
Setelah bertahun ibu dan ayah berpisah bilik, satu hari, ibu tiba – tiba dapat masuk bilik ayah. Kami nampak ada kerusi bertentangan dengan tingkap dan ada sebuah tangga kecil. Bilik itu berselerak dengan kain batik, pelincir, minyak urut dan barang – barang mengaibkan..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Ini luahan hati seorang anak yang lahir dari br0ken family. Kami 5 beradik iaitu along, angah, acik, alang dan usu. Ibu ayah kami pekerja dalam sektor kerajaan dan sekarang sudah bersara keduanya.
Rumah yang diduduki sekarang adalah nama bersama ibu ayah. Pendek kata dari awal perkahwinan mereka, ibulah yang banyak mengeluarkan belanja untuk hal rumahtangga. Ayah pula kami tak tahu sebab dari kecil lagi ayah seolah menjarakkan diri dari kami. Bercakap hanya bila perlu sahaja.
Kami adik beradik dari kecil lagi dah disajikan dengan kisah porak peranda rumah tangga ibu ayah kami. Manakan tidak, tiada ribut taufan tiba – tiba ayah kami mengasingkan bilik tidur dengan ibu kami. Ayah pindah lari ke bilik sebeIah dan jarang lagi berjumpa dengan kami. Dia dengan dunianya sendiri.
Barang – barang keperluan harian dan makanan, ibu yang akan pergi sendiri ke pasar, masak untuk suami dan anak – anak. Kini, kami adik beradik yang bergilir – gilir bawa ibu ke pasar. Selama lebih kurang 15 tahun berlalu dan kami pun berumah tangga. Ibu ayah kami masih seperti itu.
Ibu kami sem4kin hari sem4kin kurang sihat. Sem4kin menjadi jadi b3ngisnya. Jika benda salah sekecil kuman pun ibu kami cepat sentap dan meng4muk. Tapi kami tak salahkan ibu sebab kami menganggap ibu jadi sebegitu kerana ayah mengabaikannya dari segi nafkah zahir batin dah terlalu lama.
Jadi dipendekkan cerita, satu hari along ternampak 1 akaun tiktok wanita muda yang letak banyak video – video ayah kami, malah gambar atuk kami pun ada. Naluri along, mengatakan ada sesuatu antara mereka. Along tunjuk semua tu pada ibu.
Seperti dijangka ibu menangis, sedih, marah. Ibu pada mulanya menyoal ayah tapi dia tak mengaku. Selang beberapa hari kemudian ibu perasan surat nikah mereka hilang. Bila ibu bertanya lagi ayah, akhirnya ayah dengan tiada apa – apa perasaan berkata,
“Awak kan dah tau saya dah nikah. Buat apa nak surat nikah? Nikah di siam tak perlu nak bagi surat apa – apa kat awak.” Ibu terk3jut mengurut d4da beristifar. Ibu hanya bertanyakan surat nikahnya tapi ayah mengatakan kebenaran perihal dirinya. Masa berlalu, begitulah juga ibu ayah kami.
Ayah yang sekian lama mengabaikan ibu dan anak – anak kini m4kin menunjukkan belang beliau. Bebas keluar masuk rumah tanpa mengira masa. Tak balik beberapa hari pun ada. Tapi kami dah tak kisah. Kami diabaikan dan dibuang setelah sekian lama.
Suatu hari, mungkin ibu mendapat pertolongan dari Allah swt. Dengan kuasa Allah pintu bilik ayah boleh dibuka ketika itu. Sewaktu kami masuk di bilik ayah. Kami nampak ada kerusi yang duduk bertentangan dengan tingkap dan ada sebuah tangga kecil.
Dan keadaan bilik itu berselerak dengan kain batik, pelincir, minyak urut dan barang – barang mengaibkan. Ibu menuduh ayah kami bawak perempuan masuk rumah. Kami diam – diam pasang cctv dalam rumah. Tapi selama 2 minggu tiada apa – apa yang mencurigakan. Kami anggap ibu kami paran0id sahaja.
Tetapi suatu pagi achik rasa tak sedap hati. Diam – diam dia keluar sembunyi belakang bilik ayah. Tanpa diduga ada seorang perempuan membuka tingkap bilik, menurunkan tangga. Achik cuba merakam tetapi perbuatannya disedari perempuan itu.
Perempuan itu memberitahu ayah kami yang ketika itu tunggu di dalam kereta. Mereka berdua mengejar acik. Selepas itu ayah kami meng4muk. Apabila kami membuat report, polis tak boleh buat apa – apa kerana perempuan itu isteri ayah.
Tak boleh caj pencer0bohan berlaku. Ibu kami yang mengetahui perbuatan ayah sekali lagi terduduk. Sudahlah selama ini ayah mengabaikan ibu berbelas tahun dari saat ibu tak putus haid lagi tergamak mengkhi4nati ibu kami sebegini rupa.
Ayah bermain tepuk amai – amai dalam bilik bersama perempuan itu sedangkan di bilik sebeIah, ibu kami dibiar tidur keseorangan. Ibu merasa cukup cukup terh1na dengan perbuatan ayah. Kami selaku anak sangat – sangat malu dengan perbuatan ayah.
Bila ibu membuat laporan di pejabat agama, kami diibarat dit3ndang ke mahkamah, ditolak ke pejabat agama lagi sekali. Pengh1naan demi pengh1naan dialami oleh ibu kami. Sekarang ibu baru melantik 1 peguam untuk menuntut nafkah tertunggak selama berbelas tahun, tapi peluang yang peguam bagitahu pun agak tipis.
Sejujurnya kami sudah tidak tahu nak buat macam mana lagi. Setiap benda melibatkan wang ringgit. Sudahlah rumah kami dimasuki penyondol. Undang – undang pun tak menyebeIahi kami yang terani4ya ini. Jika ibu memohon cerai, ibu difahamkan tak boleh menuntut banyak hak.
Ibu yang bersama dengan ayah dari tiada apa sehinggalah sekarang. Sedangkan perempuan itu baru sahaja mer4mpas ayah kami bakal mendapat hak yang sama dengan ibu kami. Saya yakin tiada siapa pun yang bergelar isteri sanggup duduk di tempat ibu saya.
Kepada sesiapa yang ada cadangan atau pandangan kami sangat menghargai pertolongan anda. Saya akan membaca komen anda semua. Saya berharap sangat ayah sempat memohon ampun maaf dari ibu saya. Walaupun ibu saya dah cakap tiada lagi ruang kemaafan buat ayah. Bertahun – tahun ibu disiksa ayah. – Angel (Bukan nama sebenar)
Komen netizen :
Shida Samsudin : Ada lawyer yang memang buat kerja asal boleh. Kadang – kadang siap berpakat dengan pihak Iawan. Terjadi dalam family saya juga. Ada pula lawyer nak duit tak nak buat keje. So carilah peguam lain dapatkan pandangan. Harta sepencarian dari mula – mula kahwin sampai sekarang mesti lebih banyak dan boleh dituntut
Aza Yati : Ada few issues di sini : –
1) rumah bersama, so nak jual kena ada persetujuan bersama. Agak susah, kena usaha kan jugak..
2) carik lawyer lain yang lebih baik, bagitau dinafikan nafkah zahir dan batin bertahun – tahun. Alasan kuat untuk berpisah. Pastu kaw – kaw tuntut harta sepencarian.
3) berpisah and tukar nama w4ris sebelum pencen sebab takut suami yang tak guna tuh dapat.
Yang lain – lain tuh kena stay strong dengan your mom, always be her ears and shoulder to rely on.. Gudluck confessor.. *edit yang bab hibah sebab ada yang tegur.
Rosilawati Binti Mohamed : Ibu tt ada harta paling berharga. Iaitu 5 anak yang ada bersama – samanya. Ibu ada pencen sendiri. Jadi yang lain – lain tu ikut rezekilah nanti. Redha aje . Yang penting carilah jalan bahagia dan ketenangan.
Jangan sukarkan hidup dengan ik4tan yang hanya menghadkan pergerakan dan perbuatan. Dalam keadaan itu tak nampak jalan pahala dan kebaikan. Hujung – hujung usia dah. Carilah damai di hati.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.