15 tahun lalu, aku curang sampai terIanjur. Aku tipu isteri. Aku cakap perempuan tu perempuan lorong. Hari ni, anak aku pulak h4ncur di tangan suami orang

Masa tu, aku dah jadi suami orang. Aku kenal dia sebagai perempuan naif, sopan. Kami bercinta sampai terlanjur berkali – kali. Bila isteri tahu, aku lari tinggalkan dia walaupun dia merayu. Sekarang, aku terima kifarah. Anak aku balik, menangis sebab dah rosak sebab suami orang. Aku nak cari balik perempuan yang dulu aku rosakkan..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum w.b.t. Aku harap cerita ini dapat diterbitkan. Aku ini sudah pun berumur 46 tahun. Aku ini pernah mainkan seorang gadis lebih kurang 15 tahun lepas. Baru – baru ini anak aku pulang ke rumah menangis dek dipermainkan teman lelakinya dan alami masalah jantung.

Aku nak cari lelaki itu tetapi anak gadis jadi bisu tak mahu cerita. Siang malam menangis. Nak kata tak dijaga elok, aku sudah beri lebih perhatian dan ajaran agama. Minggu lepas masuk hospital alami masalah jantung. Ini semua salah aku tak mampu pendam lagi.

Aku bertaubat membaiki perkahwinan aku kembali selepas aku curang dahulu tetapi mengapa tuhan masih membalas? Aku sangka aku dah buat semua keputusan yang betul. Aku temukan laman ini pun sebab aku taip berz1na perempuan ketiga.

Aku baca banyak berkaitan z1na tetapi aku tak jumpa solusi. Aku sudah cuba tanya kepada ustaz ustazah tetapi aku tak dapat jawapan. Dahulu aku bercinta dengan anak gadis sehingga berz1na. Dia bukanlah gadis liar tetapi gadis biasa sopan. Dia datang dari keluarga yang bermasalah dan jenis pemalu.

Kami bercinta hingga terlanjur. Aku mengambil mahkotanya dan kemudian aku mula sedar aku memang tak akan kahwin dia kerana sudah pasti tak akan diterima oleh isteri dan anak aku. Kami z1na banyak kali dan aku bersalah kerana bagi banyak harapan palsu.

Aku rasa amat bersalah kerana dia gadis suci yang langsung tak tahu apa – apa. Namun, aku cuba tipu diri untuk percaya dia yang sudi untuk sedapkan hati. Aku mahu halalkan dia tetapi aku takut isteri marah dan tinggalkan aku. Gadis itu jadi baran dan murung menunggu aku.

Aku layan gadis itu endah tak endah harap dia tinggalkan aku. Aku memang tak tahu apa aku perlu buat waktu itu. Gadis itu akhirnya beritahu isteri. Isteri aku menyuruh dia jangan kacau aku lagi. Aku ambil peluang putuskan hubungan dengan gadis itu dan jujur kata waktu itu, aku amat lega mempunyai alasan dapat lepas tangan dari komitmen lagi.

Waktu itu aku fikir dia adalah gadis yang tak elok dek dia selalu m4ki aku dan murahan. Aku bersungguh taubat dan bina kembali keluarga aku. Aku fikir Islam suruh utamakan isteri jadi aku tinggal gadis itu dan fikir nak gembirakan isteri sahaja.

Isteri tahu aku berz1na tetapi aku tipu kata gadis itu peIacur dan mengugvt aku untuk tak tinggalkan dia. Aku sangat keji kerana aku cuma fikir mahu selamatkan perkahwinan dan anak aku sahaja. Gadis itu ada datang kembali cari aku tetapi aku sorok.

Hidup aku berubah elok dan isteri juga memik4t aku kembali. Isteri juga tak putus doa agar anak dijauhkan dari lelaki jahat. Jujur kata aku ada rasa bersalah mengenang nasib gadis itu tapi aku pujuk hati anggap gadis itu tak elok dijadikan isteri dek murahan dan sanggup meruntuhkan rumah tangga.

Alangkah baiknya jika aku mengerti lebih awal bagaimana rasa maruah dipermainkan. Kini, aku mula mengerti kenapa gadis dahulu dari sopan bertukar bermulut baran berm4tian mem4ki aku menyuruh menjaga maruahnya. Aku sudah cuba sedaya upaya berubah agar tak dapat kifarah.

Gadis itu melepaskan aku dengan mudah selepas isteri aku tahu. Dengan keluarganya yang bermasalah, aku tahu tiada siapa akan membela nasib dia buat aku rasa lebih selamat tinggalkan dia. Mungkin sahaja ketika aku membawa keluarga makan mewah cuba ambil hati isteri, gadis tersebut bert4rung nyawa kerana kecewa dan takut. Aku minta maaf. Kifarah akhirnya tiba pada tahun ini.

Aku melihat betapa lemau dan kosongnya pandangan anak gadis aku, lebih teruk dari isteri aku ketika mengetahui aku curang dahulu. Anak gadis aku yang elok akhlak agamanya dipermainkan suami orang juga. Perit fikir mungkin sekali lelaki itu juga sedang bercuti bersama keluarganya membina hubungan kembali.

Aku pula dipulangkan dengan anak gadis yang sudah rosak dan h4ncur masa hadapannya. Apa aku perlu buat sekarang ini? Setiap malam aku menangis dan jiwa aku musn4h mengenang nasib anak. Macam mana aku nak cari gadis itu kembali untuk meminta maaf kalau dia sudah lama tinggalkan aku?

Bagaimana aku nak pulihkan anak aku kembali? Kesihatan jantung anak aku merosot teruk patah hati. Aku tahu kisah ini dari handphone perbualan cinta anak aku bersama lelaki tersebut. Kata terakhir lelaki itu mengatakan lelaki b0doh sahaja nak perempuan murah perosak macam kau menyengat hati aku dan kemudian dia sekat nombor handphone anak aku.

Aku sudah cuba hubungi berkali – kali menggunakan handphone yang berlainan tetapi lelaki itu sudah tukar nombor handphone. Mahu cari laman sosiaInya, anak aku masih berdiam diri. Sudah berbulan anak aku tak lagi berkata apa – apa pada aku dan emaknya.

Dia kelihatan bagai m4yat hidup yang hanya menangis. Aku nampak dia bertaubat dan menangis di sejadah. Aku buntu sangat dan aku malu bila keluarga bertanya kenapa anak aku jadi sebegitu. Melihat anak aku buat aku asyik terkenang gadis dahulu dan fikir adakah dia masih hidup.

Jika dapat berpatah balik, aku harap aku jujur pada isteri dan berkahwin sahaja lagi. Walhal poligami itu halal tapi dek rasa takut, aku ambil ringan bab maruah gadis itu. Aku sangka kehidupan yang kembali tenang selepas bertaubat menandakan aku buat keputusan yang betul berbalik kepada isteri.

Alangkah b0dohnya aku berfikir begitu mudah lepaskan tangan selepas melakukan d0sa. M4kin aku bertaubat dahulu, m4kin bersalah aku rasa pada gadis itu tetapi dek kehidupan yang bertambah baik, aku abaikan perasaan. Mohon doakan anak aku sihat kembali kerana aku bimbang jika gadis dahulu alami lebih teruk, anak aku dan aku juga akan merasakan hal yang sama.

S4kit mental anak aku menyebabkan dia sukar pulih dan mengalah untuk berjuang hidup lagi. Isteri aku juga sudah jadi tak keruan tak terurus. Dahulunya fikir d0sa aku akan dibalas pada aku tetapi mungkin tuhan lebih tahu bagaimana mahu buat aku rasa peritnya maruah dipandang ringan iaitu dengan menggunakan anak gadis yang aku sayang.

Apa aku perlu lakukan agar anak aku kembali sihat? Aku terfikir adakah dahulunya jalan terbaik adalah menjaga maruah gadis berkenaan? Jika isteri ugvt bercerai, macam mana aku hendak jaga maruah gadis itu? Akan tetapi kalau aku tinggal gadis itu terus, kifarah pula berbalik.

Dari dahulu aku cuba cari jawapan apakah tindakan yang sewajarnya? Sekarang bila nampak siksanya anak aku mental fizikal, hati aku luluh. Aku akan terus cari lelaki itu dan tak akan aku lepaskan. Aku buntu sangat apa aku perlu lakukan sekarang dengan tiada info tentang lelaki itu.

Hati aku tak tenang rasa bersalah kerana aku juga pernah menyebabkan anak gadis lain sebegini. Siksanya hidup rasa maruah tercalar dan tak boleh berbuat apa. Aku hanya duduk termenung di sebelah anak yang lesu bert4rung nyawa bersama isteri yang tak berhenti menangis.

Mungkin aku harus redha terima sahaja takdir balasan ini. Aku menyesal dan tahu aku penyebabnya. Aku rasa perit dan mahu meluahkan kerana kini keluarga aku seperti semuanya m4ti. Maafkan abah. – AAA (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Syahirah Omar : Allahu, saya sebagai seorang ibu kepada 2 orang anak perempuan memang siang malam doakan semoga anak – anak perempuan kita tidak terjerumus dengan hubungan seperti ini. Dan saya juga sentiasa berdoa supaya anak lelaki saya menghorm4ti, tidak meny4kiti dan tidak mengkhi4nati perempuan lain. Tak mudah besarkan anak – anak akhir zaman ni. Semoga Allah Iindungi anak – anak kita semua.

Syuria Ijai : Arw4h abah dulu selalu pesan pada kami adik beradik jangan zaIimi orang walaupun tak kena pada kita tapi perkara tak baik yang kita buat akan kena pada keluarga kita jadi berhati – hati. Kadang – kadang doa itu bukan dari gadis itu malah mungkin doa ibu bapanya kita tak tahu. Nasihat saya jumpa la keluarga dan gadis tersebut minta maaf. Sepertimana kecewanye encik begitu juga keluarga beliau.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :