18 tahun hidup aku tak pernah makan kedai, hanya makan masak mak. Masuk kolej, aku tak boleh makan cafe, aku munt4h

Dari kampung datang KL tiba – tiba tengok bangunan tinggi – tinggi, jalan besar, kereta banyak. Waktu lunch, aku pergi cafe tak reti nak pilih makanan. Aku makan tapi munt4h sebab tak biasa dengan makanan luar. Mak ayah tak pernah bawak anak – anak makan kedai..

#Foto sekadar hiasan. Aku dulu asal kampung, asal dari Felda kat Raub, Pahang. Masa 90-an kami orang Felda hidup susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Makan nasi dengan ikan kering aje itu biasa. Kami 7 beradik semuanya dan kami semua sekolah.

Ayah dengan mak asal Bachok, Kelantan. Kat sana lagi susah, sebab tu ayah bawa kami berhijrah. Alhamdulillah otak aku pandai, dapat masuk university lepas dapat 7A dalam SPM. Mulalah aku keluar dari kepompong kampung.

Dari sunyi dan hijau suasana kampung, datang KL tiba – tiba tengok bangunan tinggi – tinggi, jalan besar, kereta banyak, jam kat mana – mana. Aku jadi takut. Lepas seminggu masuk UIA aku balik kampung. Sebab apa? Aku s4kit.

Aku tak boleh suaikan diri dengan dunia baru. Culture shock, aku loss. Lepas SPM dan masuk university aku tak reti nak teruskan hidup di university. Benda asas dan simple dalam hidup tapi aku tak reti. Waktu lunch kat universiti aku pergi cafe aku tak reti nak pilih makanan. Clueless. Aku pernah makan tapi munt4h.

Aku munt4h sebab aku tak biasa dengan makanan luar, aku cuma makan lauk mak aku masak selama ni. Bayangkan time tu minggu orientasi, siksanya rasa sebab tu aku s4kit. Dahlah s4kit nak order makan kat kedai pun tak reti, makanan panas tu apa benda, aku tak tau.

Mak, ayah aku memang tak pernah bawa pegi makan luar selama 18 tahun waktu tu aku hidup. Kita orang memang tak pernah makan kedai langsung. Ayah aku jela, kitaorang tak. Mungkin ramai tak percaya, tapi betul aku tak biasa makan kedai, aku memang makan kat rumah je apa yang mak aku masak aku makan.

Kalau balik kampung dari Pahang ke Kelantan, mak aku akan masak. Mak ngan ayah aku akan berhenti makan tepi jalan dan makan bekal yang kami bawa. Kami takkan stop makan kat luar. Makan luar cuma kat kenduri je, tapi lauk kenduri lain cerita. Bukan sebab hebat, sebab kami miskin.

Lauk aku yang biasa makan cuma ikan kering, pucuk paku goreng, daun ubi kayu, ikan rebus goreng, siput sedut masak lemak pusing – pusing itu jelah, ayam jarang sekali. Lauk pauk kalau ada, adalah kalau takde memang tak makan atau makan nasi kosong jela.

Lagi satu aku tak biasa bergaul. Dahla aku pendiam. Kawan pun dengan kawan – kawan kampung je. Dengan budak – budak UIA time tu assabiyah bukan main, Allahu ujian betul. Bayangkan satu sekolah agama diorang masuk UIA jumpa geng la. Aku terkebil – kebil seorang diri.

Minggu orentasi kat UIAM ni pelik sikit, time tu lah kena exam bahasa Arab, exam English, kena exam mengaji lagi, just sebab nak tengok kita level mana. Siap kena join qiam kena bangun pukuI 4 pagi nak kena Qiam.

Aku yang tak reti qiam semua ni, yang tak biasa join program ni semua, memang aku collapse, aku s4kit, time tu aku rasa mungkin aku kena berhenti study sebab aku tak reti nak hidup. Aku sekolah harian kampung weh, mana ada program qiamullail, program dengan faci ni semua. Dah lah aku tak pernah keluar dari Raub. Bayangkan aku lost macam mana.

Aku tak tau kat Johor ada apa, dekat Perak ada apa, Nilai pernah dengar nama je. Aku cuma pegi Raub dengan Kota Bharu je. Kuantan pun aku tak pernah pegi. Sebab kan keluarga kami miskin. Jangan pikir nak jalan – jalan ke, bercuti ke Cameron ke, itu bukan kamus hidup aku.

Kalau cuti sekolah seminggu, 2 minggu, sebulan memang hari – hari tengok tv je. Memang takkan keluar ke mana. Sebab kami miskin, duit takde nak makan pun susah jangan pikir nak jalan – jalan. Lagi satu mak aku tak suka kalau aku ikut rombongan ke Langkawi ke, Penang ke, mungkin sebab duit, dia takut kena keluar duit banyak.

Tapi entahlah mungkin nak control aku juga. Time aku kat university pun aku nak join program kolej, program club, mak aku selalu bagi signal NO. Aku pernah nak join program keluarga anak angkat zaman dulu famous kan, laju je mak aku cakap No, walau no cost involve.

Mak aku kalau boleh nak aku study je, boyfriend tak bagi, tak bagi pergi jalan mana – mana semua tak boleh. Kalau nak pergi kena senyap, kalau tanya dia mesti No, kalau dia dah No kita pergi juga aku pernah kena, bas tu rosak. Jadi aku tr4uma nak join apa – apa program. Aku nangis, aku takut.

Aku memang tak salahkan mak ayah aku, tapi yalah kalau ada duit lebih, ada peluang bagiIah anak explore dunia, jangan sekat – sekat. Aku punya transition dari budak sekolah ke budak university tu macam ada hiccup and risky, sebab aku collapse dan hampir give up study, just atas alasan culture shock, homes1ck, dan tak reti nak suaikan diri.

Kita parents kongkong anak tapi bila sampai masa dia kena jalan sendiri, takde siapa boleh tolong dia. Time tu dia susah. Takkan mak nak masuk sekali university belajar dengan anak kan. Kita kongkong anak kita makan jajan semua kat sekolah tapi kawan – kawan dia semua makan, dia terkebil – kebil seorang diri. Kesian juga. Jadinya biarlah berpada, dan encourage la anak untuk explore kehidupan. – Atiqah (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Siti Sharena Rusli : Kadang – kadang bukan sebab tak nak bagi explore, tapi sebab kewangan family yang tak kukuh. Saya pun anak felda 7 beradik. Jadi memang faham sangat apa tt cerita. Duit tu kadang – kadang lebih penting untuk dibuat makan daripada ikut rombongan sekolah pergi Melaka atau hiking gunung.

Jadi kena faham – faham sendiri ajelah. Samalah dengan makan makanan luar. Tak mampu membeli sebab mahal. Masak di rumah lebih murah. Lepas habis spm masuk kolej matrikulasi, elok je dapat suaikan diri dengan environment.

Jadi saya rasa bukan semua tentang pendedahan awal dari ibubapa tentang  dunia luar. Berg4ntung pada personaliti individu untuk bawa diri di tempat asing. Saya takde masalah bab makanan negeri lain, mudah juga bergaul dengan kawan – kawan baru.

Happy je dapat peluang berdikari di negeri orang, manage duit dan sebagainya. Kadang – kadang kita mudah nak letak kesalahan pada orang lain walhal diri sendiri sebenarnya yang lemah dan banyak kekurangan.

Ismihamidah San : Kemiskinan sebenarnya lebih mengajar hidup berdikari. Dalam cerita ini, bukan faktor kesusahan tetapi mungkin ibu bapa lebih kepada berlebihan memberi perlindungan kepada anak – anak menyebabkan anak – anak terhad kepada pendedahan dalam persekitaran yang berbeza. Tiada salahnya, setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak. Jika kita rasa ada kekurangan di situ, boleh diperbaiki dalam proses kita mendidik anak – anak.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.