Saya surirumah tapi tak dapat pun duit nafkah bulanan, suami bagi RM300 dekat mak mertua. Suami beri RM100 duit raya dekat mak mertua, sepanjang perkahwinan, saya tak pernah menerima sesen pun duit raya daripada suami..
#Foto sekadar hiasan. Saya dahulunya bekerja di sebuah syarik4t besar dan saya sentiasa menjaga penampilan serta gaya hidup saya. Namun, selepas saya mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, segala tumpuan saya tertumpu sepenuhnya kepada keluarga.
Saya menguruskan ibu mertua, suami, dan anak – anak sehingga diri sendiri tidak sempat dijaga dengan baik. Keutamaan saya hanya untuk memastikan keluarga terurus dan dalam keadaan baik. Kini, setelah 15 tahun mendirikan rumah tangga, saya mula rasa taw4r hati.
Saya merasa seperti segala peng0rbanan dan usaha saya tidak dihargai. Bayangkan, saya telah mengabdikan diri sepenuhnya kepada suami dan keluarganya, namun tiada sebarang bentuk penghargaan walaupun sekecil ucapan hari jadi, hari ibu, ataupun ulang tahun perkahwinan.
Tidak ada ahli keluarganya, termasuk suami sendiri, yang mengambil inisiatif untuk memberikan penghargaan dalam bentuk ini. Apatah lagi hadiah ataupun sesuatu yang lebih besar seperti barang kemas, itu jauh sekali berlaku dalam kehidupan saya.
Saya tahu suami mempunyai kemampuan kewangan yang mencukupi. Jika dia mampu membelikan kek hari jadi untuk ibunya, membawa ibu makan di luar ketika hari jadi, malah bercuti bersama ibunya, mengapa tidak dilakukan sekali untuk saya?
Dalam tempoh 15 tahun perkahwinan kami, tidak pernah sekali pun suami membelikan kek untuk meraikan hari jadi saya. Apa yang saya minta bukanlah sesuatu yang besar atau mahal, hanya sedikit penghargaan dalam bentuk ucapan tanda ingatan.
Tetapi apa yang berlaku adalah, saya hanya diingati ketika mereka memerIukan saya untuk melakukan kerja – kerja rumah, meminta bantuan untuk menyelesaikan sesuatu, atau perkara – perkara seumpamanya. Saya sedih dengan keadaan ini.
Saya pernah meluahkan perasaan ini kepada suami. Namun, jawapannya hanyalah, “Ini perkara kecil, jangan terlalu berkira.” Masalahnya, saya rasa saya sudah terlalu banyak berkompromi dan tidak berkira dengan apa yang saya lakukan selama ini.
Saya tidak berkira walaupun tidak diberi nafkah yang sempurna. Saya tidak menerima duit bulanan untuk kegunaan peribadi saya sendiri. Banyak keperluan dan kehendak peribadi saya abaikan kerana tidak mahu membebankan suami atau menyebabkan dia rasa saya berkira.
Saya dapat merasai apa yang dik4takan oleh Fazura, yang pernah meluahkan kesedihannya kerana tidak mendapat duit raya. Bukan nilai duit itu yang menjadi masalah, tetapi tanda ingatan daripada suami yang menyebabkan saya sedih apabila tidak menerima duit raya.
Lebih – lebih lagi dalam keadaan saya yang tidak mendapat duit belanja bulanan, tetapi ibu mertua pula mendapat RM300 setiap bulan daripada suami. Pada hari raya, ibu mertua menerima RM100 sebagai duit raya, tetapi sepanjang perkahwinan, saya tidak pernah menerima walau sesen pun sebagai duit raya daripada suami.
Apabila saya fikirkan semula, saya sebenarnya bukan sedih kerana tidak mendapat duit, tetapi saya sedih kerana saya tidak diingati dalam apa jua keadaan pun. Dalam situasi ini, saya sering bertanya pada diri sendiri, bila agaknya suami akan menunjukkan yang saya ini seorang yang istimewa baginya?
Dalam 15 tahun perkahwinan, tiada ucapan hari jadi, tiada duit raya, tiada duit belanja, tiada hadiah, dan tiada sebarang k3jutan daripada suami. Saya merasa amat kecewa dan tertekan dengan keadaan ini. Kini, tekanan saya sem4kin bertambah apabila saya meluahkan perasaan kepada ibu mertua.
Namun, nasihat beliau hanyalah saya perlu bersyukur dengan apa yang ada. “Asalkan suami tidak mencari perempuan lain, itu sudah cukup baik,” katanya. Saya cuba memahami nasihat itu, tetapi dalam masa yang sama, saya merasa diri saya tidak dihargai.
Suami tidak mempunyai perempuan lain, dia tidak pernah naik tangan terhadap saya, dan dia juga seorang anak yang baik kepada ibunya serta ayah yang bertanggungjawab kepada anak – anak. Tetapi, dalam hubungan ini, saya merasa seolah – olah saya bukan siapa – siapa.
Saya telah meluahkan perasaan ini berkali – kali, tetapi tiada sebarang perubahan yang berlaku. Mereka menganggap ini hanyalah isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Tetapi bagi saya, isu ini sudah terlalu lama dipendam dan sem4kin membebankan emosi saya.
Untuk makluman, bapa mertua saya masih hidup dan masih mempunyai pendapatan yang lebih besar daripada pendapatan suami saya. Ibu mertua pula tahu bahawa saya tidak menerima duit belanja daripada suami, tetapi dia tidak pernah menegur perkara ini. Saya merasakan ini mungkin kerana dia bimbang duit bulanan yang diterimanya akan dip0tong jika suami memberikan saya duit belanja bulanan.
Komen W4rganet :
Mohamad Faizal Azaharin : Memang menyedihkan bila tidak dihargai sebegitu, tapi masalahnya sekarang puan tak ada point nak buat mengaduan, suami bukan kaki betina, dia bekerja, rumah dan barang dapur dia bayar dan cukup kan tak naik tangan, cuma tak bagi duit belanja je itu tak masuk nafkah ya puan.
Jadi ape yang puan perlu buat bersujud dan berdoa semoga Allah membuka hati suami puan menghargai puan, kerena doa seorang isteri itu sama level dengan doa seorang ibu kepada anaknya.
Nurul Zulaikha Jusoh: Orang nampak isu beli kek, beri duit raya, isu remeh. Tapi benda remeh ini kalau bertahun diabaikan, tidak diberi perhatian, ianya boleh bertukar menjadi barah. Lama – kelamaan jadi taw4r hati sampai satu tahap jadi hilang rasa.
Bila orang sudah hilang rasa, hendak undur diri sebab rasa diri tidak dihargai, orang pula menghakimi isteri derhaka, tidak bau syurga. Tetapi sedar tak para suami, ketidakprihatinan anda pada sekecil – kecil benda itulah penyebab keretakan rumahtangga. Isteri ini dia bukan minta yang luar biasa, sekadar ucapan terima kasih dan sep0tong kek. Susah sangatkah untuk memahami dan ambil cakna?
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.