9 tahun kahwin, aku paling bahagia. Bila bekas kekasih suami bercerai, dia terus berubah. Suami nak kahwin lagi sebab perempuan tu cakap tak perlu nafkah

Lepas balik dari rumah tu, baru perempuan nyatakan hasrat nak kahwin, sanggup bini no 2. Alasan dia, nak bantu perempuan tu. Perempuan tu tak kisah bermadu. Nak kahwin sangat. Nafkah tak payah. Cuma nak kasih sayang.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan semua pembaca. Aku jarang baca kisah kisahrumahtangga dekat sini takut terkesan. Ini kisah aku. Guna fake acc. Kalau nak cerita panjang kisah aku, aku cuba ringkaskan sebelumnya.

Aku just minta doakan dan sokongan positif dari anda semua. Aku ibu beranak 3, sudah 9 tahun berumahtangga. Sebelum ni bekerja, lepas anak ke-3 aku berhenti fokus pada anak 3. Hidup kami suami isteri baik. Suami kategori baik. Baik dengan keluarga dan keluarga mertua. Semua orang suka dia.

Sembang dengan jiran, orang tua ke semua suka. Ramai kawan – kawan. Aku tak pernah halang dia berkawan. Dia juga suka bantu kawan – kawan. Ramai kawan – kawan suka cara dia handle masalah. Yang tu aku akui. Dia tak bermusuh dengan kawan – kawan yang khianat atau tikam belakang. Dia biarkan je.

Mungkin sebab dia baik. Kawan – kawan cemburu juga dengan dia. OK bab tu aku pendekkan. Setelah 8 tahun kahwin, kekasih lama dia baru bercerai. Kisah dia semua aku tau. Kahwin sebab minyak pengasih. Ada anak seorang. Suami aku banyak bantu dia.

Perempuan ni bekerjaya. Kerja bagus. Ada rumah, kereta bagai. Rumah tu dah macam rumah berhantu, macam – macam ada benda khurafat dalam tu. Rumah tu dia duduk dengan bekas suami dan anak. Selepas bercerai, dia tak boleh duduk dalam rumah tu. Banyak gangguan.

Yes, suami tolong segala. Tanpa pengetahuan aku. Jual rumah, pindah rumah, pindah tempat kerja dari negeri Johor ke Selangor. Dah makin dekat dengan aku sekeluarga. Lama – lama berpakat nak berkahwin. Suami tak berbohong dengan aku. Cakap baik dengan aku nak kahwin 2. Siapa – siapa aku kenal. Mak ayah suami tau. Cuma kurang percaya anak dorang macam tu.

Aku bagi bukti WhatsApp suami pada MIL. Dorang takleh cakap apa, diam je. Mak aku dan keluarga pun sudah tau. Mak aku seorang janda kematian suami masa aku umur 1 tahun. Ya, mak seorang yang sangat kuat besarkan kami 4 beradik.

Mak just cakap, “Mak minta maaf tak dapat tolong. Mak nak hang diam je, jangan memberontak marah – marah. Ko jaga anak 3 kau. Suami hang bagi duit kan? Tak abaikan hang kan? Mak doakan je hang. Tu je mak mampu.” Kadang – kadang sedih dari kecil kurang dapat kasih sayang mak.

Ya, mak sibuk cari duit. Mak sayang anak 4 tapi tak reti tunjuk. Balik kampung salam pun tak pernah dicium. Kadang – kadang aku yang peluk hala pipi siap cakap, “Mak ni tak nak cium – cium ke?” Tak salahkan mak pun. Just nak bagitau macam tu lah mak aku.

Lagi satu mak sayang anak menantu. Kalau anak 3 menantu bermasam muka, anak 3 dulu yang mak tegur. Itulah mak aku. Macam hal ni aku juga yang ditegur. Bukan suami. OK berbalik bab suami nak kahwin 2. Suami gaji bagi aku cukup – cukup untuk kami sekeluarga. Dia jenis suka kereta. Suka buat itu ini. Nafkah bagi. Segala bil dia bayar.

Cuma tengah – tengah bulan takde duit, pinjam aku. Nanti dapat gaji bagi balik. Macam tu lah selalunya. Bab nak kahwin 2, perempuan tu tak kisah bermadu. Nak kahwin sangat. Nafkah tak payah. Cuma nak kasih sayang. Aku ada juga bergaduh dengan suami.

Sebab dia langsung takde masa dengan anak bini. Pergi kerja pagi – pagi, balik paling awal 10 malam. Hari – hari. Sabtu kerja. Ahad 1 kali dalam sebulan. Boleh pula nak kahwin 2. Alasan dia, nak bantu perempuan tu. Keluarkan dari masalah dia. Nak tolong dia.

Suami cakap punca perempuan tu jadi macam tu sebab dia. Dorang berpisah sebab suami berpindah. Ikut keluarga tinggal terkapai – kapai. Cinta zaman sekolah lagi. Allah, aku cuba cakap elok – elok. Kalau macam tu tak payah lah dia bercerai bagai. Tanggung je laki anak macam biasa.

Sama juga kalau kahwin abang. Nafkah tak payah juga. Entah lah. Aku tetap kalah dalam berbicara sebab suami memang pandai bercakap. Cakap dengan logik akal. Dia pun cakap kalau talak ada pada perempuan, dah lama dah duda dia. 10 kali menduda dah dia. Aku diam.

Bulan puasa suami ajak berdamai jumpa perempuan tu. Aku tak nak, last bergaduh juga. Sebab perempuan ni kira gila juga. Aku friend Facebook. Aku kadang-kadang share post bab perampas, bab sondol menyondol. Dia provok balik buka status. Buat story. Cakap perli-perli. Aku banyak berdiam makan hati, menangis. Aku tak cerita pada sesiapa.

Raya baru ni suami jumpa keluarga perempuan tu. Sekadar beraya. Lepas balik dari rumah tu, baru perempuan nyatakan hasrat nak kahwin, sanggup bini no 2. Keluarga menentang. Kalau kahwin dia kena buang dari keluarga. Perempuan tu sanggup. Janji dapat kahwin.

Allah, aku cakap bodoh bagai lagi. Tapi sekarang terbaru, baru jadi Ahad ni aku tak gaduh besar. Cuma menangis depan dia, bengkak-bengkak mata, tak hirau anak. Sebab dorang nak kahwin di Siam. Sebab nak halalkan hubungan. Lepas tu nak daftar sini. Tu je cara yang ada. Cara baik dihalang.

Mampukah aku nak menghalang lagi? Nak memberontak, suami cakap aku cabar dia. Aku berdiam, suami cakap aku OK, baik, boleh handle. Aku kadang – kadang buntu nak hadap sorang – sorang. Aku siap belajar masuk kelas berbayar untuk layan emosi, layan suami bagai. Belajar terima takdir.

Tapi aku tak redha pun. Tak ikhlas pun semua ni bakal berlaku. Allah. Kawan-kawan tolonglah aku. Bantu aku beri kekuatan nak hadap semua ni. Mampu lagi ke aku nak halang? Benda belum berlaku. Apa yang patut aku buat?

Komen Netizen:

Snow Arbella : Sis kerja la balik, cari kebahagiaan sis demi anak-anak. Kalau sis tak mampu terima madu dalam hidup sis, jangan dipaksa. Madu memang manis tapi ada kalanya boleh jadi racun. Sis tanya hati sis sendiri. Sayang suami biarlah berpada – pada tapi jangan sampai sis yang makan hati.

Sedih sangat bila ada perempuan yang sanggup ambil suami orang sedangkan banyak lagi lelaki single kat luar sana. Lelaki juga kena beringat, jangan sebab anda mampu, anda rasa ada hak untuk tambah cawangan lain. Fikir-fikirkanlah susah senang dengan isteri pertama. Dunia dah semakin tua. ALLAHU.

Aqil Safwan : Tunggu dan lihat je apa jadi suami dan bini baru dia. Haru biru atau tak. Janji awak dan anak-anak lengkap dari segi nafkah. Enjoy your life, bercuti dan berjalan dengan anak – anak. Cuba bahagiakan diri semampu boleh. Suami anytime Allah boleh tarik dia dari kita. Bukan hak mutlak kita di dunia. Bersabar dan berdoa pada Allah supaya diberi kekuatan dalam menghadapi ujian di dunia ini.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :