Awal kahwin aku redha suami tak bagi nafkah sebab tak stabil. Sekarang bisnes dah maju, dia pakai baju branded, kereta merc. Nafkah aku takde, sebab aku kerja

Income suami ratus ribu tapi kedekut dia tu masya-Allah. Baju aku dan anak – anak hanya beli setahun sekali. Tu pun kira sekali termasuk seluar dalam dan baju dalam. Dia beli kereta Merc, awal – awal dah w4rning, kalau aku guna kereta dia..

#Foto sekadar hiasan. Salam, aku harap admin dapat siarkan cerita aku supaya aku dapat feedback dan buat keputusan yang terbaik untuk aku dan anak – anak. Nama aku Tipah, berumur 40 tahun, mempunyai 4 orang anak dan seorang suami yang sangat berkira dan boleh aku katakan kedekut.

Secara luaran orang nampak kami macam pasangan bahagia, tapi hakik4tnya aku makan dalam. Maaflah kalau cerita aku panjang macam novel, tapi tolonglah baca sampai habis. Aku dilahirkan dalam keluarga yang well off. Walaupun aku merupakan anak perempuan tunggal, bongsu dan mempunyai 2 orang abang yang lebih besar, tapi parents tak pernah lebihkan aku, terutamanya mak aku, sebab baginya aku hanya moder4te achiever dan abang – abang lebih pandai.

Dari situ aku rasa mula wujud sifat survivor dan denial tu. Orang selalu cakap, “Ala, awak anak perempuan, sorang dan bongsu pulak tu, mesti anak emas mak dan daddy.” Hakik4tnya tak. Tapi bila orang cakap macam tu, aku hanya mengiakan, dan makan dalam sebab aku tak dapat pun apa yang orang sekeliling dok katakan.

Aku juga mempunyai self-esteem yang sangat rendah sebab dari kecil aku seorang yang gemuk dan tak ada rupa sangat. Boleh aku kata rupa aku dulu macam Cik B anak Datuk Vida masa kecil – kecil dulu. Jadi dari kecil aku jarang dapat perhatian daripada parents dan orang sekeliling.

Tapi semuanya berubah lepas SPM bila aku mula exercise dan jaga makan. Bila aku masuk alam pekerjaan, aku dikira dalam kategori hot jugak sebab masa tu dah ada duit sendiri nak melawa dan aku kurus (ambil masa bertahun nak kurus).

Masa inilah aku berkenalan dengan suami aku dan time tu aku memang rasa desperate sangat. Selama 22 tahun tak ada orang yang betul – betul sayang dan beri perhatian, tiba – tiba ada lelaki yang suka pada aku. Kami tak berkawan lama, lebih kurang setahun dan terus kahwin. Tak tunang pun.

Ada la cerita di sebaliknya, tapi tak payah aku cerita nanti panjang sangat. Suami aku ni 7 tahun lebih tua dari aku. Maksud aku, masa tu aku desperate sebab siapa yang suka aku, rupa ok, kerja bagus, aku grab je. Dan kat situ la kesilapan pertama aku, sebab tak betul – betul kenal suami. Dia ajak kahwin, aku terus ok.

Lepas kahwin, aku bunting pelamin. Punyalah happy. Salah satu sebabnya ialah sebab boleh makan banyak. Aku kahwin umur 23, jadi selepas 6 tahun berdiiet tu, bila dapat baby orang kata boleh makan untuk dua orang, aku apa lagi. Jadi aku naik berat badan dan aku perasan masa ni suami dah mula berubah.

Pernah aku tangkap dia texting perempuan lain “I miss you”. Tapi macam biasa, sebab aku in denial dan takut kehilangan dia, kami g4duh, dia minta maaf dan habis macam tu je. Benda perempuan lain ni dalam 16 tahun perkahwinan, jadi dua kali.

Suami aku datang dari family biasa – biasa, middle income. Dan sebagai seorang perempuan bekerja dari keluarga well off, suami aku anggap dia tak perlu bagi nafkah kat aku. Masa tu aku tengok keadaan kewangan dia pun tak adalah baik sangat, tambah pula tengah buat MBA guna duit sendiri.

Jadi sebagai perempuan naif, aku rasa tak apa lah dia tak bagi nafkah. Kesian kat dia. Well, aku memang b0doh masa tu. Konsep nafkah bagi dia adalah pakaian setahun sekali waktu raya dan apa yang dia dah spend untuk belanja dapur. Itu sahaja. Kenapa tak boleh bagi lebih? Sebab dia banyak hutang.

Hutang apa? Aku tak tahu sebab dia takut sangat nak share hal kewangan dengan aku. Aku rasa dia takut kalau aku nampak slip gaji dia, aku mula demand macam – macam. Dalam 16 tahun kahwin, aku rasa 2 atau 3 kali je aku nampak slip gaji dia. Tu pun punyalah susah nak minta sebab nak bagi kat sekolah untuk maklumat pendapatan ibu bapa.

Selain tu, suami aku memang tak pernah share apa – apa password personal. Mungkin sebab pernah kantoi curang dulu, jadi dia tak share password handphone, Facebook, akaun bank. Apa sahaja yang personal pasal dia, memang dia kunci rapat.

Aku pula konon jadi isteri baik, nak husnuzon je. Tapi yang buat aku sedar dan tak tahan ialah dah lama sangat aku in denial pasal nafkah. Bila mak aku tanya, aku akan jawab, “Ya, Ahmad ada bagi duit nafkah,” sebab nak jaga aib dia, padahal tak.

Kedekut dia tu masya-Allah. Baju aku dan anak – anak hanya beli setahun sekali. Dia ingat setahun 365 hari tu cukup ke dengan 5 pasang baju? Tu pun kira sekali termasuk seluar dalam dan baju dalam. Lepas tu dia tak nak beli lagi sebab masa anak aku Miza kecil, baju yang dia beli tak dipakai. Hello, takkan nak pakai baju sama hari – hari kot.

Sekarang dia dah berhenti kerja dan start bisnes sendiri. Dan bisnes dia m4kin berjaya. Tapi benda pertama yang dia nak buat bila dapat income ratus ribu ialah buat rumah untuk mak dan adik – adik dia tinggal. Terkedu aku. Rumah yang kami duduk sekarang pun ayah aku bagi.

Dengan pagar rosak, maintenance tinggi, dia anggap tu bukan tanggungjawab dia. Ayah aku yang salah bagi rumah besar, jadi nak maintain rumah tu tanggungjawab akulah, atau ayah aku. Dia beli kereta Merc. Bila aku tanya, dia kata dia kerja keras buat double job. Aku sebagai isteri, support je la.

Tapi yang buat s4kit hati, bila aku pinjam kereta dia, dia akan cakap, “Ha pastikan bawa kereta tu elok – elok. Kalau awak Ianggar apa – apa, awak tanggung.” Pedulik apa dia pasal aku? Nan hado. Pada dia, beranak dan jaga anak ialah benda normal. Tak perlu dibesarkan pun.

Aku bersalin operate 4 orang anak pun bagi dia tak ada apa. Mak dia bagi duit untuk dia beli rumah masa muda – muda dulu dan bantu modal bisnes tu jauh lebih besar peng0rbanannya. Adik – adik dia pun kononnya berk0rban sebab scholar masa belajar dulu hanya untuk dia seorang.

Sebab tu la adik – adik “terp4ksa” duduk cramped serumah dengan mak dia. Padahal masing – masing dah kahwin, ada kerja, ada keluarga. Yang sebenarnya malas nak fikir tanggungjawab. Dia kata dia dah buat kira – kira. Aku ada gaji, nanti pencen pun ada pencen. Jadi apa susah kalau dia tak bagi nafkah? Dia tak tahu ke bila gaji masuk je, tolak sana sini, aku tinggal RM500 je nak survive.

Dan ke mana semua duit aku walaupun gaji aku banyak? Sebab semua benda dalam rumah kena bahagi dua. Dari household sampai holiday. Baru tahun ni la aku pandai claim groceries sebab ternampak slip gaji dia yang amount hampir double gaji aku.

Dia boleh enroll gym, makan luar, beli perfume mahal, baju branded. Aku nak beli baju branded boleh kira dengan jari. Perfume pun beli yang 3 botol RM50 tu. Dia salahkan aku sebab katanya aku ambil loan ASB banyak, sebab tu aku tak ada duit.

Padahal dengan ASB tu la aku buat simpanan untuk aku dan anak – anak, sebab aku ada feeling bila dia dah berjaya nanti, duit dah banyak, dia akan tinggalkan aku dan anak – anak. Dia memang culas bab solat. Al-Quran pun jarang nak sentuh. Baca waktu puasa je. Solat jemaah dengan aku dalam 16 tahun mungkin tak sampai 20 kali.

Anak – anak punya solat, Quran semua tak penting bagi dia. Yang penting score dalam sekolah dan Kumon. Dan dia selalu bagi hint kalau anak – anak tak pandai atau tak berjaya macam dia, dia rasa rugi nak invest dekat budak – budak ni. Jadi sekarang, kesimpulan aku, aku nak keluar dari perkahwinan ni.

Tapi aku kesian kat anak – anak. Mereka akan hidup tanpa ayah dan kena hadap emotional rollercoaster. Anak paling kecil baru umur 3 tahun. Dan bila aku cakap nak cerai, suami aku ok tapi dengan syarat dia tak tanggung nafkah anak – anak lepas bercerai.

Kedua, aku fikirkan parents aku yang dah tua. Tak sanggup aku tengok mereka sedih bila orang cakap anak perempuan tunggal mereka bercerai. Aku jadi sangat berbelah bahagi, nak teruskan penceraian atau hidup dalam perkahwinan yang m4kin t0xic. Tolong aku. Tipah (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen:

Shayna : Aduhai kecilnya anak yang bongsu tu. Kenapalah tak limitkan anak bila ada suami per4ngai tak semenggah macam tu. Dah la bab agama pun halai balai. Tak faham kadang – kadang aku orang perempuan ni walaupun aku pun perempuan. Badan kita amanah Allah.

Kita nak pregnant atau tak, hak utama ialah atas diri sendiri. Suami tu dah jatuh nombor dua. Kalau aku kat tempat puan, anak seorang dua maksimum lah. Buat penanya dekat depa je dapat ayah per4ngai hauk macam tu. Pendapat aku, teruskan sabar tak salah, tak nak sabar lagi pun tak salah. Buatlah istikharah tengok hati berat ke mana. Kalau berpisah, tolong f1ght hak nafkah dan anak – anak.

MarhaAlidrus Smk : Kalau mohon cerai, sila f1ght untuk nafkah dan hadhanah. Jangan setuju dengan syarat suami tu. Dalam perkahwinan dah banyak tanggung susah sendiri. Dah bercerai alang – alang susah, elok susahkan dia sekali.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :