Aku baru lepas diberhentikan. Suami buat tak tahu aku takde duit nak beli makanan. Hari ni aku dan anak-anak tak makan langsung. Suami hanya tidur

Selama ni aku ada duit hasil kerja tukang cuci. Sekarang aku diberhentikan dan suami buat tak tahu tentang duit makan aku dan anak – anak. Anak – anak tak diberi duit belanja sekolah. Hari ni aku dan anak – anak seharian tak makan. Suami plak rembat duit..

#Foto sekadar hiasan. Kadang – kadang dalam hidup ni, kita buat semua benda dengan niat yang baik. Kita bertahan, kita sabar, kita telan semua sakit seorang diri sebab fikir keluarga dan anak – anak. Kita sanggup susah, sanggup penat, sanggup buang perasaan sendiri semata mata nak pastikan rumah tangga masih bernyawa.

Tapi bila orang yang sepatutnya jadi tempat berg4ntung langsung tak peduli, masa tu baru kita sedar, rupanya kita ni bertahan sendirian. Yang penat aku. Yang s4kit aku. Yang menanggung semua aku. Apa yang aku nak kongsikan ni bukan cerita rekaan. Ini cerita hidup aku sendiri.

Cerita seorang isteri yang dituduh tak taat, seorang ibu yang berjuang tanpa nafkah, dan seorang manusia yang hampir hilang arah sebab terlalu lama dipijak dan disisihkan. Aku tak dinafkahi kerana aku tak taat dan patuh, katanya sebab aku tak jalankan nafkah batin.

Satu hari aku dapat taw4ran kerja sebagai tukang cuci dan aku pun keluar bekerja. Dalam masa yang sama, suami aku shift malam. Setiap kali dia shift malam, siang hari tu dia cuma tidur. Bila bangun, dia hanya hadap telefon. Sebelum pergi kerja, aku uruskan anak pergi sekolah.

Makan ke tak makan, dia tak pernah tanya. Anak balik sekolah, aku pergi ambil. Aku yang hantar, aku yang uruskan. Semua benda aku buat sampai satu tahap aku duduk seorang diri dan air mata mengalir tanpa sedar. Sedangkan niat utama aku kerja sebab nak ringankan beban dia.

Aku nak bantu dia. Aku lalui semua ni seorang diri. Tak ada siapa, tak ada bahu untuk aku sandar. Aku menangis sorang – sorang sambil tatap muka anak – anak. Dalam hati aku selalu kata, mungkin dah tertulis nasib aku macam ni. Tapi aku tak nak anak – anak aku bernasib macam ni.

Aku tak nak mereka rasa seteruk apa orang buat pada aku. Langsung tak ada empati, tak ada rasa kesian pada aku sebagai isteri dan ibu kepada anak – anak dia sendiri. Balik kerja, aku uruskan si kecil, kemas rumah, basuh baju, uruskan semua hal rumah. Makan pun aku sendiri cari.

Bila aku bersuara atau tegur, dia kata dia kerja malam, tak boleh tidur. Aku ni malam boleh tidur, katanya. Aku rasa kecewa sangat sangat. Bukan aku saja saja nak kerja. Tak bagi aku nafkah tak apa, sekurang – kurangnya ringankan tangan uruskan rumah dan anak – anak.

Sebab aku dah buat sehabis baik. Aku kerja semata – mata nak bantu dia langsaikan hutang dia dengan ahlong sampai sekarang aku dah tak ada apa – apa. Segala jasa aku seolah – olah tak wujud. Sebab nak tolong dia, aku sanggup bersusah payah, sanggup ikat perut, sanggup abaikan diri sendiri.

Sekarang aku hanya diam. Aku tak tegur, tak cakap, tak berbunyi apa – apa. Bila aku minta dilepaskan, dia guna alasan anak. Sedangkan dengan anak pun dia tak rapat. Tak macam orang lain dengan anak – anak. Asyik nak marah, baran, kaki maki hamun.

Nafkah satu sen pun dia tak bagi aku. Aku yang fikirkan urusan belanja sekolah anak – anak. Bila aku tak ada duit dan minta dengan dia, jawapan yang keluar dari mulut dia, mana ada duit, tak faham ke. Makan minum, pakai, semua aku cari sendiri. Sumpah demi Allah, bukan hasil nafkah dari dia. Begitu juga makan minum aku, semua aku cari sendiri.

Aku disisih keluarga bila aku ada suami. Aku ingatkan suami akan jaga aku sebaik baiknya. Tapi silap. Semua tu cuma angan – angan. Hampir sebelas tahun aku bagi peluang sebab dia janji nak berubah, tapi aku tak nampak pun perubahan. Masih sama.

Sekarang aku dibuang kerja sebab kontrak habis. Tergapai – gapai aku fikirkan macam mana nak makan, nak minum aku dengan anak – anak. Dia langsung tak rasa bersalah. Malah dia buat tak tahu kami makan ke tak, anak ada belanja sekolah ke tak.

S4kit ni Tuhan je yang tahu. Ya Allah, aku rasa nak keluar lari, tapi aku tak tahu ke mana arah aku nak tuju. Lepas tu aku fikir, macam mana dengan anak – anak aku kalau aku tinggalkan mereka dengan dia. Sedangkan aku pernah tinggalkan anak dengan dia seharian sampai tak makan.

Hari ni kami tak makan langsung. Dia buat tak tahu, hanya tidur dan tidur. Kalau ada duit terselit, dia rembat macam tu je. Anak minta makan, kena marah, kena maki. Sejenis yang pantang nampak duit. Tak kira duit anak atau apa, semua dia sauk.

Sebab aku rasa dia tak hargai aku, sekarang aku jadi kedekut sangat sangat. Langsung tak ada kesian bila dia minta tolong apa – apa. Walhal sampai hari ni, siapa yang dia berhutang, aku yang kena hadap orang cari aku dan anak – anak.

Dulu aku bekerja pun aku masih jalankan tanggungjawab aku. Aku bantu dia walaupun aku tersepit. Dia berdiam diri berhari – hari bila orang tuntut hutang. Aku seorang diri macam orang giIa nak selesaikan hutang dia. K3jam bagi aku cara dia.

Kalaulah satu hari aku jatuh s4kit, aku tak tahu macam mana keadaan aku. Sekarang aku sihat pun habis habisan bantu dia, langsung tak ada rasa kesian. Macam ni ke rasa bila kita yang bersungguh – sungguh sayang dan hargai orang, tapi orang langsung tak ada rasa pada kita. Sampai satu tahap, hari – hari aku berdoa supaya Allah cepat – cepat ambil nyawa aku. Berd0sa ke aku bila rasa benci tu membuak – buak.

Komen Netizen :

Faizal Zubir : Ini baru betul. Kalau suami buat macam ni lepas tanggungjawab, kak boleh mohon cerai. Ada yang dinafkahi tiap bulan, kerja nak bantu suami kononnya nak ringankan beban, tapi bila diuji gaji lebih terus lupa siapa ketua keluarga dan ke mana hilang rasa hormat serta taat.

Aznila Ahmad Fa’aiz : Jika anak kamu perempuan, kamu boleh hantar ke sebuah tempat yang akan tanggung segala – galanya percuma termasuk belanja sekolah jika kamu nak mula hidup baru. Letakkan anak di tempat selamat dulu yang ada makan, pakai, perlindungan dan pendidikan.

Lepas tu kamu usaha bangkit dan pulihkan ekonomi, baru ambil semula anak – anak. Jika kamu nak tenang dan bahagia, kamu kena sayangi diri dan utamakan kebajikan anak – anak. Jangan sampai kemurungan beri kesan pada anak – anak semata mata nak hadap lelaki yang tak ada rasa belas kasihan.

Pokding PokOmar : Buat aniaya anak isteri kalau dapat suami macam ni. Kesian pada anak – anak. Tak ada perasaan belas ihsan. Perkahwinan t0ksik kalau macam ni. Lebih baik berpisah dan bina hidup baru. Ada suami macam biawak hidup.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :