14 tahun kahwin, suami nekad cari janda sebab dia memang nak anak. Tak sangka aku mengandung lepas buat IVF tapi suami tetap ceraikan aku..

Hebat betul nikmat Allah kurniakan kepada aku, dimadu, mengandung, diceraikan sampai tiga kali, melahirkan keseorangan, kehilangan anak. Aku belajar makan seorang, tidur seorang, menangis pun seorang. Bekas suami aku ada datang nak pinjam kereta, nak pinjam duit…

#Foto sekadar hiasan. Admin tolong hidekan profil Facebook aku. Aku menulis ini bukan untuk meraih simpati, cuma untuk melepaskan apa yang lama aku simpan dalam d4da. Aku seorang janda, tiada anak, berusia 36 tahun. Aku diceraikan ketika sedang mengandung anak pertama selepas 14 tahun menanti dengan sabar.

Diceraikan kerana bekas suami berkahwin dengan seorang janda anak enam dengan alasan dia inginkan anak. Hati aku h4ncur, tapi aku masih cuba kuatkan diri. Aku bekerja dengan gaji yang boleh dikatakan lumayan, manakala bekas suami hanyalah kerja biasa.

Aku bercinta dengan dia sejak zaman belajar di Universiti Malaya lagi. Masa itu dia kerja kilang, selalu berhenti kerja, tiada pendidikan, SPM pun tiada. Tapi semua itu aku tak kisah sebab aku sendiri tak pernah merasa apa itu cinta seorang lelaki. Aku mahu tahu apa rasanya disayangi, dihargai, dijaga.

Pada 26 Jun 2010 kami bertunang. Aku teruskan pengajian di Universiti Malaya. Waktu itu aku rasa cukup bahagia dengan alam pertunangan. Semua belanja hari pertunangan aku yang keluarkan. Cincin tunang untuk aku dan dia pun aku yang belikan. Dia hanya bawa keluarganya untuk saringan cincin sahaja. Dari situ sebenarnya aku sudah mula memudahkan urusan hidup dengan dia. Silapnya aku, sebab terlalu memberi tanpa berfikir panjang.

Pada 4 Julai 2011 kami bernikah, lafaz nikah dengan dua kali lafaz barulah sah aku menjadi isterinya. Sebulan sebelum kahwin, dia ditangkap polis kerana mengedar ubat batuk. Masa itu aku terkedu, dunia aku seolah runtuh. Tapi semua persiapan perkahwinan sudah diatur, keluarga pun sudah tahu, dan aku masih yakin itu jodoh aku. Aku tetap bernikah dengan dia.

Untuk menjamin dia keluar dari lokap, aku gadaikan barang kemas yang aku pakai, walaupun itu bukan hak aku sepenuhnya, itu milik ibu aku. Sampai hari ini, bekas suami aku tak pernah ganti balik. Aku hanya diam, telan sahaja. Dalam 14 tahun perkahwinan, lebih 10 kali aku tangkap dia dengan perempuan lain.

Alasan dia, dia sedang mencari yang sesuai, yang boleh menerima diri dia. Habis aku ini siapa? Aku yang setia di sisi dia, susah senang aku bersama. Setiap kali aku dapat tahu, aku menangis, aku marah, tapi akhirnya aku juga yang memaafkan.

Aku pendam semuanya sebab aku terlalu sayang. Aku fikir mungkin satu hari nanti dia akan berubah. Aku fikir peng0rbanan aku akan buat dia sedar. Tapi aku silap besar. Kemuncaknya, dia tekad berkahwin juga dengan janda anak enam sebab dia betul – betul inginkan anak.

Aku pula, untuk memenuhi impian kami, aku sanggup berubat ke sana sini. Kadang – kadang aku pergi seorang diri. Rawatan IVF aku tak pernah minta duit daripada dia. Semua aku tanggung sendiri. Aku cuma minta satu, dia tenangkan aku, dia sentuh aku, dia sedekahkan benihnya untuk aku. Itu sahaja.

Tapi peng0rbanan aku langsung tak bernilai bila kekurangan aku dijadikan alasan untuk dia cari orang lain. Aku selalu tanya dalam hati, mengapa lelaki tak boleh sabar dengan kekurangan aku? Sedangkan aku sabar dengan segala kekurangan dia.

Alhamdulillah, akhirnya aku disahkan hamil pada 26 Januari 2025 walaupun ketika itu rumah tangga kami sudah bergolak teruk. Kami sudah jarang berbual, jarang makan bersama, masing – masing membawa hal sendiri. Aku rasa bahagia sekejap bila tahu aku mengandung, aku fikir mungkin ini titik perubahan dalam hidup kami.

Tapi pada 28 Februari 2025, aku diceraikan. H4ncur lebur rumah tangga yang aku pertahankan demi zuriat. Aku redha, aku cuba kuat. Anak dalam kandungan aku anggap anak syurga. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Aku gugur tujuh bulan kehamilan.

Aku melahirkan seorang diri tanpa siapa di sisi. Di hospital aku menangis sampai tak keluar suara. Hebat betul nikmat Allah kurniakan kepada aku, dimadu, mengandung, diceraikan sampai tiga kali, melahirkan keseorangan.

Alhamdulillah, aku redha. Hari ini bekas suami aku pula giIa talak. Bila susah, dia cari aku. Bila tak ada duit, dia hubungi aku. Syarat dia sentiasa sama, pinjamkan kereta, bagi dia duit bila dia kesempitan. Aku pula masih b0doh, masih bagi dengan tujuan nak sedarkan dia, supaya dia ingat kebaikan aku.

Aku fikir mungkin dengan cara itu Allah lembutkan hati dia. Tapi sebenarnya aku sedang meny4kiti diri sendiri. Hari ini aku meniti hidup sebagai seorang janda. Aku belajar berdikari sepenuhnya. Aku belajar makan seorang, tidur seorang, menangis pun seorang.

Aku sedar kesilapan terbesar aku ialah terlalu cintakan dia, sampai aku benarkan diri aku dipijak, diperb0dohkan, dipergunakan. Aku doakan dia bahagia dengan isteri barunya. Pesan aku, semoga isteri barunya sabar, sebab kemewahan yang suami kau pamerkan dulu semuanya milik aku.

Untuk memudahkan dia mencari rezeki, aku sedekahkan kereta Kancil aku untuk dia. Ada pahala untuk aku, itu aku ikhlaskan. Terima kasih wahai perempuan, sebab berjaya memburukkan aku di mata ibu mertua aku. Untuk ibu mertuaku, aku sudah tunaikan impian mak untuk menjejakkan kaki ke Madinah dan Mekah.

Itu tanggungjawab anak – anak mak, tapi menantu yang mak h1na ini juga yang makbulkan permintaan mak. Aku doakan ibu mertuaku sihat, bahagia dengan menantu baru dan cucu baru. Insya-Allah, menantu baru itu sudah berusia 46 tahun, lebih tua dari bekas suami aku.

Kuasa Allah, kita tak tahu apa hikmah di sebalik semua ini. Aku hanya mampu minta maaf atas segala kekurangan aku. Semoga keluarga kamu bahagia. Hari ini aku belajar satu perkara, cinta tanpa batas hanya akan memusn4hkan diri sendiri.

Aku terlalu fokus bahagiakan orang sampai lupa bahagiakan diri aku. Aku terlalu sibuk jadi isteri yang baik, sampai aku lupa aku juga manusia yang ada perasaan. Sekarang aku belajar untuk bangkit, perlahan – lahan. Aku kumpul harta, aku jaga diri, aku bina hidup baru tanpa berg4ntung pada sesiapa.

Aku tidak tahu apa masa depan aku, tapi aku tahu satu, aku sudah penat menjadi wanita yang sentiasa mengalah. Kali ini aku mahu hidup untuk diri aku sendiri. Aku mahu bahagia tanpa perlu merayu, tanpa perlu menangis di hadapan lelaki yang tak pernah hargai aku. Semoga Allah ganti kesedihan aku dengan ketenangan, dan semoga aku tidak jatuh lagi di lubang yang sama.

Komen Netizen :

Roza Mamat : Baiknya hati, dih1na pun masih mampu bagi mertua jejak Madinah. Mertua tahu ke tak yang menantu yang sponsor semua itu. Malunya, yang dih1na itu juga yang banyak tolong. Sis ada kerjaya, tak payah nak sedih sangat. Kumpul harta selagi boleh, jangan pandang lagi yang pahit. Biarlah sis, sampah memang kena dengan sampah. Sis tunjuk hebat sis dekat bekas suami dan mertua. Biar mereka menyesal nanti.

Orchid Purple : Buat saudari yang dirahm4ti Allah SWT, ada pelangi indah yang menanti. Kesabaran dan reda menjadi penaw4r terindah. Move on, rapatkan diri dengan Allah, serahkan segala cinta hanya kepada-Nya. Insya-Allah, bahagia terindah ada untukmu, dik.

Jangan layan lara hati, pergi bercuti, pergi tunaikan umrah, sayangi diri sendiri. Gembirakan mereka yang berhak, abaikan masa lalu. Kuatkan hati, jangan lagi terjatuh kali kedua di tempat yang sama. Saudari berhak untuk bahagia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :