15 tahun kahwin, saya tolong suami bayar semua bil. Sekarang baru tahu, gaji dia 8k tapi kedekut. Suami jerit marah anak sebab nak makan dekat mall

Suami asyik cakap duit saya banyak. Rupanya, dia ada password Maybank, KWSP saya. Dia selalu tanya mana barang kemas saya sedangkan semua saya beli sendiri. Saya diam diam buat simpanan dekat akaun lain, saya sorok emas saya..

#Foto sekadar hiasan. Salam, harap admin dapat sorokkan profile Facebook saya. Takut pula kalau ada yang kenal. Nak tanya, kalau perempuan sebagai seorang isteri rasanya umur berapa sesuai untuk korang bercerai. Saya sekarang berumur 42 tahun.

Saya rasa rugi tak cerai ketika masih muda umur 33 tahun. Sekarang saya dah buang masa banyak. Kalau tahu, saya keluar dari rumah tangga ni lebih awal. Saya dari bujang bekerja GLC dan kerajaan selama 5 tahun tapi terp4ksa berhenti sebab anak tak nak duduk taska.

Saya k0rbankan kerjaya saya tapi ada yang ambil kesempatan bila saya sibuk uruskan hal anak. Sekarang nafkah dapat (dulu saya tanggung diri sendiri dan anak sebab bekerja tetap). Rumah loan saya dan saya letak nama SNP dengan suami masa tu muda tak faham apa – apa, tahu lepas kahwin nak beli rumah.

Barang rumah saya beli, nama dia blacklist, kewangan suami dulu gagal padahal kita course yang sama. Kereta saya juga yang beli sendiri, tapi masa tu bulanan suami bayarkan. Kiranya masa tu makan pun bercatu sebab dia tak kerja tetap, kerja kejap ada kejap tak ada.

Padahal sama course dengan saya. Masa tu selalu saya nangis bengkak mata. Dari seorang cantik muda glamour dekat office, kiranya ada 2/3 orang ajak kahwin dekat office. Tapi tak tahu kenapa saya setia sangat, masa tunang, bercinta pun rupa-rupanya lelaki ni suka pasang banyak perempuan.

Siap perempuan tu kawan saya masa study dan masa tu diorang kata dah tidur dan mengandung. Tapi shortcut, lelaki tu masih dengan saya. Dan saya masih teringat – ingat lagi sampai sekarang. Ambil masa lama untuk pulih. Lepas bekerja dalam 4 tahun je saya rasa kelakuan suami ni baik.

Balance 13 tahun memang saya rasa dia kasar, h1na, m4ki hamun, melepak di luar balik pukuI 3 pagi, tak beri nafkah zahir batin dan semua nafkah anak bersalin semua saya bayar. Baju raya anak sehelai pun tak pernah belikan. Baju jalan, sekolah apatah lagi. Yang tahu hobi dia naik motor kuasa besar, kereta besar.

Bila dia ada duit dia habiskan untuk diri sendiri. Beli kasut, minyak wangi, kereta besar, kereta memang dia akan tintedkan. Nafkah tak bagi. Lepas 15 tahun saya siasat gaji dia dah RM8000. Masa tu saya rasa b0doh kenapa saya tanggung semua perbelanjaan.

Gaji saya masa tu hanya RM2300 sahaja. Dan saya tengok dia jual kereta saya 3 biji dan hasil jualan dalam RM13,000 dia ambil buat deposit beli kereta. Telefon berpassword, cakap dengan mak ayah saya cukup kasar. Depan mak dia dan adik beradik dia pun selalu dia kasar dan tinggi suara pada saya.

Dulu saya diam je, sekarang baru saya Iawan dia. Sekali dia maIukan saya, saya akan maIukan dia balik dan saya blah. Saya cakap macam tu. Terus dia balik kerja, pergi masjid, balik kerja. Umur 35 saya perIukan duit sebab tak bekerja tapi tanggung anak, makan anak, hutang pinjaman masa kerja.

Jadi saya jual satu – satunya rumah, dapat untung 6 angka. Saya ada gunakan untuk family pergi travel. Tak sempat bayar hutang – hutang, suami argue banyaklah duit saya. Dia ada password Maybank saya. Saya tak pernah ambil tahu hal duit, password telefon, semua selama kenal 20 tahun ni.

Jadi saya transfer kos tempat tinggal RM10,000, RM2000. Dia jual kereta saya yang dah habis bayar RM13,000, dia kata dia yang banyak habis duit kat saya sebab dia hantar saya kerja zaman awal – awal saya tak tahu drive. Dalam setahun tu saya bayar cash RM2000 balik.

Saya hari ni renung balik, dia baik dengan saya bila saya ada duit. Bila saya tak ada jawatan dan tiada apa, tak pernah diberi nafkah, ambil tahu bila sakit. Saya fikir masa saya cantik muda pun lelaki ni layan macam apa. Dia pernah tumbvk saya di leher umur 34 masa saya berhenti kerja.

Kiranya saya depress sebab hutang, jaga anak, tak ada jawatan, anxiety dan depr3ssion tapi tak ada sokongan moral. Dia keluar nak lepak pagi, dia lepak je. Mujur saya jual rumah tu dan dapat untung ada duit untuk bayar hutang sekolah anak.

Saya pun dah kerja 17 tahun dari habis study. Jadi saya berpendapat memang hak milik saya rumah tu sebab nama dia blacklist masa tu. Semua pemilikan kereta dan rumah loan deposit semua saya beli masa umur 26 – 30 lepas kahwin. Shortcut, sekarang dia dah beri RM1000 nafkah sebab saya cakap saya tak ada duit langsung. Itu pun dia check semua akaun bank saya.

Tempat tinggal rumah 2 tingkat sekarang selepas renovation (yang dia habiskan duit simpanan 6 angka saya tolong dia guna nama dia dan loan dia rumah baru ni). Tapi saya tak setuju dihabiskan duit simpanan sebab sampai tak cukup duit bayar kontraktor dan dia salahkan saya pula depan kontraktor. Dia maIukan saya kata saya tak masak. Sekarang saya masak sebab nak jimat.

Hari tu dapat keluar KWSP, semua saya keluarkan. Tapi suami balik kerja tanya saya ada keluarkan duit KWSP tak. Saya cakap keluar tapi saya nak bayar hutang dan sekolah anak. Dia diam. Saya tanya tak keluarkan ke awak punya. Dia diam.

Sekarang saya baru perasan bab duit KWSP, gaji, semua password dia nak tahu hal saya. Dia save nombor password. Saya pula memang tak pernah diberi tahu dan dia sorok – sorok. Saya siasat gaji RM8000 dan KWSP dah RM350k. Tapi dia kedekut dengan anak.

Nak makan dekat mall dia pernah jerit mahal sampai orang pandang. Padahal baju, kasut raya, barang sekolah anak, makan anak semua kos saya guna saving kerja, kad kredit saya, gadai emas. Sekarang, lepas saya confront dan lawan dia, dia bagi nafkah RM1000.

Tapi selalu cakap beban pada anak dan saya. 3 tahun lepas saya jumpa telefon kedua dia sorokkan. Saya rasa menyesal betul habis masa muda saya sampai umur 42 dengan lelaki yang salah. Sebab dulu ramai juga saya tinggalkan lelaki yang baik ikhlas nak kahwin dengan saya. Tapi yelah, masa muda sibuk kerja, study, malas nak commitment.

Mak pun marah kalau tahu saya ada boyfriend. Tapi saya tahu lelaki – lelaki tu ikhlas sebab baru kenal 3 bulan dah ajak kahwin. Dengan suami ni kenal 5 tahun tak kahwin sampai duit hantaran pun tak ada. Masa raya pun rumah mak saya 4 jam je.

Lepas tu dia p4ksa – p4ksa saya balik kampung angkat dekat Perak tu stay berhari – hari. Dahlah jadi tukang masak. Dia tidur je. Umur sekarang dah 42 tahun, rasa terlambat tak untuk saya nak bercerai? Dengan saya tak pasti dapat kerja tak lagi.

Tapi saya tak dapat lupakan apa dia buat pada saya dan anak. Pendapat akak – akak dalam ni umur berapa agaknya paling lewat bercerai. Saya rasa rugi tak failkan cerai umur 35 dan saya dah rugi 7 tahun sebab lelaki ni seorang yang licik. Saya nak kumpul bukti dia h4ck WhatsApp saya masa mesej peguam dulu.

Sebab tu saya tak dapat tangkap apa maksi4t dia buat. Depan orang, kawan, saud4ra mara dia buat solat, pergi masjid, baca Quran. Tapi saya yakin dia simpan perempuan di belakang saya dan bermaksi4t. Pernah tak akak – akak dalam ni cerai umur 42? Dan apa nasihat akak – akak.

Kalau saya tahu awal – awal saya cerai, cari kerjaya balik, rumah sendiri. Tapi bila umur 42 saya pun dah kena anxiety, masalah keluarga, tak ada kerja, menyesal jadi perempuan b0doh yang setia dan jujur. Nota sekarang saya tukar password Maybank, emas saya sorokkan sebab dia asyik tanya mana emas.

Semua saya beli sendiri, dia tak ada belikan. Itu je lah jalan keluar saya. Dan dia pernah cakap, “KWSP awak tu saya ada bahagian sikit tahu,” padahal KWSP saya tak lebih 6 angka pun. KWSP dia dah nak RM350k. Saya tertanya – tanya nanti saya tua macam mana. Dia jaga saya ke sedangkan masa muda cantik dia layan saya teruk.

Jadi sekarang saya buat saving sorokkan akaun yang dia tak tahu. Telefon saya berpassword. Saya rasa lembapnya tindakan saya dan bazir waktu saya. Umur dah 42 orang pun tak nak kat kita kan. Dia pun tak hensem, gemuk boroi, drive kereta tertidur – tidur sampai nak eksiden.

Balik kampung saya pun dip4ksa drive. 10 minit dia akan tertidur bila masuk kereta. Terlambat ke? Saya dah umur 42 baru nak bertindak. Lagi 8 tahun nak masuk 50. Patut saya bertindak umur 35 tu. Akak – akak ada nasihat apa dan ada tak yang bercerai usia macam ni. Terima kasih ye. Kalau bercerai saya tak ada sokongan dari family.

Family total t0xic bermula parents, pilih kasih, bezakan kalau tak bagi duit banyak, dan cucu pun dibezakan. Kiranya saya dari dulu usaha sendiri tapi bila dengar saya jual rumah, adik beradik, mak semua datang dan saya bagi beribu – ribu pada mak ayah, pakej percutian mewah. Tapi bila tak ada apa, saya dipulaukan. Lagi tambah masalah.

Komen Netizen :

Sal Surihati : Bercerai tak ada had umur. Tapi kalau nak kerja kerajaan atau swasta umur 40 ke atas agak susah sikit la. Tapi kalau nak kerja sendiri kena ada modal. Kemahiran apa yang awak ada gunakanlah untuk menampung hidup awak di kemudian hari. Pasal nak cerai tu awak boleh dah mulakan sekarang untuk fail cerai berserta dengan bukti sekali. Tapi kalau nak cepat kena perIukan kerjasama dari dua pihak. Kalau tak ada memang bertahun la proses cerai tu.

Ayumi Jaipakdee : Atas diri kita nak tunggu atau nak move on. Kerap kali kita kena b0doh sebab kita perempuan cepat kesian dan kasih sayang. Sebab tu lelaki suka ambil kesempatan. Pada saya baik pun spend duit untuk hire peguam.

Sementara pun tahu dia mampu dan awak pun boleh mulakan hidup baru. Kalau dia dah tak ada duit, kita pun duit dah stop, nak f1ght dekat mahkamah pun rasa beban. Jangan rasa selamat dengan keadaan kita bila ada lelaki sanggup pakai duit perempuan. Barang kemas pun nak kena gadai sebab nak jaga lelaki. Buat keras kepala sekali, baru lelaki tahu kita ni bukan mudah nak baik semula.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :