13 tahun kahwin, suami merungut dia tak faham per4ngai aku. Dia bagi alasan nak kahwin lagi satu sebab nak belajar pasal per4ngai perempuan

Suami kata, dia dah penat asyik berg4duh dan bertahan je. Dia taknak zalimi aku, dia sayang aku. Dia taknak bercerai tapi nak poligami. Dia kata poligami adalah satu – satunya cara untuk dia faham wanita dan dia dah ada calon pun. Isteri kedua untuk support hubungan kami je.

#Foto sekadar hiasan. Minta admin sembunyikan profil aku. Aku nak bertanya pendapat di sini. Aku seorang suri rumah, dah 13 tahun berumah tangga. Ada tiga orang cahaya mata. Suami aku seorang yang sangat bertanggungjawab bab nafkah zahir, tak pernah culas. Bila dia naik gaji, dia akan naikkan nafkah yang dia beri pada aku. Bab tu aku memang tak pernah nafikan.

Cuma kami ada masalah. Sejak awal perkahwinan, kekurangan suami adalah dia tak faham emosi perempuan. Mungkin sebab semua adik beradik dia lelaki. Dia jarang bantu kerja rumah. Balik kerja, dia banyak duduk main telefon. Kami tak banyak berbual waktu malam sebab dia lebih suka tengok media sosiaI. Kalau nak makan, dia nak aku ada makan bersama dia.

Anak – anak dari kecil aku yang urus. Kadang – kadang kelam kabut urus anak dan kerja rumah, aku jadi emosi. Penat pun aku emosi. Aku perIukan tempat bercerita penat lelah aku seharian. Bab disiplinkan anak, semua aku. Suruh mandi, solat, dan kadang – kadang aku jadi cepat marah bila anak kurang dengar kata.

Tapi setiap kali aku bercerita pada suami, dia rasa rimas. Dia pula yang terlebih str3ss tengok aku sedih. Bila aku menangis depan dia, dia anggap aku tak bahagia hidup dengan dia. Dia kata pantang dia tengok aku menangis. Dia rasa dia suami yang gagal. Habis tu aku nak meluah dan menangis pada siapa?

Terlalu kerap kami konflik. Setiap kali nampak aku emosi, mesti akan ada konflik. Setiap konflik tu, dia akan buat silent treatment. Biasanya tiga hari, kadang – kadang sampai satu minggu. Aku tertekan, banyak menangis seorang diri sebab dia akan tutup bilik dan tak nak bercakap dengan aku.

Kami tak boleh bincang masalah ni sebab dia tak pandai nak bercakap secara terbuka tentang emosi dia. Dia nak lepas silent treatment tu, semua kembali ok, macam tak ada apa – apa. Masalah ni berlaku bertahun – tahun. Lama – lama aku dah terbiasa dia tak layan sangat.

Cakap sekejap – sekejap dengan dia pun aku dah ok. Cuma aku manusia biasa, kadang – kadang emosi. Dia sangat cerewet. Rumah tak boleh sepah, masak tak boleh lambat, anak – anak kena urus ikut waktu. Aku berniaga dalam talian pun dia tak suka tengok stok banyak kat rumah.

Kalau ada benda yang dia tak puas hati, dia akan pendam. Tahu – tahu je aku kena silent treatment. Aku jadi terpinga – pinga apa yang tak kena. Bila tanya, dia kata tak ada apa – apa. Jadi aku ni sedihlah bila dah beberapa hari kami macam orang asing.

Aku cakap kalau tak ada apa – apa, buatlah macam tak ada apa – apa, jangan diam je. Tapi dia tak suka aku tegur. Dia kata aku emosi. Beberapa bulan ni, dia kata dia ada masalah, iaitu tak boleh terima kekurangan – kekurangan aku walaupun bertahun dia usaha.

Dia selalu struggle. Aku tanya contoh apa. Dia kata emosi aku. Aku cakap emosi aku ada punca. Semua aku dah beritahu masa luahan, bertahun – tahun, tapi dia tak nak dengar dan tak faham. Dan dia yang terlebih str3ss setiap kali aku emosi.

Dia kata dia penat asyik konflik je. Dah lama dia bertahan dengan rumah tangga ni. Aku kata pada dia, banyak je bahagia sepanjang perkahwinan, tapi dia kata tak. Dan dia tak nak zaIimi aku lagi. Dia kata dia sayang aku. Dia tak nak berpisah, tapi dia nak poligami.

Ya Allah, sedih sungguh dengan keputusan dia. Dia kata poligami adalah satu – satunya cara untuk dia faham wanita. Dia selalu fikir perempuan luar sana boleh kawal emosi dan kurang kelemahan berbanding aku. Dia dah ada calon. Dia beritahu pada calon tu siap – siap yang calon tu jadi isteri kedua untuk support hubungan kami je. Dia kata dia nak jadi suami yang baik.

Calon tu pula beritahu, kalau aku tak nak, dia pun tak nak dan tak nak hancurkan rumah tangga aku dan suami. Aku tanya suami, dia ada suka ke pada calon tu. Suami cakap mestilah ada keinginan juga. Lepas tu aku cakap, aku nak undur diri, kahwinlah dengan calon tu.

Suami kata kalau kami berpisah, dia tak akan kahwin dengan calon tu atau sesiapa sampai seumur hidup dia. Tujuan dia kahwin adalah dia nak lebih faham aku. Dan kalau berpisah pun, dia nak tanggung aku seumur hidup sebagai bukti dia sayang dan cinta aku. Dia tak nak bina bahagia atas pend3ritaan aku.

Dia kata aku isteri yang baik, cuma dia struggle nak terima kelemahan – kelemahan aku. Aku tanya tak ada cara lain ke. Dia kata tak ada, sebab hari – hari dia struggle nak terima kelemahan aku. Segala pembacaan, video atau apa – apa, dia tetap tak boleh faham.

Isteri kepada adik suami pun cuba bantu untuk fahamkan suami, tapi suami tak suka. Kongsi dengan pihak ketiga pun dia tak suka. Dia kata itu aib rumah tangga yang dia kena jaga. Tapi bagi dia, kalau isteri kedua tu sudah jadi sebahagian daripada dia, jadi dia boleh kongsi dan dapatkan nasihat.

Banyak kali aku minta dia ubah keputusan, tapi dia kata keputusan dia tetap sama, sama ada cerai atau poligami. Aku betul – betul buntu. Aku tak nak poligami, terlalu s4kit untuk aku. Aku sanggup cerai. Dalam masa yang sama, aku sangat – sangat sayang suami aku.

Tapi bila suami cakap macam tu, sanggup berk0rban, aku fikir siapa nanti nak jaga dia kalau dia tak nak kahwin lain sampai bila – bila. Adakah dalam tempoh edah nanti, suami akan rindu dan nak rujuk serta ubah keputusan dia?

Komen Netizen :

Peah Ah : Daripada cerita kau ni, nampak sangat lelaki tu bermasalah. Mungkin dia dah simpan perempuan lain bertahun – tahun lamanya. Lakonan je tu konon tak nak ceraikan kau sebab sayang. Kalau sayang, kenapa kau diperlakukan macam ni. Kenapa wujud perempuan lain.

Tolonglah jangan jadi b0doh dengan ayat pelesit lelaki durjana tu. Sekarang kau tak perlu fikir pasal lelaki tu kalau bercerai siapa nak jaga dia sebab dia tak nak kahwin lain. Semua ni menipu. Sekarang kau kena fikir pasal hati dan perasaan kau. Jaga hati sendiri.

Afniehainie Nazr : Dia saja je cakap nak selesaikan masalah dengan kahwin lagi satu. B0doh sungguh lelaki macam ni. Bukan susah pun nak faham isteri sendiri. Dulu masa bercinta macam mana. Bila dah kahwin tak boleh pula terima kekurangan isteri. Kalau kau balik kerja, kau peluk isteri kau, tanya dia hari ni ok ke tak, tanya pasal anak – anak kat rumah, tanya isteri str3ss ke tak, bagi isteri masa untuk diri sendiri. Bukan susah pun.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :