Suami merungut, marah sebab aku bagi gaji RM1500 dekat kakak tolong jaga anak aku. Aku nekad ambik hibah, letak nama kakak

Kakak aku jaga anak seharian, siap jaga rumah, balik kerja rumah aku rapi je dan siap masak. Dari 5 pagi sampai 8malam kakak jaga anak aku. Makanan untuk aku dan suami pun kakak sediakan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Aku kat sini nak meluah dan minta pendapat semua tentang konflik aku dan suami bab bayaran mengasuh anak. Ceritanya macam ni, aku ada kakak sulung seorang balu anak seorang. Masa suami kakak aku meninggaI, dia masih muda dan belum sempat beli rumah.

Arw4h abang ipar ketika itu bekerja juruteknik kilang, hanya meninggaIkan sedikit pamp4san dan seorang anak. Kakak aku pulak seorang bekas graduan ijazah namun diminta menjadi surirumah oleh suaminya. Selepas suaminya meninggaI, mak aku ajak kakak duduk bersama mak, mak ketika itu baru disahkan s4kit jantung dan perIukan rawatan.

Jadi kakak yang menguruskan mak dan menjaga mak. Kehidupan kakak dan mak berg4ntung kepada duit pencen arw4h ayah dan kakak berniaga online sebagai dropship. Ketika itu aku masih belajar di univeristi, kakak kerap memberi aku wang saku dan pada permulaan aku bekerja bila tak cukup duit aku akan pinjam dengan kakak.

Kakak tak pernah cakap tak ada duit, sentiasa dia usahakan untuk aku. Selepas 2 bulan aku berkahwin, mak aku dijemput ilahi. Dan ketika aku mengandung, doktor diagnos aku menghidap peny4kit kr0nik kalau tak rawat boleh sudden de4th. Aku menjadi cepat letih, sesak nafas dan kerap jatuh s4kit.

Suami aku pula jenis yang buat hal sendiri, aku tengah tak sihat alah mengandung tak larat masak dia buat tak tahu je. Dia jenguk aku tanya okey ke tak, aku mesti jawab okey je lah kalau tak okey pun macam tak ada apa – apa je. Dia hanya kisahkan nak makan apa, lepastu aku yang kena order makanan dekat Foodpanda.

Kalau aku kerja weekend, dia mesej aku dia tak makan tengahari lagi aku yang dekat office ni kena order untuk dia. Macam aku ni mak dia pulak. Aku fikir kalau anak aku lahir, dengan style suami aku yang macam tu dan aku yang s4kit ni aku risau anak aku terabai.

Aku terus minta izin suami aku untuk bawa kakak aku tinggal bersama jadi boleh mengasuh anak aku sepenuhnya. Anaknya dah masuk asrama jadi kakak tinggal sendirian dia rumah arw4h mak. Lagipun rumah arw4h mak dah usang, perlu diperbaiki dan kakak tak ada modal. Arw4h mak beri rumah itu kepada kakak kerana dah jaga arw4h mak s4kit.

Suami aku setuju dan syaratnya urusan upah bulanan aku yang tanggung. Memang gaji aku 3 kali ganda dari suami, suami aku memang berkira bab duit. Dia sediakan basic nafkah je, yang lain aku kena tanggung. Aku taknak cakap bab duit dengan suami sebab dia mesti melenting.

Aku bayar dekat kakak aku sebulan RM1500 sebab kakak aku mengasuh anak aku seorang je, aku memang lepas tangan dan otak aku dekat office lapang tak risaukan hal anak. Sebab aku tahu kakak aku baik, penyayang, lembut, bijak boleh didik anak aku jadi solehah macam dia.

Sejak aku dalam pantang semua kakak aku uruskan, cuma mengurut saja aku upah orang. Makanan suami aku pun dia siapkan. Suami aku tak tahu berapa upah aku bagi dekat kakak bertahun aku sorok dari suami sebab aku tahu dia mesti tak setuju upah RM1500 sebulan,

Sebab dia kata kawan dia hantar mengasuh sebulan RM400 je, sampai anak aku 3 tahun, aku nak hantar anak masuk tadika untuk bergaul. Sekejap je jam 9 sampai 12. Segala urusan k3jut anak siapkan anak hantar dan ambil anak kakak aku yang urus, kemudian jaga macam biasa sampai aku dan suami balik.

Aku dan suami kerja di negeri sebelah, rumah aku di Negeri Sembilan, aku dan suami kerja di Selangor. Jadi jam 5 sehingga 8 malam kakak aku yang jaga, tapi bukan sampai 8 malam je sebab anak aku memang berkepit dengan kakak aku je, tidur pun dengan kakak aku. Kiranya kakak aku lagi kenal anak aku dari aku dan suami.

Dengan suami aku, kalau bukan sebab suami aku bawak berjalan makan angin langsung lah anak aku tak kisah ayah dia ada ke tak. Suami aku pun tak kisah anak dia tak rapat, dia lagi suka sebab boleh buat hal sendiri. Isu upah timbul bila aku minta suami bayarkan separuh kos anak.

Aku campur kos upah mengasuh dengan sekolah. Suami aku melenting bila tahu selama 3 tahun ni aku bayar kakak aku RM1500 sedangkan aku yang bayar guna gaji aku. Kakak aku jaga anak seharian, siap jaga rumah, balik kerja rumah aku rapi je dan siap masak.

Aku dengan suami balik makan layan anak sejam dua je.. Otak aku free, tak ada risau anak aku kena pukuI kena apa. Anak aku membesar sangat baik, screentime kakak aku sangat control dan anak aku tak main gadget dan game langsung. Umur 3 tahun boleh cakap english, kenal huruf, pandai urus diri, tak tantrum dan sangat sopan and happygirl sebab asuhan kakak aku.

Aku rasa RM1500 tu sangat kecik dan malu bila aku fikir dengan apa yang kakak aku dah k0rban untuk pastikan aku tenang, s4kit aku tak menggiIa. Nak harap suami aku, dia langsung tak kisah str3ss aku. Aku banyak mengelak hal sensitif sebab tahu suami aku macam mana.

Aku yang banyak habis gaji sara family tapi aku tak sebut aku buat happy je sebab taknak ada isu dan g4duh. Suami aku siap beli motor besar, beli baju kasut branded sebab duit dia banyak lebih. Anak nak melancong, dia beli tiket flight je dengan hotel, yang lain aku bayar.

Siap bagi syarat, kalau bawak kakak aku melancong sekali aku yang kena bayar semua dia tak nak keluar duit langsung untuk trip tu. Kalau nak rasa gaji dia, kena follow lah. Aku pernah bawak kakak aku berjalan ke Langkawi sebab masa tu aku tak sihat dan perlu kakak aku jaga anak sepanjang bercuti.

Suami aku tarik muka dan moody, marah – marah sepanjang bercuti. Dia langsung tak respect kakak aku. Dia siap cakap nada kasar dengan kakak aku, masa tu aku dah nak meIetup tapi aku sabar je sebab tengah bercuti. Sekarang suami aku tengah beng4ng dengan aku dan kakak aku isu upah mengasuh. Dia kata patutnya duit tu boleh simpan untuk anak.

Lepastu dia kata dah tanya family dia semua cakap dah bagi duduk rumah free, bagi bilik, tanggung makan minum patutnya tak payah upah pun takpe. Suruh je kakak aku sambil mengasuh buat kerja lain kalau nak duit, buatlah ambil tempahan nasi lemak letak dekat gerai – gerai. Itu suami aku cakap, family dan kawan – kawan dia yang cakap.

Kakak aku jaga anak sorang dari pagi sampai malam, disuruh buat kuih nasi lemak sebab tak bagi aku upah kakak aku. Dia ingat kakak aku yang mintak nak duduk dengan aku jaga anak aku ke. Aku yang mintak tolong kakak aku. Kalau kakak aku tak wujud dalan hidup aku dengan s4kit aku ni dan dengan suami aku yang jenis buat hal sendiri, aku rasa dah lama aku arw4h sebab s4kit aku ni tak boleh str3ss nanti m4kin teruk.

Aku tak nak sebab nak jaga hubungan aku dengan suami, kakak aku kena pij4k kena buIi. Aku bukan saja nak derh4ka dengan suami, tapi suami aku penting diri. Dia fikir kehidupan dia je, fikir masa depan dia je. Aku ada ambil hibah sebelum aku disahkan s4kit, dulu nama penerima arw4h mak, lepastu aku bagi dekat kakak sebab aku baru kahwin je masa tu.

Sekarang aku nak kekalkan je kakak jadi penerima hibah, sebab aku rasa kakak aku je yang usaha nak bagi aku tak str3ss nak aku hidup lama. Suami aku macam nak cepat – cepatkan aku m4ti je. Aku yang salah ke? – Yuzi Haraku (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Amaira Amira : Now tell me, laki awak ni penuhi nafkah bahagian yang mana? Dari segi zahirnya, duit awak yang keluar untuk family. Batinnya, dia tak pedulikan kesejahteraan awak pun. Macam tak function berlaki macam ni, buat semak kepala.

Kakak baik giIa macam tu, cuma ada 1 dalam sejuta. Dia boleh pilih untuk hidup happy enjoy sorang – sorang tapi dia pilih untuk stay dengan awak, jaga family awak. Semua kerja dia buat tu dah sama macam pembantu rumah yang layak dibayar gaji minimum, plus elaun – elaun, and kena ada cuti tahunan lagi. Tapi dia tak demand macam tu pun kan? Seumur hidup tu lama awak, pilih betul – betul dengan siapa kita nak menua. Kalau berlaki lagi lebih tambah d0sa, dan tak bahagia… fikir – fikir lah.

Siti Zaleha Mardiah Ali : Sebenarnya kakak TT buat 2 tugas: 1. Pembantu rumah/ domestic helper 2. Guru taska sebab beliau mendidik anak TT. Jadi, boleh bagi gaji lebih dari RM1500. Hibah kekalkan untuk kakak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :