Awal perkahwinan memang bahagia, lama-lama aku rasa bosan dengan isteri aku sebab dia tak pandai uruskan diri. Bini aku langsung takde usaha nak kurus dan kemaskan diri dia. Dari berat 50 kg, sekarang dah naik 75 kg. Dijadikan cerita, aku merantau dan aku dengan isteri PJJ…
Assalamualaikum admin. Tolong siar coretan aku ni dan hidekan profil aku ya. Aku sedikit ubah peribadi aku supaya mak mertua dan ipar aku tak tahu yang coretan ni daripada anak menantu dan abang iparnya sebab mereka peminat page ni, tapi cerita 100% terjadi pada aku.
Aku insan yang hina.
Cerita hidup aku begini. Aku seorang suami dan ada 3 orang anak. Aku kahwin masa umur aku 19 tahun, aku kahwin atas dasar cinta, suka sama suka. Awal perkahwinan memang bahagia, lama-lama aku rasa bosan dengan isteri aku sebab makin gemuk dan tak pandai uruskan diri. Umur baru 30-an tapi nampak macam 50-an, sejujurnya isteri ada cantik dan manisnya juga, tapi itulah dia tak reti nak jaga penampilan diri.
Dari berat 50 kg, sekarang dah naik 75 kg. Sekarang aku macam takde nafsu bila bersama isteri. Nafsu aku lebih kepada skandal aku bila aku ingat saat bersama dengannya, aku macam cacing kepanasan. Kadang-kadang bila aku bersama isteri, aku terbayangkan orang lain, masya-Allah hinanya aku.
Bini aku langsung takde usaha nak kurus dan kemaskan diri dia. Aku bagi duit belanja bulan-bulan lebih daripada cukup, kot setakat untuk keperluan makeup RM300 sebulan takde hal. Tapi dia ni pemalas nak uruskan diri! Kadang-kadang aku malu nak keluar jalan bersama, jarang-jarang sekali nak upload gambar bersama sebab isteri nampak lebih tua daripada aku.
Kadang-kadang kalau keluar, aku akan bawa anak-anak je, tinggalkan dia bersama anak yang masih berusia 6 bulan. Dijadikan cerita, masa kami masih ada 2 orang anak, aku merantau dan aku dengan isteri PJJ, berpisah lama. Di situ awal perkenalan aku dengan skandal aku, satu tempat kerja.
Dia cantik, badan lawa, siapa yang tengok pasti tergoda. Pandai jaga badan dan penampilan. Aku berusaha sungguh-sungguh untuk dekat dengan dia. Mula-mula aku tak tahu dia dah kahwin sebab dia mengaku dia bujang, aku pun mengaku aku masih bujang.
Tapi daripada pengakuan dia, dia dah tahu dari awal aku dah kahwin. Dia stalk Facebook aku tapi dia terus juga nak berkenalan dengan aku. Sumpah aku memang tak tahu dia dah kahwin. Dah kenal 3 bulan baru aku tahu dia dah kahwin, tu pun kawan dia yang bagi tahu.
Tapi aku tetap teruskan hubungan dengan dia. Kami kenal rapat, selalu bersama, kerja keluar pergi mana-mana pun bersama. Kami hidup dah lebih macam suami isteri hampir 3 tahun. Sedangkan masing-masing dah punya pasangan.
Bayangkan berapa banyak kali dah aku berzina dengan dia kerana hampir setiap malam kami bercinta. Entah kenapa aku betul-betul bernafsu bila bersama dia. Dia ni isteri orang tapi belum ada anak, badan dan rasa pun masih macam anak dara.
Kali pertamanya aku rasa dialah perempuan yang aku sungguh-sungguh membahagiakan bila bercinta. Aku sayang dan cintakan dia, aku rasa bahagia bersamanya. Tapi dia ni seorang yang panas baran dan kuat melenting. Walaupun dari isu yang kecil, akan jadi isu besar.
Mungkin sebab itu aku tak terfikir nak jadikan dia bini aku atau hancurkan rumah tangga dia. Kalau aku nak dia memang aku boleh dapatkan dia dan hancurkan rumah tangganya, tapi aku tak nak. Biarlah dia jadi skandal aku di sini sahaja.
Aku harap dia kembali dan kekal pada laki dia. Tapi sejujurnya memang aku sayang sangat kat dia sampai perasaan aku dengan isteri aku hilang, yang cuma ada hanya perasaan kasihan dan simpati sahaja. Hampir aku nak ceraikan bini aku tapi fikiran aku masih waras untuk memikirkan masa depan anak-anak aku.
Aku kasihankan anak-anak aku yang masih kecil, perlukan perhatian seorang ayah. Aku tak sanggup nak bayangkan anak-anak aku tanpa kasih sayang seorang ayah. Biarlah kami cuma berskandal begini. Syukurlah aku tak buat keputusan yang bodoh.
Dalam bulan April, bini aku datang bersama anak yang masa tu masih 2 orang lagi. Terpaksalah aku berbagi kasih, malamnya di sini, siangnya di sana. Berlanjutan selama seminggu. Dari segi reaksi, bini aku dapat rasa dia tahu aku menyembunyikan sesuatu tapi dia tak luahkan depan-depan.
Mungkin dia cuma pendamkan sahaja sebab sampai sekarang dia tak pernah tanya aku ni pernah curang ke tak. Lepas seminggu bini aku balik. Aku sedih kerana tak boleh dah bermain dengan anak-anak aku. Dalam masa yang sama aku happy boleh lagi bersama skandal aku sepuas-puasnya.
Tapi tak lama, cuma 6 bulan sebelum aku pindah kerja dekat-dekat je sebab bini aku pregnant anak ke-3. Tiba masanya kami bawa haluan masing-masing. Dia pergi kepada suaminya, aku balik pada family aku. Tapi setiap bulan kami akan jumpa dan lepaskan rindu di ibu kota.
Alasannya beli barang-barang niaga, hakikatnya check in! Itu berlarutan selama 3 bulan. Lepas 3 bulan, kami dah tak jumpa sampai sekarang. Tahun baru aku diberi kesedaran dan keinsafan dan berazam aku takkan buat perbuatan terkutuk itu lagi.
Aku berazam menumpukan sepenuh perhatian untuk isteri dan anak-anak aku sahaja. Aku akan cuba jadi suami dan ayah yang baik, insya-Allah. Tapi setiap hari aku rindu dia. Sekarang aku cuba untuk lupakan dia walaupun ambil sedikit masa. Mana mungkin aku boleh lupa orang yang dah bersama aku 3 tahun dengan mudahnya.
Dalam tahun ni Allah uji aku macam-macam. Aku reda dengan ketentuan-Nya, mungkin Allah dah bagi aku balasan dan pengajaran di dunia. Aku rasa rezeki aku sempit sangat, jiwa dan fikiran aku tak tenang. Sekarang apa-apa yang aku usahakan semua tak menjadi.
Duit yang aku simpan dan aku usahakan bertahun-tahun habis sekelip mata sahaja. Dia pun sama, buat apa-apa bisnes semua tak menjadi, nasibnya sama macam nasib aku. Aku terima dengan rela hati, aku tahu baru sedikit balasan yang Tuhan bagi kat aku setelah apa dosa yang aku buat. Aku dah ambil nikmat hak orang.
Aku rasa bersalah dan berdosa sangat sekarang. Aku boleh minta ampun pada Allah tapi aku tak tahu nak minta maaf pada laki dia macam mana. Takut-takut aku akan menghancurkan rumah tangganya. Aku takkan hancurkan rumah tangga dia, aku nak dia bahagia dengan pasangan dia sebab dia tetap ingin bersama laki dia sahaja.
Mungkin itu cinta sejati dia. Dia tetap kejar walaupun sekarang ni aku tahu dia tak bahagia bersama laki dia sebab laki dia ada perempuan lain juga. Mungkin itu kifarah juga untuk dia sebab dia curang dengan laki dia dulu. Kadang-kadang aku kasihan kalau aku fikirkan dia.
Sebab macam-macam laki dia buat kat dia, curang, sepak terajang semua dia dapat. Tetapi dia masih nak bertahan juga walaupun aku yakin dia boleh dapat lelaki yang lagi baik dan bagus daripada laki dia sekarang. Tapi cintanya pada laki dia memang luar biasa, tetap bersabar dan bertahan.
Tapi laki dia masih tak tahu lagi apa yang dia buat dulu selama 3 tahun di sana. Aku berharap dan berdoa semoga dia bahagia satu hari nanti. Tolong jangan kecam aku. Bagi aku cadangan, macam mana aku nak beritahu laki dia tanpa menghancurkan rumah tangganya?
Nak aku bagitahu atau diam sahaja, biar ia menjadi rahsia antara kami sampai bila-bila untuk kebaikan kami bersama? Terima kasih.
Komen Warganet:
Zainab Sidek
Na’uzubillahiminzalik, ada bini yang sah berzina dengan perempuan lain. Taubatlah dik sebelum kau mendapat penyakit sifilis. Bini gemuk boleh diubah, suruh dia jogging atau diet. Tapi sayang dapat suami yang lebih pentingkan nafsu syaitan semata-mata.
Nor Azlina A’lin
Alhamdulillah, anda masih diberikan umur yang panjang untuk bertaubat nasuha. Allah Maha Pengampun, apa yang terjadi telah terjadi, yang penting keadaan anda ketika bertemu Allah kelak. Sakit adalah penghapus dosa, kifarah Allah kadangkala itulah yang akan menyedarkan kita.
Saya bangga anda berani mengaku dan berkongsi di ruangan ini, itu pun jika benar cerita anda ini. Berterus terang pada isteri dan kalau boleh nasihatkanlah skandal, jangan teruskan dengan lelaki lain pula. Lama mana tubuh badan tu cantik selamanya, nanti kecut juga. Jangan salahkan takdir sebab Allah dah beri akal, fikirlah sendiri.