Aku bukan menantu pilihan, suami asyik lebihkan mak mertua. Aku baru dapat tahu, suami ada bank akaun rahsia dengan mak dia. Mak mertua pegang, kawal

Suami pernah cakap depan aku, “Awak dan anak bukan keutamaan saya, keluarga saya nombor satu.” Ayat tu terus terngiang dalam kepala sampai sekarang. Aku suruh suami kahwin dengan wanita pilihan mak dia. Tapi dia kata tak nak. Aku sampai bagitahu mak mertua sendiri yang aku izinkan kalau suami nak kahwin dengan wanita tu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mohon admin sembunyikan profil aku. Aku mohon jasa baik semua untuk memberi pandangan dan pendapat sebab sekarang aku betul – betul rasa buntu, macam hilang arah. Kadang – kadang aku rasa tenang dan damai, tapi dalam masa yang sama aku rasa sunyi dan kosong.

Aku dan suami bercinta selepas kahwin. Lepas kahwin baru aku tahu rupa – rupanya suami anak emak, dan emaknya sebenarnya ada calon menantu pilihannya sendiri. Dari awal perkahwinan, emaknya agak susah nak terima aku sebagai menantu. Tapi aku berusaha ambil hati dia.

Aku cuba buat macam – macam, tolong di dapur, bawa buah tangan bila balik kampung, dan tunjuk hormat pada dia. Alhamdulillah hubungan tu nampak baik pada luarannya, tapi dalam hati aku ada rasa yang tak pernah betul – betul tenang.

Masuk tahun keempat perkahwinan, aku mula rasa m4kin jauh dengan keluarga suami, termasuk mak mertua. Tahun kelima dan seterusnya, aku pilih untuk menjauhkan diri demi jaga kesihatan emosi, mental dan hati aku sendiri. Aku dah banyak kali mengalah dalam segala hal, dari perasaan sampai ke keputusan hidup.

Aku sentiasa ingatkan suami supaya dahulukan orang tuanya sebab aku faham tanggungjawab dia sebagai anak lelaki. Tapi apa yang aku nampak, keluarga dia macam ambil kesempatan atas sikap tolak ansur aku, termasuk suami sendiri. Banyak kali aku terasa hati tapi aku pilih untuk diam dan pendam.

Pernah aku cuba berbincang secara baik, luahkan isi hati, tapi setiap kali berbincang mesti berakhir dengan perg4duhan. Akhirnya aku juga yang disalahkan. Ada satu masa tu aku jatuh pengsan sebab tekanan terlalu berat. Aku dikejarkan ke hospital dan doktor sahkan aku alami depr3si serta anxiety.

Sejak tu aku mula jalani sesi kaunseling. Aku tak salahkan suami sepenuhnya sebab aku sendiri memang ada tr4uma lama. Aku datang dari keluarga yang berpecah, mak ayah aku bercerai sejak aku masih bayi. Pernah juga aku suruh suami kahwin dengan wanita pilihan mak dia.

Tapi dia kata tak nak. Aku sampai bagitahu mak mertua sendiri yang aku izinkan kalau suami nak kahwin dengan wanita tu, tapi mak mertua cuma diam. Dalam keluarga suami, kami tak pernah berg4duh mulut atau bermasam muka sebab aku jarang balik rumah mertua.

Dan kalau ada aktiviti keluarga belah suami, aku jarang ikut sebab suami memang tak izinkan aku ikut. Sejak awal perkahwinan sampai sekarang, suami tak pernah berbincang dengan aku tentang apa – apa keputusan penting dalam rumah tangga.

Semua perkara dia akan bincang dengan mak dia dulu. Aku sentiasa jadi orang terakhir yang tahu tentang keputusan yang dia buat. Kadang – kadang aku rasa macam aku ni bukan isteri, tapi sekadar penumpang dalam hidup dia. Sekarang Alhamdulillah aku perlahan – lahan bangkit.

Aku pilih untuk bahagiakan diri sendiri dan anak aku. Kami ada seorang anak lelaki. Dulu aku tak bekerja sebab ikut kehendak suami, tapi sekarang Allah bagi kekuatan untuk aku sambung belajar dan bekerja. Aku bekerja di salah sebuah negeri di selatan tanah air.

Tapi suami pula pilih duduk di utara, di kampung, dengan alasan nak jaga mak dia selepas ayah dia meninggaI dunia. Padahal di kampung tu masih ada adik beradik lain yang tinggal sekali dengan mak dia. Hampir enam tahun kami berkahwin.

Walau macam mana pun kami berg4duh, kami tak pernah m4ki hamun atau guna bahasa kasar macam “aku” “kau”. Suami pun tak pernah naik tangan pada aku dan dia rapat dengan keluarga aku. Sebab tu aku keliru, aku tak tahu sama ada dia sebenarnya suami yang baik atau sebaliknya.

Sejak aku mula bekerja, suami tak culas beri nafkah setiap bulan untuk aku dan anak. Tapi aku akui, sejak aku mula rasa taw4r hati, aku jadi seorang yang pendiam bila bersama dia. Aku dah tak seceria dulu. Komunikasi antara kami memang teruk.

Dulu aku cuba perbaiki tapi aku rasa penat bila hanya aku yang berusaha. Sekarang dah hampir dua tahun kami macam orang asing. Kini kami hidup berjauhan. Aku di selatan, dia di utara. Tak ada panggiIan, tak ada mesej seperti pasangan suami isteri lain.

Kami hanya berhubung bila ada hal penting. Kalau seminggu tak ada apa – apa urusan, maka seminggu lah kami tak bertegur sapa, tak berhubung langsung. Kadang – kadang aku tertanya sendiri, adakah ini masih boleh dikira sebuah perkahwinan?

Bagi aku tak salah kalau suami nak berbakti pada orang tuanya. Aku pun faham tanggungjawab seorang anak lelaki. Aku pun ada mak dan aku sayang mak aku sepenuh jiwa. Aku pun ada anak lelaki jadi aku faham perasaan tu. Aku tak pernah halang suami berbakti, asalkan hak aku sebagai isteri dan hak anak tak diabaikan.

Tapi dari awal kahwin sampai sekarang, aku tetap rasa seolah – olah aku ni tak penting. Aku s4kit sorang – sorang. Apa – apa pun aku buat sendiri. Suami pernah cakap depan aku, “Awak dan anak bukan keutamaan saya, keluarga saya nombor satu.”

Ayat tu terus terngiang dalam kepala sampai sekarang. Malam tu aku menangis sampai sesak nafas. Anak aku menangis sebab tengok aku menangis. Waktu tu aku sedar, aku dah tak kuat macam dulu. Aku tak nak anak aku membesar tengok mak dia sentiasa menangis.

Baru – baru ni aku dapat tahu satu rahsia besar. Rupanya suami ada satu akaun bank simpanan yang mak dia pegang dan kawal sepenuhnya. Aku cuba tanya dengan cara baik kenapa dia sembunyikan daripada aku sebagai seorang isteri. Aku agak terkilan sebab kami pernah lalui susah senang sama – sama.

Tapi suami cuma jawab, mak dia pesan supaya rahsiakan hal tu daripada aku, dan katanya akaun tu akan digunakan kalau berlaku kec3masan. Sejak tahu hal tu, aku m4kin rasa jauh. Aku tertanya – tanya, kenapa sampai macam tu? Kalau betul nak jaga mak, kenapa perlu rahsiakan daripada isteri sendiri?

Aku cuba tahan diri daripada marah, tapi malam – malam aku menangis senyap – senyap. Aku rasa macam seluruh peng0rbanan aku dulu tak ada nilai. Aku pernah tolong dia masa dia susah, masa dia hilang kerja, masa dia jatuh s4kit. Tapi bila aku dah mula berdiri sendiri, dia mula menjarakkan diri dan lebih memilih duduk di bawah ketiak mak dia.

Pernah satu malam aku cuba hubungi dia sebab anak demam panas sampai menggigil, tapi dia tak jawab panggiIan langsung. Aku hantar mesej berkali – kali, tak dibalas. Dua hari kemudian baru dia balas dengan alasan sibuk urus mak di hospital.

Aku faham dia nak jaga mak, tapi salahkah dia luangkan dua minit untuk tanya khabar anak? Waktu tu aku menangis sampai tak keluar suara. Aku rasa macam aku ibu tunggal yang tak bercerai. Buat suami isteri di luar sana, aku mohon pendapat dan pandangan.

Adakah ini normal, atau aku yang terlalu fikir jauh sebab ada konflik rumah tangga? Wajarkah seorang ibu mertua pegang dan kawal akaun simpanan anak lelaki yang dah berkeluarga? Terima kasih admin, semoga Allah mudahkan urusan admin dan semua yang sudi memberi nasihat serta pandangan.

Aku mohon pandangan dengan hati terbuka, bukan untuk menilai atau salahkan sesiapa sebab aku sedar aku pun ada kelemahan dan tak sempurna. Aku cuma nak belajar memperbaiki diri dan faham keadaan aku dengan lebih tenang. Harap admin sembunyikan profil aku. Terima kasih. Semoga Allah mudahkan urusan semua.

Komen netizen :

Fauziana Mohd Salleh : Pada pendapat saya, apabila suami dah menyatakan puan dan anak bukan keutamaan, eloklah berpisah secara baik sahaja. Kesihatan mental lebih penting. Itu sahaja, sekian terima kasih.

Wanazrina Awang : Puan sendiri macam mana? Perlu ke seorang suami di sisi? Adakah puan nak berpisah? Adakah puan selesa dengan keadaan sekarang? Soal akaun bank tu, saya rasa tak salah tapi sebaiknya puan tuntut hak yang sama untuk diri sendiri.

Buat satu akaun khas untuk puan atau anak tanpa pengetahuan keluarga dia. Mungkin baru la puan rasa tenang. Kalau saya, selain doa, saya selalu minta nasihat pada ibu saya. Tapi ada beberapa hal saya kena simpan sendiri. Puan boleh ceritakan semasa sesi kaunseling.

Kadang – kadang kita cuma perlukan keyakinan untuk buat sesuatu keputusan, walaupun keputusan tu sebenarnya dah ada. Buatlah yang terbaik dalam perkahwinan. Jangan sampai kita menyesal. Tak salah kita berg4duh, tak salah kita menangis, asalkan kita tahu kita sedang pertahankan hak sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :