
Suami cakap dekat aku dia nak main forex. Aku bagi nasihat tak nak dengar. Makin lama makin ket4gih. Sepanjang masa depan laptop dan telefon. Kadang – kadang sampai duit makan pun takde. Dia suruh aku guna duit syarikat tempat aku kerja untuk buat modal dia. Sehinggalah satu hari, dia minta..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin. Tolong siarkan luahan aku ni. Terima kasih. Aku dan suami dah bercinta enam tahun. Masuk tahun ke-7 kami nikah. Nikah pun simple je sebab masa tu duit yang sepatutnya buat hantaran dan persiapan, mentua dah pakai untuk majlis perkahwinan anak perempuan mereka.
Hantaran anak perempuan dia tak nak kalah, minta sampai RM35 ribu tapi dekat aku, dia nak letak dekat RM7 ribu je. Mula – mula tu mak mertua dan suami aku cakap aku tak payah nak kumpul duit kahwin. Dah bila jadi macam tu, aku pun ikut kumpul duit sekali sebab masa tu mak dah marah sebab dah dua kali extend tarikh nikah.
Masa tu mak dah w4rning, kalau tak jadi juga kahwin, lepas ni mak nak kahwinkan aku dengan anak kawan dia sebab mak dah tak tahan tengok per4ngai teman lelaki aku masa tu. Sejak kahwin, aku perasan suami sering dahuIukan keluarga dia.
Apa je mak ayah dia minta, dia akan usahakan untuk beri. Kadang – kadang malam buta pun mak ayah dia akan telefon minta duit. Parents dia pula ada pendapatan sendiri tapi jenis boros. Asyik nak beli barang untuk tunjuk dekat orang sampai banyak hutang.
Rumah dan bil lain ditanggung sepenuhnya oleh adik beradik suami. Mentua pula jenis yang cuba keras nak impress orang. Bila nak buat sambutan atau event, tak nak kalah. Semua nak minta sponsor. Barang nak yang berjenama je. Bila suami tak dapat penuhi kehendak mereka, mereka akan post dekat media sosiaI seolah – olah memerli.
“Tanggungjawab anak lelaki”, “Anak yang derh4ka tak dapat berkat”, “Anak lelaki kena ada tanggungjawab biarpun sudah kahwin”. Sepanjang perkahwinan, aku lah yang bantu suami dalam perbelanjaan rumah sebab aku faham dia kena beri duit dekat orang tua dia.
Mana lagi nak bayar sewa rumah dan lain – lain. Aku kahwin pun bukan sebab nak orang support kewangan aku. Aku tak nak dilabel mata duitan sebab aku pun bekerja. Pendapatan aku tak lah banyak mana tapi gaji suami dua kali ganda lebih tinggi daripada aku.
Barang dapur, rumah, baju, mandian, ubat – ubatan, semuanya aku beli dengan duit aku sendiri. Soal nafkah tak payah cerita lah. Memang liat nak bagi. Bila aku tagih dengan cara baik, dia akan merengus dan tuduh aku cuba nak kongkong hidup dia, tak faham keadaan dia.
Itu yang buat aku dah tak nak tanya. Pernah juga dia pinjam duit aku semata – mata nak beri duit dekat parents dia. Yelah, tak bagi nanti kena perli dekat media sosiaI. Bila aku cuba bagi nasihat untuk bagi mana yang mampu, aku pula kena tuduh busuk hati dekat orang tua dia. Sedangkan niat aku cuma tak nak dia buat benda di luar kemampuan dia.
Mana taknya, bila tak ada duit dia str3ss, aku pun kena tempias str3ss. Segala bentak, caci, maki aku dapat. Tapi yang peliknya, suami hari – hari kawal kewangan aku. Semua dia nak periksa. Berapa gaji aku, berapa aku guna, apa yang aku beli, semua dia nak pertikai.
Bila aku cuba buat benda yang sama dekat dia, dia marah pula. Dia tuduh aku macam – macam. Pernah sekali aku s4kit berbulan – bulan. Masa tu aku dah buang berapa ratus ringgit berubat dekat klinik swasta tapi tak sembuh jugak. Bila aku cakap dekat suami yang aku rasa sakit aku mungkin perlu guna rawatan tradisional, kaedah Islam, dia boleh tengking aku. “Dah tahu begitu buat apa susah-susah pergi klinik swasta? Bazir duit dan bazir masa.” Lepas tu dia hempas pintu bilik.
Tapi aku pergi klinik sorang – sorang. Bayar pun guna duit sendiri. Sumpah hati aku s4kit masa tu. Dah lah tengah tahan s4kit, kena tengking lagi. Bila benda ni dah jadi makanan harian, aku rasa tertekan sangat. Dengan sikap tak adil dia, panas baran dia, sikap kongkong, mentua yang pentingkan diri dan suka menderh4kakan anak kalau tak dapat penuhi kemahuan mereka.
Selalu bila suami tak puas hati dengan aku, dia akan ungkit apa yang pernah dia beri. Sedangkan aku tak pernah ungkit apa yang aku beri atau buat. Setiap kali g4duh, aku yang akan minta maaf walaupun punca sebenarnya daripada dia yang suka salah faham.
Kadang – kadang bila aku cuba bincang elok – elok, dia kata aku cari g4duh. Padahal aku tak pernah tengking, maki atau herdik dia. Bila nak bercakap dengan dia pun aku kena berhati – hati dan fikir masak – masak sebab tak nak dia salah faham.
Sampai satu tahap aku betul – betul taw4r hati bila dia kata aku tinggal je dengan orang tua aku dan jangan balik ke rumah kami. Itu pun gara – gara aku cakap dekat dia aku dah beberapa bulan tak diberi nafkah lepas dia pertikai kenapa aku tak ada duit.
Dia lupa ke aku bayar beli barang dapur, barang keperluan, bil telefon sendiri, bagi duit dekat orang tua sendiri. Takkan semua tu ada orang lain yang bayarkan. Bila aku bawa kes ke mahkamah sebab takut jatuhnya talak, dia boleh pula cakap dia tak maksudkan bila dia halau aku.
Hujung – hujung tak jatuh talak atas alasan dia tak maksudkan apa yang dia cakap. Senang ya halau – halau lepas tu tarik balik. Mahkamah pula perintahkan aku balik kepada suami. Hakim siap pesan dekat aku supaya kena bertolak ansur dengan suami.
Habis tu selama ni aku tak cukup bertolak ansur ke? Aku dah cukup bertolak ansur dengan tak minta beli macam – macam daripada suami. Baju pun aku beli sendiri dan aku jimat. Suami ada belikan emas, itu bukan aku yang minta. Nak membeli belah pun aku fikir banyak kali sebab suami mesti bising kalau aku beli barang yang pada mata dia merepek.
Sejak kes mahkamah tu, suami ada juga berubah. Sikap panas baran dia dah kurang, pertuturan dia lebih lembut, tapi bab nafkah tu masih begitu juga. Memang tak pernah bagi. Tapi aku tak nak pertikaikan sebab malas kena ungkit.
Beberapa bulan lepas, suami ada keluarkan kereta. Dia sebagai penama dan aku sebagai penjamin. Mula – mula dia cakap dia yang nak bayar sebab kereta tu dia ambil khas untuk aku. Aku pun okey je. Tapi dalam hati masih ragu sebab takut nanti dia tak dapat bayar. Tak lama lepas tu, betul sangkaan aku.
Dia memang tak dapat bayar. Dia cakap aku kena bayar bulanan kereta tu sebab aku yang pakai. Aku okey sebab aku pakai, aku bayar. Aku tak ada isu langsung pasal tu. Sampai satu hari, suami cakap dekat aku dia nak cuba main forex.
Aku ada bagi nasihat, benda tu lebih baik elak. Ramai yang dah kecundang sebab benda tu. Tapi dia tak nak dengar. Dia tetap main. Makin lama makin ket4gih. Sepanjang masa menghadap laptop dan telefon. Kadang – kadang sampai duit makan pun tak ada.
Pernah juga dia suruh aku guna duit syarikat tempat aku bekerja untuk buat modal dia, tapi aku tak bagi. Satu hari tu, suami cakap keluarga dia nak pinjam kereta aku dua tiga hari sebab nak balik kampung dan tak muat dua kereta. Aku dah tak sedap hati masa tu tapi sebab aku tak nak nanti dilabel macam – macam, aku bagi je. Dari dua hari jadi seminggu, dari seminggu jadi berbulan – bulan.
Rupanya dia cagar kereta tu dekat kenalan ipar dia. Aku tahu lepas aku jumpa surat perjanjian yang dia tertinggal dekat rumah. Bukan tu je, aku jumpa sekali resit pinjaman wang berlesen. Satu per satu terbongkar. Rupanya suami pinjam wang sana sini dekat syarikat pinjaman wang berlesen dan letak nama aku sebagai rujukan. Bila dia tak bayar, aku yang dicari. Masa tu lah aku tahu sebenarnya dia banyak hutang.
Aku tak tunggu lama. Aku keluar dan tinggal dekat tempat lain. Bila aku tanya kenapa dia buat semua tu, dia kata sebab forex. Lepas tu dia boleh pula cerita dekat keluarga dia yang semua hutang tu demi aku. Sedangkan satu sen pun aku tak dapat daripada hasil forex, hasil pinjaman atau hasil jual kereta.
Emas aku dia gadai, duit ASB aku dia keluarkan, pun belum diganti. Bab emas dan duit tu aku tak nak besarkan sebab ada juga duit dia. Tapi hujung – hujung, bila aku keluar tinggalkan dia, aku dituduh pergunakan dia dan mata duitan.
Kalau betul aku mata duitan, dah lama aku tinggalkan dia. Tak payah tunggu enam tahun. Enam jam kenal pun aku dah tolak. Apa yang aku dapat daripada perkahwinan ni? Aku kahwin tapi aku tanggung diri sendiri dan suami. Rasa macam aku tak ada suami. Aku rasa aku dipergunakan demi kepentingan dan nafsu suami je.
Mungkin ada yang akan kata aku b0doh sebab enam tahun bercinta tapi tak nampak. Ya, aku memang b0doh. Aku juga yang ajak dia kahwin sebab enam tahun ke hulu ke hilir tapi tak ada usaha nak jadikan aku isteri. Aku pilih juga kahwin sebab aku rasa tak ada orang lain yang nak aku.
Mak mentua dan ipar pun memang dari awal dah nampak tak berkenan dengan aku. Mereka nak yang kaya dan senang dibodek. Aku tak ada apa – apa. Suami sebelum kahwin pun memang dah nampak panas baran. Pernah sekali dia Ianggar aku dengan motor sebab aku tegur dia supaya bercakap sopan dengan nenek dia. Keluarga dia memang jenis suka tengking dan memaki.
Semua red flag aku nampak awal – awal, tapi aku b0doh sebab aku fikir aku boleh ubah dia. Suami ialah lelaki pertama dalam hidup aku. Ayah buang keluarga masa kami kecil lagi. Keluarga ayah pun tak nak pandang kami sebab miskin.
Aku memang biasa hidup susah, tapi itu bukan bermaksud orang boleh pergunakan aku sampai macam ni. Aku sampai kena jumpa pakar psikologi akibat tindakan suami. Sekarang aku minta cerai sebab aku dah tak tahan. Aku rasa lebih baik hidup sendiri.
Ada suami pun macam tak ada. Aku tak nak terus buat d0sa hidup macam ni. Aku minta suami lepaskan aku dengan cara baik, tapi dia tak nak. Apa yang patut aku buat? Ini bukan sebab aku tak nak hidup susah bersama suami. Aku dah susah bersama – sama dengan dia sebelum kahwin lagi.
Yang buat aku tak boleh teruskan sebab aku tak nampak rasa tanggungjawab sebagai seorang suami daripada dia. Kalau ada anak, siapa yang akan tanggung seratus peratus? Aku sampai terfikir mungkin ini sebab kami belum dikurniakan anak. Aku rasa lebih baik kami bawa haluan masing – masing je. Cuma aku runsing sekarang macam mana aku nak keluarkan diri aku daripada hubungan ni. Aku betul – betul dah tak tahan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.