Aku call suami kat hotel utk bagitahu anak masuk lCU, tapi pekerja hotel suruh aku cakap dgn ‘isteri’ suami

Anak aku siap bergilir masuk hospital sampai ICU, tapi aku tak dapat contact suami yang pergi outstation. Bila aku cuba call hotel, boleh plak receptionist tu suruh aku cakap dengan ‘isteri’ suami. Bila suami balik, aku diam langsung tak bercakap. Aku terus hilangkan diri bawa anak2 dan kredit kad suami..

#Foto sekadar hiasan. Aku seorang isteri dan juga ibu. Mempunyai anak dua orang satu lelaki dan satu perempuan. Umur aku dan suami dalam lingkungan 30-an. Jarak 4 tahun usia kami. Aku nak bercerita tentang suami aku yang tercinta yang aku beri nama Abu.

Aku dan Abu kenal dalam 1 tahun setengah sebelum kami buat keputvsan untuk berkahwin. Tapi sejujurnya kami telah hidup bersama seawal perkenalan kami baru 10 bulan. Waktu tu muda lagi dan masih berseronok. Aku pun sebelum kenal Abu, pernah menjalinkan hubungan dengan suami orang. Lebih dari ‘kawan’.

Tapi semenjak aku kenal Abu, aku nak bertaubat. Nak ajak sama taubat sebab kami datang nya dari keluarga yang baik – baik. Abu pun bersetuju. Sepanjang kenal Abu, walaupun hidup dalam kemaksi4tan, Abu sejenis solat dan Qada Subu kalau terlepas.

Macam aku kata dia datang nya dari keluarga yang baik – baik. Tapi nafsu menguasai segalanya. Cut to short, selepas dua minggu bernikah, Abu kant0i curang. Aku tahu Abu ada phone lagi satu. Tapi aku tak tahu password dan tak pernah meminta. Aku sedih sangat – sangat.

Di saat aku busy dengan kelas hujung minggu master, Abu contact perempuan lain di belakang aku. Waktu aku berpeluh – peluh masak, dia call dengan perempuan lain. Ini semua aku dapat tahu waktu kant0i. Abu menangis bila tengok aku menangis.

Dia janji tak buat lagi. Katanya. Aku memberi peluang, tapi take time juga untuk aku melupakan. Kerap aku nangis dan setiap masa tu ada yang Abu pujuk, ada yang Abu tak pujuk dan marah aku kerana tak percaya akannya.

Itu kisah di awal perkahwinan. Sekarang Abu dah berjaya. Berada di atas. Tapi tiada masa untuk aku dan anak – anak. Namun begitu, dalam tempoh 3 – 4 bulan busy, Abu akan bawa kami bersama berjalan ke luar negara tiap kali Abu ada outstation.

Yang ini aku salute sebab Abu akan kerja at the same time dan luangkan masa bersama anak – anak. Tapi semenjak PKP hari tu, Abu tak dapat ourtstation, jadi tiada lah trip berjalan ke luar negara. Sampai lah sekarang border dah mula buka, tapi Abu pergi outstation tanpa bawa kami. Atas alasan sekarang sop strict.

Company pun restrict untuk bawak keluarga. Malah aku sendiri tak dibawa. Aku cuba memahami walaupun pernah berg4duh sebab Abu jarang luangkan masa bersama anak – anak. Baru – baru ni Abu ada outstation ke luar negara.

Seperti biasa, tak dapat nak bawa kami anak beranak. Ada satu malam tu anak aku, Diana demam panas dan dimasukkan ke ICU. Danial aku hantar ke rumah kakak aku. Aku cuba untuk call hotel suami aku sebab handphonenya tak dapat dihubungi.

Receptionist: He is not in yet. But if its em3rgency you can talk to his wife.

Excuse me…? Aku dah pelik kenapa begitu. Sebab aku isteri nya. Aku fikirkan receptionist salah orang. Tapi bila di tanya nama dan nama wanita itu, aku confirm itu adalah suami aku, dan salah seorang colleague office dia.

Menyirap d4rah aku. Aku terus siasat. COO dia sendiri seorang chinese mengaku dekat aku yang suami aku ada hubungan dengan seorang wanita lain di officenya. PKP ni lagi rancak lah kata rindu tak dapat jumpa. Lepas PKP bawa berjalan. Banyak cantik dia.

Aku sabar dan stop trying to reach him. Aku anggap ini adalah kifarah untuk aku yang pernah menjalinkan hubungan dengan suami orang. Aku perlahan – lahan make peace with it dan uruskan urusan anak aku Diana. Diana m4kin sihat tapi Danial pula tiba – tiba s4kit.

4 hari outstaion, suami pulang tapi tidak terus ke rumah tapi katanya ada urusan pula di Penang untuk 3 hari. Aku confirmkan dengan CFO tempat suami berkerja dan berharap dia berlaku jujur. Ternyata tiada apa – apa urusan dan suami sebenarnya mengambil cuti.

Pesanan whatsap aku tak dibaca tentang Diana s4kit dan kini, Danial. Aku sabar lagi tunggu dia pulang. Setibanya Abu ke rumah, dia terk3jut lihat Diana tidak mahu akannya dan Danial yang dah sihat menangis bila tengok abi nya. Aku?

Aku dah make peace with it. Semenjak kant0i 6 tahun yang lalu, aku dah redha kalau – kalau perkara macam ni berlaku. Aku anggap ini ada lah baIasan di dunia Allah bagi cash. Abang aku berdepan dengan Abu sendiri kata aku dah tahu pasal kecurangannya.

Walaupun Abu dan aku satu rumah, aku tak bercakap dengannya dan melakukan tugas aku sebagai isteri dan sebaiknya. Abu diam. Silent treatment buat Abu tak tentu arah. Sebulan juga aku jadi heartless. Tengok muka pun tidak.

Rasa berd0sa tapi aku nak redha dan tenangkan diri. Aku minta izin dua minggu bawa anak – anak keluar rumah. Aku bawak anak – anak pergi Ipoh, Lost World of Tambun, dan ke Langkawi dalam masa dua minggu. Aku guna credit card Abu. Hahaha…

Begini lah aku sekarang. Masih di Langkawi. Guna credit card Abu. Abu aku tak tahu apa jadi. Dia ada di rumah. Kak Ani (pembantu rumah) whatsapp aku kata Abu WFH tunggu anak isteri pulang. Tapi katanya tiada pula call or contact siapa – siapa.

Katanya kelihatan serabut tak seperti selalu. Pembantu kami memang kaki gossip. Aku layan sahaja.. Esok aku akan pulang. Aku dah hidup mewah dengan credit card dia dua minggu ni. Sebelum ni aku cukup menjaga kewangan. Hidup bersederhana.

Walaupun dah mampu nak hidup beli rumah landed pun aku tetap dengan rumah appartment kami yang biasa – biasa sahaja cukup dah bagi aku dan anak – anak. Nak biasakan hidup bersederhana pun ada c4barannya. Doakan hati aku lembut menerima dan suami aku berubah ke arah yang lebih baik.

Aku sayangkan dia dan aku percaya dia sayang kan perkahwinan kami. Doakan aku kuat dan doakan Abu bertaubat dan hentikan hubungan tak halal ni. Thanks sudi baca. Hanya ingin meluahkan. Next week mungkin aku akan book sesi kaunseling. Doakan aku kuat ya. – Nina (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Cahya : Dik, ket4gih z1na sama dengan d4dah. Berkahwin tak membuat seseorang berhenti dari berz1na. Kerana itu d0sa – d0sa besar ni perlu dengan taubat bersungguh – sungguh yang disebut nasuha. Taubat ni bukan sekadar di mulut atau hapuskannya dengan bernikah, takkan semudah itu, dan takkan membuat seseorang melenyapkan ketagihan d0sa tersebut.

Rasa bersalah sebab kant0i bukan sebab takut kepada Tuhan sebab Tuhan dah lama tahu dan laki kau merasakan tiada apa – apa hukvman dari Tuhan, why not teruskan lagi? Hari ini kau maafkan, seperti kejadian lampau, setahun dua lagi perkara ini berulang lagi sehingga kembali kant0i.

Jangan blame diri sendiri atas d0sa lampau sebab d0sa suami bukan kau yang tanggung. Itu adalah kejahatan dirinya sendiri. Satu lagi, solat takkan mencegah seseorang dari perkara mungkar selagi dia tak mengerti apa itu solat.

Yang disebut dalam Alquran, solat yang kau kenal apa itu “taqwa” barulah ia membuat kau mencegah diri dan takut untuk berbuat d0sa. Bukan takut kant0i. Tiada nasihat di sini. Cuma sebuah renungan. Selebihnya berfikirlah sebagai mukmin.

Hanna Emilya : Saya baca ni,saya termenung kejap untuk beberapa minit. Sepanjang berkecimpung dalam bidang kaunseling yang baru nak masuk sedekad, sejujurnya hal ni bukanlah perkara asing lagi. Tak sikit insan bergelar isteri yang lain mengalami masalah yang sama macam Puan.

Yang memilih untuk tetap bertahan walau t0xic macam mana pun rumahtangga. Pelbagai sebab dikemukakan untuk tidak mengambil jalan perpisahan. Anak, keluarga dua beIah pihak, tiada pendapatan, takut dih1na, perkahwinan masih baru sangat or dah berpuluh tahun @ sayang nak pisah dah tua dah.

Saya tak nak sentuh bab kifarah tu. Mungkin ya, mungkin tidak. Mungkin ianya adalah ujian. Entahlah. Since Puan pun dah book appointment untuk kaunseling, saya nak sarankan Puan please please buat ujian STD and HlV/AlDS.

And tambahan lagi,since Puan dah pun buat keputvsan nak stay, Puan boleh rujuk peguam untuk minta nasihat dari segi perundangan, you know, just in case. Anyway, all the best.  Edit: Saya lupa nak tambah. Puan if you read this, saya ada kenal beberapa lagi kaunselor yang In Sha Allah, boleh bantu Puan. Do pm me ya kalau sudi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.