buat lesen GDL.. mungkin ke dia akan kerja balik.. Kalaula m4ti tu halal, ramai dah g4ntung diri.. Tapi aku masih ada Allah. Aku harap Allah berikan aku jalan. Aku dah PENAT… – Erika (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Yusri Hassan : Buat macam dia takde je la. Janji dengan adanya dia, awak dapat bersama anak – anak, kan anak – anak lagi pentingkan. Laki awak tu.. awak buat tak tahu je. Takde ke berd0sanya kalau gitu la pera4ngainya. Minta cerai pon dibolehkan da gitu gayanya.
So.. biarkan je dia.. Buat kerja sendiri untuk kelangsungan hidup dan anak – anak. Kalau tak berubah jgak, kalau da letih sangat, pergi pejabat agama. Failkan masalah kat sana, nanti akan ada sesi kaunseling bagai. Kalau dah takde nampak jalan penyelesaian jugak, cerai je la. Tentang hak penjagaan anak – anak, akan ditentukan oleh pejabat agama. Kalau gitu per4ngainya, malas bekerja bagai, must4hil lah dapat hak penjagaan.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.