
Aku mula rasa bersalah terhadap isteri. Setiap kali pulang ke rumah, hati aku jadi tak tenang. Aku sekarang dalam dilema nak pergi tak bercuti dengan perempuan tu. Kalau aku nak tipu isteri aku senang je. Kalau aku tak pergi, aku rugi. Aku dah bayangkan..
#Foto sekadar hiasan. Ceritanya begini. Aku seorang kakitangan swasta. Isteri aku seorang suri rumah dan kami mempunyai dua orang anak. Sejak awal perkahwinan lagi, aku memang tak membenarkan isteri bekerja kerana aku rasa aku mampu menanggung isteri dan anak – anak seorang diri.
Alhamdulillah, selama ini kehidupan kami baik dan bahagia. Kalau ada masalah kecil, itu perkara biasa dalam rumah tangga. Tak ada rumahtangga yang betul – betul sempurna, aku faham semua itu. Sehinggalah tiga bulan lepas, ada seorang staf baru masuk di tempat kerja aku.
Seorang gadis berumur 22 tahun, masih bujang, dan ditempatkan dalam department yang sama dengan aku. Secara autom4tik, dia jadi rakan sekerja aku. Pada awalnya, semuanya berjalan seperti biasa. Aku sekadar mengajar dan membantu dia memahami selok – belok kerja, itu je. Niat aku cuma nak bantu staf baru supaya dia cepat faham dan tak rasa terasing.
Namun, dari urusan kerja yang sepatutnya profesional, hubungan kami mula jadi mesra. Bermula dengan berbual tentang kerja, kemudian meleret kepada cerita harian, cerita penat kerja, cerita bos, dan perkara – perkara kecil yang pada mulanya aku anggap remeh.
Lama – kelamaan, kami kerap meluangkan masa berdua di pejabat, terutamanya bila staf lain dah balik dan tinggal kami berdua siapkan kerja. Selepas itu, kami mula keluar makan bersama. Pada awalnya jarang – jarang, mungkin sekali sekala atas alasan rehat lewat atau nak cepat sambung kerja.
Tapi makin lama makin kerap, sehingga hampir setiap hari kami makan bersama. Aku sedar itu bukan lagi kebetulan. Aku sedar itu satu pilihan yang aku buat sendiri, walaupun aku cuba menafikannya dalam hati. Sejak itu, aku mula rasa bersalah terhadap isteri.
Setiap kali pulang ke rumah, hati aku jadi tak tenang. Aku takut kalau suatu hari nanti aku tewas dengan godaan. Bila memandang isteri dan anak – anak, rasa bersalah itu makin kuat. Aku rasa macam aku sedang menipu mereka, walaupun secara zahirnya aku masih jalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah.
Isteri aku juga mula perasan perubahan sikap aku. Aku jadi lebih kerap memeIuk dan mencivm dia sebelum pergi dan balik kerja. Aku jadi lebih manja dari biasa. Hakikatnya, itu bukan kerana aku tiba – tiba jadi romantik, tapi kerana aku cuba menutup ketakutan dan rasa bersalah dalam diri sendiri. Aku sangat sayangkan isteri dan anak – anak aku, itu tak pernah berubah.
Ada satu hari, dalam nada bergurau, aku bertanya kepada staf baru itu sama ada dia pernah bercuti ke Langkawi atau tak. Dia jawab belum pernah. Aku pun secara bergurau berkata, kalau nak aku boleh temankan. Pada masa itu, aku menjangka dia akan menolak.
Aku tahu dia ada teman lelaki dan dia juga tahu aku sudah beristeri. Sepanjang kami bekerja bersama, kami tak pernah berbincang soal pasangan masing – masing demi menjaga profesionalisme, atau sekurang – kurangnya itu yang aku cuba yakinkan diri aku.
Namun jawapan dia benar – benar mengejutkan aku. Dia kata tak mengapa jika aku temankan dia ke sana. Malah dia minta aku uruskan perjalanan dan perbelanjaan, dan dia yang akan membayarnya. Saat itu, jantung aku berdegup laju.
Aku sendiri tak tahu sama ada aku patut rasa teruja atau takut. Kata – kata aku yang kononnya bergurau rupa – rupanya disambut dengan serius. Sejak hari itu, aku jadi serba salah dan tak tenteram. Aku menyalahkan diri sendiri kerana bertanya soalan itu.
Perkara itu seolah – olah memberi lampu hijau kepada aku untuk melangkah lebih jauh. Setiap kali aku bersendirian, fikiran aku bercelaru. Aku cuba fokus pada kerja, tapi bayangan percutian itu sering bermain di kepala. Kalau aku pergi, aku tahu aku sedang mengkhi4nati isteri aku.
Walaupun pada hakikatnya aku boleh berbohong dengan mengatakan aku outstation selama 3 hari 2 malam. Aku tahu alasan itu mudah dan logik. Aku juga tahu betapa mudahnya manusia menipu bila nafsu dah mula menguasai diri.
Kalau aku tak pergi pula, hati aku rasa rugi. Aku akui, aku hanyalah manusia biasa yang lemah menghadapi godaan. Ada suara dalam diri yang kata aku patut berhenti sekarang, tapi ada juga suara lain yang memujuk, kononnya tak akan berlaku apa – apa. Suara itulah yang paling aku takut.
Sekarang aku benar – benar keliru dan buntu. Kalau aku pergi, aku takut perkara yang lebih buruk akan berlaku. Bagaimana kalau kami terlanjur. Bagaimana kalau aku rosakkan rumah tangga sendiri dengan tangan aku sendiri. Apa perasaan isteri aku nanti kalau dia tahu kebenaran.
Patutkah aku berterus terang kepada isteri tentang perkara sebenar, atau aku simpan je semua ini dan cuba baiki diri sendiri. Sekarang ini aku benar – benar rasa bersalah terhadap isteri aku. Rasa bersalah yang sangat kuat, sampai aku takut kalau aku akan mengulangi kesalahan itu. Aku takut suatu hari nanti aku akan jadi lelaki yang aku sendiri benci. Aku perIukan pandangan dan nasihat. Terima kasih.
Komen netizen :
Pahrol Mohamad Juoi : Assalamualaikum tuan yang dihorm4ti. Maaf, tuan sudah melakukan perbuatan – perbuatan yang menghampiri z1na. Sebaiknya tarik brek tangan serta merta. Sekarang. Jika tak, tuan akan terus terjerumus ke lembah z1na.
Tak payah beritahu isteri, berhenti serta merta. Takut dan malulah kepada Allah, bukan hanya kepada manusia. Sayangi diri dan keluarga, selamatkan diri dari api ner4ka. Di dunia pula, d0sa jika tak bertaubat, satu hari pasti terbongkar juga.
Tak ada istilah terlanjur. Itu memang dah dirancang. Jika saud4ra berhenti, menyesal dan berazam tak mengulangi, pasti kasih sayang suami isteri akan lebih kukuh dan tenang. Insya-Allah. Amin. Kami mendoakan tuan. Jaga solat. Insya-Allah nanti semuanya akan ok.
Mohd Mohd Mohd : Ini bukan penulisan dari seorang lelaki sejati. Saya yakin lelaki sejati tak akan melayan perempuan secara berlebihan seperti yang ditulis. Lelaki sejati hati dan perasaannya hanya kepada anak dan isteri tercinta. Saya percaya penulis ini bukan dari golongan lelaki sejati. Mungkin ini dari golongan dua alam yang berlagak dan berpura – pura.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.