Aku saja bergurau nak upah iphone lepas bersalin. Tak sangka suami beli, hadiahkan untuk aku. Bila keluarga tahu, mereka perli aku mata duitan

Bila dah berg4duh, ipar cakap aku menantu h4ntu, perb0doh – b0dohkan adik dia. Puncanya mereka dapat tahu suami belikan aku iphone, hadiah untuk aku bersalinkan anak kami. Suami juga belikan aku gelang emas. Sedangkan aku nak bayar duit beli gelang tapi suami taknak terima duit aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min. Tolong sorokkan profile facebook kawan aku. Bila baca ini, tolong beri pendapat dan kata kata yang baik. Please. Kenapa ya bila kita berg4duh dengan pasangan, bila melibatkan mertua, kenapa mereka percayakan kata – kata anak mereka seratus peratus ya?

Aku sebagai menantu kali ini betul – betul terasa hati. Aku pun tak tahu macam mana boleh tersebar semua itu. Kalau apa yang disebutkan benda betul tak apalah, aku boleh terima, tapi benda yang sebaliknya. Bila dah berg4duh, ipar cakap aku menantu h4ntu, perb0doh – b0dohkan adik dia, lepas itu cakap macam aku ini harapkan kesempurnaan dari adik dia.

Macam semua yang aku nak semua kena penuhi. Macam aku ini pandang harta benda. Macam aku ini materialistik. Allahu, sayu hati aku, sedih. Aku kahwin dengan adik dia tak pernah minta emas ribu riban. Kalau aku minta pun kadang – kadang pakaian, makanan yang teringin nak makan.

Ada sekali itu aku teringin sangat dengan gelang itu. Aku minta tolong dia belikan dan nanti aku akan bayar. Bila gelang dah sampai, aku hulur duit aku seperti mana yang aku dah bagitahu pada dia. Tapi dia kata biarlah, dia ada duit belanja khas untuk isteri dia, bukan selalu isteri minta.

Masa nak dekat bersalin, aku ada bergurau dengan suami aku. Agak – agak kalau aku bersalin nanti aku boleh dapat tak iphone baru tu? Tapi aku tahu, takkan dia nak habiskan duit dia beribu – ribu dengan selepas kelahiran anak lagi kan. Yang tanggungjawabnya jadi m4kin bertambah.

Aku pun tahu, aku pun faham susah cari duit nak sara anak isteri. Aku saja je nak bergurau dengan suami. Tapi lepas bersalin, suami tiba – tiba belikan aku handphone tu. Aku tak tahu lah punca apa boleh kata aku ini nakkan harta. Demi Allah, Wallahi tak pernah terdetik pun dekat hati aku berkahwin untuk wang ringgit.

Aku berkahwin ikhlas untuk jaga suami dan keluarga kecil kami ni. Kalau tak, takkan aku sia – siakan degree aku macam itu saja. Sebab niat hati aku selagi aku masih bernyawa, aku nak jaga suami dan anak – anak aku. Aku tak nak orang yang besarkan anak – anak aku.

Lepas itu, gelang aku yang lagi satu itu pun aku guna duit aku sendiri. Aku tak minta pun pada suami. Tapi bila dah berg4duh, kenapa ipar lagi menambahkan huru hara keadaan, kenapa perlu masuk campur dalam hal rumah tangga kami?

Sedangkan kami baru di fasa pertama. Diorang pula dah lebih dari sepuluh tahun. Sepatutnya kalau betul – betul nak masuk campur juga, bila kami tersalah langkah, tanya lah pada kedua – dua belah pihak. Bukan dengar dari satu pihak. Aku pun tak tahu lah sama ada suami ada cakap sesuatu pada diorang untuk pert4hankan diri atau pun sebaliknya. Wallahu, aku tak tahu dan tak pasti.

Tapi point aku adalah jangan masuk campur hal rumah tangga orang. Bagi aku tak perlu pun ikut campur melainkan keadaan dah sarat dan melainkan niat untuk betulkan keadaan, aku terima. Tapi ini tak ada tanya apa – apa pun pada aku, tahu tahu dah pungpang – pungpang dalam whatsapp group.

Tak cukup dengan itu, luah pula dalam facebook yang semua orang boleh tengok. Kalau dia datang bertanya pada aku, nasihat aku personal, aku boleh saja terima. Sepatutnya bila dah lama dan ada pengalaman dalam rumah tangga, ajari kami dengan ilmu. Tapi ini tak. Seolah – olah menuding jari hanya pada aku. Dituduh pula seolah – olah perempuan yang inginkan harta.

Allahu, aku memang dari keluarga susah, tapi ibu ayah aku tak pernah ajar untuk ambil barang orang, inikan pula harta wang ringgit. Tak pernah aku pandang semua itu. Kali ini aku betul – betul kecil hati. Aku tak tahu nak rawat hati aku macam mana. Bila sujud, Allah saja yang tahu perasaan hati aku.

Mertua pula bila aku pergi ke rumah dia, Alhamdulillah dia layan aku. Tapi bila datang ke rumah aku, wajah aku pun dia tak pandang, inikan pula tegur. H1na sangat ke aku seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Mula dari situ, bila aku beli baju atau apa – apa, aku dah rasa macam tak nak guna duit dari suami. Hanya seperti keperluan dan memang kewajipan dia itu saja aku boleh.

Hati aku r3muk seribu. Tak sangka, keluarga mertua yang aku sayang seikhlas hati aku, saat ini boleh pandang aku perempuan seperti itu. Takkan mereka tak boleh nak nampak setelah empat lima tahun kami berkahwin apa yang aku minta? Apa yang aku beli? Ada ke aku bermewah?

Sedangkan selama ini, setiap kali nak beli sesuatu, aku mesti minta izin, wajib aku minta izin dulu. Kalau boleh, aku beli. Kalau tak boleh, takkan pula aku nak p4ksa beli, kan. Pengajaran untuk korang, jangan sesekali masuk campur kalau hanya untuk kacau bilaukan hubungan dalam family.

Kalau tanya aku, aku serik. Terkilan. Tapi aku fikir mungkin ini ujian yang Allah nak bagi pada aku sebagai pengajaran untuk diri aku. Kelak jangan buat anak menantu macam itu. Dan aku fikirkan anak – anak dan juga suami. Maaf, aku hanya ingin meluahkan rasa sedih dekat hati aku sebab aku tak tahu nak kongsi dengan sesiapa. Bagi aku kata kata yang baik baik saja ya. Dan lagi satu, pandanglah pada keikhlasan hati seseorang, hargai. Jangan di saat adanya perbalahan, terus dilupakan segala kebaikan seseorang.

Komen Netizen :

Adam Fawzan Adam Fawzan : Jangan hiraukan apa kata ipar kakak itu. Kakak sebagai isteri memang layak pun minta apa – apa yang kakak nak pada suami itu selagi dia mampu. Memang kewajipan suami kakak pun nak bahagiakan kakak. Jadi bila ada perbalahan rumah tangga kakak dan ada orang lain masuk campur kata bukan – bukan, nampak sangat tak pergi belajar agama.

Kalau tak pun dia jeles kot suami kakak beli dekat kakak macam – macam sementara suami dia tak beli apa – apa dekat dia. Pesan saya jangan hiraukan apa kata orang. Kalau kakak masih sayangkan keluarga kakak, kakak fikir cara perbaiki hubungan dengan suami saja.

Aishah Othman : TT, abaikan saja semua dari keluarga mentua itu. Anggaplah diorang tak ada kerja nak buat, itu yang diorang masuk campur urusan TT. Banyak masa terluang. Sibukkan diri ya. Jangan fikir sangat. Nak bersalin kan. Lebih baik fikirkan bayi yang nak keluar itu.

Kalau tak pandai drive, standby nombor hospital yang berhampiran. Kuatkan diri ya. Keluarga mentua tetap asing untuk kita. Istighfar banyak – banyak. Doa banyak – banyak. Jangan dikenang kata – kata orang sebab mulut orang payah kita nak tutup.

Melainkan kalau TT bagi penumbvk sampai dia pecah bibir, mungkin selepas ini diorang beringat nak mengata TT. Saya dah rasa semua ini. Tapi saya mulut pun jahat juga. Saya pergi hadap semua. Habis saya lepas apa nak cakap saya balik. Hehehe. Semoga TT kuat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :